Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Saturday, October 9, 2010

ASMIRA NATALIA QASSANDRA (3)

-Tiga-
“maaf ganggu”

Eh. Apasal Danny ni. Tak pernah-pernah nak cakap dengan aku, tiba-tiba pulak jadi the most polite guy in the world ni apsal. Buat tebiat ke ape? Mira bersuara dalam hati.

“apasal kau ni Danny?” Iman dah macam jadi jurucakap Mira pulak.

“actually, danny need to have a conversation with you,” badri pulak mencelah.

Yang Encik Badri ni pun menyibuk ni apahal. Nak mintak denda dia tu ke? Sememangnya Iman sudah pun tau pasal denda Badri yang tak masuk akal tu.

“ha.. cakap aje lah” Mira bersuara akhirnya.

“actually just you and me and Bad aje.” Danny bercakap sambil menjeling kearah Iman.

“proceed lah. I pun ada hal ni” iman meminta diri.

“macam ni…” Danny memulakan bicara.

“mungkin you nampak I macam sombong sebab tak pernah tegur you even kita satu kelas. Malah duduk pun menyebelah….”

Exactly. Tau pun yang kau tu sombong. Kau ingat kau handsome kau macam bagus la. Mira mengomel dalam hati.

“maka??”

“I actually nak terangkan situasi i…” Danny terdiam sebentar. Dipandangnya Bad disebelahnya.

“ok. I am listening”

“actually I bukan sombong sebenarnya. Cuma I tak biasa la dengan perempuan”

“you nak cakap yang you gay? It is ok lah. I open minded.”

“what?? Macam mana you tau..??” Bad bersuara tiba-tiba.

“I tengok pun dah tau la. So, you must be his boyfriend. Right Mr. badri?”

“ya.. eh, no… actually i..” badri tergagap mahu menjawab.

“it is ok. I faham. Ok lah. I pergi dulu eh. Tak ada apa yang nak malu la Danny” Mira melangkah pergi. Danny pulak dah nak guling-guling menahan gelak.

“tu lah kau Bad. Kau nak kenakan aku, kau pun kena sekali. Baru lah fair and square.” Danny gelaki besar.

“keep your mouth shut Danny. Atau aku yang diamkan kau nanti.”

“rilek la Bad. Aku tak ada apa-apa pun. Kau yang lebih. Yang penting aku dah confess kat dia kan??” Danny masih menahan sisa tawanya.

Oh.. kau kenakan aku ya Mira. Siap lah kau meeting malam ni.

***************************

Kertas bertaip computer setebal sepuluh muka surat itu direnungnya. Nak marah ada, nak tergelak pun ada. Silap aku jugak, yang aku tak cakap kat dia ‘wajib bertulis tangan’ tu pasal apa. Tak pasal-pasal aku pulak terkena.

“kenapa Encik Badri? Tak cukup ke? Kalau tak cukup saya boleh print lagi. Tak pun Encik Badri ambil je softcopy dia pada saya”

Ciss. Boleh kau kenakan aku ye Mira. Takpe-takpe. Ada lori, ada komuter. Ada hari kita tengok siapa yang kena.

“sengaja saya taip banyak-banyak Encik Badri, in case saya datang meeting lambat lagi ke tak perlu lah Encik Badri nak suruh saya buat lagi”

“ouh... It enough for me. Nanti siapa-siapa yang datang lambat boleh suruh Cik Mira kita buatkan denda tu ya…” sengaja Badri menguatkan suaranya. Seperti menyampaikan kepada seisi ahli pengawas pada mesyuarat malam itu.

“no problem lah Encik Badri, bukan susah sangat pun. Copy and paste je..”
Cis.. terkena lagi aku.

“ok. Meeting is over. Everybody can dismiss now.”

*************************

“boleh dia bagi aku denda yang aku suruh tu dalam bentuk bertaip computer. Bengang tak bengang lah aku.” Badri menyampaikan rasa geramnya. Tapi tangannya masih ligat menjawab soalan topical matematik tambahan. Danny yang mendengar hanya tergelak.
Danny mencapai baju t-shirt berwarna hitam dari dalam lokernya.

“lepas tu kau buat apa?” danny menyarungkan t-shirt hitam itu ke badannya.

“ aku apa lagi. Terus tamatkan la meeting tu. Even aku ada banyak benda lagi nak bagitahu. Malu siot.”

“tu lah kau. Jangan main-main dengan Mira tu. Padan muka kau lah. Hari tu, habis Cikgu Munah kena dengan dia tau. Habis digorengnya cikgu tu pasal cikgu suruh dia buat latihan kimia tu kat depan kelas”

“lantak dia ah. Eh, kau bersiap-siap ni nak ke mana?”

Danny hanya tersengih.

“ouh.. nak fly la tu..” Badri meneka. Tepat.

“tolong cover aku eh..” Danny masih tersengih-sengih.

“yelah-yelah. Kau ni memang kawan yang suka mempergunakan kelebihan kawan dialah. Apa punya orang la..”

“kau tolong aku nanti aku tolong lah kau balik..”

“huh.. yelah tu.. belikan aku roti canai eh..”

“ha.. tengok.. yess sir!!” Danny siap buat tabik hormat lagi pada badri.

“tapi hati-hati sikit lah. Malam ni giliran ustaz Azman round block. Eh, kau keluar dengan siapa ni??”

“aku, penyu, punai dengan mail sekali..”

Badri hanya mengangguk. Dia terus menumpukan pada latihan add maths nya. Danny terus keluar dari dorm.

-Empat-

“ni semua kau punya pasal la Punai” satu suara menyalahkan Punai. Tidak dapat dikenal pasti siapa pemilik suara itu. Suasana gelap gelita. Apatah lagi bersound trackkan dengan bunyi cengkerik, lagi lah tak dapat cam empunya suara itu.

“apasal salah aku pulak? Mana lah aku tau ustaz Azman nak round kat sini” Punai beralasan sambil tangannya ligat menampar nyamuk-nyamuk yang berterbangan.

Jam tiga pagi. Mereka masih terperangkap didalam belukar belakang surau kolej. Danny menyalakan rokok. Sekurang-kurangnya tak ada lah banyak sangat nyamuk nanti. Nyamuk kat sini pun tak reti nak masuk tidur agaknya. Danny mengomel sendiri. Roti canai Badri pulak dah sejuk sebab lama sangat terperangkap dalam plastic.

“macam mana sekarang ni? Aku dah ngantuk gila ni. Dah la kelas first esok kelas Bio. Ish, seram la aku nak tidur time cikgu Halim Serbia tu.” Mail pulak bersuara.

“tu lah pasal. Agak-agak ustaz azman tu nak buat qiamulail kot esok. Apasal dia tak keluar-keluar lagi dari surau tu ek??” Penyu pulak bertanya.

“entah-entah dia tengah prepare untuk solat jenazah kita esok kot” mail bersuara lagi.

“woit.. mulut kau tu jaga lah sikit. Haish..” Danny marah.

“walau macam mana pun kita kena sampai dorm sekarang jugak. Takut nanti dia datang ronda dorm pulak..” Danny beri cadangan.

“aku ada satu idea.” Penyu bersuara lagi.

“apa??” serentak mereka yang lain bertanya.

“macam ni….....”

*************************

Mereka berempat munyusup keluar dari belukar tersebut. Hala tuju mereka hanya satu. Tempat ambil wuduk. Mereka menyusup perlahan-lahan. Semakin lama semakin hampir. Tiba-tiba…

“ha… antum semua. Dari mana ni?” kenal sangat dengat suara sengau-sengau ustaz Azman itu. Semua hampir terkejut. Malah Punai dah hampir melatah pun.

“oh.. ustaz. Terkejut ana. Assalamualikum ustaz..” Penyu dah kedepan bersalam dengan ustaz Azman.

“walaikumsalam.. antum semua dari mana ni??”

“ustaz, sebenarnya ana berempat ni dari asrama. Niat nak buat qiamulail lah ni. Almaklumlah dah nak dekat spm lah katakan.” Penyu beralasan lagi.

“Alhamdulillah. ustaz memang tak sangka ada jugak anak murid ustaz yang masih ingat kat Allah. Bagus lah macam tu.”

“kami bukan apa ustaz. Yelah, kalau belajar je pun tapi lupa tanggungjawab kat tuhan, tak guna jugak kan ustaz kan?” penyu terus goreng Ustaz Azman.

“lagi pun, ustaz jugak yang cakap kan, hidup ni kena lah dapatkan keberkatan dari Allah, baru lah hati tak serabut. Tenang aje. Tak gitu Ustaz?” goreng sampai garing lah penyu oit.. Yang lain masih terkulat.

“bagus lah macam tu. Antum semua teruskan lah. Ustaz nak ambil wuduk ni. Ingat nak join sekali lah. Bukan senang nak qiamulail dengan anak murid ni. Siapa nak jadi imam ni? Kamu ke Ismail?”

Erk…

Mail terkejut nak mati.

Danny dah hampir ternganga.

Penyu dah hilang kata.

Punai hampir melatah sekali lagi.

Hah?? Ustaz nak ajak buat qiamulail?? Bagus lah tu. Goreng punya goreng. Kita berempat yang hangus.. tak guna punya Penyu.. punai mencarut dalam hati. Penyu dijeling penuh geram. Yang pasti mereka berqiamulail berimankan ‘ustaz’ Ismail.

**************************

“bad. Bangun Bad. Nah makan roti canai kau ni.”

“gila lama kau pergi beli roti canai..” Badri bangun sambil mengesat matanya.

“sejuk pulak tu. Apa ni??” badri sambung merungut.

“kau makan aje lah Bad. Jangan banyak tanya boleh tak? Aku bersabung nyawa tau nak dapatkan roti canai kau tu..”

“hah? Kau merepek apa ni?”

“dah la. Esok aje aku cerita. Aku dah ngantuk ni. Gerak aku subuh esok..”


..............bersambung

No comments: