Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Friday, October 8, 2010

ASMIRA NATALIA QASSANDRA (2)

-Dua-

“tak sangka kan Danny tu handsome jugak”

He what? Aku salah dengar ke ni? Cleo yang dibelek dari tadi dialih dari hadapan matanya. Dia memandang Mira. Oh tidak. Jangan kata kau pun ada hati kat Danny tu. Cukup-cukup lah dengan perempuan-perempuan lain yang dah jadi mangsa dia tu.

“tapi kan , dia tu sombong lah”

“dia memang macam tu kalau mula-mula jumpa perempuan. Lagi-lagi yang cantik” Iman menjawab sambil lewa. Aduh, bertambah lagi la pesaing aku.

“kenapa eh?”

“entah la”

“you suka kat dia eh?”

“eh mana ada” Iman dah termalu. Pantas dia menarik semula Cleo. Dia buat-buat membaca majalah itu. Penghuni GT215 yang lain semua sudah bersiap-siap mahu ke prep petang. Mereka sahaja yang masih sambil lewa berbaring di katil sambil berbual-bual kosong. Maklum sahaja lah, Iman merupakan pengawas yang ditugaskan menjaga kolej kediaman semasa kelas persediaan berlangsung.

“kalau macam tu boleh lah I take over dia kan?”

“jangan!!”

“ha.. tengok tu. Kenapa tak boleh pulak?”

“sebab…sebab… sebab…”

“sebab apa pulak?”

“dia dah ada yang punya” pantas Iman menjawab.

“ok.. I paham. You lah orang punya tu kan?”

“haah.. eh.. bukan..!!”

“you jangan nak nafikan lah Iman. I tau dah. You jangan risau. I tak kan goda dia lah. I nak bersiap ni. Syed Mohd Badri nak jumpa masa prep petang ni. You kenal siapa Syed tu?”

“oh.. Bad.. dia tu headprefect lah. Mesti nama you naik jadi pengawas baru lah tu”

“tengok. Ni yang I tak suka ni. Kenapalah semua sekolah yang I pergi mesti nak lantik I jadi pengawas” mira menuju kearah lokernya. Mengeluarkan blouse berbunga merah dan skirt panjang berwarna hitam untuk dipakainya ke kelas persediaan petang itu.

“dah you memang layak. Nak buat macam mana”

“masalahnya I tak layak pun. You know what, dulu I lah pengawas sekolah yang paling nakal sekali. Kesalahan I orang macam tak nampak hanya kerana I ni anak pegawai daerah. Apa ni??”

“best nya. You boleh langgar disiplin tapi tak kena demerit pun. Oh.. bahagianya”

“memanglah. Tapi rasa macam tak fairlah”

“dah dah. Drop the subject. Baik you cepat. Bad tu pantang kalau orang tak tepati masa tau”

***********************

“maaf. Saya lambat”

“tak pe. Kita semua memang tengah tunggu cik Mira pun” Bad muka masam. Lama aku tunggu kau sorang aje cik Mira oi.. Pantang betul aku kalau orang lambat datang meeting ni. Pengawas baru pulak tu.

Amboi. Ni ke headprefect Sri Suria tu. Macam hitler je. Seram. Mira bermonolog.

“Have a sit cik Mira, tapi before that….”

“apa dia Encik Badri?”

Eh. Dah tau ke nama aku? Takpe. Kita tenggok nanti apa yang kau boleh buat. Memang pantang betul aku kalau orang berkurang ajar dengan aku yang penuh berkaliber ni.

“Syuk, bagitau dia ni, apa yang abang Bad suruh buat kalau ada orang yang tak menepati masa”

“baik abang Bad” Syuk pengawas form 3 itu pun bangun. Dia menuju kearah whiteboard yang memang disediakan didalam bilik pengawas itu. Diambilnya marker pen lalu menulis beberapa perkataan di papan putih itu.

‘saya janji tidak akan lewat ke mesyuarat lagi’

Mira berkerut dahi. Eh, dia ni nak suruh buat apa ni.

“sumbit tomorrow. 1000 ayat.” Badri bersuara sepatah.

“ha??!! Tapi..” ish.. dia ni gila ke? Dia ingat aku ni budak sekolah rendah ke nak denda macam ni?

“kenapa cik mira? Orang yang lambat memang semua kena buat macam ni. Nanti tak fair la pada orang lain”

“okay..” mira menjawab sepatah. Kau nak 1000 ayat eh? Lima kali ganda aku bagi nanti.
Eh budak ni. Beraninya dia. Takpe takpe. Kita tengok je permainan dia macam mana.

“ okay. Meeting start. Semua pengawas baru sila letakkan butiran diri anda dalam borang yang saya akan edarkan ni”

***********************

Kantin agak riuh. Semua pelajar berebut rebut mahu mendapatkan makanan masing-masing. Danny mengambil tempat duduk agak hujung yang berdekatan dengan tempat membasuh tangan. Badri datang tiba-tiba dengan membawa segelas sirap limau dengan sepinggan mi goreng.

“so, dah fikir skrip kau? Nak cakap macam mana dengan dia nanti?”

“apa dia ni??”

“kau jangan buat-buat tak faham la Danny. Nombor phone dia aku dah dapatkan. Siap dengan alamat rumah lagi. Kau tak boleh lari la..”

“kau gila ke apa? takkan lah aku nak cakap macam tu kat dia. Waras la sikit headprefect oii…”

“waras tak waras la. Deal is deal la bro. takkan kau takut kot” Badri berkata selamba. Sambil terus menyuap mi goring dihadapannya.

“ok. Tapi kau kena ada sekali la masa aku cakap tu”

“eh… mesti lah. Macam mana aku nak tau kau cakap kat dia kalau aku tak ada dengan kau. Tu.. nampak tak dia dengan Iman tu. Pergi lah.” Badri menunjuk ke suatu arah.

“ok. Jom”


.............bersambung

No comments: