Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
Showing posts with label ulasan filem. Show all posts
Showing posts with label ulasan filem. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

review filem Horrible Bosses



Horrible Bosses aku kira sebuah filem komedi gelap yang slaptick tapi menghiburkan. aku menontonnya secara online untuk menjimatkan wang menontonnya di pawagam. jimat sikit duit, walau agak membazir masa untuk menunggu ia buffering itu. tapi secara keseluruhan filem ini berjaya mengelek hati aku. terkekeh kekeh juga la gelak walaupun tanpa sari kata. oh, aku realize something sebenarnya aku lebih mudah faham english bila aku tidak membaca sari kata. dan sebenarnya bila sebuah cerita lawak Bahasa Inggeris di bahasa melayukan lawaknya lagi sukar untuk kita fahami.

okay lah. fast forward.

Horrible Bosses mengisahkan tiga sahabat yang bengang gila dengan bos masing masing. Nick seorang pekerja disebuah syarikat kewangan terlalu bengang dengan bos dia bila bos dia menjanjikan dia akan dinaikkan pangkat jika dia buat apa yang dia suruh. tapi rupanya tidak. bosnya hanya bermain dengan psychologynya agar dia membuat apa yang disuruh sahaja.  

"I get to work before the sun comes up and I leave long after it's gone down. I haven't had sex in six months with someone other than myself. And the only thing in my refrigerator is an old lime. Could be a kiwi, no way to tell. But here's the thing, this is just temporary" - Nick Hendricks


Dale pula seorang pembantu perubatan di sebuah klinik gigi terpaksa berdepan dengan bosnya Dr Julia Harris iaitu seorang doktor gigi yang gila seks dan sering mengajaknya melakukan seks. Dr Julia melakukan apa sahaja tetapi Dale pula telah bertunang dan tidak sanggup menduakan tunangnya.

"Unfortunately, no one's gonna pay you to be a husband, unless you marry Oprah. So, I had to find a job. Now, I always admired dentists. They're smart, they're capable, they keep your teeth healthy. So I went out and I became one" - Dale Arbus


Jack pula suka bekerja dengan bosnya sehinggalah bos dia mati akibat serangan jantung dan anak bosnya yang menggantikan bos nya. dia terpaksa berdepan dengan bos barunya yang terlalu ketagihan dadah dan suka memecat sesiapa yang dia suka.


"And if the worst thing about this job is having to tolerate my bosses 'dipshit cockhead son', well it's a small price to pay" - Kurt Buckman


dan mereka bertiga akhirnya berpakat nak bunuh bos bos mereka. diorang pun mengupah seorang pembunuh upahan iaitu 'Motherfucker' Jones. tetapi rupanya Jones pun tidak sanggup melakukan pembunuhan. dan Jones telah bertindak sebagai consultant mereka bagaimana nak bunuh bos bos diorang tu. masa diorang nak lakukan pembunuhan tu la lawak gila. seriously, menangis nangis aku gelak.




baiklah, disini aku senarikan 5 sebab kenapa kau perlu tonton Horrible Bosses

1) Jennifer Aniston yang pegang watak Dr Julia Harris tu memang hot gila. kau lebih baik jangan tengok cerita ni masa siang dibulan puasa jika mahu puasa kau selamat. kau barangkali akan berereksi bila melihat cara Jeniffer Aniston menggoda Charlie Day.



2) Kau mungkin akan rasa situasi yang dipaparkan tu memang kena dengan kau. lebih lebih lagi scene Nick dengan bos dia iaitu Kevin Spacey. watak bos yang dibawa Kevin Spacey memang kena dengan bos zaman sekarang. memang berbulu lah. sakit hati.



3) Kau akan tengok betapa tidak kacak dan menariknya Collin Farrell dalam filem ini. sedikit buncit dan botak tengah. aku hampir tak kenal pun tu dia. i mean, betul ke tu Collin Farrell?

4) Kau akan tergelak berdekah dekah bila diorang cuba nak bunuh bos bos diorang tu. dan bila bos Kurt betul betul mati sebab kena tembak dengan bos Nick mula lah diorang gabra sebab diorang yang kena tuduh bunuh Bobby tu. 





5) Korang mesti akan menyampah gila dengan Kevin Spacey. kau akan terdetik kat hati kau. "cis, macam bos aku lah sial". dan memang kau akan rasa nak bunuh bos kau lepas tu.

ha... apa lagi? pergi la book tiket. tapi bagi lelaki make sure kau tengok lepas berbuka. takut pulak nanti kau seluk tangan dalam poket bila scene Jennifer Aniston tu. oh ya, kalau tanak membazir duit, tengok lah secara atas talian macam aku ni. 


"the key to success is taking shit," - Nick Hendricks 


.

Sunday, July 31, 2011

review filem Captain America : The First Avenger




tadi aku tengok cerita Captain America. ouh, aku tak mahu tengok pun sebenarnya. tapi sebab ada orang mahu belanja aku ikutkan aje. aku memang tak boleh tolak benda benda percuma ni. rasa macam menolak rezeki yang telah dikurniakan oleh yang maha Esa. aku menonton ketika waktu habis waktu pejabat. sekitar pukul 2 aku dah dijemput oleh Steve.

"you tak kerja ke?" tanya aku selepas masuk dalam kereta beliau.

"it's sunday okay," kata beliau ringkas sambil menyedut asap rokok sebelum dicampakkan puntungnya keluar tingkap.

kereta beliau menderu ke arah Bandar Kajang. sampai di Metro Kajang, orang ramai dah berpusu pusu masuk kedalam panggung yang tidak seberapa itu. panggung kat Metro ni memang tidak sebesar mana. hanya ada dua hall je. tapi cukuplah untuk budak budak sekolah di Kajang ni masuk untuk membuat maksiat kali terakhir sementelah esok telah mula berpuasa. tiket pukul 2.20 maka sebelum itu aku dan Steve telah sempat ke Mekdi dan membawa masuk Bigmac secara haram kedalam panggung.

masuk panggung dalam pukul 2.30 tapi tidak mengapa, iklan masih berleluasa semasa masuk. cuma sedikit berkecil hati dengan terpaksa bertegang urat dengan segerombolan budak sekolah yang mengambil seat kami. Steve dah start nak marah, tapi aku sabarkan beliau. kami terpaksa mengambil tempat lain. tapi hati masih sedikit panas dengan budak budak tadi.

suasana panggung agak gelap. sudah semestinya, panggung mana yang terang? nak buat dosa pun terasa bersalah nanti. panggung memang agak lenggang. mungkin ramai yang mahu menonton di panggung yang lebih selesa seperti di Mid Valley sementelah hari ini cuti. kalau tak cuti mesti panggung ni lah yang ramai dengan budak sekolah berpakaian seragam.

eh, ni review movie atau review panggung? baiklah disini aku senaraikan 10 pandangan aku mengenai filem ini.

1) kamu akan tertanya tanya macam mana badan Chris Evan dimekapkan. i mean sebelum dia jadi kapten amerika tu badan dia kurus kering, lepas tu badan dia berketul ketul kau.



2) aku kerap kali terbayangkan Chris Evan tu human torch dalam fantastic 4. aku tak tahu lah kamu macam mana.

3) aku kira captain america merupakan superhero paling patriotik pernah aku jumpa. mana kau nak jumpa Cicak Man pakai baju jalur gemilang?

4) filem yang bersih tanpa sex scene. maka kau boleh suka suka tengok dengan anak beranak kau tanpa malu tanpa segan. mungkin kamu akan lebih segan pada pasangan yang membuat onar di couple seat.

5) boleh tengok secara 3d. tapi aku tak mampu. kau mampu kau tengok la.

6) Bigmac memang sedap dimakan dalam suasana gelap. err... cuma sejuk dek aircon la.

7) aku masih terbayangkan Hugo Weaving dalam V for Vendetta walaupun muka dia dicat merah.

8) aku baru tau yang Howard Stark ialah ayah Tony Stark (Ironman). dan ada sedikit scene dimana ada Tony masa dia kecik.

9) it is all about nazi... sangat 40's okay

10) keluar panggung memang akan terus berlari ke tandas. 

mungkin review ini agak bias sebab movie movie superhero ni memang aku minat. call me freak, i don't care! 

p/s: sedikit menyampah denga Steve, sepanjang tengok cerita ni, dia asyik la cakap, "orang nama Steve ni memang sesuai jadi superhero." tak boleh blah kan statement dia? ciss...



"you just don't know when to give up!" -Steve Rogers/C.A



. 



review filem Closer



Closer merupakan sebuah filem adaptasi dari sebuah theater dengan tajuk yang sama. sebuah filem romantik yang menyentuh perasaan yang bertemakan kisah cinta empat segi. filem ini diterbitkan pada tahun 2004 dengan dilakonkan oleh Julia Robert, Jude Law, Natalie Portman dan Clive Owen. filem ini digarap dengan sempurna, sehingga kita dapat merasa seperti yang dilalui oleh watak tersebut.

"Love is an accident... that waiting to happen"



cerita dimulakan dengan Dn (Jude Law) yang sedang berjalan kaki di sebuah jalan di kota London. waktu puncak pada masa itu menyebabkan orang ramai berpusu pusu mahu ketempat kerja. dan dalam masa yang sama Dan yang sedang berjalan ternampak Alice (Natalie Portman) sedang berjalan bertentangan dengannya. mata mereka bertentang dan mereka tersenyum sesama sendiri. tanpa sedar Alice menyeberangi jalan dan tanpa sedar dia dilanggar sebuah kereta yang bergerak laju. Dan pantas menghampirinya. dan ketika Dan sampai, Alice membuka mata dan berkata padanya, "Hello Stranger" dan mereka tersenyum sesama sendiri. ternyata kecederaan Alice tidak seberapa. Dan membawanya kehospital dan disitu mereka memperkenalkan diri masing masing. Alice seorang penari bogel disebuah kelab dan Dan seorang penulis. dalam perjalan mahu menunggu bas, mereka singgah disebuah kawasan, iaitu tempat memperingati pejuang England seperti polis dan askar. dan ketika itu Dan sedar yang dia pernah kesitu semasa dia kecil (scene ini sangat penting).



"Desire is a stranger... that you think you know"

Kita dibawa ke satu tahun kehadapan. Dan dan Alice sudah saling berkasihan. Dan ketika itu sedang membuat sesi fotografi untuk muka hadapan buku hasil tulisannya. ketika itu Anna (Julia Robert) menjadi fotografernya. Dan cuba menggoda Anna. Anna tergoda dan mereka berkucupan. mereka terhenti seketika kerana Alice datang. Dan memperkenalkan Alice pada Anna. Dan juga menyatakan bahawa buku yang ditulisnya merupakan kisah hidup Alice. ketika itu Anna sedar yang Dan milik Alice. Alice menyuruh Anna mengambil gambarnya juga, dan menyuruh Dan meninggalkan mereka. ketika itu alice memberitahu yang terdengar perbualan Dan dan Anna sebentar tadi. alice sedih dan mula menangis. Alice menyuruh Anna mengambil gambarnya ketika dia menangis.



Seterusnya kita dibawa ke babak Dan diapartmentnya berhadapan dengan komputer ribanya. Dan sedang bersembang dengan Larry (Clive Owen) di ruang borak London Sex Anon. Dan menyamar sebagai Anna dan menggoda Larry. Larry merupakan seorang doktor mula terpikat dengan karakter Anna yang dijelaskan oleh Dan. dan yang menyamar sebagai Anna mengajak Larry berjumpa di London Aquarium dimana tempat Anna selalu datang untuk mengambil gambar. Larry bersetuju. dan keesokkan harinya Larry ke London Aquarium dan secara kebetulan Anna memang telah berada disitu. Larry mengenali Anna melalui keterangan yang diberikan oleh Dan. ketika itu baru dia sedar yang dia telah dimainkan oleh Dan setelah dijelaskan oleh Larry. dan dari situ Anna mula berkenalan dengan Larry.



"Intimacy is a lie... that we tell ourselves"

kita dibawa ke beberapa tahun kehadapan lagi. Anna sudah berkahwin dengan Larry. dan mereka kerap menggelar Dan sebagai cupid kerana telah menyatukan mereka. Hari itu Anna mengadakan pameran untuk koleksi foto yang ditangkapnya. Alice dan Dan turut hadir. ketika itu Larry mula berkenan dengan Alice selepas dia ternampak foto Alice yang sedang menangis turut dipamerkan di pameran tersebut. Larry menggoda Alice tapi ternyata Alice tidak melayannya. Dan pula mula jatuh cinta semula pada Anna. tanpa sedar Anna juga mula cintakkan Dan. mereka meyulam cinta tanpa pengetahuan Alice dan Larry.

Satu hari Alice mula sedar yang dia diduakan oleh Dan. Alice melarikan diri dan mula bekerja sebagai penari bogel semula. ketika itu Larry juga sudah tahu mengenai hal tersebut. untuk tidak mengeruhkan keadaan Anna meminta cerai dari Larry. Larry bersetuju tetapi dengan syarat Anna mahu melakukan sex dengannya buat kali teakhir. Anna bersetuju tetapi tanpa pengatahuan Dan.



"Truth is a game... that you play to win"

Larry bertemu dengan Alice disebuah kelab tarian bogel. ketika itu Alice menggunakan nama sebagai Jane Jones. Larry tetap yakin yang Jane itu ialah Alice. dia menyewa Alice/Jane secara peribadi. dan ketika itu dia kerap bertanya nama sebenar Alice dan Alice tetap menyatakan bahawa namanya Jane. Larry kerap bertanya, "Tell me the truth," Alice tetap menjawab, "That is the truth,"

kisah ini diakhiri dengan Dan yang kembali ketaman tempat dia dan Alice mula mula bertemu (taman memperingati pejuang negara). ketika berjalan disitu dia terperasan sesuatu, salah satu nama disitu tertera nana Alice Ayres (nama Alice). seketika kita dibawa kepada Alice yang berada di lapangan terbang mahu pulang ke U.S.A. dan ketika itu tertera nama pada passportnya Jane Jones. ketika pihak Kastam menyatakan "welcome back Miss Jones," Alice/Jane sedar yang dia telah terlalu lama menjadi stranger (orang asing)

***** 

Filem ini walaupun tampak ringkas tapi jalan ceritanya ternyata menyentuh hati. filem ini tidak memaparkan sebarang babak seks tapi ternyata berjaya menarik ramai penonton memenangi dua anugerah Oscar pada tahun tersebut. soundtrack yang mengiringi perjalanan cerita ini juga ternyata membawa kita terbuai sama. 



"Hello stranger," -Alice

"I've never kiss stranger men before," -Anna





"if you believe in love at first sight, you never stop looking."



.

Saturday, July 30, 2011

review filem secara pukal

cuti yang panjang ni aku telah menonton banyak filem. disini aku nak review sikit la semua movie yang aku tonton. aku tak larat nak taip banyak banyak dengan membuat banyak entri. maka kat sini aku buat la secara review secara pukal. 

1) Bad Teacher


cerita ni memang kelakar la. aku tak tahu la bagi korang macam mana. best sangat. mungkin aku terlalu bias dalam memberi komen untuk filem ini sebab aku peminat setia Justin Timberlake. tapi korang tengok dulu than korang judge. oh ya, selain JT, Jason Segel yang berlakon HIMYM tu pun ada dalan cerita ni. 

2) Harry Potter and the Deathly Hollow (P2)


ni cerita aku tengok kat panggung. tapi tak mampu la nak sewa spek 3d tu kan. tengok yang biasa biasa je. aku memang peminat setia siri HP ni. cuma yang Deathly Hollow part 1 dulu aku tak tengok. ini telah menyebabkan aku sedikit konfius masa part 2 ni. sape ada yang part 1 tu bagi aku eh. aku masih blur ni.

p/s: suka dengar Daniel Radcllife cakap. British accent dia memang buat dia makin kiut. 

3) Sekali Lagi


siapa cakap aku ak reti tengok cerita melayu. cerita ni aku layan jugak. agak sedih. mungkin aku suka tengok cerita ni sebab ada Mia Sara tu kot. dan Shaheizy Sam... teeheee... they are soooooooooooooo... adorable. sangat comel bila SS cakap macam budak kecik. dan bila dia panggil Lisa tu aunty aku rasa macam, "ouh, Shaheizy Sam, come to papa," heh? oh, ya aku tengok via utube je. tak payah nak langgan astro first ke segala bagai tu. 

4) KL Gangster


ni pun aku tengok kat utube je. dan aku rasa selamat aku tengok kat utube je dan tidak ghairah mahu melihatnya di pawagam. kerana aku rasa cerita dia ni tak berapa menarik la. mungkin aku tak minat cerita bergenre aksi ni kot. maksud aku cerita aksi yang buatatn malaysia punya. tapi tak juga. sebab filem kongsi best je aku layan. oh, aku dah tau, mungki  aku tak minat filem yang pengarah nya gatal nak berlakon jugak tapi berlakon macam kayu. kesimpulannya, Shahsul Yusof meyebabkan aku tak berapa minat filem ini.

5) Splash



ha... kau tengok poster cerita ni pun kau dah tau yang ni cerita lama. 1984 punya cerita. umur aku pun masa tu negatif 6 tahun. tak lahir lagi. tapi cerita ni memang best. pasal seekor ikan duyung yang nak cari cinta sejati. dan agak lawak sebenarnya tengok Tom Hanks masa muda. lain gila. cerita ni pun aku tengok via utube. 

6) Karak


secara peribadi aku cakap, cerita ni tak seram mana pun. aku tengok sorang sorang masa malam pulak tu. tak de aku tutup tutup muka. entah la, mungkin sebab aku tak paham sangat kot cerita ni. cerita ni nampak obvious sangat dia punya cgi tu. dah nampak tak real. tapi okay lah sebab aku tengok pun secara percuma kat utube. cuma sedikit bengang la, punya lah penat nak tunggu bufferring, tapi tak paham pun ceritanya.


ha... tu je la cerita yang aku tengok... kalau kamu ada cerita yang menarik yang harus ditonton bagitau aku ya. au memang tengah boring gila ni. 

oh ya, selamat berpuasa ya... dan tolong jangan tag baju raya atau kuih raya pada wall aku. err... aku tak berapa minat la. okay bye!


.

Tuesday, July 19, 2011

Queer as Folk. It's all about the faggots.

one two three four five six seven. shake it dude.


so, aku baru habis layan cerita Queer as Folk (QAF)... tak habis lagi sebenarnya. baru sampai season 3. biasalah cuti panjang ni kan? aku habiskan la masa dengan aktiviti berfaedah. HIHI. cerita ni sangat best. semua ada kelakar, sedih, complete la senang citer. cerita ni mengisahkan lima orang gay yang tinggal kat Pittsburgh. mula mula aku tengok citer ni aku dah terpikir, "oh my god. it is porn?" HAHAHAHA. kalau korang tengok korang pun akan rasa macam korang tengok porn. almost episode ada sex scene yang hampir 100% nude. kecuali camera tak fokus pada genital part je. tapi aku rasa cerita ni memang sangat best la. cerita pasal macam mana golongan homosexual kat sana survive untuk dapatkan hak diorang macam gay parenting, same-sex marriage and hak from gay bullying. so, aku akan ceritakan sikit berdasarkan lima watak utama, iaitu Brian, Justin, Michael, Emmett and Theodore. 

1) Brian Kinney



Brian Kinney dilakonkan oleh Gale Harold. ala yang pernah berlakon desperate housewives tu. Brian seorang lelaki yang kaki jantan. pantang nampak lelaki yang hunk, sweet, cute mesti dia nak (for sex). dan dia tak boleh tak dapat apa yang dia nak. dia kerja sebagai advertising manager (something like that). dia ni senang cerita playboy dalam kalangan homosexual la. dia tak percaya pada cinta. and he always say "I am Brian Kinney, and Brian Kinney doesn't do boyfriend". sampailah dia jumpa Justin. brian ni ada seorang anak lelaki. korang mesti pelik cemana dia boleh ada anak kan. korang kena tengok lah. HIHI

2) Justin Taylor


Justin seorang remaja 17 tahun yang mula jatuh cinta dengan Brian bila dia having one-night-stand dengan Brian. tapi biasalah Brian bukan percaya dengan cintan cintun ni. tapi bila satu hari tu Justin kena pukul dengan gay bash ni. dia mula take care kat Justin. ouh, memang sweet la. dia buat apa saje untuk Justin, tapi dia tetap dengan pendirian dia yang dia tak cintakan Justin ni ha. sampailah satu hari kat Babylon (gay dance club) terbakar dan masa tu Justin ada dalam tu. dia risau sangat. dan masa tu la dia realize yang dia cintakan justin.

3) Michael



Mike ni kawan baik Brian sejak kecik lagi. dia selalu teman Brian kemana saje. Mike ni ada seorang mak yang sangat memahami. mak dia ni tak kisah pun dia gay. mak dia siap jadi president PFLAG (Parent, Friends for Lesbian and Gay) kat Pittsburgh. memang coolio la mak dia. kat mana mana dia pergi mesti dia cakap "this is my gay son,". HAHAHAHA... 

4) Emmett Honeycutt


Emmett memang paling kelakar dalam citer ni. dalam lima lima tu dia je lain sikt sebab dia ni lembut dalam citer ni. senang citer dia memang totally bottom la. dia ni ada on/off relationship dengan Ted. sekejap baik sekejap bergaduh. 

5) Theodore


Theodore (Ted) ni pun memang kelakar. dia ni lebih kurang macam boyfriend Emmett la. dia ni sekejap baik dengan Emmett. sekejap bergaduh. masa dorang bergaduh tu yang kelakar tu. 



so, sepanjang aku tengok siri ni memang aku enjoy la. sebab aku rasa cerita ni tak hipokrit. apa yang dia tunjuk tu memang ada dalam dunia homosexual ni. orang semua pikir kalau gay ni just sex. it's not only that. pernah tak korang fikir pasal gay-bullying. macam mana gay parents nak dapatkan hak penjagaan anak. macam mana diorang ni didesriminasikan. long story short, cerita ni turut menuntut kita supaya jangan jadi homophobic sangat.


the prom kiss

oh ya. pelakon yang berlakon cerita ni hanya Randy Harrison (Justin) dengan Peter Paige (Emmett) je yang openly gay. yang lain semua gay-for-pay. taht mean pelakon lain semua straight. dan aku terfikir macam mana la diorang boleh lakonkan watak tu dengan berjaya sekali. sanggup pula diorang kan? heh




this is the most scene i like. :P



kalau korang nak tengok kat sini eh. then klik je link yang seterusnya untuk episode seterusnya.


"Call me faggot. call me cocksucker. that is who i am. and you? go judge yourself," (Brian Kinney)
 "Yes. i am gay. but as long as i am not sucking your cock, that is none of your fucking business,"
(Brian Kinney)


*queer - term to describe the minority sex orientation (gay, lesbian, bisexual, trangender)
*faggot - gay

.

Friday, July 15, 2011

Review filem, I Love You Phillip Morris


cerita ni dah lama dah. 2009 tak silap aku. tapi aku nak review juga. cerita ni kelakar dan romantik gila. cerita ni pasal Steven Russel yang suka menipu untuk dapatkan duit. dan, akhirnya dia kena tangkap polis sebab dah kantoi. dan, kat dalam penjara tu dia jumpa Phillip Morris. ah, aku memang suck dalam memberi sinopsis ni. korang baca je lah sinopsis yang aku kopi pes dari movie spoiler ni.


The film opens with Steven Russell (Jim Carrey) lying in a hospital bed, dying.  It then flashes back to his childhood when he finds out that he was adopted.  It then cuts to a church where Steven, now older, is leading a choir in song.  We see the life he has made for himself as a cop and a loving husband and father with a young little daughter.  He is also very religious, praying with his wife Debbie (Leslie Mann) at bed.  As he has awkward sex with his wife, he asks her if it’s wrong to use his role as a police officer to find his real mother.  Eventually, he finds a woman named Barbara Bascombe and reveals that he is her son.  She shuts the door on him claiming she doesn’t know what he’s talking about.  He sees inside that he was actually her middle child and she had kept the other two.  He throws a tantrum on her stoop and steals her Welcome mat.  That is the day he quits being a police officer and moves with his family.

He now works in produce.  After a scene of a welcome to the neighborhood party, it cuts to Steven having intense sex with another man.  He has been gay his whole life.  He lies to Debbie and tells her that he sees clients but is actually having sex with men.  On his way home from one of these encounters, he is injured in a horrible car crash.  As he’s loaded into the ambulance, he decides he doesn’t want to lie and hide anymore and declares to live his life openly gay from now on. 

He moves to Florida with his new boyfriend, Jimmy Kemple (Rodrigo Santoro).  He lives his life flamboyantly and finds living his life this way is incredibly expensive.  He becomes a con man delving into credit fraud and faking accidents for money.  At Christmas, Steven sends Debbie huge wads of cash.  At his office and at his home, he sees police officers ready to arrest him.  In order to avoid jail, he runs and tries to swallow loads of pills with alcohol in order to commit suicide.  He fails and wakes up in a hospital bed next to Jimmy.  Steven attempts to escape from the hospital.  He tries to jump into a dumpster but accidentally hits the pavement.  Steven is sent to prison. 
We then see Steven showing his new cellmate around.  He takes him to the library where Steven spends most of his time reading as much as he can about the Law.  He pretty much tells him that he if he wants to get through prison okay, he’s going to have to suck a lot of dick.  Steven meets Phillip Morris (Ewan McGregor) in the library helping him get a book from the top shelf.  They talk about their families and why they’re both in prison.  Phillip wishes they hadn’t met today because he is being transferred across the yard and he doesn’t go out to the yard. 

In his new cell, Phillip receives a note from Steven from a random inmate.  He has also sent over some chocolates.  They continue to communicate this way, passing notes through a network of other prisoners to each other, getting to know each other and falling in love.  One day, there is no note from Steven which distresses Phillip until he finds out that Steven has been transferred to be his new cellmate.  They immediately start having sex. 

As they lay with each other in the night, they hear a man screaming in the other cell.  This screamer is then beaten up the next day.  Phillip finds out that Steven paid someone to have him beaten up which seems to upset Phillip.  He confronts him and tells him that it was the most romantic thing anyone has ever done for him.  Phillip pays the neighboring inmate to sing a song so that he and Steven can dance.  The next day Phillip is taken out of the cell by the guards.  He is being transferred to another prison.  Phillip runs out to the yard just in time to see Steven being boarded onto a bus, both of them shouting declarations of love to each other. 
Three months later, Steven is finally released from prison.  He immediately goes to Phillip’s prison to visit Steven and tells him that he will try to find a way to get him released early.  Steven now works at a butcher shop.  After he has filed all the appropriate motions, Phillip is finally released from prison as well.  Steven reluctantly agrees to represent a friend of Phillip’s in court for a lawsuit, even though he has no law degree.  Through manipulations, lies, and some luck, he wins the case. 
Steven shows Phillip a new, much larger place that he has bought.  Phillip wonders if they can afford it but Steven says not to worry about it.  They then go on vacation to Key West.  Phillip decides that he is done with scams.  Steven goes to a job interview with fake references and fake jobs on his resume and gets the job as a chief financial officer for a big financial company.  He gets a big office with two big stacks of papers on his desk which Phillip doesn’t seem to know what to do with.  In a big meeting, he impresses his fellow co-workers and bosses after a little bit of trepidation.  He does such a good job that he gets invited to play golf with his boss.  No one at the office knows that he is gay. 

As Phillip is making a romantic dinner for them, Steven comes out in a tuxedo and says he has to go to a work function.  At the function, he tells people that he is engaged to a working woman.  Steven becomes increasingly bored at work and begins robbing the company blind.  Through some clever investment manipulations, he has been able to make millions without the company ever knowing about it.  He buys a mansion and increasingly absurd purchases including two sports cars.  One of his co-workers, becoming suspicious of Steven’s wealth, starts going over the books. 

Phillip is also becoming suspicious and asks Steven directly if there’s something going on he should know about.  Steven denies everything.  Steven finds out that his co-worker is on to his scam and immediately begins taking out all his money.  He calls Debbie, letting her know he is going to be on the lam again.  His boss calls and asks him to come in.  Steven tells him he won’t and they both know why.  Steven arrives home to a furious Phillip who now knows that he lied to him.  Steven starts packing to go on the lam but Phillip leaves him.  Before Steven can escape, he is arrested in front of his house. 

We then flashback to Steven’s old boyfriend Jimmy dying of AIDS.  Steven tells him that he is the love of his life but Jimmy says that Steven hasn’t met the love of his life yet but he will.  Jimmy makes him promise to treat his next boyfriend right.  Back in the present, Steven tells one of the officers to get him his insulin needles from the house, which are actually Phillips.  Steven uses all of the insulin on himself as they transport him to prison.  Steven regains consciousness in a hospital bed.  When trying to escape, he finds that his leg is shackled to the bed.  In prison, he tries to escape with again with the janitors but is caught again. 
In prison, his bail is set at $900,000.  After looking at the form, he gets a friend on the outside to fake a bail change form but is once again caught once he is on the outside.  He gets a fellow inmate to hit him in the face with a phone and steals an ID badge from the doctor.  He walks out of the prison pretending to be a doctor but is caught once again at a seedy motel.  He keeps trying to call Phillip but he won’t talk to him.  Steven steals a walkie-talkie and arranges for an outside outfit to wear and uses them to escape and get to the outside. 
On the outside, Steven arrives to Phillip’s house in a limousine but Phillip won’t let him into the house.  Phillip finds out that Steven isn’t even a real lawyer making him even more furious.  Before Steven can say the one thing he wants to say to Phillip, the police arrive and take him away back to jail.  They also arrest Phillip.  Steven tells Phillip that he loves him but Phillip says he has only lied to him their entire relationship and has taken advantage of him this entire time.  That was the last time he ever saw Phillip as they both go back to separate prisons. 
This conversation leads Steven to the realization that his entire life has been built on lies and that he doesn’t even know himself and cannot go on existing leading Steven into a tailspin of depression.  The doctors tell Steven that he has AIDS.  This brings us back to the beginning of the movie. Steven laying in the hospital bed, waiting to die.  Phillip finds out from another inmate that Steven is dying.  Phillip tries to see him but he can’t.  Steven has been sent to a private care facility where it is only a matter of time before he dies. 
Phillip is able to call Steven.  He is still angry with him but he wants to tell him that he still loves him and will never stop loving him and that they will always be destined to love each other forever.  Steven can barely speak as his mind flashes to his childhood home.  Later, Phillip finds out that Steven has died.  A guard interrupts Phillip’s crying and tells him that his lawyer is here.  His lawyer is Steven.  He isn’t dead.  Phillip slaps him.  Steven faked his death.  First, he starved himself and faked symptoms such as vomiting and really stuck with it losing a ton of weight.  He was also able to fake his records.  After stocking up at pills and having them all at once, he slips into a coma which gets him transferred to a private care facility.  There, he telephoned the hospital telling them that he was an AIDS researcher and was able to get himself transferred as a potential candidate for an experimental procedure.  Nobody had given him an AIDS test. 
Back to the present, Steven explains that he didn’t want Phillip to know about it.  Steven tells Phillip that underneath all those lies, there was something real.  He knows exactly who he is.  He is someone that loves Phillip Morris.  After going to a claims court in order to get Phillip released from prison, Steven goes to the bathroom and finds one of his co-workers from the big financial company that he ripped off at the urinal next to him.  A subtitle comes up stating that Steven was arrested trying to get Phillip released.  We then cut to Steven in court.  Considered an embarrassment to the state of Texas and the governor, Steven is given a life sentence.  Coincidentally, the DA prosecuting the case is the sister in law of his former boss from the financial company.  Phillip was released in 2006.  Steven remains in lockdown with only one hour per day for supervised showers and exercise.   
The film ends with Steven running away from the prison, escaping once again with prison guards chasing after him.

So, aku tau korang mesti tak baca kan? takpe takpe. korang tengok la trailer ni. then try tengok citer. best. kelakar dan sangat hillarious. 



.

Saturday, July 9, 2011

review filem Black Swan

Tiga sebab kenapa anda perlu tonton Black Swan


1) storyline dia menarik. membuatkan kau nak tau apa yang jadi selepas itu. walaupun kau rasa sedikit konfius pada mula nya sebab banyak sangat delusion.

2) Natalie Portman dapat Oscar untuk filem ini. menunjukkan dia berjaya bawa watak dia dengan baik.


3) dapat tengok scene homosexual antara Natalie Portman dan Mila Kunis. OMG huh?


sekian laporan untuk review filem untuk kali ini. kalau nak tengok dekat sini ye.

.

Wednesday, June 29, 2011

review filem 127 Hours

aku ada satu soalan kat korang semua. will you dare enough to cut off your arm to save your life?

jangan jawab lagi. biar aku citer pasal 127 hours ni dulu. aku tau ni cerita lama. eh, tak la lama sangat. baru bulan Mac dulu tayang kat Malaysia. kat US dia tayang masa bulan November. so, tak la lama sangat. lagipun masa di keluar dulu aku rasa macam tak menarik, sampai lah aku tengok trailer dia buat pertama kali kat youtube semalam. maka aku pun carik la cerita ni kat internet dan aku tengok via online. sebab seperti yang aku cakap, aku tak reti nak download cerita. HIHI. Rotten Tomato bagi 92% untuk filem ini. aku bagi 110%. pretty good huh?

poster di Blue John Canyon

cerita ni berdasarkan cerita sebenar. dilakonkan oleh James Franco (yang berlakon cerita Spiderman, Milk, Eat Pray Love and etc). setelah beberapa kali buffering, maka tamatlah cerita ni aku tengok. well, cerita ni sangat bagus sebenarnya. lagi lagi kalau nak bagi motivasi kat diri kita. seriusly aku menagis tengok cerita ni. cerita ni bukan cerita sedih tapi manly tears aku terkeluar melihatkan kesanggupan dia untuk menyelamatkan diri dia.

filem ni mengisahkan Aron Ralston, seorang yang suke melakukan aktiviti lasak macam mendaki gunung, mountain bike dan banyak lagi la. dan satu hari tu dia decide nak mengembara seorang diri di Blue John Canyon di Utah, USA tanpa bagitahu sesiapa pun. tak da siapa tahu yang dia pergi mengembara tu. so, dalam perjalanan tu dia terjumpa dengan Kristi dan Megan yang sesat kat situ juga. then dia tawarkan diri nak jadi guide diorang sampai diorang sampai kat destinasi diorang iaitu kat Dome.

Kristi dan Megan
so, lepas dia bawak diorang maka dia pun teruskan perjalanan dia ke John Blue Canyon tu. tapi satu kejadian yang tidak diingini berlaku. masa dia jalan kat celah celah batu tu tetiba je ada seketul batu telah menghempap tangan kanan dia. dia cuba tarik and tolak batu tu tapi tak boleh. 









dia tak tahu nak buat apa dah. lima hari dia kat situ. sebab tu lah tajuk dia 127 Hours. so, sepanjang tangan dia tesepit tu dia ada record video. ala ala macam dia nak buat wasiat la. masa dia record video la aku dah start nak nagis. sedih gila. antara ayat dia cakap.

Mom, Dad, I really love you guys. I wanted to take this time to say the times we've spent together have been awesome. I haven't appreciated you in my own the way I know I could. Mom, I love you. I wish I'd returned all of your calls, ever. I really have lived this last year. I wish I had learned some lessons more astutely, more rapidly, than I did. I love you. I'll always be with you. 
You know, I've been thinking. Everything is... just comes together. It's me. I chose this. I chose all this. This rock... this rock has been waiting for me my entire life. It's entire life, ever since it was a bit of meteorite a million, billion years ago. In space. It's been waiting, to come here. Right, right here. I've been moving towards it my entire life. The minute I was born, every breath that I've taken, every action has been leading me to this crack on the out surface. 



"i am pretty deep doo doo here"- Aron
sedih gila. mengalir manly tears aku tau. dia cuba macam macam cara nak keluar dari situ. dia siap minum air kencing dia sendiri sebab bekalan air dia habis. kalau kau kau sanggup? dan masa hari keempat dia mula terfikir nak potong tangan dia. nasib baik dia bawak pocket knife masa tu. tapi tak boleh juga sebab dia mula terfikir kalau dia potong tangan dia guna poket knife dia still tak boleh potong tulang dia. so, dia decide bengkokkan tangan dia, then tangan dia patah. masa tu aku rasa tangan aku pulak yang patah. gila ngeri. then dia start potong tangan dia guna pisau lipat tu. tapi pisau lipat tu tumpul. maka ambil masa dia nak potong tangan dia. ngeri gila masa scene potong tangan tu. nak jerit aku rasa. lepas potong tangan tu dia terus keluar dari situ dan nasib baik dia jumpa sepasang pengembara dan anak dia. dan dia bernasib baik. dia terus bawak ke hospital naik helekopter. well, cerita ni agak simple kan. scene dia kat situ je tapi effect dia pada aku agak mendalam la.

fuh... aku tau aku memang teruk dalam bagi ulasan. tapi cerita ni memang sedih plus ngeri plus ada lawak sikit. baik korang tengok. memang bagi motivasi lah.

part yang paling sedih bila dia ukir kat batu tu, dia tulis cenggini,

"Aron Ralston. April 2003. R.I.P"

ni Aron Ralston yang sebenar
ni masa Aron yang betul tersepit tangan
dan sekarang dia pakai tangan palsu
so, aku tanya kamu lagi. sanggup potong tangan and minum air kencing untuk selamatkan diri? well, berpantang maut sebelum ajal kan?

"Don't give up. Aron, do not give up" -talk to himself

.