Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, October 13, 2010

ASMIRA NATALIA QASSANDRA (5)

-Enam-

“dia ni dah gila ke apa? aku tak faham la dengan dia tu…” mira bersungut sendirian. Tangannya masih leka mengepil kertas berwarna untuk cabutan bertuah. Bilik pengawas itu bersepah dengan props untuk ‘minggu sejuta rasa remaja’ yang akan berlangsung lagi 2 minggu.

“apa yang you sungutkan ni mira?” nurul muncul tiba-tiba. haish.. ada saja perempuan berlagak model ni kat sini. Dia ni tak ada kelas ke?

“tak da lah tyra.. Bad ni lah. Cerewet lah dia ni. Susah betul”

“bad tu memang macam tu. Susah nak cope dengan dia. Banyak songeh betul.” Nurul tambah kutuk si ketua pengawas.

“you tak ada kelas ke sekarang?” dia ni semedang je ada kat bilik pengawas ni. Cikgu tak datang cari ke?

“I dapat pelepasan kelas lah. Nak handle majlis ni semua lah.”

“so far, tugas you macam mana?”

“I baru dapat approval dari mak Temah nak buat fesyen show masa malam tu. Baru lepas call agency I tu nak pinjam model”

“I see…”

“eh, you nak jadi model tak masa malam tu?” nurul turut sama mengepil kertas untuk cabutan bertuah.

“i?? ish. Tak nak lah. Malu je lah..”

“apa nak malunya. You cantik. Semua lelaki kat sri suria ni mesti nak tengok you buat cat walk malam tu tau..”

“I tak minat lah..”

“kalau you tak nak takkan I nak paksa pulak kan.. eh, apa yang you marah sangat kat Bad tu??”

“ada ke patut dia boleh suka-suka je nak tukar cenderahati v.i.p last minute. Mula-mula dia nak kaligrafi cina. Lepas I dah tempah kaligrafi tu dia nak tukar kepada model kapal pulak. Tak pasal-pasal I kena marah dengan tuan kedai tu sebab cancel kan kaligrafi tu.”

“bad.. biasalah. Very perfectionist. Dia minat you kot?”

“siapa? Tuan kedai kaligrafi tu ke? Tolong lah, his almost sixty ok..” ada ke patut nak kenenkan aku dengan tuan kedai yang hampir nazak tu. Please lah.

“buat pak cik tu lah. Maksud I Bad la. Encik headprefect tu lah..”

“dia??”

“aha.. kenapa pulak?”

“dengan dia tu lagi tak masuk akal. I tak berani lah nak jalinkan hubungan dengan orang nafsu songsang tu. Takut I dapat hiv. Seram..” ni lagi tak logic. Nak kenenkan aku dengan jejaka songsang terlampau lah pulak. Free-free dapat syphilis je.

“hei.. dia bukan gay la..” nurul terkejut besar. Tau lah bad tu ala-ala jambu sikit. Tapi dia bukan kearah tu ok.

danny tu bukan boyfriend dia ke?” lah pulak. Bukan Danny dah mengaku kat aku ke hari tu? Ke aku yang bermimpi di siang hari ni?

“diaorang tu bestfriend la. You ni, tak baik lah tuduh dia macam tu..”

“tapi hari tu…”

“hari tu apa?” nurul curious nak tau.

“ah.. Forget it lah..” malas lah nak cerita. Duduk berborak dengan dia ni bukan boleh lama-lama. Nanti tak siap pulak kerja aku. Ni pun tak abis lagi kepil cabutan bertuah ni.

*************************************

Dewan Sri Suria sudah bertukar wajah. Danny masih bertungkus lumus menghias dewan tersebut. Kepuasan jelas terserlah pada wajahnya bila melihat dewan tersebut telah bertukar menjadi seperti di angkasa lepas. Dengan tema futuristic gabungan dari idea dia dan Punai memang berbuahkan hasil. Kelihatan beberapa pelajar tingkatan satu dan dua dikerah untuk menyusun kerusi. Majlis pembukaan untuk ‘minggu sejuta rasa remaja’ hanya lagi 4 hari akan berlangsung.

“danny.!!” Mira memanggil dari bawah pentas utama. Danny memberi isyarat kepala bertanyakan ‘apa’.

“air..! minum dulu jom” mira terpekik lagi dari bawah pentas. Danny turun dari pentas.

“you berlanja ke?”

“tak lah. I mana tau you suka minum apa. Nah..” mira menghulurkan sebotol air ribena kepada Danny.

“Iman yang belikan lah..” mira menyambung.

“ oh.. mana dia?”

“back at the stage. Tengah tengok PA sistem..”

“I see..”

“you know what?”

“what?”

“Iman tu macam suka kat you kan?”

“ha?? No way…” Danny tergelak kecil.

“kenapa tak boleh pulak?”

“I already have my Mr. Headprefect ok..” Danny hampir tergelak besar.

“so, you nak kata yang you betul-betul songsang lah ni?”

“you nak kata I tipu you lah ni?” pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

“I tau you bukan lelaki yang macam tu. Nurul dah cerita kat I lah.”

“so?”

“so, you should go to Iman lah.”

“I dah malas lah mira. Dulu masa I tackle dia, dia buat tak tahu je,” dia bersuara perlahan. Sayu. Matanya memerhati kearah pelajar-pelajar yang sedang menyusun kerusi.

“you mengorat dia masa form one. Memang lah dia tak layan.” Hish.. dia ni pun. Ingat ni zaman puppy muffy love ke nak bercinta masa umur 13 tahun.

“you rasa dia nak kat I lagi ke sekarang?” Danny curious nak tahu.

“manalah I tau. You tanyalah dia.”

“tapi I dah minat kat you lah sekarang..”

“hahh??”

“abang danny..!!” satu suara memanggil Danny mematikan perbualan mereka.

“ada apa Syamsul?”

“kitorang semua dah siap susun kerusi. Kitorang masuk kelas dulu eh..” budak form 2 nama Syamsul itu meminta kebenaran.

“ok. Tapi ajak semua kawan-kawan singgah kantin dulu ya. Ada makan-makan sikit”

“ok bang. Kami pergi dulu eh”

“terima kasih ya semua sebab tolong”

“kat mana kita tadi?” Danny kembali pada Mira.

“oh.. I pun dah lupa.. never mine lah. I pun ada banyak kerja lagi ni.”


............bersambung

No comments: