Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, September 27, 2010

tacing itu bukan hanya pada perempuan. lelaki pun tau merajuk jugak.

Aku tak tahu macam mana aku boleh ada perasaan touching itu. Damn suck. Aku tak suka sangat nak touching2 ni sebab orang akan rasa menyampah kat aku. Tapi entah lah, aku sangat terasa dengan seorang kawan aku ni. Aku bukan suka sangat nak merajuk-touching-and what so ever yang kau rasa sangat macam perempuan. Tapi, entah lah, mungkin sebab aku ni dilahirkan dengan fitrah yang mudah tersentuh dan mudah untuk rasa sedih bila dipinggirkan.

Maka berlaku lah drama tacing bodoh aku itu apabila aku ditinggalkan semasa berlangsungnya kelas edagang petang itu. Aku sangat gelabah apabila sang sahabat ini menalifon aku mengajak aku melakukan jenayah ponteng petang itu. Lantas aku bersetuju untuk join the club. Maka, apabila aku bersiap siap ingin keluar dari kelas yang mengantuk itu, satu insiden yang mendebarkan, yang mana mungkin sengaja insiden itu berlaku kerana ingin menambah unsur suspen dalam drama itu. Insiden yang mana, apabila aku bersiap2 ingin keluar, maka sang pensyarah pun melangkah masuk ke kelas.

Aku mula lah gelabah. Maka aku pun membatalkan niat murni aku ingin ponteng kelas petang itu. Maka sang sahabat pulang kerumah, aku terkontang kanting mengharungi kelas edagang yg mana pensyarahnya agak cerewet itu. Maka disini aku sudah mula terasa akan perasaan toucing tersebut. Aku mula memikirkan, aku nak balik naik apa nanti?

Tamat kelas edagang, aku ambil inisiatif untuk menaiki teksi. Tunggu punya tunggu, maka nenjelmalah sebuah teksi yang agak antik. Mungkin pak cik teksi ini terlibat sama dalam komplot ingin menjadikan drama ini lebih suspen, maka pak cik ini tanpa segan silu nya mengeluarkan skrip ini “pak cik tak lalu pasir pekan nak,” dengan longhat Kelantan pekatnya. Maka, frekuensi tacing aku menigkat lagi. Maka aku malas nak tunggu lagi, kaki aku pun melangkah ke pusat beli belah tersohor itu dengan harapan mendapat lebih banyak teksi.

Sampai di kb mall, maka banyak lah teksi yang berkeliaran bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Aku pun memilih sebuah teksi yang agak usang, dengan harapan tambang yang dikenakan lebih murah. Tapi, mungkin kerana tersalah percaturan, sampai di teksi pak cik tersebut maka nampak lah wajah sebenar pak cik ini. Aku agak mata pak cik ini memang bercontact lenskan dollar America kot. Aku belum naik lagi teksi beliau, dia dah tanya berapa aku boleh bayar. Aku pun dengan bodoh alang nya tanya balik kat pak cik ini berapa pak cik ambik selalu. Pak cik mata dollar America pun cakap 15 ringgit. Aku pun cakap ok lah. Ye lah, aku nak naik apa lagi kan. Maka frekuensi tacing aku dengan sang sahabat pun naik lah lagi satu bar. Mana taknya, kalau lah beliau boleh tidak ponteng kelas mesti aku balik dengan beliau dan tidak melayang lah duit aku 15ringgit. Sudah lah memang tak ada duit. Terbang pulak 15ringgit kat pak cik mata duitan.


maka aku pun smpai kerumah ku dengan penuh perasaan tacing dan panas hati. sampai itu aku terus tido. sedar sedar, sudah pukul 730 malam. maka aku pun terlepas lah solat asar.

aku bangun magrib itu aku rasa sangat tenang. dan aku mula terfikir. kenapa perlu aku tacing macam perempuan ni? aku hanya menumpang.

Saturday, September 18, 2010

sepi: apabila lelaki menangis


tadi petang aku menonton filem sepi. Walau pernah menontonnya 2 tahun yg lalu, tp aku masih mahu menontonnya. Aku akui, khabir bartia tidak pernah mengecewakan aku dgn karyanya. Sepi. Jalan ceritanya mudah. Latarnya cuma sekitar lembah klang. Skripnya menggunakan ayat yg tidak berbelit2. Tapi kesan nya sgt berbekas dihati. Terasa mahu menangis pula. Sungguh. Sgt sedih. Memang benar kata orang, filem sepi merupakan air mata lelaki. Ia kisah cinta khas mengenai lelaki.

Tiga watak yg ditemukan didalam titik peristiwa yg sgt tragedik. Ia mengenai 3 kisah cinta berbeza tp kisah mereka ditemukan didalam satu insiden kemalangan jalan raya. Satu garapan yg menarik apabila mereka bertiga iaitu adam, sufi dan imaan yg tiada kena mengena antara satu sama lain tetapi ditemukan didalam satu kemalangan jalan raya, yg mana membawa kpd permulaan kisah mereka.

Bermula kisah adam, seorang pembuat kek utk majlis perkahwinan yg mendpt sehelai flyer di wiper keretanya, yg mana flyer itu telah menyebabkan satu kemalangan apabila ia terbang dan telah terkena kpd kereta sufi yg sdg memandu ketika itu. Flyer itu yg menghalang pandangan sufi dr pemanduannya telah melanggar imaan yg pada ketika itu sedang mengejar sesuatu. Maka disitu bermula lah kisah mereka satu persatu.

"Mengapa kita bertemu disaat kita perlu berpisah"

adam yg bertemu ilyana didlm majlis resepsi telah mula jatuh hati padanya. Tapi tatkala dia mula ingin luahkan perasaannya, kad jemputan kahwin pula di berikan oleh ilyana. Dlm sedih dia menerima cinta suzi yg sudah sekian lama cintakannya. Setelah sekian lama, adam bertemu ilyana sekali lg di satu majlis perkahwinan. Adam menyatakan yg dia sibuk ketika disoal ilyana mengenai ketidakhadiran adam di majlis perkahwinannya.

"kalau awk dtg majlis perkawinan sy, mesti awak tahu yg majlis tu x jadi pn"

tp ketika itu, adam sudah pn bertunang dgn suzi. Maka, ilyana pergi membawa diri ke melbourne.

"awak lari dari sesuatu atau awak lari kepada sesuatu?"

maria bertanya kpd sufi apabila dia sentiasa melihat sufi berjoging di tasik. Sufi yg 'lari' dr pengalaman silam akibat kematian isterinya yg disebabkan oleh kecuaiannya mula jatuh cinta pada maria.

"sekarang sy tak perlu lari lagi. Sy dah jumpa apa sy nak"

Tapi siapa sangka org yg dicintainya merupakan isteri org. Maria terpaksa menolak cintanya dia sudah bersuami walau jauh didlm hatinya dia turut cintakan sufi. Namun sufi terus menunggu sehingga sampai kepenghujung hayatnya.

"kekasihku, sygku, syurgaku"

imaan, seorang aktivis teater sentiasa berdelusi tentang teman lelakinya, raden. Siapa sangka raden rupanya sudah lama mati. Kerana sentiasa berdelusi yg raden masih hidup, dia menolak cinta suci khalif.

"terima lah cintanya, sy telah tiada lagi"

tapi dlm dia sdg cuba menerima khalif. Dia terlibat dlm kemalangan jalan raya yg menyebabkan dia koma.


Tiga kisah cinta yg sgt mengusik jiwa. Kisah yg sangat menyentuh hati. Siapa sangka, dlm kisah sedih itu rupanya membawa kepada sebuah pengakhiran yg membahagiakan.

"cinta tak datang hanya sekali"

Wednesday, September 15, 2010

bila si jutawan mati rentung, maka anuarul faiz dapat kereta baru kaler silver

hari raya dah masuk hari yg ke enam. Kaum kerabat aku yg ada kt umah ni sume dh balik umah masing2. Tinggal aku bertiga bersama mak ayah aku. Hari raya ni macam cerita yg aku dpt. Berita gembira dan berita kurang gembira. Antaranya pembunuhan kejam kat pengusaha kosmetik tu. aku kenal siapa sosilo bambang yudiyono itu. Tapi yg sosilawati tu aku kurang kenal. Tp bila org ckp dia ni bekas isteri nash [pada syurga diwajah mu] baru la aku tau. Ouh.. Dia rupanya. Aku tak tau sgt ujung pangkal cerita. Tapi katanya tuan tanah yg dia nak beli tu yg bunuh. Yelah, dia boleh dgn kurang cerdiknya beli tanah dgn cash. Pelik. Entah lah. Aku bkn mahu jadi penganalisis jenayah disini. Cuma aku mahu ingin nyatakan rasa kesal aku pada dunia sekarang. Betul gak kata orang, kaya susah tak kaya pun susah. Jadi kau pilih lah, kau nak kaya ke nak tak kaya? Dunia sekarang ni dah tak selamat lagi aku rasa. Sana sini ada org membunuh, merompak, menculik. Rasa takut sgt nak kemana mana. Ish, susah la. Sekarang ni bkn semua org kita bole percaya.

Tapi anuarul faiz ni kau bole percaya kat dia. Dgr cerita dia dh dpt kereta baru sempena hari lahir dia. Wah, ni lah berita gembira yg aku gembar gembur kan tu. Drpd sumber yg boleh dipercayai dia dpt kereta viva kaler silver. Wah, melaram la ngn kereta baru kau nanti ek. Hahaha. Boleh la naik kereta baru kau pasni.

Eh, lupa aku nak bgtau. Anuarul faiz ni tak terlibat pun dgn pembunuhan tu. Dia orang baik2 ok. Tajuk entri ni sengaja aku buat mcm tu. Hehe.

Friday, September 10, 2010

Drama raya: episod, baju raya tahun lepas

Aku tidak segan menyatakan yg aku pakai baju raya tahun lepas. Ya, aku org miskin maka aku tidak mampu mempunya baju yang baru. Kau jgn terpengaruh dgn gelaran tan sri depan nama aku itu. Yang sebenarnya aku miskin maka aku berangan shj mahu punya tiltle itu didepan nama aku.

Ya. Tahun ini aku dpt byk soalan yg skripnya lebih kurang sama. Contoh yg aku paling ingat,
"baju raya warna apa tahun ini?"
maka aku jawab,
"warna purple," aku ingat dia dh puas hati maka dia tanya aku lagi,
"eh, bkn tahun lepas pn warna purple?"
"memang la sama kaler sebab aku pakai baju yg sama."

dan lagi..

"brapa pasang baju raya tahun ni?" ceh, soalan dia gaya mcm aku ni byk sgt baju raya.
"sepasang je," jawab aku. Maka dia pn mcm nak jeleskan aku.
"aku punya 5 pasang. Warna ijau satu, warna merah satu, warna itam satu, bla..bla..bla..bla.," maka bermula lah hikayat baju raya dia.

Haish.. Penat betol nak layan kerenah org yg gila baju raya ni. Kau dh dpt baju raya kau sudah la. Jgn nak sibuk aku pakai atau tidak baju raya. Macam la kau tak raya kalau aku tidak punya baju raya baru. Mcm la solat hari raya aku tak sah kalau pakai baju lama. Kau masih boleh makan lemang, ketupat, kueh bangkit, rendang, baulu dan apa kejadah juadah tu semua even aku tak ada baju raya. So, aku ada kacau kau punya hari raya ke?

Lagi pn aku bkn beraya sgt pn. Jadi aku tak kisah pun kalau ada atau tidak baju raya baru. Baik aku duduk rumah layan senario sambil makan muruku. Lagi heaven.

Anyhow, selamat berhari raya dgn kau punya baju raya kau yg segala macam jenis dan warna tu. Maaf lahir dan batin. Moral of the story is, jaga tepi baju raya masing masing la.

Nota kaki: tahun ni aku tak dpt pun kad raya walau sekeping. Yg byk nye org tag kat aku dlm fesbuk. Thanks la kat sape sape yg tag aku tu. Aku hargai sgt. Dan aku realize something, kad raya tida lagi relevan zaman ini.

Wednesday, September 8, 2010

drama raya: episod lagi dua hari nak raya

Babak 1
tempat: halaman rumah
masa: 0830

penat. Ya, perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan aku tika ini. Aku baru selesai membersihkan halaman rumah. Maklumlah, raya lagi dua hari nak menjelma. Penat jugak la mencangkul rumput, menyapu sampah, mencuci longkang, membakar sampah, mencuci tingkap. Huh, penat. Sangat penat. Maklumlah, aku satu satunya anak yg pulang beraya awal tahun ini. Maka, aku kena la buat segala mcm kejadah tu. Kalau dpt pekena sirap limau pun best jugak tgh penat2 ni.

Babak 2
tempat: dapur
masa: 1100

lepas penat bertungkus lumus kat halaman rumah. Aku bergegas pulak ke dapur. Nampak puan emak sedang menakik ayam untuk dibuat rendang. Dan encik ayah sedang menganyam ketupat. Tergerak pulak ingin menyibuk. Maka, daun kelapa yg tidak bersalah itu pn menjadi mangsa anyaman aku. Setelah beberapa ketika menganyam ketupat yg tak nampak mcm ketupat itu maka aku pn fedup. Gila payah nak menganyam. Nyampah pulak dgn daun kelapa itu. Ditambah pula dgn bebelan annoying encik ayah yg asik membebel kerana menjahanamkan daun kelapa beliau. Maka niat dihati mahu menyibuk pula dkt puan emak. Puan emak dah bg signal nak membebel. Maka aku pun meninggal tmpt kejadian tanpa rasa bersalah. Tetiba, puan emak memanggil. Katanya suruh aku menggantung langsir. Aku pun apa lagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang.

Babak 3
tempat: ruang tamu
masa: 1200

langsir yang tanpa belas kasihan itu telah menyakitkan jari aku. Apa taknya, punyalah payah nak pasang besi yg mencangkuk tu. Huh, berpeluh jugak lah. Tapi tak pa, aku tetap maintain menyelitkan besi besi itu pada langsir durjana itu. Apatah lagi diiringi lagu lagu raya yang mengusik jiwa. Sgt syahdu. Bersemangat pulak rasa nak beraya. Maka, sesudah berapa ketika, siaplah langsir kuning itu aku kerjakan. HAHAHAHA. tapi lebam lebam jugak la jari aku ni.

Penat nyer hari ni. Esok mesti lagi penat. Huh. Tapi takpe, nak raya punya pasal kan. HEHEHE. Oke lah. Aku nak mandi ni. Lepas tu nak tidor.

Tuesday, September 7, 2010

saint nicholas versi hari raya

Mungkin ramai yg masih belum sempat menonton iklah hari raya tv3. Aku pun hanya sempat menontonnya sekali. Dan aku pasti apa yg aku tonton itu merupakan kali pertama dan kali terakhir ia ditayangkan. Bagi engkau engkau yg belum sempat menontonnya youtube aja lah. Bersepah kat sana.

Mungkin tv3 rasa bersalah selepas mendapat berjuta juta tohmahan kejam dr masyarakat sekeliling maka iklan itu tidak disiarkan lagi. Aku rasa sgt bertuah krn menjadi salah seorang manusia yg menontonnya buat kali pertama dan terakhir ia disiarkan. Dan ayat pertama yg keluar dr mulut aku selepas menontonnya ialah "alemak, tak tau pulak aku melayu pn ada santa claus,".

Ya, dan kalau kau pn tgk iklan tersebut kau pn akan ckp ayat yg lebih kurang mcm aku. Mungkin tv3 dlm proses memelayukan pakcik santa itu dgn mengantikan rusa terbang beliau dgn beca terbang. Dan juga menjadikan pakcik santa itu sbg seorang islam dgn memakaikannya baju melayu siap dgn kopiah. Maka tak pasal pasal pakcik saint nicholas yg tidak bersalah itu turut dicaci maki disbbkan tindakan bodoh tv3 itu.

Mungkin bkn salah tv3 sebenarnya. Mungkin tv3 sedang mengaplikasikan gagasan satu malaysia seperti yg perdana menteri kau uar uarkan tu. Maka, tv3 mencari inisiatif dgn meletakkan semua perayaan yg disambut dimalaysia dlm satu iklan. Kononnya tv3 begitu patriotik setelah berjaya menyatukan malaysia didalam iklan rayanya tetapi malangnya tv3 tersilap percaturan maka iklannya telah dikecam kuat oleh semua masyarakat islam khasnya. Maka aku percaya tv3 telah mendapat rugi besar kerana iklan yg berkos tinggi itu hanya ditayangkan sekali shj.

Aku sebenarnya nak tergelak pun ada selepas menonton iklan tersebut. Mana taknya orang putih pun tak percaya dgn kewujudan pakcik santa itu kini melayu pulak nak mencipta santa claus versi melayu islam. Kau tak rasa kelakar ke? Bodoh pun ada aku rasa.

Dan kalau betul pn tv3 sebenarnya ingin mengaitkan iklan itu dgn 1malaysia, apa kejadahnya santa claus dgn sambutan hari raya yg hanya disambut oleh org islam. Maka aku rasa tv3 sgt bodoh dlm membuat iklan sebegini.

Dan aku rasa tindakan tv3 dgn mengharam siarkan iklan tersebut adalah satu tindakan berani. Ya, berani menanggung risiko kerugian besar.

Haish. Macam macam lah.

Nota kaki: mungkin perlu letak nama santa claus tu haji santa kot. Baru nampak islam sikit. Idiot!

Thursday, September 2, 2010

hari raya, assignment terbengkalai dan fesbuk

Raya datang lagi. Maksud aku bakal datang. Sedih pulak nak tinggalkan ramadhan. Ceh, celah mana sedih nya. Jangan hipokrit la ali zainal abidin oit. Padahal kau suka kan raya dah dekat dan puasa bakal tamat. Time dh nak dekat raya ni la gerai gerai kat bazar ramadhan dh start nak tutup. Kedai kedai kain kat jalan TAR dah dipenuhi makhluk yg sakan nak beraya. Budak budak rumah aku pn sorang2 dh bla. Sunyi pulak rumah ni. Okey lah, aku tanak bebel byk2 kat mukadimah ni. Byk benda aku nk cerita kat kau memandangkan sudah lama aku tidak update.

Raya. Of course semua orang suka akan hari raya. Aku sendiri tidak terkecuali. Sebenarnya ada kisah lucu di sebalik hari raya tahun ini. Kalau boleh aku katogerikan sebagai lucu lah. Ia agak lucu tapi aku tak tergamak nak ketawa. Tak pe lah, biar aku gelar kisah lucu ini sbagai "stop asking me about that assignment, aku x buat pn". Entah la. Ramai yg tanya aku. Eh, dh buat ke assgment hrm? Dan bila aku ckp aku xbuat mereka akan buat muka sgt tidak percaya dan menjawab ini "ala, padahal kau dh siap kan? Saje tanak bg aku tiru." ok lah, di sini ingn aku tegaskan bahawa aku xbuat pn asgment hrm tu. X pernah buat pn. Malah tidak pernah terniat mahu menyiapkannya. Not even inches, not even once, not even at all. Never. No. Nehi. Aku dah malas nak buat asgment ni semua. Yang aku fikirkan hanyalah mahu pulang berhari raya dirumah. Lagi pulak, bila teringat kepada pemberi asgment tersebut. Agak terbkar hati kepada sang pensyarah itu. Sengaja dia mahu menguji kesabaran aku dibulan ramadhan ini. Agaknya tak cukup dgn asgnmen left brain right brain dia tu agaknya. Sampai mahu mengganggu cuti raya aku. Maka, untuk malas mengutuk beliau dgn lebih lanjut, arakian aku pn tidak buat lah akan asgment beliau. Puas hati aku. Lantak lah brapa pn markahnya. Aku malas nak ambil pedulik. Never. No. Nehi. Yang penting aku mahu pulang berhari raya.

Oh, ada kisah lucu lg yg sgt berkaitan dgn hari raya. Tajuknya 'nama anda versi kuih raya di fesbuk'. Entah lah. Aku rasa ia sudah jadi macam satu fenomena bila semua orang ialah 'kuih raya wannabe' bila tiba musim raya. Tidak terkecuali aku. Nama aku di fesbuk ialah semperit. Maka bila aku letak nama semperit itu ramai lah yg mahu jadi hidangan raya juga. Ada yg letak nama lemang la. Sirap ros lah. Ketupat palas lah. Kuih bangkit, tart nenas, nasi impit, kuah kacang, rendang tok. Dan mcm2 lg lah. Oh, terlupa tidak terkecuali ada yang letak namanya batang buruk. Its batang buruk dude. Aku mcm tergamak nak gelak berdekah dekah. Macam macam lah. Aku sampaikan xtau sape kawan2 aku tu. Sudah la nama pn jadi kuih raya, profil pic pn dh jadi kuih tersebut. Sampaikan aku kena bukak album gmbr mereka untuk mengetahui siapakah dia 'batang buruk has been comment on your status' itu. Cis, sungguh menyusahkan.

Ok lah. Aku malas nak tulis panjang2. Yang penting esok aku dah nak pulang beraya. Penat tau jadi perantauan ni. For that, i am wishing all of you happy eid mubarak. Hope this coming eid will bring us more prosporeous.

MAAF ZAHIR DAN BATIN