Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, January 5, 2011

anak ikan [DUA]





Kampung Chendering, Kota Tinggi, Johor

Nissan Fair Ladynya memasuki halaman rumah berwarna merah itu. Segenap dia memarkir keretanya di bawah pokok mempelam yang sedang berbuah ranum. Dia menanggalkan rantai leher dan anting-anting yang sudah lama bersarang di telingan kirinya. Rantai leher dan subang itu kemudiannya disorok didalam laci didalam keretanya itu. Kemudian dia turun dari keretanya dan meluru ke pintu utama rumah papan dua tingkat itu. Salam dilaungkan. Seketika seorang wanita tua separa abad keluar dari pintu utama rumah berkenaan.

“La… kamu ni kenapa balik tak bagitau mak dulu? Nasib baik mak ada kat rumah,”

“Saja nak surprise mak. Mak sihat,” pantas tangan tua itu disambut. Dicium tangan ibunya yang separa abad itu.

“Mak sihat. Macam ni lah. Ayah kamu ke kebun. Tak balik lagi ni. Eh, kereta baru lagi ke tu?” ibunya bertanya setelah melihat keretanya yang diparkir di bawah pohon mempelam itu.

“Ish tak da lah mak,” mak ni pun semua dia nak ambil tau. Tak kan nak bagitahu yang kereta tu Datin Maimun yang kasi kot.

“Kereta lama lah tu,” dia menyambung lagi.

“Dah dah. Masuk rumah dulu. Dah nak masuk zohor ni. kau solat dulu, lepas tu turun makan. Lama ke kamu cuti?” si ibu memerintah sambil bertanya.

“Sebulan mak. Ingat nak duduk kat kampung ni lama sikit,”

“Bagus la tu. Mak pun ingat nak suruh kamu berhenti je. mak bukan berkenan sangat dengan kerja kamu tu. Siang malam tayang baju. Lepas tu berhimpit pulak tu dengan perempuan. Ish, mak tak berkenan lah,” si ibu membebel sambil masuk kedapur.

Danish masuk kedalam bilik ditingkat atas. Di berbaring diatas katil bujangnya. Lamanya tak balik kampung. Semua dah berubah. Bisiknya didalam hati. Telefon bimbitnya tiba-tiba benyanyi. Pantas diseluknya poket sisi jeansnya. Blackberry hitam itu dikeluarkan. Ada satu nombor yang tidak dikenali rupanya. Dia menekan punat hijau pada telefon bimbitnya.

“Hello baby boy. Kat mana ni?” suara dari sebelah sana kedengaran.

“Hello? Who’s there?” kurang pasti milik siapakah suara berkenaan, dia bertanya.

“Danish sayang… datin Maimun here. Lupa kat I ke?”

“Oh datin… sorry lah. I ada kat kampung sekarang ni. I bercuti,”

“La… kenapa baby boy ni? I baru ingat nak ajak makan malam kat rumah I. dato’ outstation. Anak-anak I pun tak da. Line clear tau malam ni,” si datin bersungguh.

“So sorry datin,” ish mak cik sorang ni. tak faham bahasa ke?

“I rindu la kat you baby. Danish cuti berapa lama?” si Datin tidak sedar diri itu bertanya lagi.

“Sebulan,” ringkas dia menjawab. Malas mahu layan datin yang kemaruk seks ni.

“Lamanya. I tak tenang hidup la kalau tak jumpa you sehari,”

“Kalau datin nak tenang hidup, datin pergi ambil air sembahyang lepas tu pergi buat solat taubat. Baru lah tenang sikit,” selepas menyatakan parkataan tersebut pantas telefon bimbitnya terus dimatikan. Malas nak layan manusia-manusia yang kemaruk seks ni. menyusahkan.

*****

Malam sudah menginjak ke pukul 12 tengah malam. Ibu dan ayahnya telah lama lelap. Dia masih belum tidur. Bergolek-golek di atas katil bujangnya. Dia kemudian menghidupkan telefon bimbitnya yang di matikan sejak siang tadi. Ada dua pesanan ringkas juga 15 panggilan tidak dijawab. 10 darinya adalah daripada Nancy. Dua dari datin Maimun, dan tiga lagi dari Lucy yang juga pelanggannya. Juga ada tiga pesanan di voice mail. dia membaca pesanan ringkas di inbox telefonnya sebelum mendengar pesanan di voice mail.

Pesanan ringkas pertama adalah dari Nancy. “Darl… why off fon? Datin Maimun tak habis2 call I asking bout you,”

Dan pesanan ringkas kedua dari nombor yang tidak dikenali. Dan pesanannya memang sangat ringkas. “thanks Danish,”

Selepas membaca pesanan ringkas tersebut, dia mendengar pula pesanan di voice mailnya.

“hai handsome. Lucy here. If you free call me eh. Really really miss you damn much. By the way mana you menghilang?” selesai mendengar pesanan pertama dia mendengar pesanan kedua pula.

“Danish… kau cuti tak bagitau aku pun. Der… takkan aku nak ganti kau untuk MFF kot. Semua baju dah fitting saiz kau kan? kau ni tak menyusahkan aku tak boleh ke?” hurm… Ryzal Ryzal… aku bagi job kat kau takkan nak marah kot. Tak dapat job mula lah nak complaint. Danish mengomel sendirian.

“Dan… I got lot of fun at Regent semalam. If possible I nak you lagi. Eh, I masuk kat dalam facebook tau pic kita semalam. Ikram.” What? Kau nak upload Facebook. No way. Pantas tangannya mendail nombor Ikram yang baru dilayannya semalam. Ternyata nombor yang menghantar pesanan ringkas ‘thanks Danish’ itu merupakan nombor telefon Ikram.

*****

Geylang, Singapura

Keretanya mundar mandir di hadapan apartment bertingkat-tingkat itu. Dia memasuki satu kawasan parkir yang kosong. Di keluarkan telefon tangannya dan mendail seseorang.

“I dah sampai. Dah ada kat bawah ni,” dia berkata sepatah. Menunggu sejenak didalam kereta sehingga orang yang ditunggu sampai. Seketika teringat perbualanya semalam yang mendorongnya membawanya sehingga ke sini.

*****

“Kalau you tak kasi you kena layan I lagi sekali,” suara ghairah Ikram mendayu memujuknya.

“So sorry. I can’t. I ada kat JB rite now. Balik kampung. You ni tak puas lagi ke apa?” hairan juga dia denga Ikram ni. Tak pernah puas ke? Atau dia jenis yang tak faham bahasa?

“Great. JB? I ada kat Singapore ni. Come lah,”

“What? Oh come on. I told you kan I tak layan lelaki. Can you get it?” aduh. Rosak lah aku macam ni.

“Kalau macam tu I terpaksa lah upload facebook pic ni,” nada ugut kedengaran dari suara disebelah sana.

“NO!!! Okay fine, pukul sepuluh pagi esok I sampai,” dan telefon di lempar kasar. Tanda geram. Sangat geram.

*****

KNOCK! KNOCK! KNOCK!

Cermin keretanya diketuk dari luar. Ikram dilihatnya tersenyum menggoda. Dia mencebikkan bibir. Meluat. Ray Ban hitamnya ditanggal. Diletakkannya cermat di dashboard kereta. Cermin kereta diturunkan.

“Come lah,” kolar baju Danish ditarik penuh menggoda.

“Before that, I nak bagitahu you,” kata Danish sambil cuba melepaskan kolar lehernya dari Ikram yang ternyata sudah kemaruk seks songsang.

“Okay. I am listening,”

“Lepas semua ni I tak nak ada apa-apa dah dengan you. Please lah. I harap you faham. And I nak semua gambar I yang you snap tu,”

“Okay, deal. Jom lah semua dah tunggu tu,” Ikram dah tak sabar. Pintu kereta Danish dibukanya dari luar. Selamba.

“Wait. What do you mean by semua?” Danish kerunsingan.

“Ala… I ada ajak kawan I lagi dua orang,” Ikram sudah tersengih manja.

“I still can’t get it,” paras Danish masih ada riak keliru.

“Foursome?” Ikram tersengih manja sambil angkat kening double jerk.

“What? No way!!!” pantas pintu keretanya dirapatkannya kembali. Enjin dihidupkan. Nissan Fair Ladynya meluru keluar dari kawasan apartment tersebut. Mahu kembali ke Kota Tinggi. Apa nak jadi jadi lah. Tak sanggup aku nak gadaikan maruah lagi sekali. Dia bermonolog.

*****

Kampung Chendering, Kota Tinggi, Johor

“Bagi nasik lemak tiga ya kak,”

“Ni… Danish anak pak seman tu kan?” kak penjual kuih itu tiba-tiba menegurnya ketika dia keluar membeli nasik lemak pagi itu.

“Ha… saya la tu kak,”

“La… yang kerja kat Kolumpo jadi model tu kan?”

“Haah kak,”

“Lama sangat tak nampak balik kampung ni ha. Hari-hari muka kau masuk majalah dik. Anak akak yang darjah tiga tu suka benar dengan kau ni ha,”

“Ada-ada lah akak ni,”

“Betul lah, eh makan nasik lemak je ke? Kuih kuih tak nak ke?”

“Tak kot. Mak dah ada buat karipap kat rumah tu. Cuma pagi ni teringin pulak nak makan nasik lemak,”

Nasik lemak bertukar tangan. Duit baki dikembalikan. Dan tika dia cuba berpusing dia terlanggar seseorang.

“Maaf. Maaf kan saya. Saya tak sengaja,” gadis bertudung itu pula yang meminta maaf walau sebenarnya dia yang melanggarnya, dan nasik lemak sudah bertaburan diatas tanah.

“Eh, tak. Saya yang langgar awak,”

“Maaf sangat-sangat. biar saya gantikan nasik lemak awak,” gadis bertudung itu meminta maaf sekali lagi. Mungkin rasa sangat bersalah.

“Jangan. Saya yang salah. Tak pe. Mungkin bukan rezeki saya agaknya,”

“Saya mintak maaf sangat,”

“Hey, tak pe lah. Dah tiga kali awak mintak maaf,” danish pula yang rasa bersalah kerana melihat gadis itu berkali-kali memohon maaf.

“Kau payah nak mintak maaf lah Suri. Nah ni ha, akak bagi kau nasik lemak percuma ni,” tiba-tiba akak penjual kuih itu meyampuk sambil menghulurkan bungkusan nasik lemak.

*****
...to be continue

No comments: