Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
Showing posts with label bunda sy dan fesbuk beliau. Show all posts
Showing posts with label bunda sy dan fesbuk beliau. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Mari kita cekidaut apa yang aku buat kat rumah masa cuti sekolah ni.


Assalamualaikum

aku harus berbangga sebab ni merupakan entry aku yang ketiga buat hari ni... *gigih

Siapa kata duduk rumah ni buang masa? Aku tak rasa pun aku duduk rumah ni buang masa, malah masa aku banyak yang aku habiskan dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Tapi walau berfaedah mana pun benda yang aku buat tu tapi ia still nampak tak berfaedah dimata mak aku. Aku pun tak tahu kenapa. Mak aku kerap kali keluarkan dialog yang sebegini, contohnya , “tak habis-habis menghadap laptop je dari tadi, buang masa je…” tak pun mak aku akan cakap macam ni, “tak makan tido, tak tido makan. Cubalah bawak exercise sikit. Tak lah naik berat badan tu…” mak aku mungkin tak paham sebanarnya. Sebenarnya kita menghadap laptop ni jugak adalah sebuah aktiviti yang berfaedah juga. Kita sebenarnya dah dapat merapatkan silaturahim bila kita terus je log in kat fesbuk. Tu lah yang mak aku tak tau sebenarnya. Nak buat macam mana kan? mak aku bukan ada fesbuk. Maka bukan salah dia kalau dia tak tahu yang fesbuk ni member 1001 faedah ke mata dunia. Mak aku ni agaknya kurang tau bahawa sebenarnya tido dan makan juga merupakan salah satu exercise. Tapi tak pe, mungkin mak aku tak berapa nampak sangat berapa banyak benda berfaedah yang aku dah  buat masa duduk kat rumah ni. kat sini aku nak nyatakan sedikit sebanyak benda berfaedah yang aku dah buat sepanjang aku kat rumah ni.


#1: kemas bilik

Bab mengemas bilik ni aku memang malas sebenarnya. Well, biasalah kan orang bujang. Tak macho lah kalau bilik kemas. Bilik lelaki bujang mesti ada messy-messy sikit baru awek nampak, “wah, lelaki ni mesti seorang yang bekerja kuat sampai tiada masa untuk mengemas bilik,” betul tak? tapi bila sudah berapa kali dibebel oleh emak aku tu, maka aku hipokritkan diri mengemas bilik. Lagipun aku dah bosan dengan dialog mak aku yang berbunyi, “bawah katil tu dah macam apa. Agak-agaknya badak sumbu pun ada kat bawah tu,” aku akui mak aku ni kadang-kadang keterlaluan dalam memberi peribahasa. Karam singh walia pun angkat bendera putih kalau dia dengar mak aku punya peribahasa. Ada ke patut cakap ada badak sumbu kat bawah katil aku. Maka akibat terlalu bosan dengan badak sumbu yang memang diyakini wujud oleh mak aku tu, maka aku pun memulakan aksi bergotong royong. Ternyata omongan mak aku tu dusta belaka, jangankan badak sumbu, taik badak sumbu pun aku tak jumpa. Tapi aku memang berpuas hati la lepas tu, bilik aku lepas tu dah memang bersih sebersih bersihnya. Dah macam luxury suite kat Marriott dah bilik aku lepas tu. Sapa cakap lelaki tak reti kemas bilik? Tengok kaki lah kawan. Tapi, ternyata bilik tu hanya sempat bertahan bersih semasa siangnya sahaja. Malam tu, aku tak tahu dimana silapnya, dah jadi macam tongkang pecah balik. That why aku tak suka kemas bilik. Nanti dia akan bersepah balik. Buat penat kemas je.

hasil selepas dikemas...

#2: memasak

I tell you what, mana kau nak jumpa lelaki yang menghabiskan separuh masa cutinya dengan memasak? Aku je satu-satunya lelaki yang buat macam ni. kecuali Chef wan lah. Dia tu dah memang kerja memasak je setiap hari. Aku duduk rumah ni selalu tolong mak aku memasak tau. Nak dikatakan setiap hari lah aku ni memasak. Eh, maksud aku membantu mak aku memasak. Kau gila aku nak masak sendiri? Tapi at least aku nak juga lah tau memasak, takut jugak insiden nasik goreng tempoh hari terjadi lagi kan? KEHKEHKEH. Tapi kan I am telling you, hari tu aku ada masak kuih lepat ubi. Kau ada? Kau tu kuih lepat ubi pun tak tau aku rasa. Biasa lah anak dara zaman sekarang. Asyik sangat dengan muffin la, dunkin donut la, big apple la, sampai kuih tradisional pun tak tau. Kuih lepat ubi la tambey, ada tau ka? Itu kuih yang dibuat dari ubi kayu lah, pastu balut dengan daun pisang, and then kena kukus. Tau? Ha… kuih tu lah yang aku buat. Agak leceh lah sebenarnya. Mula-mula tu kena parut ubi kayu tu. nak parut dia agak lambat lah kan. so aku parut tu sekejap je, and the rest aku serahkan kat mak aku. HAHAHAHA. Aku bukan malas, tapi disebabkan kadar pemarutan mak aku tu lagi laju dari aku maka aku serahkan lah kat mak aku. Tapi kan alang-alang mak aku dah parut ubi kayu tu, maka mak aku pun buat lah lepat ubi tu sampai siap. Senang cerita bukan aku lah yang buat, aku just parut ubi kayu tu dalam lima minit je. Lepas tu aku tengok tv lah. HIHIHI… 

lelaki harus pandai memasak ok

#3: gardening 

Aku rasa semasa cuti ni memang aku mengaplikasikan kata pujangga “pertanian adalah perniagaan” tu. mana tak nya, aku duduk rumah ni mesti tolong mak aku bercucuk tanam. HIHI. Bukan tanam sayur-sayuran tu lah, tapi menanam pokok bunga. Mak aku ni memang suka semua jenis bunya, baik yang berbunga mahupun yang tidak mempunyai bunga (I have no idea why pokok yang tak berbunga pun digelar pokok bunga. So jangan tanya aku). Dan semasa cuti ni aku tolong la sikit sebanyak mak aku berkebun ni. kadang-kadang aku tolong angkat pasu, kekadang tu tolong siram pokok bunga dan kadang-kadang tu aku tengok je mak aku siram bunga dan angkat pasu sorang-sorang. KIHKIHKIH. Sebenarnya agak sitanggang jugak la kalau kau dah nampak mak kau tengah bersusah payah angkat pasu tapi kau tanak tolong. Maka jangan tiru macam aku kalau tanak jadi batu. Sudahlah kena sumpah jadi batu tak cium bau syurga pulak nanti. Kalau kena sumpah jadi katak ok lah juga, boleh lah dipeluk oleh Nora Danish yang hot tu. ish, gatal. HIHIHI. So, jangan derhaka. Tolong la ye mak kau tu kalau nampak mak kau tengah memerlukan bantuan. Aku tak pe. Mak aku yang tak bagi tolong. HIHIHI. Mana tak nya kalau aku nak tolong je mula lah, itu salah, ini salah, bukan macam ni, yang ni tak betul. Maka untuk memuaskan hati beliau, beliau buat sendiri je. Aku? Jadi mandur saja. KIHKIHKIH



#4: membeli barang dapur

Aku ni memang suka pergi beli barang dapur untuk mak aku. Nak dikatakan setiap hari aku pergi kedai beli barang-barang yang mak aku suruh beli. Ye la, time beli barang dapur tu kekadang boleh lah pow duit lebih beli barang tadi dengan membeli barang-barang aku. Majalah ke, jajan ke, atau apa-apa je lah. KIHKIHKIH. Tapi aku agak kurang suka pergi pasar basah. Tapi kalau mak aku suruh tu aku pergi jugak lah kan. terpaksa lah terjengkit-jengkit kat pasar tu sebab nak beli ikan dan sayur-sayuran yang mak aku suruh. Huh, gigih tak gigih lah. Tu bukan kat pasar besar kat kajang lagi. Kalau kat pasar kajang tu aku tak tau lah nak cakap camne. Kalau kau pergi sana kau boleh termuntah bila-bila masa je. Mana tak nya, kat sini kau tengah beli ikan kat hujung sana sikit ada anjing dok terjelir. Hish, aku pun tak tau la macam mana suri-suri rumah ni boleh masuk ke pasar yang macam tu. kalau aku memang tak boleh lah. Rasa macam orang mengandung anak sulung. Kejap-kejap mesti uwek. Nampak benda pelik sikit nak uwek. Bau hanyir sikit nak uwek. Hish… Kalau bab ni aku memang tabik spring la kat perempuan sebab boleh bertahan kat dalam pasar basah ni ha. That’s why lah lelaki lebih prefer membeli belah kat pasar raya macam kat Tesco misalnya, cause tak da lah nak terjengkit-jengkit nak membeli ikan dan sayur-sayuran.



#5: housekeeping

Mana kau nak jumpa lelaki yang pandai menguruskan hal ehwal rumahtangga? Aku je lah lelaki yang berbuat demikian tau. Maka aku ni dah dikira boleh dibuat calon suami korang lah. Ada sesiapa nak tempah aku ke? Anyone? KIH KIH KIH. Well, nak dikatakkan setiap hari aku membantu mak aku tau. Menyapu sampah, mengemop lantai, membuang sampah, mencuci tandas, membasuh longkang, mencuci pinggan, membasuh baju, menjemur baju, mengangkat baju, melipat baju. Ha, semua benda aku buat kat rumah ni. bukan nak riak lah. Tapi, kau ada? HAHAHAHAHA. Nak buat macam mana kan aku kan seorang anak yang menurut perintah. Kalau tak basuh pinggan aku mesti tengah sapu sampah. Kalau tak mengemop lantai aku mesti tengan sidai baju. Sampai tak da masa nak online tau. That why la, kalau nampak aku macam lambat je reply komen korang tu, paham-paham lah ye. KIH KIH KIH.

Banyak jugak benda yang aku buat kat rumah masa cuti ni rupanya kan? So, sape kata duduk rumah buang masa ha? Oh, I got the answer already kan? mak aku lah yang cakap macam tu. 

teeeheee… 

oh, ni bukan mak aku ok... 

Friday, December 3, 2010

Perihal teknologi, fesbuk dan nokia c3


you are the apple of my eyes

Bila ada seorang mamat ni buat jejak kasih dengan salah orang, aku noticed yang teknologi ni memang menyusahkan jugak kekadang. Ye, teknologi ni memang kekadang tu menyusahkan.
nobody wanna hug me?

Kita ambil contoh mudah. Telefon. Ya telefon. Teknologi semakin canggih. Dari sebuah rumah ada sebuah telefon. Kini semua individu sudah ada telefon. In fact aku tak terkejut kalau budak darjah satu dah ada PDA. Tak percaya tanya khairul hazman. Adik dia yang darjah dua tu merengek-rengek mintak nokia c3 kat bapak dia. Apa kes ntah budak sekolah nak pakai telefon mahal-mahal. Dah start nak belajar jadi kasanova la tu. Ish, budak kecik ni pun. Mana lah belajar benda-benda macam tu. Mesti pengaruh playboy abang dia lah tu. Keh-keh-keh… aku jamin kalau bapak kau bagi nokia c3 tu kat adik kau, mesti kau berhempas pulas nak mintak tukar dengan kau punya express music tu kan?
cute technology

Dah dah… kita tinggalkan khairul hazwan dengan adiknya dan PDA beliau. Aku nak cerita pasal apa tadi eh? Ha... teknologi. Betul tak teknologi tu menyusahkan? Betul, kalau tak menyusahkan senang-senang je pak cik leman bapak si khai ni bagi nokia c3 tu kat budak mengada-ngada darjah dua tu. Selamat lah pak cik tu berfikiran luas dan mempunyai anjakan paradigma yang bagus. Kalau tak sudah lama si khai ni melopong tengok adik di dapat nokia c3. Eh, aku rasa aku nak tinggalkan je kisah si khai ni. tak pe, since entri aku hari ni ada kena mengena dengan telefon, so aku masukkan lah kisah keluarga kau. Kau tak kisah kan? Kau jugak nak suruh aku buat entri pasal kau. Sekarang ni aku dah buat kau baca lah. Kau jugak boleh print dan tampal kat dalam bilik adik kau yang berlagak dah akil baligh tu. Keh-keh-keh.
jealousy

So, telefon ni walau ada kebaikannya tapi ada jugak keburukkannya. Kita ambil contoh yang berlaku kat aku baru-baru ni. alah, insiden aku mendapat nama baru tu. Ha, yang ada budak buat jejak kasih sambil ajak aku main teka-teki tu lah. Ha… yang tu lah. Kau tak rasa menyusahkan ke nak kena layan stranger yang call kau? Ok, telefon tu tak menyusahkan Cuma orang je yang menyalahgunakan menjadikan ianya susah. Telefon tu dicipta untuk memudahkan kita berkomunikasi dalam jarak jauh. Bukan nak  layan orang-orang yang “hai nak kawan ngan awak boleh?” aku pelik lah.
Aku ingat lagi masa form five, entah siapa entah yang tetiba hantar sms kat aku cakap nak berkenalan. Pastu bila tanya sape nama tak nak cakap. Bila aku call, rupanya lelaki. Oh pelislah… so, tolonglah guna kemudahan tu dengan betul ok. Jangan lah nak salah gunakan telefon tu. Nanti tak pasal-pasal kena tengking pulak. Ye lah, siapa tak marah kalau call orang ajak main teka-teki rupanya salah orang. Oh, kita kembali kepada kisah khairul hazwan, adiknya dan PDA beliau. Aku rasa pak cik leman ni dah buat keputusan yang bijak bila membuat keputusan untuk tidak mengikut kehendak anak beliau yang berlagak mahu jadi dewasa ni. aku tak dapat bayang kan kalau bapak dia ikutkan kemahuan budak darjah dua ni. alamatnya dia hantar sms “hai boleh berkenalan” kat awek-awek si khairul hazwan ni lah. Keh-keh-keh. 
bole bekenalan?

Oh ya, aku ada satu permintaan kat sini sebenarnya. Pasal fesbuk. Pada sape-sape yang buat bisnes tu aku rasa kau tak payah lah nak tagged aku macam-macam tu. Aku dah rimas lah dengan gambar selendang lah, baju raya la, seluar dalam lah, tuala wanita la dan bla bla bla tu semua. Plis lah. Aku tak baca pun kaorang semua promosi tu. Apa jadahnya kau nak jual selendang kat aku? Pernah nampak aku pakai selendang ke? Stop it ok. Rimas!
Dan satu lagi. Sape-sape yang minat main game tu, tak payah lah nak request aku dengan geme-game tu semua? FYI, aku tak main pun game-game tu semua. Farmville punya level satu pun aku tak lepas lagi kau dah request kat aku mafia war lah, Camelot la, and bla-bla-bla tu semua. So, pelis ya, jangan tagged kat aku. Aku perasaan something yang banyak request kat aku tu Khairul Hazwan tu lah. Apa hal kau nak request kat aku semua game tu? Kau pernah nampak aku main ke? Cis!!!
lappy

Khairul Hazwan: Dengar citer adik kau mintak laptop kat pak cik leman lepas nampak kau main counter strike? Apa kes? Keh keh keh…

Monday, July 19, 2010

Facebook dan kepentingannya

sebelum aku mencarut lebih panjang lg, aku nk ckp kat kau yg aku bkn la nk masuk pertandingan menulis essei.memang aku akui tajuk entri aku sdikit skema hari ini, seperti mahu masuk pertandingan menulis essei shj lagaknya.sbnarnye, aku dpt ilham mau mencatatkan mengenai 'buku kegemaran' semua org ni bila aku dpt panggilan dr mak aku ptg td.eh, bukan mak aku yg buat panggilan tp aku yg buat panggilan.itu pn slpas 7 panggilan tidak dijawb drpd beliau.aku tido td, jgn salah anggap ckp aku ni sitanggang pulak.aku pn xtau ape mimpi mak aku buat miscall smpai 7 kali tadi petang.aku igt ada sesuatu yg mustahak atau sesuatu yg emergency.tp rupa2 mak aku cuma mau bertanya khabar shj.dpt juga la sedas dua bom atom yg kuar dr mulut mak aku td bila aku tnya "nape call?".bole pulak dgn lazernye mak aku ckp "nak telipon anak mak pn kena bt appoitment ke?mak nk tnye khabar je.idop lg ke anak mak ni." kau tgk.lazer x lazer mak aku.sentap gak la aku td.uish mak ni, nak aku mati awal ke ape? KEH KEH KEH..

Tp bila aku pikir2 balek, btol jugak ckp mak aku tu.aku ni kalau nk call mak aku susah betol.xtau la nape.smpaikan mak aku ckp mcm ni kalau aku tetiba je call, "haa, dh xda duit la tu.kalau dh xda duit bru nk telipon mak".jahat kn aku. KEH KEH KEH..

Lantas selepas berlaku gurau senda antara anak teruna dan ibunya tadi petang, aku pn terpikir.kan lebih mudah kalau mak aku ada akaun fesbuk.cube kau pikir logik cm aku, kalau mak aku ada akaun fesbuk, senang la beliau nak tau kondisi anak beliau ni.senang ckit la beliau nk tau samada aku sihat atau tidak?sudah makan ubat atau belom?yela, aku cume perlu update status aku je cntohnye mcm ni, "segarnye hari ini.baru lepas mkn ubt.rasa ngntuk sgt" xpun mcm ini, "alamak, demam la pulak ari ini".senang je kan?dan mak aku bole la komen kalau mau bertanya lebih lanjut.xpn kalau mak aku malas sgt beliau cume perlu like je untuk menunjukan respon beliau.kan senang.xperlu la mak aku call time2 aku ada clas ke xpn time aku tgh tido ke.yelah, aku lbih brani reply komen dia berbnding jawb call dia time2 aku ada clas.xpn, kalau mak aku nk sgt tau kondisi aku lebih lanjut, mak aku cume perlu anta wall kat aku je.dan kalau time2 aku boring2 kt class, bole gak la aku main wall sama mak aku. KEH KEH KEH.

Tp bila aku pikir2 balik, mak aku tu bukan la mcm mak2 kau yg berkerjaya dan sofistikated.mak aku ni tetikus yg mane satu pn dia xtau.ini kan pula mau berfesbuk.HA HA.lgpn, aku xrase aku akan tambah mak aku sbg kwn aku kalau mak aku buat akaun fesbuk.kantoi la segala aktiviti kokurikulum aku selama ini.kau bole bygkan x kalau aku buat status mcm ini, "ari ini mau ponteng clas lah".sudah pasti notifikasi aku tu akan penuh sbb komen dr mak aku aje lah.tu baru status mcm tu.kalau aku buat status cm ni, " lepak2 kat La queen dgn abg angkat".kalau mak aku xtau La queen tu xpe jugak.kalau mak aku tau yg La queen tu ape kejadahnye, msti mlam ni jugak mak aku akan kawen kan aku.KEH KEH KEH.yelah, sbb tidak mau anak teruna dia ni terjebak dgn dunia yg xberapa lurus itu.aku pn bkn la slalu sgt berkunjung ke tmpat yg penuh noda dan dosa itu, tp kalau dh selalu diajak oleh rakan2 aku yg xsberapa 'pembaris' tu, aku tersinggah jugak la tmpt itu. HAK HAK HAK.dan cube bygkn pula apa response mak aku kalau aku buat status macm ni "sdang berdating dgn maria ozawa".uish, xdpt dibygkn dgn kata2 ape yg mak aku bakal lakukan.

Lantas aku pikir2, aku sgt bersyukur sbb mak aku xtau benda2 teknologi ni.bukan aku mau elak dr mak aku, tp aku takut nanti mak aku lebih addicted sama ini fesbuk berbanding aku.xpasal2 mak aku dibebel pulak sama ayah aku tu.mulut ayah aku tu xkurang lazernye jugak.dan ayah aku pasti buat status ini kalau mak aku sudah addicted sama fesbuk, "hari ini mkn tgh hari fesbuk masak kari, masakan special dr isteri terchenta". KEH KEH KEH.

*ayah aku sudah punya akaun fb sebulan yg lalu, aku mash tidak berani mahu tambah beliau sbg rakan.ouh, sgt nitemare*