Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
Showing posts with label Ingat mengingati. Show all posts
Showing posts with label Ingat mengingati. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

pengalaman di pejabat pos yang rosak pendingin hawanya

now aku nak stori sikit pengalaman aku semasa aku ke pejabat pos 2 minggu lepas masa teman steve untuk withdraw kan duit AS1M dia. Then, pejabat pos tu pun ala-ala macam rosak je aircond dia. Masa nak tunggu dia kuarkan duit tu aku pun pasang telinga la nak mendengar perbualan yg berlaku didalam pejabat pos ni ha. Best jugak dgr orangg besembang ni.

"anak i dpt offer study kat US tp dia tanak pegi. I tak tau la kenapa,"

"semalam akak masak lemak ketam, suami akak tambah sampai tiga pinggan,"

"u ni. I tak da pape la ngn abg posmen tu. Dia saje je jeling i,"

"semalam haku jumpa fizo omar dekat marketplace. Kelas meletop kau. Apa lagi, naik lah semua libido mak ni u'olss,"

"i pun ingat nak tukar lah sport rim kereta i tu. Dato' rasa yg mana sesuai?"

"dengar cerita perempuan yang kena tangkap basah tu dah berlaki. Tak tahu la apa nak jadi dgn dunia sekarang ni,"

tu antara dialog yang aku dgr lah. Tp yg paling menarik perhatian aku adalah perbualan antara dua orang perempuan ni. Ada la gaya macam korporat sikit.

Wanita 1 : panas kan hari ni. Takda aircond pulak tu.

Wanita 2 : ala kat neraka nanti lagi panas. Ni baru panas dunia.

Wanita 1 merupakan seorang wanita yg memakai baju kurung dan bertudung. Memang wajar kalau dia nak rasa sedikit panas sementelah tiada penghawa dingin. Manakala wanita 2 merupakan seorang wanita yang memakai pakaian skirt paras lutut tanpa memakai jilbab dan rambutnya sedikit berkarat. Persoalannya kenapa wanita 2 memberi alasan seperti wanita 1 akan menjadi penghuni neraka?

Fikir fikirkan dan selamat beramal...


Okay, atau adakah wanita 2 ingin berkongsi pengalamannya semasa berada di neraka?*thinking

Wednesday, December 15, 2010

Terjumpa ustaz zaman sekolah dulu. Maka tidak mahu dituduh sombong aku pun pergilah menegurnya. Ternyata ustaz tu ada ilmu memerli orang dengan bahasa yang sangat pedas. Oh ya, juga terjumpa dengan mak cik penjual ubat yang melakukan sexual harassment terhadap aku.

Assalamualaikum, dan selamat pagi.

Malam tadi aku ke pasar malam. Nama pun pasar malam kan, mestilah pergi waktu malam. Aku beli banyak jugak barang. Oh aku memang suka membeli belah. Lebih lebih lagi membeli makanan. Memang feveret aku lah tu. Cuma, aku agak keberatan bila mak aku suruh beli satu jenis ubat ni. aku agak kurang senang kalau nak beli ubat kat pasar malam ni. rasa macam tak yakin akan keberkesanannya. Tapi since mak aku dah suruh beli maka aku pun beli je lah kan, kang jadi batu pulak aku. Tape-tape, tapi aku agak musykil bila ada orang yang jual tu tanya aku ubat tu untuk sapa. 

suasana pasar malam. eh, abang kebeb sori lah. terglamer pulak...


Aku                              : untuk mak saya mak cik. (ish mak cik ni. nak jual-jual je lah. Nak interview lelebih pulak)

Mak cik jual ubat        : oh. mak cik ingatkan untuk isteri. (apa jadah entah mak cik ni. ingat aku dah kawen ke)

Aku                              : muda lagi lah mak cik. Tak kawen pun lagi. (aku hulur duit sepuluh ringgit)

Mak cik jual ubat        : oooo……… (panjang makcik tu tarik vocal o dia sambil hulur duit belen empat ringgit)

aku pun blah lah dari tempat kejadian. Lepas beberapa ketika, aku rasa cam nak tergerak tengok ubat yang aku beli tu. sambil menunggu makcik keropok lekor membungkus keropok lekor aku maka aku pun baca lah khasiat dan cara penggunaan ubat terbabit

dimakan dua bijik sehari. Pagi dan petang.
Ubat ini mempunyai beberapa khasiat seperti, melancarkan peredaran darah, merawat resdung, mencegah kanser, merawat lemah sendi dan sakit otot. Juga baik untuk isteri yang ingin membahagiakan suaminya.

Aku baca part “membahagiakan suami” tu dua kali. Dua kali kau tau. Patutlah mak cik tu bertindak lucah dengan aku. By the way, mak aku suruh beli sebab untuk melancarkan darah. Jangan kau pulak pergi bertindak lucah dengan mak aku. Aku vasectomy kau kang.


************

Aku rasa aku dah habis membeli belah. Maka aku bak balik rumah lah kan. tetiba kat tempat aku farking moto aku tu aku jumpa ustaz aku. Ya, ustaz masa zaman aku sekolah rendah dulu. Aku tak tahu kenapa aku memang rapat dengan ustaz dulu. Betul, dulu masa sekolah rendah aku rapat giler dengan ustaz ni. Mungkin masa tu aku merupakan seorang pelajar yang cekap menghafal al-quran dan kalau nak baca quran depan dia aku lah nak nombor satu pergi kat dia. nama dia ustaz Idris.  Dah aku jumpa tu aku nak tegur lah kan. nanti orang kata aku sombong pulak tak tegur guru yang telah mengajar aku sehingga berjaya kemenara gading ni. maka aku pun mendekati beliau.

Aku      : assalamualaikum ustaz. (aku siap salam dia lagi. Sumpah. Cium tangan siap)

Ustaz   : eh, kamu? Walaikumsalam. Sihat kamu?

Aku      : sihat ustaz. Ustaz sihat? Buat apa kat sini? (wah, aku siap tanya pasal kesihatan beliau lagi. Dan aku tak tahu kenapa aku tanya ustaz ni soalan bodoh buat-apa-kat-sini tu)

Ustaz   : alhamdullillah. Sihat-sihat macam nilah. Sihat orang tua. Adalah beli barang sikit untuk cucu kat rumah tu.

Aku      : O… ustaz macam mana sekarang? Mengajar lagi ke?

Ustaz   : tu lah rezeki saya. Mengajarlah. Kamu macam mana? Ustaz tengok dah berubah kamu ya?

Aku      : saya macam nilah ustaz. Sekarang tengah cuti ni. saya berubah? Tak da berubah lah. Sama macam dulu lah ustaz. (sambil aku tergelak kecil)

Ustaz   : bagus lah kalau tak berubah. Kita ni nampak je yang kita tak berubah, tapi kita sebenarnya tak sedar sebenarnya kita dah jauh berubah. (oh, ustaz ni nak bukak khutbh pulak kat sini)

Aku      : saya dah lambat ni ustaz. kalau macam tu saya balik dulu lah ustaz. Saya tak solat isyak lagi ni. (aku pun mintak diri nak beredar. Salam siap cium tangan dia lagi. Betul aku cium tangan dia. Tak tipu)

Ustaz   : ha… ye lah. Saya pun nak beli barang ni. bawak moto elok-elok ya.

Aku      : baik lah ustaz. Asssalamualaikum.

Ustaz   : walaikumsalam.


Aku pun setat moto dan terus pulang kerumah. Masa dalam perjalanan tu aku rasa sejuk gila. Aku dongak ke langit. Oh, nak hujan rupanya. Lagipun aku pakai seluar pendek. Patutlah sejuk giler.  What the…??? Aku pakai seluar pendek??? Demmit!!! Maka ingatan aku ter‘flashback’ kat ustaz aku tadi.


Terngiang-ngiang suara dia tanya aku, “ustaz tengok kamu dah banyak berubah”


Oh demmit.


Dan terngiang-ngiang jugak suara aku bila aku buat bajet alim depan beliau, “saya tak solat isyak lagi ni”


Demmit demmit demmit!!!



Aku dah mula faham peribahasa, “siapa makan cili dia rasa pedas” tu. Terima kasih Ustaz Idris kerana berjaya buat aku faham dengan peribahasa tersebut.

saya janji akan masuk imam muda nanti ustaz... betul... tak tipu


p/s: kalau kau tak menutup aurat dengan sempurna jangan lah kau nak bajet alim nak tegur cikgu kau. lebih-lebih lagi ustaz. Sebab percaya lah, dia akan bagi kau perumpamaan yang sangat pedas. lebih lebih lagi kalau dulu kau merupankan pelajar yang suci dan baik giler macam aku.

Thursday, November 18, 2010

Jangan selalu kutuk cikgu, nanti kena repeat paper


Aku dah nampak bayang yang aku akan repeat paper HRM. Oh, malas sungguh nak belajar benda yang sama berulang kali. Well, salah aku jugak agak nyer. Ye lah, assigment tak hantar pastu final pun tak perform. Dan ya, selalu kutuk cikgu. Hurm, macam mana lah nak berkat. Ye dak?? So, pengajaran nya, jangan selalu kutuk cikgu, nanti kau akan repeat paper. Seriously. Tapi kalau kadang-kadang tu boleh lah. Kot??

Friday, August 27, 2010

wajib atau sunat?

Hati aku sgt terkesan sebenarnya. Terkesan dgn sesuatu tindakan seseorang yg aku rasa sgt tidak wajar. Aku nak tanya kau satu soalan. Yang mana lagi penting, yang wajib atau yang sunat? Ya, dalam konteks ibadah. Pada aku, sudah semestinya kita patut kerjakan yg wajib dahulu baru buat yg sunat. Ok, to be clear, aku memang bukan seorang yg sgt baik. Malah, aku tidak rasa pun yg aku ni seorang yg baik. Maka, aku telah rasa malas untuk pergi bertarawih malam ini. Malah telah byk malam yg aku tinggalkan tanpa bertarawih. Lalu, seorang makhluk yang bergelar sahabat [kalau boleh aku panggil dia sahabat] telah menegur aku kerana telah byk kali aku tinggalkan tarawih.

Ok, this is the part where i think i need to maki that person. Dude, aku xpernah nampak kau solat fardhu yang lima and now u are talking to me about the kelebihan solat tarawih? What are shit things u are talking about ha? Maka, aku nak tanya lagi sekali, mana lagi penting? Wajib atau sunat?

Ok, ustaz aku ckp, aku xtau la ustaz aku ckp betol atau tidak. Tapi since dia seorang ustaz maka aku percaya pada dia. Dia ckp, perkara yg sunat itu menampal perkara yg tidak sempurna pada perkara yg wajib. Kau faham? Ok mcm ni. Kau buat solat wajib, x kira lah subuh ke, zohor ke or ape ape aje lah. Maka, pada solat wajib kau itu kau telah tertinggal bacaan wajib atau fikiran kau merewang masa kau buat solat wajib tu which mean membawa kpd ketidaksempurnaan solat. Maka, selepas itu kau buat la solat sunat qabliah [solat sunat 2 rakaat selepas solat wajib]. Maka solat sunat yg 2 rakaat itu tadi seperti menampal ketidaksempurnaan kau masa solat wajib itu tadi. Maka, celah mana kau nak tampal ketidaksempurnaan itu jika solat wajib tu pn kau x buat?

Maka, dalam kes aku ni pun sama lah. Kau xbuat solat wajib yg lima itu tapi kau beria ia nk kejar pahala solat tarawih? Maka, aku nk mencarut lagi. What are shit things u are doing rite now? Aku x ckp benda yg kau buat tu salah. Tapi kalau kau xpernah buat yang WAJIB tapi nasihat kat orang bagai nak rak pasal yg SUNAT, that is nothing dude. Nothing!

Kau dah nampak apa yg aku cuba sampaikan? Aku bukan nak ckp aku ni baik sgt sebab solat aku yg lima itu penuh. Tapi kalau kau nk sound aku pasal terawih tapi kau punya subuh pun x pernah nampak batang hidung. Tak guna la. Aku bukan baik sgt. Aku pun tgk blue film mcm kau jugak, buat dosa sama mcm kau jugak. Tapi xda aku nak tunjuk alim mcm aku buat segala ibadah.

Aku x ckp kau. Ya, kau yg baca entry ni lah. Aku x ckp kat kau maka kau jgn lah nak jadi bodoh buat buat touching dgn aku pulak. At least aku dah saling ingat mengingati. Moral of the story is, nobody perfect. So, keep jaga your own kain lah!


Nota kaki; petang tadi aku pegi lagi balai polis tu untuk siasatan yg tertangguh semalam. Maka aku realise something. Nama polis tu bukan osman or azman [aku anti orang nama azman] tapi omar. Yes, nama dia ins. Omar. Dan yes, selepas di ambil keterangan itu tadi aku mula anti dgn orang yg bernama omar. Jangan tanya aku kenapa.