Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, November 3, 2010

SEPASANG MATA BIRU


2011
KL Sentral

Mata itu. Asmida kenal dengan mata itu. Mata biru itu persis milik seseorang yang rapat dengannya. Tapi dia kah? Mustahil. Raut wajahnya bukan bujur sirih seperti wanita dihadapannya ini. Dan sejak bila pula dia bertudung labuh. Seingatnya gadis yang memiliki mata seperti itu beragama katolik. Ya, mata biru itu persis milik Natalie. Natalie kah itu? Mustahil. Natalie kan sudah lama pergi. Meninggal dunia sebab barah perut kalau tidak silapnya. Jadi siapa gadis dihadapannya ini? Asmida mula mendekati gadis bertudung labuh itu. Hiruk pikuk di KL Sentral tidak di hiraukan. Dia mengejar gadis itu. Gadis bertudung labuh itu menuruni tangga kearah tempat menaiki bas di aras bawah.

“maaf,” Asmida tekad menegur gadis bertudung labuh itu.

“ya, saya?” gadis itu menoleh.

“er…. Awak punya?” Asmida menghulurkan sapu tangan berwana kuning cair itu kepada gadis itu. Lidahnya terasa kelu ingin bertanya mengenai Natalie. Sapu tangan gadis itu yang tercicir menyelamatkan dari terus kelu.

“oh. Terima kasih,”

“sama-sama,” lantas Asmida ingin melangkah pergi. Tiba-tiba gadis itu memanggilnya.

“asmida?” pantas Asmida menoleh. Gadis itu mengenalinya. Tapi siapa dia?

“awak Asmida kan? Nur Asmida Johari? Sekolah Indera Kasih?” gadis itu bertanya.

“ya, saya. Tapi macam mana awak kenal saya?”

“tak kenal aku ke?” pertanyaan Asmida dijawab dengan jawapan yang mempunyai tanda tanya juga.

“ya Allah. Hana? Tapi……..”

**********
1997
Asrama Puteri, Sekolah Indera Kasih

“aku bengang betul lah dengan budak baru masuk tu. Dia ingat dia orang putih dia cantik sangat ke? Tak pasal-pasal boyfriend aku sangkut kat dia tau.” Hana membebel. Sekali sekala dia menjeling kearah Asmida yang leka membuat latihan kimia. Asmida hanya menyepi. Hanya sekali sekala dia mengangguk. Dan sesekali dia humming lagu yang didengarinya dari walkman yang terpasang ditelinganya dalam nada perlahan.

“As.. kau dengar tak aku cakap ni? Tak da respons la kau ni.”

“aku dengar lah. Kau tengah cakap pasal cikgu Joyah nak mengorat balak kau kan?” Asmida hanya menyerkap jarang. Macam mana lah dia nak dengar. Telinganya tengah berdentum dengan lagu dari kumpulan Westlife. Asmida mengeluarkan earpiece dari lubang telinganya. Sekilas dia berpaling pada Hana yang tengah buat muka cemberut.

“hei.. bila masa pulak cikgu Joyah nak mengorat Helmi ni? Kau ni… Aku cakap pasal budak kafir tu lah.” Hana melempiaskan rasa amarahnya.

“kau ni tak habis-habis nak marah kat Natalie tu. Dia baik je. Aku tengok dia lagi baik dari kau tau.” Asmida menyuarakan pendapatnya. Kedengaran ikhlas sekali.

“sejak bila kau jadi pro Natalie ni? Baik apanya kalau dia rampas balak aku?”

“sejak bila dia rampas balak kau?” Asmida bingkas bangun dari meja belajarnya. Dia mendekati Hana yang leka melepak di katilnya. Latihan kimia dia biarkan. Malam nanti dia akan sambung membuatnya lagi.

“aku rasa Helmi tu yang beria-ia kat dia. Dia tak layan sangat pun kat Helmi tu.” Asmida menyambung.

“ye lah. Tapi sebab dia ada lah Helmi dah tak pandang aku tau.”

“ha.. see. Helmi lah yang salah dalam hal ni.. lagi pun kan. Aku tengok Helmi tu tak sesuai lah dengan kau.”

“apa maksud kau?”

“aku rasa dia bukan lelaki yang baik.”

“kenapa kau cakap macam tu?” Hana keliru.

“ye lah. Kau tengok lah dia tu. Tiap-tiap malam keluar. Dia pergi mana?” Asmida menimbulkan tanda tanya.

“dia buat part time lah. Dia nak tolong family dia,” benar, Helmi bukan lah dari kalangan keluarga yang senang sepertinya.

“itu kata dia. Aku pernah dengar orang cakap, ada orang jumpa dia kat depan Jalan Sultan Abdul Samad.”

“dia buat apa kat situ?”

“dia lumba haram,” selamba Asmida berkata.

“pelanduk dua serupa tu,” Hana menyedapkan hatinya.

Pintu dorm tiba-tiba terkuak dari luar. Muncul Natalie sambil membawa baldi. Mungkin baru lepas membasuh baju barangkali. Asmida memandang Natalie. Entah kenapa setiap kali menatap Natalie dia rasa tenang. Gadis bermata biru itu seperti menyenangkannya. Ya, mata birunya, lain dari yang lain. Seperti ada tarikan magnet.

“basuh baju ke Nate?” asmida bertanya. Sekadar berbahasa.

“haah kak As.” Sememangnya Natalie fasih berbahasa melayu. Dilahirkan dan dibesarkan di bumi Malaysia menjadikan dia seorang ‘minah salih’ yang melayu.

“aku nak pergi mandi lah As. Panas lah bilik ni. Ye lah, duduk dengan orng kafir kan,” Hana bingkas bangun dari katilnya. Mencapai tuala di hujung katil dan keluar menuju ke bilik mandi.

Asmida hanya tersenyum sambil memandang Natalie.

“jangan ambil hati ye dik,” Asmida memujuk. Natalie hanya tersenyum.

**********

2011
Starbuck Coffee, Berjaya Time Square

Mereka duduk di meja yang agak hujung. Suasana agak sunyi. Mungkin kerana hari berkerja agaknya. Dari perbualan ringkas di KL Sentral, Asmida membawa Hana ke Berjaya Time Square agar perbualan mereka lebih selesa.

“macam mana kau boleh berubah macam ni Hana?” Asmida memandang Hana. Dengan tudung labuh siap berjubah. Dia tidak begini sebelum ini. Nak tengok dia solat pun sukar sekali,apatah ingin melihatnya memakai tudung. Macam mana dia boleh berubah sejauh itu. Ya, mata itu. Matanya masih menjadi misteri. Dia pakai contact lens kah? Ah, nanti pasti Hana akan bercerita mengenai mata itu.

“suami aku. Dia ustaz.” Ringkas jawapannya. Hana mencapai choco latte di hadapannya. Di teguknya sekali. Sekadar membasahkan tekaknya.

“kau dah kahwin Hana? Macam mana aku boleh tak tau.” Asmida agak terperanjat. Matanya reflek memandang kearah jari manis si sahabat. Melihat cincin yang berkilau di jari manis Hana.

“aku tak dapat cari kau pun masa tu. Puas aku tanya semua kawan lama kita. Aku cari kau serata tempat. Rumah lama kau pun tak ada orang. Kau menghilang ke mana As?” Hana bertanya. Suaranya sedikit menekan. Ada nada marah dihujung suaranya. Mungkin kecewa kerana rakan baiknya tiada semasa hari pernikahannya.

“aku mintak maaf. Aku dah lama tinggalkan Malaysia. Aku tinggal kat Singapore sekarang. Aku buka bisnes kat sana.” Sedikit sebanyak Asmida menceritakan penghijrahannya ke bumi orang.

“kau tak bagitahu aku pun,” Hana seperti menjauh hati.

“aku mintak maaf. Dah berapa lama kau kahwin,” Asmida sengaja mengembalikan dirinya ke topik asal.

“dah hampir dua tahun As,”

“dengan Helmi?”

“tak. Aku kahwin dengan orang lain. Yang lebih baik dari Helmi. Betul kata kau. Helmi bukan lelaki yang baik,”

“apa jadi pada Helmi sekarang?”

“tak payah lah cerita pasal dia lagi. Lagipun dia dah meninggal,”

“meninggal? Sebab apa?”

**************
2000
Jalan Sultan Abdul Samad

Bising. Bingit. Suasana di Jalan Sultan Abdul Samad bingit dengan bunyi motosikal berkuasa besar. Hana sudah bosan. Pantas dia mendekati Helmi yang asyik berbual dengan seorang gadis.

“Mie, jom lah balik. I dah bosan lah. You nak tunggu apa lagi ni?” Hana menggesa Helmi.

“sabar lah sayang. Awal lagi lah. Kita enjoy lah dulu,” Helmi cuba memujuk Hana. Suaranya kedengaran agak keras. Mungkin kerana suasana yang agak bising menyebabkan dia menguatkan suaranya agar Hana dengar apa yang dituturkannya.

“awal apa nya. Dah dekat pukul dua pagi ni,” Hana menunjukkan jam tangannya.

“alah… esok you bukan kerja pun. Malam minggu kan,”

“memang lah tak kerja. Tapi I nak jawab apa kat mak bapak I nanti?”

“sayang, I kan ada,” Helmi cuba memujuk Hana. Hana buat muka masam. Marah, sudah pasti.

“you boleh buat apa? Nak jumpa mak bapak pun you tak berani, sepatutnya I percaya cakap Asmida,” entah kenapa tiba-tiba pula dia teringat kepada rakan baiknya itu.

“As cakap apa?”

“dia pernah cakap kat I yang you bukan lelaki yang baik,”

“dia siapa nak nilai I macam mana? Dia ingat dia baik sangat ke? Kalau dia baik sangat dia kat mana sekarang? Hilang macam tu aje. Tak dengar khabar berita langsung lepas habis belajar,”

“itu hak dia lah. Yang you sibuk-sibuk tu kenapa? Kalau I ikut cakap dia dulu tak ada lah I macam ni. Kalau I belajar elok-elok macam dia dulu tak ada lah I asyik ikut you merempit aje,” Hana melempiaskan rasa amarahnya.

“dah lah. Malas nak bertekak dengan you lagi. Kalau you nak balik, you balik sendiri. I malas nak hantar,” Helmi memberikan kata putus. Dia mencapai helmetnya, lalu menghidupkan motosikalnya dan menderum laju meninggalkan Hana.

“Fine!” Hana lantas menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di jalan itu.

***********
2011
Starbuck Coffee, Berjaya Time Square

“teksi yang aku naik melanggar seorang penunggang motosikal. Aku ingatkan siapa. Rupa-rupanya Helmi. Aku terkejut sangat masa tu As,” Hana menitiskan air matanya. Suasana jadi sayu tiba-tiba.

“Helmi meninggal masa tu?”

Hana mengaguk perlahan. Sedih sekali.

“aku rasa bersalah sangat kat dia. Aku marah dia sebelum dia meninggal. Aku tak tahu nak buat apa masa tu,” Hana terus menangis.

“kau tak apa-apa ke masa tu?”

“aku pengsan masa tu. Lepas sedar baru aku tau yang Helmi meninggal. Masa kemalangan tu, cermin depan teksi pecah sebab langgar pokok. Teksi tu nak mengelak Helmi masa tu, tapi terus terlanggar pokok. Sisa cermin yang pecah tu masuk dalam mata aku As. Aku tak nampak apa-apa masa tu,” Hana terus bercerita. Asmida tekun mendengar. Sekali-sekala dia menggosok bahu Hana. Cuba memujuk.

“aku dibawa kehospital. Dan masa tu lah aku jumpa Natalie. Kau ingat lagi pada Natalie?”

“Natalie? Dia pun dah meninggal kan? Sebab barah perut kan?”

“macam mana kau tau dia dah meninggal?”

“mak aku yang cakap. Sebelum dia meninggal dia ada tinggalkan surat kat aku,”

“Aku jumpa Natalie masa dia buat rawatan kat situ. Natalie… atau nama Islamnya Hawa,”

*************
2000
Hospital Pantai, Kuala Lumpur

“kak Hana kan?” Natalie bertanya kepada gadis yang sedang duduk di kerusi roda itu.

“siapa ni?” Hana meraba-raba wajah dihadapannya.

“Natalie kak. Sekolah Indera Kasih. Ingat lagi tak?”

“ouh. Nate. Maaf lah. Akak tak nampak kamu. Akak dah buta Nate,” sayu suaranya.
Setitik air mata tiba-tiba mengalir dari mata celik yang tidak dapat melihat itu.

“macam mana boleh jadi macam ni?” Natalie terduduk. Memeraba-raba sekitar mata gadis yang pernah menjadi seniornya itu.

“panjang ceritanya dik. Akak kemalangan,”

“ouh,” Natalie sedikit terperanjat.

“nate buat apa kat sini?”

“panggil saya Hawa kak. Saya islam sekarang ni,”

“Alhamdulillah. Sejak bila?” Hana terkejut. Tapi dia bersyukur.

“dah dua tahun kak,” ringkas penerangan Natalie, si saudara baru.

“Hawa buat apa kat sini?” Hana bertanyakan soalan yang sama.

“saya ada rawatan kat sini kak,”

“rawatan apa?”

“kimo kak,” Natalie bernada perlahan. Ada sedikit syahdu di hujung suaranya.

“kamu ada kanser ke?”

“ya kak. Dah lama kak. Sejak sekolah lagi. Tapi saya rasa tak guna dah saya nak rahsia kan pasal ni lagi. Lagipun saya dah tak hidup lama,” perlahan suara Natalie menuturkannya. Sayu tapi seperti dapat menerimanya.

“kenapa kamu cakap macam tu? Tak baik dik,”

“doktor pun dah sahkan kak. Saya ada lagi enam bulan je lagi,”

“ya Allah,” air mata yang tadi menitik sedikit terus mengalir deras.

“Hawa, akak nak mintak maaf,” Hana menyambung percakapannya.

“kenapa kak?”

“dulu akak selalu marah kamu, kutuk kamu. Akak bersalah dik. Maafkan akak,” Hana menyatakan kata maaf. Kedengaran sangat ikhlas sekali.

“saya dah lama maafkan akak. Eh, kak Asmida kat mana ye?”

“entah lah dik. Akak pun tak tau. Akak sendiri dah lama tak dengar khabar berita dia. Akak tak tahu kat mana dia menghilang,”

“kalau boleh saya nak jumpa kak As sebelum saya tiutup mata kak,”

“kalau ada rezeki nanti kita pasti dapat jumpa dia. Kamu mesti dah cantik sekarang kan? Ya lah, dah pakai tudung. Akak rindu nak tengok mata kamu yang biru tu,”

“ada-ada aje lah akak ni,” Natalie tersenyum. Malu di puji barangkali.

“tak pe lah kak. Nanti akak mesti dapat tengok mata saya tiap-tiap hari,” Natalie menyambung kata-katanya. Seperti ada maksud mendalam dalam kata-katanya.

*****************
2011
Starbuck Coffee, Berjaya Time Square

“aku tak sangka As. Orang yang aku cerca masa sekolah dulu sanggup bagi mata dia kat aku. Aku rasa malu sangat,”

“tak sangka hati dia semurni itu,”

“sebelum dia mata dia dah niat nak dermakan mata dia kat aku rupanya,”

“semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang soleh,”

Asmida bersyukur. Bersyukur kerana Hana sudah berubah menjadi lebih baik. Dan paling dia bersyukur Natalie mati di dalam Islam. Dan yang pasti, dia masih dapat menatap sepasang mata biru itu. Ya, mata biru yang menyejukkan dan menyenangkan. Moga mata biru itu terus berkhidmat untuk tuannya.

-TAMAT-

3 comments:

Fara Adila said...

bravo2..i like..ko boleh jadi penulis cerpen dude..tukar carier r..

shida.arh said...

best r cite ni...berbakat r ali ni..keep it up...

rifqy said...

cerita nya bagus banget,,,