Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
errr... tadi tengok abp. tapi sebelum nak tengok tu memang kena berhempas pulas nak betulkan arial lah... hampeh tol. aku tak tau lah tv kat umah ni memang anti dengan tv3 kot. tv3 ni tak pernah elok. aku pun tak paham. ni yang rasa nak pasang astro byond ni.
tapi setelah bertungkus lumus letak arial tu sana sini maka siaran untuk tv3 tu pun elok lah. nak tau rahsianya? kami buat astro sendirilah. LOL
klik untuk ereksi yang lebih sempurna
sila abaikan perabot ikea yang kami gunakan itu. biasalah rumah bujang kan.... tapi memang betul lepas je letak kotak rokok jenama astro (asal la ada jenama rokok ni. aku pun tak paham) tu kat celah celah arial tv tu maka elok pulak tv3. memang agak clear lah. kalah astro byond tau.
oh ya... by the way. abp kali ni memang best. dengan zizan yang lawak. oh ya, suke persembahan siti tu. i lioke... dan tak lupa tahniah kepada pemenang. buat shaheizy sam. tahniah. aku selalu undi kau tapi aku tau aku takkan dapat kereta yang kau menang tu. nak buat macam mano. penat tau undi tu. habis duit beli paper. ingatkan kau nak kasi lah reflesia tu kat aku ke? tapi hampeh je. kalau aku tau baik aku undi rabbani. kalau diorang menang dapat jugak la aku pakej umrah ke haji ke. ye dak?
pssstt... gelak guling guling masa usop wilcha datang tu. memang lawok la kome ni. awok suke.
the story is going like this. pagi tadi dalam perjalanan nak ke kampus aku dengar la radio. suria kalau tak silap. betul la suria sebab aku cam betul suara halim othman tu. so, HO make a phone call kepada fasha sandha untuk tanya pendapat dia pasal dia punya pic yang kat bali tu yang ada nampak lurah tu yang dah tersebar tu. me myself, tak pernah kisah pun kat fasha sandha tu. sebab aku tak pernah suka pun kat perempuan yang suara tenggelam timbul ni. kau pakai la apa pun aku tak kisah. in fact aku tutup mata je. dia bogel sekali pun aku buat tak nampak je. okay, aku tipu... takkan la dia bogel aku tak nak tengok kot. tu namanya aku melepaskan batuk ditangga peluang tu.
back then, aku macam rasa what the hell semua orang nak kisah apa yang dia pakai. i mean sebelum ni kau tak pernah nampak dia pakai seksi seksi ke? selama ni dia pakai jubah ke? so.... benda ni aku tak nampak pelik pun. in fact aku rasa mcam okay la dia pakai macam tu. maksud aku kat sini okay lah dia pakai macam tu sebab nama pun dia ada kat pantai. takkan la kat tepi pantai dia nak pakai kebaya nyonya kot. tu dah buang tebiat namanya. maksud aku disini cara dia mengenakan pakaian berbikini dia tu ditempat yang sesuai. bukannya dia main redah pakai bikini kat shopping mall ke kedai runcit ke. dia pakai bikini kat pantai. bali pulak tu. so, apa yang peliknya. it is a crime?
"saya tak pernah pakai bikini"
p/s: maka sila jangan malu malu untuk berbikini. hidup Victoria Secret. *tetiba
seriously, aku tak aspect pon minah yang kononnya menyokong seruan kerajaan dengan memakai baju kurung setiap masa ini akan menang. dan secara jujurnya aku tak jangka yang dia akan dapat tempat. dia tak sepatutnya dapat apa-apa tempat pon, tup tup boleh menang 1st place? oh, dengan persembahan ala ala magic tukar baju yang aku tak fahang, dengan lagu dia yang aku tak tahu maksud dia, tetiba boleh menang? bukan tempat ketiga atau kedua, tapi first place. sungguh tak percaya. but then aku memang solute la kat persembahan faizal tahir tu, siap boleh berenang bagai. memang mantap. tapi secara jujurnya aku sangat berharap yuna yang menang, tapi dah bukan rezeki dia kan. but, but but aku relize somting dengan tomok. kau tak rasa yang dia macam tiru adam lambert ke? oh, sangat gay okayy...
dua: ada apa dengan kasut camel active yang berharga RM179.90?
okay... aku tanak komen lelebih. tapi kasut tu aku pakai tak sampai 24jam tapi dah rosak tapak dia. tak sampai 24 jam tau. thats mean belum satu hari pon lagi. oh, kau bayang kan. belum sampai 24 jam tapi dah rosak? come on. aku tak ralat kalau harga dia 20 ringgit dan beli kat petaling street saje, but but but, aku dapatkan ia dekat butik dia dan hargannya hampir mencecah 200 ringgit malaysia. kau hade? memang tak lah. so, moral of the stori is, jangan riak dang bongkak nanti kasut kau rosak. titik.
tiga: dilema strategic marketing management (SMM)
aku dalam dilema sekarang ini. nak amek smm atau tak. aku sejujurnya tak nak buat intersesi sebab ia memakan banyak kos. jadi aku rasa macam nak ambil subjek ni. tapi aku tak sure la sebab kalau nak amek jugak aku kena tukar kelas untuk kelas marcom sebab kelas clash. hurm... dilema sungguh la. walaubagaimanapon, aku kena ikut la keputusan kawan-kawan aku sebab keputusan aku mempengaruhi keputusan diorang juga. kau rasa cam ne ek?
Dah lama feel like to say good
morning to all of you. But you know, I wake up everyday pun not morning
anymore. Teeheee…
Thank you for those yang keep
reading my entry, and also for those yang keep dropping on my blog. And not
forget for those yang leave a comment and feedback. Thank you again. Sayang lah
you alls… :D
one utama
Semalam was a very tired day for me
I guess. I when for watched movie with one of my friend dekat OU. Oh, sooo…. Lama
tak keluar feeling like “hey it is what we called KL?” I think KL people was change
already lah. Mana taknya, I feel like to humban keluar the two people in the
train, when they playing the comolot game plus raba-raba and all that kat depan
public. Plus nampak pulak girls yang dress up macam nak buat strip dance ke
hape? All their asset nak terjojol keluar. Very sexy girl from Kuala la la la
la Lumpur lah tu konon. Huh, so
irritating. But wait, maybe all of you feel like “what damn hell
pingguava is doing? It is he buang tebiat to speaking all time?”
Hey, don’t get me wrong. I am not buang tebiat ok, but I practice my English.
Teehee…
Ok fine. Let’s make it easy. I just
thinking my bahasa is not very good then my English. Oh, please don’t say me poyo
or bajet or something like that, cause I think I very bad in bahasa, and I feel
stupid when I speaking in Malay. Oh, poyo me heh? HAHAHAHAHA. But actually I am
not well in English too, tapi apa yang boleh dibanggakan is my Bahasa in my spm
result is B4 compare to my English is A2. And what is more membanggakan is, my
BEL got A for the final exam. Can you believe that? so, in other word is, i now tengah giler riak bacause dapat A for BEL. heeeee... So, I realize now. I need
to more and more and more speaking in English rather than bahasa. And yes, I
think broken English pun it’s ok lah kan. Yet, still I am speaking kan?
Ok now let back to basic the
topic. Oh pasal apa eh? Oh ya, movie!
Ngangkung is not a stupid movie pun
I guess. And I had a lot of laughing at the panggung. It is so funny. Berdekah-dekah
and even my tears is going out, gelak punya pasal la. Oh ya, before the story
start usually ada trailer from the coming movie kan. So, before the funniest, stupidest
and craziest Ngangkung start, there is the ‘Aku Masih Dara’ punya trailer. And
I think AMD is tak masuk akal punya movie lah. Boleh ke dia buat movie macam
tu. And one of the dialog in the movie is, “pakai tudung lah nak tutup
love bite tu, semua orang sekarang ni pakai tudung sebab nak tutup benda tu je
(which mean refer to the stupid love bite)” and I feel like, “hey, you are
trying to fitnah all the people yang wearing tudung” and I also
thinks that the minah yang cakap macam tu is stupid and idiot and bodoh and
apa-apa aje lah because she still don’t know the petua to tutup the love bite
selain dari pakai tudung. Sia-sia je jadi perempuan rosak akhlak if nak tutup
benda sekecil tu pun have no idea. You still can wear mafla, the turtle-neck
shirt or you can sapu minyak panas kat area yang ada love bite tu. Tu pun tak
tahu ke? Or you need the tutorial? Huh!
But still, I feel like the story
macam sangat lucah cause again ada dialog yang sangat irritating when Farid
Kamil, if I not mistaken said “aku sangap lubang,”
oh, pellisssss lah. What story you trying to show to us ha? Cuba lah buat movie
macam yang KRU buat tu. It different rather than the different. KRU I think
have a lot of idea to menarik perhatian orang to watch their movie. They no
need babak-babak lucah to attract people to watch their movie pun. David teo
punya pasal lah ni, “saya punya film ha, lemih
manyak mengelinsapkan olang,” ceit. Yang menginsafkan tu the last
five minutes punya cerita. Yang lagi 110 minit tu apa celita? Celita pasal
sangap lubang ka? Haiyaa…
But then, speaking bout KRU.
Semalam also, I bought the Maskulin magazine. Then, inside it had the upcoming
movie punya synopsis. Oh, I just know that KRU is produces the new movie that called
“the Chronicles of Merong Mahawangsa” that is direct by Yusry Abd Halim. I
think the Merong Mahawangsa is a movie yang should all people watch. I know
ramai people yang not very interesting to watch movie yang ada sifat sejarah.
But, try to watch it. I watch the trailer in you tube and I can feel when I
watch it. I tell you what, this story is use the actors and actress from all over
the world. Basically the movie is about pertembungan two emperors, east and
west. The pelakon pun ramai yang berbangsa asing. Which are terdiri daripada
pelakon from Australia, Denmark, China, and also Malaysia. And what the interesting part is, the movie
use 70% English, 20% Malay, and 10% Chinese. Wow, where you can find movie that
produce by anak Malaysia yang guna more than half English as bahasa pengantar
in a movie. And, dengar cerita this movie also akan dipasarkan ke luar Negara. Cerita
yang sangap lubang tu boleh pergi antarabangsa ke? “haiyaa… ini
celita ha, mau menalik penonton malaysia saja ma… lagipun ma, ini film ciput
punya bajet ma..” Ceit…
Oh ya, Merong Mahawangsa were acted
by Stepehen Rahman, also Umie Nazeera, Umie Aida, Dato Rahim Razali, Khir
Rahman, Mano Maniam and ramai lagi. Click HERE for more info. And HERE for the
trailer.
P/S: macam ini punya cerita baru
boleh angan-angan dapat patpulohjuta. $_$
Since aku pernah cakap yang aku tak tengok drama melayu kan? Maka hari ni aku nak bagi tau bahawa aku nak melenyapkan pantang larang aku yang tak boleh tonton drama melayu tu. Well, ni kan cuti sekolah maka aku macam terpaksa tengok je semua cerita. Termasuk lah cerita melayu yang dia punya story line sama tu. Aku walau pun agak anti dengan drama melayu tapi tak da lah sampai tak boleh tengok langsung. Maka, hari ni aku nak kongsi sikit cerita-cerita yang aku tonton masa cuti ni. ye lah, aku pegi tengok wayang takda duit. Maka aku tengok tv je lah.
Aku mulakan hari aku dengan menonton Malaysia Hari Ini yang start pukul tujuh pagi. Hey, kau ingat aku tak reti bangun pagi ke? Ok fine aku tak reti menipu. Memang aku tak pernah tengok pun MHI tu. Selama hidup aku, aku boleh bilang guna jari berapa kali aku pernah tengok MHI, even rancangan tu dah 26 tahun. Pergh… tu lah pasal sapa suruh buat rancangan tu pagi-pagi kan dah hilang salah seorang penonton setia. Cewah… aku bukan apa aku memang tak boleh bangun pagi. Nanti, aku allergic. Kulit jadi gatal-gatal. Aku pun tak tahu kenapa. So jangan salahkan aku. Tapi, harus diingatkan aku bangun subuh ok. Maka kalau nak pilih suami tu pilih lah yang macam aku, tidak pernah meninggalkan solat subuhnya. Unless, malam tu ada megan fox datang dalam mimpi aku dan menyebabkan aku malas nak mandi pagi yang memang wajib itu. Hey, mandi pagi ni sejuk ok.
again hiasan semata. aku tanak bagi korang boring baca entri aku. baik kan aku?
Jadi disebabkan aku ni tak boleh bangun pagi maka aku bangun lah dalam pukul sepuluh. Pukul sepuluh itu masih pagi sebenarnya walau pun masa aku bangun tu mak aku memerli aku dengan berkata dialog yang sama setiap hari iaitu, “dah tengahari, matahari dah tegak atas kepal baru nak bangun, apa nak jadi ni. bla-bla-bla. Rezeki tak masuk. Bla-bla-bla. Macam mana nak kawen. Bla-bla-bla….” Tak pe lah. Since mak aku yang cakap macam tu aku tak kisah pun. Lagipun mak aku tak belajar geografi maka bukan salah beliau jika beliau cakap yang pukul sepuluh itu sudah tengahari.
Ok. Aku dah lupa nak cerita pasal apa sebenarnya.
Oh ya. Cerita yang aku tengok masa cuti. Hurm, antara cerita yang aku tengok ialah drama bersiri Putera Katak. Ok, kau gelak lah puas-puas. Aku pun dah penat gelak kat diri aku sendiri sebab tengok cerita bodoh tu. Maka, suka cita ingin diingatkan disini bahawa aku tengok cerita tu pun sebab ada Nora Danish ok. Dan nora Danish sangat hot. Walaupun dalam cerita tu dia jadi gila skema yang-pakai-spek-dan-bela-binatang-exotik tapi dia masih nampak hot. Sebenarnya cerita ni agak lawak. Bukan lah lawak apa sebenarnya tapi lawak dari segi teknik CGI nya yang memang fail langsung dan juga dari segi story line nya. Story line dia memang sama macam cerita dalam slot lagenda tu. Ala… cerita cam biasa lah. Ada putera raja, kayangan, kena makan sumpah, orang kaya, budak kolej, rumah besar ada kolam renang, budak skema kena buli, bla bla bla and last sekali happily ever after. Pastu the end. Diingatkan lagi sekali aku tengok sebab ada Nora Danish ok. Kalau tak aku pun tak nak tengok cerita ni.
hot kan beliau?
Lagi aku tengok cerita apa eh? Oh ya, cerita Seribu Kali Cinta tu pun aku layan jugak. Entah la since cuti ni semua cerita melayu aku tengok. Sebab tu aku nak ishtiharkan bahawa pantang larang aku yang tak boleh tengok cerita melayu tu di hapuskan. Aku bukan apa, sebab terlalu bosan je. Lagi pun aku tengok cerita tu sebab ada Abu Bakar Omar. Eh bukan. Silap. Aku tengok cerita tu sebab ada Intan payung pengarang jantung hati aku Ladyana je. Well, aku rasa dia tu hot apa. Even dia berlakon jadi watak bodoh-bodoh alang yang ada penyakit senile di usia muda tu, dia still nampak anggun. Cerita tu nampak cam ntah pape jugak sebenarnya. Kau bayangkan, ada ke orang yang masih muda ada penyakit nyanyuk? Tak masuk akal lah cerita dia. Nampak cam bodoh je. Cerita tu bertambah bodoh bila pelakon dia tak reti cakap utara langsung. Berlakon kat Penang tapi gaya cakap tak macam orang Penang lansung. Yang dia tau. Hang chek-hang chek je. Yang lain dia main taram je. Habis tatabahasa utara tu rosak.
anggun kan?
Hari tu pulak aku tengok cerita Rapunzel. Jangan salah paham bukan cerita Rapunzel yang Barbie tu. Bukan jugak Rapunzel the tangled tale yang kat panggung tu. Tapi rapunzel yang remake versi Indonesia punya. Aku takda duit nak tengok rapunzel kat panggung tu maka aku layan je lah cerita indon ni. dan jugak aku tak layan cerita Barbie ek. Orang-orang yang princess wannabe macam zuren je tengok cerita Barbie ni. KEH KEH KEH. Apa kelas tengok kartun. Tapi Dora the Explorer di kecualikan ok. Ok kita kembali ke pangkal jalan kepada rapunzel remake version yang Indonesia punya. Cerita dia lebih kurang macam sama je macam cerita Rapunzel yang versi Disney tu jugak. Cuma mak cik ahli sihir tu aku rasa macam terlampau sangat lah. Hurm…
rambut panjang banyak kutu
Banyak lagi cerita yang aku tengok masa cuti ni sebenarnya. Tapi cam susah je nak senaraikan semua. Senang cerita semua cerita lah aku tengok. Oh ya, aku tak tengok kartun ok. Kecuali dora the explorer.
Kecuali jugak kiteretsu.
Jugak hagemaru.
Dan upin ipin.
Jugak ben ten.
Dan jugak spongebob.
Ok fine. Aku tengok je semua jenis kartun. Barbie tu pun aku tengok jugak sebenarnya. KEH KEH KEH. Tapi harus diingatkan ya, aku tak pernah langsung tengok naruto. Aku tak tahu sebab apa aku tak tengok. Tapi aku rasa cerita dia ntah pape lah. Aku rasa cerita Naruto tu dari aku form 3 lagi, sampai sekarang tak habis-habis. Aku siap pernah rebut remote controller tv dengan amir sebab dia nak tengok naruto punya pasal. Apa yang best entah? Musykil.
kartun kartun kartun
Oh ya. Malam ni aku nak tengok drama yang kat tv 3 tu lah. Cam best je. Even dia drama cam ala-ala dakwah sikit. Dengar cerita ada liyana jasmay berlakon. Even aku tak berapa suka dengan liyana mokhtar jasmay yang agak kemetotpendekbohsaikatikkurang tinggi rendah tu tapi aku nak tengok jugak. Well, aku kan bersemangat nak sambut maal hijrah ni.
Hari ni aku ada berita baik. Aku
bangun pukul lapan. Tak percayakan? Aku lagi lah. Well, aku tak rancang pun nak
bagun awal hari ni. tapi entah macam mana tengah aku sedap mimpi tu mak aku
kejutkan aku. Aku malas sebenarnya nak bangun tapi selepas drama mengetuk pintu
bilik yang bertalu-talu dan jeritan nyaring mak aku tu, maka aku hipokritkan
diri bangun jugak pagi tu. Aku tak tahu motif mak aku suruh bangun pepagi tu.
Oh, rupanya mak aku suruh pergi kedai beli nasik lemak dan sedikit kuih muih
untuk dibuat santapan pagi. Maka aku pun pergi lah meronggeng ke kedai.
Balik dari kedai tu aku pun terus
lah bersarapan sambal menonton tv. Ada rancangan Malaysia Hari Ini rupanya. Aku
tak pernah tau pulak ada rancangan tu pepagi. Oh lupa, aku kan mulakan hari aku
pukul 12 tengahari tiap-tiap hari. Maka tak perasan la ada MHI tu pagi pagi. So,
aku pun bersarapanlah. Takkan aku nak tidur balik kan? Lagipun aku ni kalau dah
bangun memang susah la nak tidur balik. So, aku ikut lah bersarapan bersama mak
dan ayah aku. Entah macam mana punya malang nasib aku. Sambil sarapan tu
terpaksa dengar bebelan ayah aku mengenai harga minyak ron97 naik 15sen tepat
jam 12 tengah malam tadi. Walau aku tak boleh dengar ayah aku bebel tapi at
least aku dapat jugak info yang harga minyak dah naik. Ha? Naik lagi? Oh
dunia!!! Dah nak naik aku nak buat macam mana kan? Takkan nak buat sujud syukur
kot sebagai tanda kesyukuran harga minyak naik 15sen. Tak pe lah. Aku tak heran
sangat kalau harga minyak naik. Dah biasa dah mengalami situasi ini. Kalau
harga minyak turun, tu aku terkejut. Beruk pun tak terkejut macam aku.
Aku ni tak boleh dengar ayah aku
membebel nanti mula lah masuk bab lain. Ye lah, memula bebel pasal harga minyak naik, pastu tak pasal-pasal
cakap pasal harga makanan. Bila dah masuk bab harga makanan tu secara
automatiknya dah masuk bab aku lah tu, sebab mula dia bebel cakap kurangkan
makan, bla-bla-bla, gemuk, bla-bla-bla, obesity, bla-bla-bla… ceh, kerajaan ni
pun satu pasal apa kau naikkan harga minyak tu? Tak pasal-pasal hilang mood
makan aku sebab dengar ayah aku bebel ni. dah la, aku malas nak kondem kerajaan
nanti blog aku kena banned. Tak pun paling teruk kena jadi tahanan ISA.
So, aku pekakkan telinga je sambil
menonton MHI. Ada cerita menarik jugak kat MHI ni antara nya siti lancarkan
produk terbaru yang diberi nama Sity Avita. Makin kaya lah kau siti… hurm… Dan
ada juga cerita pasal bintang kecil. Oh, aku tak paham mak bapak zaman
sekarang. Berebut-rebut mak jadikan anak penyanyi. Pelikkan? Mak bapak zaman
sekarang ni, hantar anak gi kelas tarian lah. Kelas muzik lah, piano lah…
semata-mata nak anak dia jadi penyanyi. Berapa ramai je yang hantar anak pergi
kelas mengaji quran? Kalau hantar kelas mengaji quran paling tak pun hari-hari
dia boleh sedekahkan bacaan dia kat kau bila kau mati nanti. Sejuk lah sikit
kau kat dalam kubur tu.
Oh ya, cakap pasal menonton tv ni,
malam tadi aku tengok lah cerita asmara. Eh, aku pernah cakap tak yang aku tak
tengok drama melayu? Oh, ok lah. Aku accidently tertengok secara tidak sengaja
je cerita tu. Dan dah tertengok tu maka terhabis tengok lah. Rupa-rupanya
cerita tu tamat semalam. Ceh, ending dia tah pape. Cam chilake je. Menyesal je
aku jadi penonton setia selama ni. eh, maksud aku accidently terjadi penonton setia
secara tidak sengaja lah.
Oh ya, aku noticed sesuatu la
akhir-akhir ni. drama melayu sekarang ni kebanyakkan dah guna nama lelaki untuk
jadikan tajuk kan drama? Ye lah kalau dulu selalu guna nama perempuan macam
cerita Natasha, Manjalara, Nigina, and semua-semua tu lah. Tapi sekarang dah
lain. Diorang guna nama laki pulak. Contohnya macam drama asmara tu lah. Pastu
ada ahmad durrah, habil qabil dan sekarang dah ada ayoub pulak.
Tapi walau macam mana pun diorang
twist tajuk cerita tu, yang penting story line dia mesti sama je. Ye lah, cerita
dia mesti yang kaya tindas yang miskin. Kalau kaya, kaya giler. Miskin pulak
miskin giler. Kalau kaya tu mesti rumah giler besar macam white house, pastu
siap ada kolam renang segala bagai tu. Siap ada orang gaji. Pastu kalau boleh
nama watak tu mesti nak grand-grand. Datuk lah, tan sri lah, toh puan lah,
datin paduka lah. Kalau ikutkan dalam alam nyata, berapa ramai je orang melayu
yang macam tu?
Sebab tu aku tak tengok drama
melayu. Kalau tengok pun dalam keadaan tak sedar je.
Banyak dah aku tengok sekarang ni artis ni ciplak lagu artis tu. Pengarah tu tiru filem pengarah ni. Filem ni curik idea filem tu. Hurm, agaknye sekarang ni memang trend tiru, spoof, ciplak, curik and what-so-ever cheating tu kot. Hurm. Tu la pasal. Ye lah kan, industry hiburan ni kan kecik je. So, bila jalan cerita atau lagu dia lebih kurang sama je maka mula lah nak cakap dia tiru orang tu lah. Maka, aktiviti saman menyaman pun berlaku. Susah kan? Susah jadi orang seni ni. Kalau dah tak ada idea sangat tu tak payah lah sampai nak ciplak idea orang lain. Ye dak? Ini tak. Tak pasal-pasal kena turun naik mahkamah pasal ada lirik lagu yang sama kat dalam lagu dia. Hurm, menyusahkan. Oh ya, aku TERtengok cerita ‘ponti anak remaja’ hari tu. Bila aku tengok lama-lama baru aku realize yang cerita dia macam tiru cerita Twilight. I mean bukan lah tiru bulat-bulat tapi cerita dia macam Twilight versi melayu pulak. Well, dengan ada pontianak lelaki yang kacak lah, dah tu Pontianak dia tak pakai dah jubah putih yang mengerbang tu. Pontianak dia dah pandai dressing baju comel-comel. Pandai pergi kolej. Tak mengganggu orang kampung dah. Dah hilang identity melayu dalam diri Pontianak tu. Pontianak murtad barangkali. Ye lah, Pontianak ni kalau orang melayu faham ialah hantu PEREMPUAN yang mati semasa mengandung. Dah tu mana pulak boleh wujudnya Pontianak lelaki tu? Nampak sangat dia nak tiru cerita Twitlight tu. Kan?
p/s: Oh ya, cerita Magika tu macam tiru Alice In Wonderlands kan? Badang tu boleh jadi macam the MadHatter. Nenek Kebayan tu pulak macam the Red Queen. Dan Bawang Putih Bawang Merah tu macam Tweedledee and Tweedledum. Erk… boleh ke?
p/s: sejak M. Rajoli meninggal ni, mesti panggil pak cik Hafidzuddin tu pulak yang jadi imam untuk halau hantu-hantu ni kan?
3)Kisah dari seberang
Bukan sahaja kisah, malah lagu, sinetron dan orang-orangnye sekali berkampung kat Malaysia ni ha. Aku pun tak paham lah. Kenapa lah orang Malaysia ni suka sangat layan sinetron dari sana tu. Pulak dan cerita dia panjang berjela dengan konfik yang ntah pape ntah. Pastu jalan cerita dia pulak lebih kurang sama je. Balik balik cerita pasal taraf hidup yang tak sekufu lah, pipit sama pipit, enggang sama enggang lah. Lepas tu baru tau yang anak orang miskin tu rupanya pemilik harta yang berjuta-juta sebab rupanya miskin ni terpisah masa kecik. Ntah pape kan? Cerita dia pulak sampai beratus ratus episode. Aku ni malas betul nak tengok cerita yang plot berjela-jela ni. Memeningkan kepala. Layan geng bas sekolah lagi baik dari tengok sinetron yang ntah pape tu. Tu belum cerita bab lagu diorang. Diorang punya lagu sampai aku dah tak kenal dah sape penyanyi Malaysia, siapa penyanyi Indonesia. Diorang punya lagu dah melambak-lambak kat sini. Lagu artis kita? Nasib baik aje diorang kenal Siti Nurhaliza tu.
p/s: teringat pula kenangan berkerja dengan seorang minah indon di sebuah kafe. Waduh, kayaknya cewek itu ngak punya paspor. Patutlah baru berapa hari saja kerjaan udah kabur.
4)Gambar producer kat poster filem
Oh. aku rasa kau pasti tau sape yang aku maksud kan ini. Ye la sape lagi kalau bukan producer yang bajet movie dia dapat 40 juta tu. Memang dah jadi trend agaknya letak gambar producer kat poster filem. Maksud aku, tidak menjadi trend lagi tapi si dr ni bakal menjadikannya trend. Oh, kau tak rasa gila berlagak ke letak muka dia kat poster filem tu. I mean with his hair?? Oh, aku paling tak berkenan betul dengan orang yang syok sendiri ni. Pulak dah bajet cerita dia best maka dia boleh target tinggi-tinggi ke? Apa yang aku pasti ramai jugak yang tak suka kat beliau ni. Gila bajet poyo sampai nak letak gambar dia kat poster. Tak cukup dengan tu siap ada kolum khas kat surat khabar pasal nak promotr filem dia. Pulak dah dia ingat orang nak tengok sangat ke filem dia tu sampai buat filem tu tertangguh. Kononnya nak buat orang ternantikan lah filem tu. Hampeh je, yang aku tau filem tu aku tak pernah amek kisah pun.
p/s: SINI untuk tau lebih lanjut pasal movie yang bakal buat 7 keturunan makan tak habis ni.
tadi petang aku menonton filem sepi. Walau pernah menontonnya 2 tahun yg lalu, tp aku masih mahu menontonnya. Aku akui, khabir bartia tidak pernah mengecewakan aku dgn karyanya. Sepi. Jalan ceritanya mudah. Latarnya cuma sekitar lembah klang. Skripnya menggunakan ayat yg tidak berbelit2. Tapi kesan nya sgt berbekas dihati. Terasa mahu menangis pula. Sungguh. Sgt sedih. Memang benar kata orang, filem sepi merupakan air mata lelaki. Ia kisah cinta khas mengenai lelaki.
Tiga watak yg ditemukan didalam titik peristiwa yg sgt tragedik. Ia mengenai 3 kisah cinta berbeza tp kisah mereka ditemukan didalam satu insiden kemalangan jalan raya. Satu garapan yg menarik apabila mereka bertiga iaitu adam, sufi dan imaan yg tiada kena mengena antara satu sama lain tetapi ditemukan didalam satu kemalangan jalan raya, yg mana membawa kpd permulaan kisah mereka.
Bermula kisah adam, seorang pembuat kek utk majlis perkahwinan yg mendpt sehelai flyer di wiper keretanya, yg mana flyer itu telah menyebabkan satu kemalangan apabila ia terbang dan telah terkena kpd kereta sufi yg sdg memandu ketika itu. Flyer itu yg menghalang pandangan sufi dr pemanduannya telah melanggar imaan yg pada ketika itu sedang mengejar sesuatu. Maka disitu bermula lah kisah mereka satu persatu.
"Mengapa kita bertemu disaat kita perlu berpisah"
adam yg bertemu ilyana didlm majlis resepsi telah mula jatuh hati padanya. Tapi tatkala dia mula ingin luahkan perasaannya, kad jemputan kahwin pula di berikan oleh ilyana. Dlm sedih dia menerima cinta suzi yg sudah sekian lama cintakannya. Setelah sekian lama, adam bertemu ilyana sekali lg di satu majlis perkahwinan. Adam menyatakan yg dia sibuk ketika disoal ilyana mengenai ketidakhadiran adam di majlis perkahwinannya.
"kalau awk dtg majlis perkawinan sy, mesti awak tahu yg majlis tu x jadi pn"
tp ketika itu, adam sudah pn bertunang dgn suzi. Maka, ilyana pergi membawa diri ke melbourne.
"awak lari dari sesuatu atau awak lari kepada sesuatu?"
maria bertanya kpd sufi apabila dia sentiasa melihat sufi berjoging di tasik. Sufi yg 'lari' dr pengalaman silam akibat kematian isterinya yg disebabkan oleh kecuaiannya mula jatuh cinta pada maria.
"sekarang sy tak perlu lari lagi. Sy dah jumpa apa sy nak"
Tapi siapa sangka org yg dicintainya merupakan isteri org. Maria terpaksa menolak cintanya dia sudah bersuami walau jauh didlm hatinya dia turut cintakan sufi. Namun sufi terus menunggu sehingga sampai kepenghujung hayatnya.
"kekasihku, sygku, syurgaku"
imaan, seorang aktivis teater sentiasa berdelusi tentang teman lelakinya, raden. Siapa sangka raden rupanya sudah lama mati. Kerana sentiasa berdelusi yg raden masih hidup, dia menolak cinta suci khalif.
"terima lah cintanya, sy telah tiada lagi"
tapi dlm dia sdg cuba menerima khalif. Dia terlibat dlm kemalangan jalan raya yg menyebabkan dia koma.
Tiga kisah cinta yg sgt mengusik jiwa. Kisah yg sangat menyentuh hati. Siapa sangka, dlm kisah sedih itu rupanya membawa kepada sebuah pengakhiran yg membahagiakan.