Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Friday, June 10, 2011

SOULMATE (part 2)




Kondominium Seri Hartamas

“So… berapa lama mama kat sini?” Lily bertanya kepada Puan Salmi sambil meletakkan potongan orange di atas meja diruang menonton televisyen itu.

“Dua hari je. Mama ingat nak duduk lama tapi mak mentua kamu ni sibuk pulak,” kata Puan Salmi sambil menghulurkan tangannya untuk mengambil potongan orange didepannya.

“La… sekejap sangat tu ibu, mama,” kedua wajah ibunya dipandang. Fuhh… nasib baik lah sekejap. Kalau tak pecah la tembelang aku dengan Carl.

“Ibu bukan apa Lily. Ibu nikan banyak urusan. Nak uruskan butik tu lagi. Dengan company arwah ayah mentua Lily tu lagi. Ekal bukan nak tolong ibu ni. Sibuk dengan kerja dia aje. Mama kamu lainlah, suri rumah sepenuh masa,” Puan Nora pula menjawab.

“Ibu tau la kerja abang tu. Lawyer la katakan. Sibuk je memanjang. Ni pun, office hour dah habis dia tak sampai rumah lagi,”

“Ha… macam tu lah. Panggil abang. Ni tak, kalau mula-mula kahwin dulu asyik I, you, I, you je. tak mesra langsung,” Puan Salmi menyakat Lily bila Lily menggelar Haikal dengan gelaran abang.

“Biasalah tu Sal, kita dulu macam tu jugak. Masa mula-mula kahwin malu nak panggil abang ni. Dah lama baru biasa,” Puan Nora turut sambung menyakat sambil tergelak kecil.

“Betul jugak tu Nora. Ha, dah dua bulan kahwin ni, takkan takda apa-apa lagi Lily?” Puan Salmi bertanya lagi sambil tersenyum penuh makna. Puan Nora turut tersenyum sinis.

“Tak da apa-apa apa mama?” Lily bertanya pula. Ish… mama ni apa ni?

“Ala kamu ni. Takkan kosong lagi kot. Mama ni dah teringin nak timang cucu ni. Ibu kamu tu lagi la. Haikal la satunya anak dia, mesti dia lagi teringin nak bercucu,”

“Ish mama ni. Kesitu pulak. Tak da rezeki lah mama, ibu,” macam mana lah nak ada rezeki. Tidur pun bilik asing-asing.

“Ke kamu merancang?” Puan Salmi masih tidak berpuas hati. Seperti ada riak curiga pada wajahnya.
“Eh… takda la mama. Mama ingat kami taknak anak ke? Ada ke patut tuduh Lily macam tu,”

“Betul tu Sal. Tak baik tuduh anak kau macam tu. Dah takda rezeki nak buat macam mana. Kita doa je lah Sal, moga cepat sikit kita jadi nenek,” kata-kata Puan Nora menyelamatkan keadaan.

Fuhhh!!! Thanks ibu. Ibu save the day!!!
*****

“So you must be jumpa Sara sebab tu lambat balik kan?” Lily pantas bertanya apabila melihat Haikal masuk kedalam bilik malam itu. Rambutnya kelihatan basah. Baru lepas mandi barangkali.

“Yup! Why bother?” Haikal menjawab sambil lewa sambil mengelap rambutnya yang kebasahan dengan tuala. Dia berjalan perlahan kearah almari. Mahu memakai pakaian yang lebih sopan barangkali. Bersinglet didepan Lily nampak kurang sesuai.

“Well, buat masa ni tak payah la jumpa dia. Mama dengan ibu kan ada kat sini. Nanti diorang syak pulak,” jawab Lily sambil berjalan kearah meja solek. Sikat dicapai dan mula menyikat rambutnya yang separas bahu itu.

“You jangan risau lah. I tau lah nak uruskan. Lagipun…” kata-kata terhenti disitu.

“Lagipun apa?” Lily sedikit curiga. Direnung wajah Haikal yang terpantul di cermin meja solek itu.

“Tak da apalah. Malu pulak I nak cakap,” Haikal tersengih menahan malu.

“Eleh… sejak bila pulak you pandai malu-malu dengan I ni. Semalam siap buat tiger show depan I lagi,” Lily mengusik Haikal sambil terus sambung menyisir rambutnya.

“Tiger show?” Haikal dah mula kehairanan. Bila masa pulak aku buat tiger show ni?

“Ala… pagi semalam la. Kalau you tak ingat takpelah,” Lily dah tarik sengih panjang. Saja la tu buat-buat lupa.

“Oh my God!” Haikal seperti teringat sesuatu. Lily dah angkat kening double jerk.

“Lily. I dah lupa dah you boleh saje je nak kenakan I kan?” Haikal dah merah muka menahan malu.

“By the way…” Haikal menyambung lagi. Lily mengerutkan dahi seperti bertanya “what?”

“Did you saw it?” Haikal dah straight forward. Malas dah mahu berlapik-lapik.

“Entah,” Lily sengaja mahu timbulkan tanda tanya. Dia tersenyum kecil dihujung suaranya. Sejenak dia menjeling Haikal dari arah meja solek.

“Dah la malas layan you. Eh, mana you letak baju tidur I eh?” Haikal bertanya setelah puas digeledahnya almari itu. Mana lah pulak ni? Baju Lily je semua ni. Mana baju aku?

“Encik Haikal, you sedar tak yang ni bilik I dah sudah pasti lah almari yang ada dalam bilik ni almari I dan sudah pastilah baju yang…”

“Okay I dah faham,” pantas Haikal memotong kata-kata Lily sebelum sempat Lily menghabiskan ayatnya. Dah nak start membebel lah tu.

“Takkan you tak bawak langsung baju I kat bilik I tu?”

“Tak sempat la. Sorry,” Lily menjawab pendek sambil menyapukan losyen keseluruh tangannya.

“Then I nak pakai baju apa ni? Bilik I tu dah la mama you tidur situ. Takkan I nak terjah masuk sebab nak ambik baju pulak. Kang dia kata I buang tebiat pulak,” Haikal dah mula runsing. Takkan aku nak pakai singlet je malam ni. Ish, malu la aku depan Lily.

“You pakai je lah singlet tu je. I tak kisah lah. Lagipun I dah nampak lebih dari tu,” Lily sengaja mahu mengusik Haikal lagi.

“Damn. That’s mean you saw it?” Cis! Aku sudah tidak teruna.

“Dah la. Buat apa nak malu. Lagipun kita kan…”

“Don’t say that word Lily,” tolong la jangan nak cakap kita ni suami isteri. That against the rules.

“You ingat I nak cakap apa? I nak cakap kitakan roommate. So, buat apa nak malu?” Lily sudah berbaring diatas katil.

“Eh, I nak tidur mana? Takkan atas lantai kot?” bilik ni mana la ada sofa. Aku nak tidur mana ni?

“I tak kisah kalau you nak tidur sebelah I pun,” aku tak la kejam sangat nak bagi kau tidur atas lantai.

“Okay. Kalau you tak kisah, I pun tak kisah. Lagipun, kitakan roommate,” Haikal mula berbaring disebelah kiri Lily. Selimut ditarik sehingga menutupi dadanya.

“Tadikan…” Lily menyambung lagi.

“Hmm?” Haikal seperti endah tidak endah menjawab.

“Mama tanya pasal cucu,” Lily menjawab perlahan.

“Then you jawab apa?” Haikal bertanya sambil memusingkan badannya menghadap Lily.

“I cakap la tak da rezeki lagi,” Lily menjawab pendek.

“Or maybe…” Haikal terhenti disitu sambil tersenyum nakal.

“Maybe?” apa la dia nak buat ni.

“Maybe malam ni kot rezeki kita?” Haikal tersenyum sinis sambil angkat kening double jerk.

“Apa maksud you? You jangan nak buat bukan-bukan Carl,” Lily sudah takut-takut. Suaranya kedengaran cemas.

“Well, since you dah ceroboh teruna I pagi semalam, I rasa you tak kisah kan kalau I…” Haikal masih tersenyum nakal. Best jugak kacau Lily ni.Tau pun dia takut dengan aku.

“You jangan Carl. Kang I jerit kang,” Lily sudah bangun dari katil. Tolong la Carl. Kau jangan buat gila malam-malm buta ni.

“Dah la. I gurau je la. Dah tidur,” ish dia ni sampai nak jerit-jerit pulak.

“You janji tak buat apa-apa kat I masa tidur nanti?”

“Yes! I promise. I gurau je tadi. Tidur la. Esok nak kerja,” Haikal memberikan kata putus. Lily sudah kembali berbaring walaupun masih berdebar.

“Oh ya Carl,” Lily seperti teringat sesuatu.

“Apa lagi ni? I nak tidur la,” Haikal menjawab dengan mata yang terpejam. Apa lagi la dia ni. Aku nak masuk court esok ni.

“You nak cakap apa pasal Sara tadi?”

“I dah broke-up dengan dia,”

Ceh. Dah agak dah. Baru sebulan dah putus.

...bersambung

1 comment:

hamizah adam said...

sabar jelah aku. nak menitik air mata aku. tapi coverrr. aku baca kt office pulak.. adehh. kelakar dan manis (sweet). excited siot!