Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, October 11, 2010

ASMIRA NATALIA QASSANDRA (4)

-Lima -

Aduh.. ni yang malas ni. Kena handle ‘Minggu Sejuta Rasa Remaja’ pulak. Puan pengetua a.k.a mak Temah ni tak ada orang lain ke nak lantik jadi pengarah projek. Lantik lah budak form four. Aku nak spm tahun ni. Haish… susah betul jadi headprefect ni. Semua benda nak kena handle. Nampaknya hujung minggu ni tak boleh balik lah aku. Nak buat meeting lagi. Nak kena lantik jawatankuasa lagi.

“hai bad. Buat apa menung sorang-sorang tu? Ingat kat I eh?” ah.. sudah. Kenapalah setiap kali aku ada masalah mesti ada Tyra Banks Sri Suria ni? Nak apa la dia ni?

“eh.. panjang umur you. I memang tengah ingat kat you pun Nurul”

“you ni bad. Berapa kali I nak cakap. Jangan panggil I Nurul. Malu lah orang dengar.”

“ye lah cik Tyra oi..” haish.. geli geleman aku. Nama sedap-sedap mak bapak letak Nurul Athirah, nak pulak jadi Tyra Banks. Kulit putih melepak ada hati nak jadi klon Tyra Banks. Pakaian dia tak payah cakap la. Tyra Banks sebenar pun kalah. Nasib baik lah masa sekolah, kalau tak, tak nampak lah baju kurung dia tu. Ada ke patut dia boleh redah pakai tube sahaja masa outing mingguan. Tau lah sekolah private. Tapi agak-agak lah.

“haa.. macam tu lah.. you dari mana ni??”

“I baru lepas jumpa mak Temah la. Dia mintak I handle ‘Minggu sejuta rasa remaja’ la pulak. Leceh la.”

“OMG.. bestnya. You dah lantik exco? I nak jadi exco. Please bad. Please…”

“you boleh buat kerja ke.?”

“hei… you jangan pandang I sebelah mata tau Bad. You ingat I tak reti buat kerja ke? I nak you letak nama I kat exco persembahan. You tengok lah nanti. Meletup lah majlis tu dengan persembahan I”

“comfirm lah you nak buat fesyen show kan? Macam lah I tak tau you tu..”

“mestilah.. I kan model sambilan.. mestilah nak curahkan segala ilmu yang I belajar tu..”

Ha.. yelah tu model sambilan. Baru tiga iklan masuk tv dah nak kecoh serata alam. itu pun satu iklan ubat gigi, satu iklan pencukur bulu kaki, satu lagi iklan kempen jagalah alam sekitar. Yang keluar iklannya mulut dengan kaki je. Tak glamor langsung.

“nanti I fikir dulu lah Nurul. You jangan risau. Nama you mesti ada.”

“macam ni lah Bad. Sayang you..”

“okay lah nurul I pergi dulu. Ada kelas ni.”

“okay.. bye darl..” nurul mula melangkah.

“by the way bad..” nurul yang tadi ingin melangkah pergi terbantut seketika.

“yup??”

“its tyra.. not nurul ok.”

“oh.. I know that. Tersasul je.”

“kali ni I maaf kan you, you tau kan bapak I kan pengarah……”

“I know Tyra, pengarah CIMB kan? That why ada banks tu kan?” pantas Badri memotong kata-kata nurul.

“tau tak pe..” nurul terus melangkah pergi.

Hai.. nurul.. nurul.. orang macam ni pun ada ke? Rimas mak dengan perangai you yang geli geleman tu. Over gediks you. Tak kuasa mak…

*******************************

“cepat lah mira.. kita dah lambat ni. Kang tak pasal-pasal kena denda lagi dengan Bad tu..” iman menggesa Mira.

“I dah lama siap lah Iman. You tu, takkan nak pegi macam tu aje? Sejak bila jadi free hair ni?”

“oh god. My tudung. Selamat you ingat kan I Mira..”

“dah-dah jom. Nanti mengamuk pulak lah Encik Badri kita tu..”

“I am done. Jom...”

*******************************

“duduk lah..”

Eh.. biar betul? Tak nak denda ke? Kan dah lambat ni.. lantak dia lah. Eh, sejak bila danny ni pun jadi prefect ni? Aku tak tau pun. Tyra banks sri suria pun ada? Pelik.. chop chop.. penyu and the gang pun ada? Mustahil ni. Ke aku silap masuk meeting ni? Bad pun tiba-tiba hilang Serbia dia hari ni..

“kita ada agenda besar..” badri memulakan bicara.

“puan pengetua dah arahkan saya untuk lantik jawatankuasa untuk ‘Minggu Sejuta Rasa Remaja’ yang akan dilangsungkan bulan hadapan…” Badri menyambung bicaranya.

“so, disini saya dah senarai pendekkan siapa-siapa yang akan mengetuai setiap exco. Disebabkan kita kekurangan kakitangan. Maka saya telah mengimport pelajar form five yang terpilih untuk turut sama menjadi sebahagian daripada jawatankuasa.”

“so, disini saya dah bahagikan anda mengikut exco. Saya akan menjadi ketua dibahagian exco disiplin dan sahsiah. Iman akan menjadi ketua untuk exco sistem dan data, Danny akan menjadi ketua untuk montaj dan hiasan dewan, nurul…”

“ehem..” nurul berdehem.

“….. tyra akan menjadi ketua untuk exco persembahan dan jemputan….” Nurul tersenyum. Bad sedikit mencebik.

“…..mira akan menjadi ketua untuk exco hadiah dan cenderahati, dan ismail sebagai ketua di exco perhubungan korporat dan sponsor. Untuk makanan kita memang sudah letakkan kak Intan Kantin untuk uruskan semuanya” Bad menyambung.

“yang lain sila lihat nama anda pada borang yang saya edarkan ini. Saya sudah letakkan nama anda dibawah mereka-mereka tadi……..”

................... bersambung

No comments: