Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, November 3, 2010

ASMIRA NATALIA QASSANDRA (finale)

-Tujuh-

“dah?” punai bertanya pada mira.

“siap” suasana gelap tidak menghalang mereka. Jam menunjukkan pukul satu pagi. Lampu picit sudah tersedia. Segalanya mesti settle malam ini.

“hei.. dah nak start projek ke? Apasal tak tunggu i?” aduh siapa pulak yang ajak perempuan ni? Haish.. rosak lah program.

“sorilah Mira. Aku yang ajak dia. Dia aje yang ada semua kunci kat Sri Suria ni.” Punai menerangkan pada Mira. Tyra Banks ni pun satu. Ingat kita nak buat fesyen show ke. Boleh dia pakai heels masa nak buat kerja jahat ni.

“I bawak ridsect. I tau kat sini banyak nyamuk.” Sudah… Dia ni pun. Tau lah baru dapat kontrak untuk iklan ubat nyamuk tu.

“I akan bawak you sekali kalau you senyap Tyra..”

“ok.. ok…” nurul pantas menekup mulutnya.

“jom..” mira memulakan langkah. Destinasi mereka hanya satu. Dewan sri Suria.

******************************

Semua tetamu sudah mengambil tempat. Barisan v.i.p yang tersusun sebaris dihadapan hampir penuh. Begitu juga dengan barisan kedua karpet merah yang disediakan khas untuk para penaja dan syarikat penyumbang dana. Muzik latar yang lembut membangkitkan suasana harmoni di dewan Sri Suria. Segalanya berjalan lancar. At least, setakat ini.
Danny dan Mira bertindak sebagai penyambut tetamu di pintu masuk utama. Mereka nampak sepadan dengan Mira dress labuh warna putih dan Danny dengan tux nya.

“dah ready ke?” danny berbahasa.

“I am always ready” mira menjawab selamba. Tetamu makin ramai. Barisan kerusi hanya tinggal sebaris sahaja yang belum diisi tetamu. Tetapi tetamu di luar dah makin berasak-asak.

“kenapa ramai sangat yang datang ni?” Danny berbisik pada Mira.

“mana lah I tau. I bagi jemputan macam yang bad suruh lah.”

“tapi apasal pekerja kontrak indon ni pun datang??”

“hah??” alamak. Apasal ni? Sabotaj jemputan bukan plan aku.

***********************************

“dah ready ke?” Bad bertanya pada Iman.

“gabra sikit tapi ok lah..” iman membetulkan sedikit tudungnya.

“ok.”

Tirai dinaikkan. Semua mata memandang pada pentas yang dihias cantik. Iman mencapai mikrofon. Dia mula membuka mulut.

“selamat datang ke majlis pembukaan ‘minggu sejuta rasa remaja’.” Iman memulakan bicaranya. Seisi dewan bergema dengan suaranya. Dia tersenyum pada puan pengetua yang duduk bersebelahan isteri datuk Bandar.

“kenapa ramai sangat orang Bad?” iman berbisik bertanyakan pada Badri. Badri tidak menjawab. Hanya tersenyum penuh makna.

“sebelum kita mulakan acara mari kita sama-sama dengarkan lagu tema ‘inspirasi remaja’ bagi tahun ini.” Badri pulak mengambil peranan.

Tirai diturunkan. Lagu mula dipasangkan. Lagu dari kumpulan Bunkface yang sepatutnya mejadi lagu tema tidak ada gaya macam nak keluar. Apa yang jadi, lagu goyang inul pulak yang keluar. Pekerja kontrak yang datang berpusu mula lah goyang gerudi. Iman pantas kebelakang pentas. Cuba mengusik PA sistem. Ternyata kerjanya sia-sia. Lagu memang sudah diprogramkan. Hanya akan berhenti bila lagu tamat.

“apa yang jadi ni bad?” iman dah mula datang migrain.

Bad pening kepala.

Danny tumpang sekaki bergelek.

Mak temah tepuk dahi.

Isteri datuk Bandar geleng kepala.

Mira tersenyum penuh makna.

Tiba-tiba tirai dinaikkan. Sistem digital kini memaparkan pula persembahan montaj yang disediakan oleh Nurul. Persembahan yang diirigi lagu Goyang Inul, memang sangat tidak kena. Persembahan montaj mula-mula memang nampak berjalan lancar, sehinggalah slide menunjukkan gambar Cikgu Nancy tengah korek hidung dalam tandas guru. Pulak lepas tu, muncul gambar Cikgu halim curik penunu bunsen dari makmal kimia. Muncul pulak gambar Badri pecah masuk bilik pengetua. Lepas tu muncul pulak gambar ustaz Azman tidur berdengkur dalam surau kolej. Iman tahan air mata dari jatuh. Tapi tidak dapat dibendung lagi bila slide menunjukkan gambar Danny berpelukkan dengan Nurul di padang kolej.

Nurul mengurut dada.

Ustaz azman mengucap panjang.

Badri telan liur.

Cikgu halim kesat peluh.

Cikgu nancy tutup muka.

Pengetua dah merah muka tahan marah.

“pandai lah you tyra. Macam mana you buat?” mira berbisik pada nurul.

“bila masa I buat. Ni bukan plan kita lah.”

“habis tu siapa punya kerja ni?” mira pening kepala.

Punai tiba-tiba muncul atas pentas. Dia mencapai mikrofon dari rofrom.

“terimalah..” punai memulakan rentak.

“jika kemampuan seseorang diukur melalui kelebihan yang ada, bagaiman kita ingin mencipta kemampuan hanya untuk memiliki kelebihan tersebut? Jika kelebihan menunjukkan kemampuan bagaimana pulak kemampuan boleh menunjukkan kelebihan? Jika tiada kelebihan adakah seseorang itu berkemampuan? Soalanya berapa ramai antara kita disini yang ada kemampuan untuk menjadi seorang pelajar yang baik pada sebuah sistem pendidikan tiada kelebihan? Hanya berorientasikan peperiksaan semata. Pelajar cemerlang dinilai dengan berapa banyak A yang diperoleh semasa peperiksaan. Jaguh sekolah pulah dinilai dengan berapa banyak pingat yang disumbangkan untuk sekolah. Tiada kenangan langsung yang ingin dibawa jika sudah tamat sekolah. Maka kami disini ingin mencipta kenangan kami sendiri.”

Seisi dewan berbisik sesama sendiri. Ada yang kebingungan. Tidak tahu hujung pangkal.

“oleh itu kami ingin sistem lapuk ini ditukar..” Punai bersuara lantang.

Mak temah tergamam. Ada pulak yang berani mencabar kepimpinannya.!!

“maafkan kami atas kekurang ajaran ini….” Punai memohon kata maaf. Sedikit ikhlas bunyinya.

“oleh itu. Hari ini… kami dari golongan pelajar bermasalah sri Suria ingin menghiburkan anda semua. Dengarlah lagu tema ‘minggu sejuta rasa remaja’ 2010.!!” Seketika berkumandang lagu ‘anyone of us’. Dewan kembali tenang.

-Epilog-

Mira tersenyum puas. Siapa sangka kedatangannya ke Sri Suria ‘disambut’ meriah. Kenangan di Sri Suria semestinya kenangan terbaik hidupnya. Niat ingin sabotaj pembukaan ‘minggu sejuta rasa remaja’ ini hanya main-main sahaja pada mulanya. Tidak sangka pulak akan diambil serius oleh Punai.kerja gila yang memang diluar jangkaan. Namun, jika kenangan itu perlu dimulakan dengan sesuatu yan baik, sampai bila pun takkan dapat mencapainya. Perlahan dia berjalan mencari kelibat Iman. Dia tersenyum puas bila ternampak kelibat Badri. Badri turut tersenyum penuh makna. Siapa sangka, dalam Punai merancang dengan Mira, dia turut merancang bersama Punai untuk sabotaj majlis yang dikendalikannya sendiri. Kenangan di Sri Suria tetap menjadi rahsia dalam rahsia.

-tamat-

No comments: