![]() |
| the true beauty |
Sunday, May 29, 2011
jangan percaya sangat pada subtiltle
Monday, April 4, 2011
tertekan
Monday, March 7, 2011
kempen mari BELI beg plastik
Friday, January 21, 2011
kadang kadang aku bersikap bodoh jugak
Wednesday, January 19, 2011
simon says, sebut betul betul.
serasa seperti meminta tips langsing dari adibah nor bak kata ayah aku. =.="
Saturday, January 8, 2011
template baru. yang penting pink okay. oh ya, ada juga mengenai sesuatu yang agak panas. diingatkan, 18 tahun keatas sahaja. harap maklum.
biasalah, saya ni merupakan orang yang mudah bosan dengan sesuatu benda. so bila saya dah boring saya tukar lah. pedulik apa saya kalau orang nak cakap saya tidak tetap pendirian mahupun kecelaruan identiti, yang penting saya suka template baru saya. yang penting, haruslah pink u'olss. hik hik hik... nak buat macam mana kan? dah saya suka kaler pink. yang tak suka tu, diam-diam dah la. tak payah nak prejudis sangat dengan kaler pink tu.
saya tak da apa nak cerita, cuma saya ada satu benda nak share. kejap eh, saya nak cari gambar dia kat google jap.
![]() |
| adam levine |
Friday, December 17, 2010
hey, blog aku ni blog lucah ke?
![]() |
| click untuk tumbesaran. terjengah jengah pon tak best gak |
oh ya. blog aku memang tak da orang bukak sangat. sebab tu kau nampak yang paling ramai pun 2 orang je. but hey, i tell you what, sebelum ni aku bukak untuk kata carian kat nuffnang ni tak pernah ada pun graph-graph ni semua. but then, bila aku buat entry pasal gay ni ada pulak orang google kan? nampak sangat orang malaysia ni memang dirty minded.
kalau aku buat blog tulis pasal lucah-lucah mesti ramai follow kan? wahh... idea bagus ni. banyak la nuffnang aku masyuk nanti.
*thinking
siapalah orang yang paling bangang mencipta benda empat segi yang ada macam-macam kaler tu?
Menghancurkannya.
Kenapa nutrigen perlu bagi free gift yang tak da kualiti? Kenapa?
Sunday, November 28, 2010
pisau cukur
![]() |
| oh my gucci |
aku bukak emel tadi. ada kawan aku ni anta apa jadah punya cerita entah. tapi aku baca la juga. kelakar. berdekah-dekah aku gelak. lawak lah jugak, tapi ada unsur lucah. biasalah lawak melayu. citer dia macam ni.
ada seorang budak perempuan ni, umur dia lebih kurang 7 tahun. dia suka panjat pokok. satu hari tu, dia panjat lah pokok rambutan yang dekat rumah ketua kampung. masa dia panjat tu dia pakai kain. so, tengah dia syok panjat tu tiba-tiba lalu lah tok ketua kampung kat bawah tu. so, ketua kampung tu pun pandang lah kat atas pokok tu. terkejut lah yang teramat sangat si ketua kampung tu. budak tu tak pakai seluar dalam rupanya. so, ketua kampung ni pun panggil lah budak ni turun dan dia bagi budak ni rm5. tok ketua cakap "nak amek duit ni, pegi beli sepender."
maka, budak ni pun seronok la. so, dia pun balik dan cerita kat kakak dia. kakak dia pun teruja lah. siapa sangka, tok ketua dengan bermurah hati nya memberikan rm5. kakak dia apa lagi, pergilah memanjat pokok yang sama dengan memakai kain dan tanpa memakai seluar dalam. dengan harapan dapatlah jugak rm5. tak pun dapat lah lebih. ye lah dia kan dah besar, mesti dapat lagi banyak. dia bermonolog sendirian. maka, sedang dia panjat tu lalu lah ketua kampung tu kat bawah pokok rambutan tu. tok ketua pun apa lagi, terkejut lah. kali ni lagi terkejut dari tadi. tok ketua pun panggil lah kakak budak ni turun. perempuan ni suka lah. mesti dapat duit. bila dia turun tu dia terkejut sebab tok ketua bagi 20 sen je. dia pun pelik lah. tanpa sempat dia bertanya, tok ketua tu cakap, "pergi beli pisau cukur..."
![]() |
| gillete razor |
Friday, November 26, 2010
Satu panggilan tidak dijawab
Friday, November 19, 2010
Tv dan filem di Malaysia
![]() |
| twilight melayu |
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| tweedledee and tweedledum |
Wednesday, November 17, 2010
raya haji di rumah mak mentua

hari ni raya haji. dan aku tak rasa ape-ape pon. mungkin sebab tak ada peluang buat haji lagi kot.*kunon*. dan disebabkan kemalasan yang melampau ingin menumbangkan lembu dan kambing itu, maka, aku bosan giler dan ambil anisiatif tengok "How I Met Your Mother". giler lawak. berdekah-dekah..
Sunday, November 14, 2010
sepandai pandai katak melompat
Katak. Entah lah, aku cukup anti dengan haiwan yang menjadi makanan ruji kepada si ular ni. Bukanlah anti sangat, cuma agak geli lah. Cakap pasal katak, aku ada cerita menarik.
Kat umah sewa aku ni hiduplah sepasang katak yang sangat bahagia. Katak dua ekor ni boleh lah dikategorikan sebagai katak yang paling romantic di dunia. Sentiasa berdua. Tidak pernah berenggang walau sesaat. Bak kata pepatah macam belangkas lah. Tapi mereka berdua ni bukan belangkas. Tapi katak. Nak senang cerita biar aku namakan lah katak dua ekor ni. Yang betina namanya Julie (bukan nama samaran) dan yang jantan ni namanya Romeo (bukan nama timangan). Katak berdua ni unik sikit dari segi saiz. Diorang ni kecik sikit. Maka sukar lah nak perasan kalau diorang ada kat mana-mana. Pulak tu badan diorang ala-ala macam licin sikit. Ish, geli lah aku.
Maka hiduplah aman harmoni nya katak berdua ni kat dalam dapur umah sewa aku yang dekat dengan sinki dan dekat juga dengan mesin basuh. Arakian Romeo dan Julie ni selalu lah main lompat-lompat kat sekitar mesin basuh dan bawah sinki tu. Bahagia juga lah diorang ni bila main sama-sama. Macam-macam permainan lah yang diorang main. Kadang diorang main lompat tali, kekadang main lumba lompat katak, kekakadang pulak diorang buat lompat kijang dan lompat jauh. Oh tidak ketinggalan juga diorang selalu buat lompat tinggi. Arakian, maka bila diorang main yang lompat-lompat tu semua selalunya si Romeo lah yang menang. Al maklumlah lah Romeo kan jantan, mesti lah gagah dan perkasa.
Maka nak jadikan cerita, si Julie ni merajuk lah sebab dia selalu je kalah. “you ni Romeo asyik you je menang, fed up lah I macam ni,” kata Julie pada Romeo pada suata senja di musim yang lalu lepas diorang habis training lompat bergalah. Julie menarik muncung tanda merajuk. “ala you ni. I nak buat macam mana, dah I kuat dan perkasa,” balas si Romeo dengan bongkak nya. Menyampah pulak aku kat si Romeo ni. Bongkak gila. Maka makin merajuk lah si Julie.
Di sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Romeo tak pujuk pun Julie masa Julie merajuk tu. Maka Julie dengan penuh tekadnya membawa diri dan mula lah berhijrah. Sesudah penat Julie mencari tempat baru kerana merajuk maka beliau pun jumpa lah satu tempat yang sangat indah dan membahagiakan. Ya, bilik air rumah sewa aku. Maka hiduplah si Julie berhari-hari di tempat baru tersebut. Arakian, si Romeo mula lah memendam rindu saat kesepian ditinggalkan si Julie. Bagai pungguk rindukan bulan pula lagaknya si Romeo ini. Maka Romeo pun mulalah mencari si Julie. Akhirnya dia pun jumpa lah Julie di bilik air rumah aku tu.
Maka sedang berlakunya drama pujuk memujuk antara Romeo dan Julie tu, maka aku pun masuk lah ketempat kejadian untuk mandi. Aku pun terkejut beruklah bila nampak binatang yang paling aku anti tu ada kat dalam kamar mandi aku. Bertambah annoyingnya aku bila berlakunya drama pujuk memujuk antara mereka. Tak padan dengan katak betul diorang ni. Romantic tak ingat tahap dewa sungguh. Maka, selepas penat aku menjerit sebab kegelian yang teramat tu aku pun mula memberanikan diri untuk menagkap si Romeo dan Julie ni.
Aku pantas ke dapur dan mengambil sepasang chopstik. Takkan lah aku nak tangkap guna tangan kosong je kan. Mesti lah ada pelindung. Kalau tak kena samak tujuh keturunan lah tangan aku ni. Aku pun apa lagi mula la menggerakkan chopstick di hadapan si Julie. Julie dah ketakutan yang teramat sangat. Tapi Romeo pulak yang menghalang. Aku pun mula menyimbah air pada si Romeo. Dengan sepantas kilat Romeo tergelincir ke tepi. Kau ingat kau kuat sangat ke Romeo. Nak tunjuk hero konon. Kata ku dalam hati. Tanpa membuang masa lagi aku pun menagkap lah si Julie itu. Dengan kecekapan aku menggunakan chopstick maka aku dapat juga menangkap si Julie itu. Romeo hanya dapat melihat dengan hati sayu.
Selepas menangkap Julie aku pun memasukkan Julie ke dalam lubang tandas. Dan dengan penuh kejamnya aku pun mem’flush’ tandas tu. Seterusnya, Romeo pulak aku tangkap. Nak menangkap Romeo agak mudah. Mungkin kerana dia pasrah dengan nasibnya. Lagi pun dia dah berjanji dengan Julie ingin sehidup semati. Maka Romeo pun mengalami nasib yang sama dengan si Julie. Maka bersemadi lah mereka berdua di dalam lubang tandas itu. Tamatlah riwayat dua ekor katak yang paling romantic di dunia. Bak kata Karam Singh Walia “sepandai-pandai katak melompat akhirnya ke lobang taik juga”. Sekian melaporkan untuk tv3.
Saturday, October 2, 2010
bangau oh bangau..
Ya, bangau oh bagau adalah salah satu lagu rakyat yang menunjukkan kita sebenarnya suka menunding jari pada orang lain. Suka menyelesaikan masalah dengan menyalahkan orang lain pula. Try to sing this lullaby and think. And you will absolutely agree with me and my mom of course. Oh, my mom again.
Bangau oh bangau kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul,
Ikan oh ikan kenapa engkau tak mahu timbul,
Macam mana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat,
Rumput oh rumput kenapa engkau panjang sangat,
Macam mana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku,
Kerbau oh kerbau kenapa engkau tak makan rumput,
Macam mana aku nak makan,
Perut aku sakit,
Perut oh perut kenapa engkau sakit,
Macam mana aku tak sakit,
Makan nasik mentah,
Nasik oh nasik kenapa engkau mentah,
Macam mana aku tak mentah,
Kayu api basah,
Kayu oh kayu kenapa engkau basah,
Macam mana aku tak basah,
Hujan timpa aku,
Hujan oh hujan kenapa kenapa timpa kayu,
Macam mana aku tak timpa,
Katak panggil aku,
Katak oh katak kenapa panggil hujan,
Macam mana aku tak panggil,
Ular nak makan aku….
Kamu dah fikir apa yang saya cuba sampaikan? Ya, apabila kita selalu menyalahkan orang lain kita sebenarnya melakukan benda yang bodoh. Kamu tak rasa bodoh ke bila kerap kali kita salah kan orang lain, tapi masalah tak selesai pun. Apabila kita tunding jari pada orang lain maka tidak satu pun masalah akan selesai. Kau tunding aku. Aku tunding kau. Akhirnya pada siapa yang kita nak tunding? Pada bangau? Bangau pun sekarang sudah pandai tunding jari pada ikan. Jadi, yang salah sebenarnya diri kita sendiri. Takkan lah akhirnya menjadi salah si ular hanya kerana sibangau yang bangang itu kurus? Tidak logik sangat.
Betul tak apa yang saya cuba sampai kan ini. Sesuatu masalah itu tidak akan selesai pun when we keep point to other people. Kita salahkan bangau, lepas tu bangau salahkan ikan, ikan pulak salah kan rumput. Kerbau tanpa ada kena mengena pun tiba tiba dipersalahkah. Sudahlah perut beliau sakit, perut yang sakit itu pun tergamak dipersalahkan hanya kerana ia menjadi penyebab tidak boleh makan rumput. Tau pun yang beliau itu kerbau, yang beliau pergi makan nasik tu buat apa? Tak pasal pasal si ular pulak yang bersalah hanya kerana si bangau yang obses kurus ini. Maka persoalan persoalan bodoh akan terus muncul bila kita kerap menyalahkan orang lain.
Jadi, jangan lah nak salah kan orang lain pulak bila kamu tahu yang itu salah kamu. Saya sudah penat nak melayan jari jari yang asyik berlegar legar menunding kearah saya. Please lah. Jangan jadi BANGANG boleh tak?
Opss, maksud saya jangan jadi macam BANGAU boleh tak?? Thank you.














