Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
Showing posts with label teksi charted. Show all posts
Showing posts with label teksi charted. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Abang Teksi

Saya ke Kuala Lumpur semalam. sengaja mahu bersiar siar disekitar Kuala Lumpur sementelah telah lama saya tak ke sana. lagi pula kawan saya, Steven Ghan ajak berjumpa kerana lama tak jumpa saya. padahal dia nak cakap dia rindu saya tapi malu. saya iakan aja. saya tak kisah pun. walaupun saya tidah ada banyak wang, saya tak risau sebab kalau keluar dengan dia memang serba serbi dia nak tolong bayarkan. saya akur. lokasi ditetapkan. Mid Valley. mana lagi tempat yang mudah untuk muda mudi bertemu kan? 

jam sepuluh pagi saya bergerak. menaiki bas ke stesyen KTM dan dari KTM Kajang saya ke Mid Valley. Steve mungkin sudah ada disana saya kira. dia punya kereta maka kenderaan tidak menkadi masalah padanya. 

Fast forward, dalam tren saya dapat pesanan ringkas dari Steve. 

"I kat Sogo ni. kalau boleh you datang sini je boleh?" 

aduh. masa ni baru nak bagi tau. saya cuma membalas "OK". sangaja mahu menunjukkan saya protes dengan tindakan nya. maka tren berhenti di Mid Valley dan saya terus mengambil teksi mahu ke SOGO dijalan Tuanku Abdul Rahman. manalah tau boleh jumpa pakcik depan SOGO yang suka guna trade mark J.F Kennedy itu. 

saya memang malas mahu menaiki teksi ni. sebab kebanyakkan abang teksi ni akan terlebih ramah mahu bercerita itu ini. dan saya bukan seorang yang mudah ramah pada orang yang baru saya kenal.

"Mana dik?" abang teksi itu tanya.

"Sogo," saya balas ringkas.

"oh... Sogo hari Sabtu lepas memang tak ada orang nak pergi dik," dah strat dah.

"tak banyak income lah hari tu bang?" sengaja saya berbasa basi.

abang tu diam. 

"biasalah. nama pun ada perhimpunan," saya sambung.

"tak juga dik. bersih 3, 4 jam je. lepas tu semua orang nak balik naik teksi. kalau polis tak buat roadblock tu mungkin lagi banyak abang dapat," saya hanya angguk. dan sedikit tersenyum. benda betul kan? buat apa  nak diperdebatkan.

"sekarang ni susah dah dik nak percaya kat media malaysia," abang tu sambung lagi mahu berbual. saya didalam hati hanya berdoa supaya cepat sampai Sogo. malas mahu bercakap sebenarnya.

"kenapa?" saya bertanya pendek.

"media tempatan ni semua cakap seleweng je. macam hari tu, yang datang bersih dekat 100,000 ribu diorang cakap 6,000. tak masuk akal. al jazeera buat laporan cakap 120,000, washington post cakap 100,000. media kita je yang suka seleweng. yang besar di kecikkan yang kecik dia besarkan. macam perhimpunan sejuta belia hari tu. padahal tak sampai sejuta pun belia yang datang,"

saya diam. sekali lagi, yelah benda betul buat apa nak bangkang. 

"lepas tu cakap peniaga rugi 100 juta. siapa yang nak percaya? tak bukak kedai sehari boleh rugi seratus juta ke? macam ni orang kita makin ramai boleh masuk Forbes," saya kagum. abang teksi ni bukan calang calang orang. mungkin pemidato masa sekolah dulu. bukan saja baca washington post, Forbes pun dia baca juga.

"Kalau polis tak buat roadblock memang dekat seratus juta jugak la diorang dapat. kalau pikir logik, yang datang perhimpunan ramai. mesti semua nak makan dan minum kat kedai diorang tu. mesti la diorang untung berlipat kali ganda. apa, ingat semua peserta tu bawak bekal nasik goreng ke?" saya sedikit tergelak. logik jugak kata abang ni. bukan semua bawak bekal nasik goreng.

"bang berhenti sini bang," saya cepat cepat suruh abang tu berhenti sebelum dia terlajak. dia berhenti. saya turun. 

"berapa bang?"

"lima belas dik," saya sedikit tercengang. 12 km pun sampai 15 ringgit? saya hulur not lima belas ringgit padanya.

"biasalah dik, minyak dah naik,"

"ceh. alasan basi." monolog saya didalam hati.

.

Monday, September 27, 2010

tacing itu bukan hanya pada perempuan. lelaki pun tau merajuk jugak.

Aku tak tahu macam mana aku boleh ada perasaan touching itu. Damn suck. Aku tak suka sangat nak touching2 ni sebab orang akan rasa menyampah kat aku. Tapi entah lah, aku sangat terasa dengan seorang kawan aku ni. Aku bukan suka sangat nak merajuk-touching-and what so ever yang kau rasa sangat macam perempuan. Tapi, entah lah, mungkin sebab aku ni dilahirkan dengan fitrah yang mudah tersentuh dan mudah untuk rasa sedih bila dipinggirkan.

Maka berlaku lah drama tacing bodoh aku itu apabila aku ditinggalkan semasa berlangsungnya kelas edagang petang itu. Aku sangat gelabah apabila sang sahabat ini menalifon aku mengajak aku melakukan jenayah ponteng petang itu. Lantas aku bersetuju untuk join the club. Maka, apabila aku bersiap siap ingin keluar dari kelas yang mengantuk itu, satu insiden yang mendebarkan, yang mana mungkin sengaja insiden itu berlaku kerana ingin menambah unsur suspen dalam drama itu. Insiden yang mana, apabila aku bersiap2 ingin keluar, maka sang pensyarah pun melangkah masuk ke kelas.

Aku mula lah gelabah. Maka aku pun membatalkan niat murni aku ingin ponteng kelas petang itu. Maka sang sahabat pulang kerumah, aku terkontang kanting mengharungi kelas edagang yg mana pensyarahnya agak cerewet itu. Maka disini aku sudah mula terasa akan perasaan toucing tersebut. Aku mula memikirkan, aku nak balik naik apa nanti?

Tamat kelas edagang, aku ambil inisiatif untuk menaiki teksi. Tunggu punya tunggu, maka nenjelmalah sebuah teksi yang agak antik. Mungkin pak cik teksi ini terlibat sama dalam komplot ingin menjadikan drama ini lebih suspen, maka pak cik ini tanpa segan silu nya mengeluarkan skrip ini “pak cik tak lalu pasir pekan nak,” dengan longhat Kelantan pekatnya. Maka, frekuensi tacing aku menigkat lagi. Maka aku malas nak tunggu lagi, kaki aku pun melangkah ke pusat beli belah tersohor itu dengan harapan mendapat lebih banyak teksi.

Sampai di kb mall, maka banyak lah teksi yang berkeliaran bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Aku pun memilih sebuah teksi yang agak usang, dengan harapan tambang yang dikenakan lebih murah. Tapi, mungkin kerana tersalah percaturan, sampai di teksi pak cik tersebut maka nampak lah wajah sebenar pak cik ini. Aku agak mata pak cik ini memang bercontact lenskan dollar America kot. Aku belum naik lagi teksi beliau, dia dah tanya berapa aku boleh bayar. Aku pun dengan bodoh alang nya tanya balik kat pak cik ini berapa pak cik ambik selalu. Pak cik mata dollar America pun cakap 15 ringgit. Aku pun cakap ok lah. Ye lah, aku nak naik apa lagi kan. Maka frekuensi tacing aku dengan sang sahabat pun naik lah lagi satu bar. Mana taknya, kalau lah beliau boleh tidak ponteng kelas mesti aku balik dengan beliau dan tidak melayang lah duit aku 15ringgit. Sudah lah memang tak ada duit. Terbang pulak 15ringgit kat pak cik mata duitan.


maka aku pun smpai kerumah ku dengan penuh perasaan tacing dan panas hati. sampai itu aku terus tido. sedar sedar, sudah pukul 730 malam. maka aku pun terlepas lah solat asar.

aku bangun magrib itu aku rasa sangat tenang. dan aku mula terfikir. kenapa perlu aku tacing macam perempuan ni? aku hanya menumpang.

Thursday, July 8, 2010

maki maki pak cik teksi

Ok. Aku rase pak cik teksi tu merupakan pak cik teksi yg paling kurang ajar didunia ini.. Dia cabul aku ke? Ouh tidak sama sekali.. Dia rompak aku kah? Ouh, juga tidak tp ia bole dikatogerikan sbg merompak jugak la.. Tp yg pasti darah aku sgt menyirap mase kejadian tersebut.. Terkejut yg amat shingga smpt juga la aku menghempas pntu teksi pak cik 2 smbil menendang2 tayar keretanya sblum berlalu pergi dgn muka yg slmba bodoh.. At least aku rasa sedikit puas hati..

Kau pasti dh dpt agak kan ape yg pak cik teksi tu bt kat aku? Ya, betol. Tepat sekali, pak cik yg kurang hajaq dan yg rumah-pegi-kubur-mari itu telah melakukan sesuatu jenayah yg dikatogerikan sbg menipu penumpang.. Ok, aku ada satu soalan, logik x kalau dlm perjalanan tidak smpai satu kilometer kau dicaj 8 hengget.?? Itu la yg pak cik dah-lama-idop tu bt kat aku... Kau masih pening kepala? Xpe biar aku jelaskan dgn lebih terperinci.

*IMBAS KEMBALI*
smlm dlm lbih kurang pukul 1030 cmtu, aku ada la temu janji nk jmpe seorg teman lame kt kb mall.. Disebabkan pkul 1200 nt aku ada clas, aku pn bercadang nk amek teksi je nk ke kelas aku tu.. Ye la, aku abes jmpe dia pn pkul 1200 tepat.. Korg bole bygkan x, dr kb mall ke uitm kb tu xsmpai pn sekangkang kera.. Aku memang igt nk jalan kaki je, tp disbbkan ujan yg agak rntik2 membntutkn niat aku, lantas selepas mengucapkan selamat tinggal kt kawan aku tu, aku pn menahan la sbuah teksi. Aku tnpa smpt bertanya brapa tmbgnya terus la naek teksi tersebut. Rupa pak cik tu pn cm baek je siap pakai kopiah ag kt kpala nye. Lgpn aku rase kalau smpai uitm kb tu mayb dlm seringgit je la pak cik baek-pakai-kopiah tu caj..

Tp kusangka panas smpai ke ptg, rupanya ujan ditengah hari, pak cik baek-pakai-kopiah tu bole kencing aku. Ada ke patut sesampainya aku ke destinasi aku tu dan apabila aku bertanyakan brapa tambgnya, bole dgn slamba badak dan tanpa ragu2 malah dgn mudahnya dia ckp "8 rggit JE nak".. Ok, aku mcm x percaye.. Aku pn kuarkan la rm10 untk mendapat kn kepastian, dan lagi dgn slamba badaknye pak cik baek-pakai-kopiah ni memulangkan rm2 balek kt aku. Dh sudah pasti tmbgnye rm8..

Lantas aku keluar dan menutup pntu kereta tu dgn cara menghempas dan sempat menendang tayar kereta tu 2 kali.. Dgn muka slamba badak mcm pak cik baek-pakai-kopiah tu..
Kau xbengang ke kalau kena tipu cmtu, pak cik tu igt aku charted ke teksi dia tu? Dia igt teksi dia tu bmw 3 series ke? Dia igt aku ni anak tan sri ke nk caj mahal2? Huh, aku sgt sakit hati.. Sakit hati!

>duit lebih tmbg teksi yg sepatutnye tu pak cik buat la baiki pntu dan tayar teksi pak cik ok<