Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, June 13, 2011

SOULMATE (part 3)




Mid Valley Megamall

Hari minggu begini pusat membeli belah memang sesak dengan manusia. Hari minggu begini lah semua manusia mahu bergembira selepas seminggu bekerja. Dan tidak kurang juga dengan remaja, hari minggu la yang mereka gunakan untuk keluar berhibur bersama teman teman. Lily dan Shima juga mengambil peluang mahu menonton wayang hari ini. Sengaja mahu melepaskan tekanan selepas penat bekerja minggu itu.

“So… X-men first class nak?” shima memberi cadangan semasa mereka beratur di hadapan kaunter. Barisan orang beratur memang panjang. Maklum sajalah, hari minggu.

“Yucks. Ko ni macam budak kecik la nak tengok cerita merepek tu,” Lily tampak kurang berkenan. Ada ke patut ajak aku tengok cerita yang sesuai untuk budak belum akil baligh. Memang nan hado la…

“Kau cakap budak kecik? Hello? Kau nampak tak klasifikasi dia tu? 13PG tau. Maknanya budak kecik tak boleh tengok. Ah, aku tak kira aku nak tengok X-men jugak. Kau nak cakap aku nerd ke, skema ke, apa ke.
Aku tak kira,” Shima tetap berkeras. Nak X-men jugak. Nak X-men jugak.

“Asalkan kau bayar aku tak kisah,” Lily mengumpan. Comfirm aku tidur punya.

“Fine. Yang penting dapat X-men,” Shima sudah tersenyum kemenangan. Shima kemudian mengeluarkan dua keping not bewarna merah dari dalam dompetnya. Kemudia dihulurkan kepada Lily.

“Nah. Kau bayar dulu. Aku nak buat phone call jap,” wang dua puluh ringgit bertukar tangan. Shima kemudian tampak berlalu kearah eskelator.

*****

Shima kembali selepas membuat panggilan telefon. Mukanya tampak ceria. Lepas call buah hati la tu. Lily meneka sendiri.

“Suka sangat lepas cakap dengan Hayat eh?” Lily menegur sambil berjalan kearah panggung.

“Biasa lah. eh, kau nak tau tak. Tadi aku nampak Haikal tau,” Shima berkata sambil menghulurkan tiket pada si petugas dihadapan pintu masuk panggung.

“Haikal?”

“Yelah. Kawan baik kau tu lah. Kat eskelator yang kat exhibition center tu,” Shima menerangkan sambil mejuihkan bibirnya kearah eskelator berkenaan.

“Dia buat apa eh? Tadi aku ajak keluar sekali tak nak,” Lily kehairanan.

“Kau nak tau sebab apa dia tak nak keluar sekali?” Shima bertanya sambil tersengih. Kaki mereka terus melangkah ke dewan tayangan yang sepatutnya.

“Sebab?” Lily mengerut dahi.

“Sebab dia keluar dengan awek dia. Dia dah plan nak dating la tu sebab tu tak nak keluar dengan kita,” kata Shima sambil menolak pintu hall nombor dua. Udara sejuk akibat pendingin hawa yang dipasang terus menerpa kearah mereka. Kepala mereka sesekali terjengah-jengah mencari tempat duduk.

“Awek dia? Sara ke?” Lily bertanya sejurus mereka duduk dikerusi.

“Entah aku nampak macam orang lain je,” Shima menjawab endah tidak endah sambil menggigit Hot Dog 1901 yang berjaya diseludup masuk ke dalam panggung.

“Baru break dengan Sara dah dapat yang baru. Memang playboy la dia ni,” Lily menggomel sendiri.

“Haah la kan. Sepanjang kau berkawan baik dengan dia kan, dia memang playboy ke eh?” Shima bertanya lagi.

“Memang. Entah la dia tu,” Lily menahan geram. Sakit hati pun ada dengan Haikal ni.

“Ala… Rileks la. Lelaki ni kan kalau dah kahwin nanti mesti dia berubah,” Shima memberikan pendapatnya sambil menyuap Hot Dog sekali lagi.

“Takkan. Kalau dia memang takkan berubah,” Lily berkata penuh yakin. Sangat yakin.

“Mana kau tau?” Shima bertanya pula sambil menyedut minuman kola yang juga berjaya diseludup masuk.

“Aku tau lah. Aku kenal sangat dia tu,” Lily menjawab penuh yakin. Mana taknya dah kahwin dngan aku pun masih dengan playboy dia tu.

“Eh, apa kata lepas kita tengok cerita ni kita jumpa dia nak? Kita boleh lunch sekali dengan awek baru dia tu,” Shima member cadangan.

“Tak payah la. Nanti kat rumah aku jumpa dia,”

“Ha? Kau satu neighborhood dengan dia ke nak jumpa kat rumah ni?” Shima bertanya kehairanan.

“Tak, maksud aku, lepas habis cerita ni kita pergi rumah aku eh? Kau kan tak pernah pergi rumah baru aku kan?” apasal boleh salah cakap ni. tak pasal pasal kantoi dengan Shima nanti.

“Nanti roommate kau tak marah ke? Dulu aku beria nak pergi rumah kau lepas kau pindah tu tak kasi. Kau kata roommate kau sombong sikit,”

“Ala… tak pe roommate aku takde kat rumah. Dia ‘ada hal’ kat luar,”

“Okay lah kalau camtu. Eh, cerita dah start la,” kata shima sambil menyuap saki baki hotdog.


*****

Kondominium Seri Hartamas

“Wah… cantik rumah kau eh Lily. Kau duduk berdua je, tak mahal ke kau sewa?” Shima terpegun seketika selepas menjejakkan kaki kedalam kondominium Lily.

“Tak mahal la. Lagipun roommate aku tu lawyer. Gaji dia besar dia la yang bayar,” Lily menerangkan serba sedikit.

“Lawyer… patutlah sombong,”

“Kau ni. Macam pernah jumpa dia pulak cakap dia sombong,”

“Dah kau yang cakap dia sombong. Lagipun lawyer semua sombong. Tengok la Haikal tu, sombong gila masa mula-mula kenal aku,”

“Aku saje je lah cakap tu. Eh, kau nak minum apa? Aku buatkan nak?” Lily mempelawa.

“Tak payah susah susah la. Nanti aku nak minum aku ambik sendiri kat dapur kau tu. Kau tak payah la nak cakap buat macam rumah sendiri,” Shima bergurau sambil tergelak kecil. Lily turut tersengih sedikit.

“Eh, kau dah baik semula dengan Shafik ke?” Shima bertanya pula perihal hubungannnya dengan Shafik sambil melabuhkan punggung ke sofa diruang tamu itu.

“Aku kan dah lama putus dengan dia. Dah dua bulan dah kan. Takkan kau lupa,” jawab Lily sambil turut duduk disebelah Shima.

“Oh. Habis tu kasut siapa yang kat depan tu?” Kata Shima sambil mengarahkan jari telunjuknya kearah pintu utama.

“Kasut?” kasut apa?

“Aku ada nampak kasut kulit lelaki kat depan tu. Kasut Shafik ke?”

“Oh… tu kasut roommate aku la,” Lily menjawab selamba.

“Peliknya. Roommate kau pakai kasut lelaki ke?” pelik bin ajaib ni.

“Eh tak… maksud aku…” apa aku nak kelentong Shima ni?

“Kasut Haikal ke?” Shima meneka.

“Ha! Betu! Betul! Kasut Haikal. Dia tertinggal masa hantar aku hari tu,” pantas Lily mengikannya.

“Kau ni gelabah semacam je. Apasal?” Shima sudah kehairanan.

“Kau ada rahsia something dengan aku eh? Baik cakap!” Shima mula mengesyaki sesuatu. Matanya membulat sperti mengugut Lily.

“Shima please la. Jangan tanya aku lagi,” Lily sudah mula merayu.

“Now memang kau ada rahsia besar. Kau nak bagitau ke tak?” Suara Shima sudah seperti mengugut.

“Jangan lah paksa aku Shima. Aku dah agak dah idea nak ajak kau datang rumah ni memang bukan idea yang baik. Patut lah Haikal tak bagi siapa-siapa datang rumah,”

“Haikal what?!!! Okay. Sekarang aku memang nak tau apa dia? Tell me Lily,” Shima masih belum mengalah. Apa kena mengena dengan Haikal ni?

“Okay fine. I am married!” Lily sudah hampir separuh menjerit.

“WHAT?!!” dan Shima memang betul betul menjerit. Kondominium Seri Hartamas bergegar lagi.


...bersambung

4 comments:

hamizah adam said...

WHAT??! ahahaha... aku kena pergi jumpa doktor la. cane nak bendung air mata dari mengalir kalau aku excited. damn! BEST LA! terbaek la ali..

pinkguava said...

hahahha... thanks eh peah sebab support... :)

pinkguava said...

hahahha... thanks eh peah sebab support... :)

hamizah adam said...

its okay laa. no biggie. :)