Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Friday, October 8, 2010

ASMIRA NATALIA QASSANDRA (1)

-Prolog-

Kecoh. Sri Suria kecoh. Kali ini lebih kecoh dari berita cikgu Salman kena tangkap basah. Malah lebih kecoh dari berita Ustazah Maryam buka tudung dekat pasar tani. Entah lah. Semua orang mengatakan tentangnya. Dari blok Rebana sampai Seruling sibuk bercakap mengenai nya. Dari pejabat pentadbiran sampai tandas perempuan di bangunan makmal computer bercakap mengenainya. Betul sudah kecoh satu Sri Suria berita mengenainya. Mana tidaknya, berita mengenai seorang anak pegawai daerah bakal memasuki Kolej Sri Suria. Bukan kerana dia anak pegawai daerah yang dikecoh kecohkan tetapi kata Punai dia punya muka kalah Siti Nurhaliza. Mail pulak kata body dia kalah Miss Universe. Pergh… apa lagi yang pelajar lelaki sibuk menunggu depan pagar kolej nak tunggu si anak pegawai daerah ini melapor diri. Malah cikgu cikgu lelaki pun dah sibuk sibuk nak tukar mengajar ke kelas yang menempatkannya. Si awek awek apa lagi, siap warning awal awal lagi pada si balak balak.
Dia tak percaya sangat pada mulanya bila semua orang cakap si anak pegawai daerah tu cun giler. Sehinggalah hari ini.

-Satu-

“nama saya Asmira Natalia Qassandra binti Izmil Kamarulzaman”

Perghh..!! nama dia aje dah dekat satu kilometer. Cantik!! Memang cantik. Memang betul cakap Mail. Kalah miss universe. Apa lagi, Siti Nurhaliza.

“boleh panggil saya Mira”

Aduh…!! Suara dia aje dah buat jantungnya menggelegak. Matanya jadi kuyu bila si Mira anak pegawai daerah itu dengan manjanya memperkenalkan dirinya semasa kelas fizik itu.

“kalau panggil Mira Edora boleh??”

Oh, suara jantan mana yang menutupi keindahan suara si anak pegawai daerah ni? Seisi kelas 5 Rubi gelak besar dengan pertanyaan itu. Ah, itu suara si Penyu. Siapa tak kenal dengan loghat terengganunya. Si Mira hanya senyum kecil, aduh.. manisnya bila dia senyum..

“you can sit beside Danial, Asmira”

Itu suara cikgu Nancy. Eh.. kejap kejap. Cikgu Nancy sebut nama aku?? Dia duduk sebelah aku?? Biar betul?? Oh tidak.. indahnya dunia.

Dia berjalan kearah Danny. Rambutnya liuk lintuk mengikut alunan tubuhnya. Cantik. Sungguh cantik. Mira mengambil tempat disebelah tempat duduknya.

“Mira. You Danial?”

Mira anak pegawai daerah itu membuka mulut mahu berbahasa. Danny senyap menyepi. Peluh yang dah tak kira jantina masing masing berebut keluar dari liang roma dahinya.

Alamak. Dia cakap dengan aku ke? Aduh.. apa aku nak jawab ni ah? Dia ni pun satu, kan Cikgu Nancy dah cakap nama aku tadi. Danny sabar Danny. She just trying to be nice with you. Treat her nicely lah.

“amboi, sombongnya dia”

Dia cakap aku sombong? Alamak.

“err.. bukan.. I actually….”

“ok class. We move on to chapter 4 on Flemmings’ Left Hand…….”

Belum sempat dia nak menerangkan situasinya, Cikgu Nancy sudah mula mahu sambung mengajar. Si pemilik nama satu kilometer itu pun mula mengeluarkan buku teks Fizik dari beg galasnya.

********************

“Kalau kau tengok dia Bad, mata kau boleh buta disebabkan panahan matanya yang berkaca”

Badri hanya membatu. Tangannya ligat menagambil baju kotor dari dalam lokernya. Dia kena cepat. Nanti ada ramai pulak orang yang nak guna mesin basuh. Pukul tiga nanti nak ke prep petang pulak. Prefect meeting lagi nak kena handle. Oh.. penatnya.

“aduhai.. cantik giler.. senyumannya boleh membuatkan semua orang pengsan kau tau tak”

Sah kau dah meroyan Danny. Badri masih senyap seperti tadi. Penghuni dorm BT203 masing-masing ambil anisiatif melelapkan mata sementara menunggu waktu prep.

“aku pun dah tengok dia tadi Danny. Tapi mata aku masih celik dan aku masih teguh berdiri. Tak pengsan pun. Kau ni terlalu hiperbola lah. Dah bangun”

Danny bangun dari katil Badri yang menjadi sasaran dia berbaring. Kini katil Penyu pulak yang menjadi mangsanya. Badri menanggalkan cadar dan sarung bantal. Dimasukkannya ke dalam baldinya.

“kau lain lah Bad. Kau special kes. Kau kan tak ada nafsu kat perempuan” Danny gelak besar.

“kau jangan lebih-lebih pulak Danny. Kau ingat aku gay ke?” Badri bagi warning.

Tangannya pantas melibas muka Danny dengan stoking yang dicapai dari hujung bucu katil. Pantas Danny yang gelak besar tadi menekup mulutnya.

“kau ni tak senonoh lah Bad” Badri pulak yang gelak besar.

“kau ingat aku tak tau ke hubungan kau dengan budak form 3 tu?” Danny menyambung lagi
“tu adik angkat aku la”

“haa.. see, orang lain beradik angkat dengan budak perempuan. Yang kau pilih lain jantina ni apa kes??’

“dah budak tu yang beria-ria nak jadikan aku abang angkat dia. Aku tak boleh nak kata apa lah. Lagi pun kau jugak yang untung. Setiap kali parents dia datang kau jugak yang dapat makan free kan,,?

“alaa.. nak berselindung pulak. Just admit it la Bad. Kau gay..” Danny sambung gelak.

“drop the subject Danny. Atau aku bagi kau makan seluar dalam aku pulak lepas ni”
Bad kembali kelokernya. Megeluarkan wang syiling dari tabungnya.

“ala, rileks la Bad. Kau ni.. macam pondan la nak touching touching”

“dah la. Malas aku nak layan kau. Aku ada banyak benda lagi nak buat dari layan kau yang dah meroyan tahap tak ingat ni tau”

Badri mengambil baldi nya. Dia berjalan kearah pintu dorm. Danny mengikutnya dari arah belakang.

“kau ni dah tak da kerja ke yang kau nak ikut aku ke mana sahaja aku pergi ni?”

“aku tak abis cerita lagi la Bad”

“la.. apa lagi ni. Aku tak da masa la nak layan kau ni”

“dengar dulu Bad. Aku memang sangat tak sangka yang dia boleh masuk kelas aku tau. Dan paling tak sangka dia duduk sebelah aku tu..”

“ha.. lepas tu kau tergagap gagap dan tak bercakap dengan dia pun masa dia tegur kau. Kan?”

“eh, mana kau tau ni?”

“aku bukan baru kenal kau semalam Danny. Masa first jumpa Iman kau macam tu jugak. Masa dengan Suzana kau macam tu jugak. Skrip kau tak pernah tukar setiap episode tau.”

Mereka sampai ke bilik membasuh. Bilik basuh nampak sunyi. Mungkin semua ahli aspura aras dua ini sedang enak melelapkan mata. Badri mula membuka paip air. Dia memasukkan sabun kedalam washing machine.

“ni aku nak bagi tau apa yang aku tak sangka pulak” Badri menyambung lagi. Tangannya ligat memunggah baju-baju kotor dari dalam baldi kedalam mesin basuh.

“apa dia?”

“puan Salmah masukkan nama dia dalam senarai pengawas baru tau” Badri bercakap selamba. Tangannya memasukkan duit syiling ke tempat syiling. Pantas dia menekan punat start pada mesin basuh itu.

“nama siapa?” Danny tidak faham.

“ala.. budak cantik yang nama dia satu kilometer tu lah”

“mira?”

Badri mengangguk.

“maksud kau my Mira?”

“sejak bila dia jadi milik kau ni?”

“kau jangan tipu aku Bad. Mana kau tau ni?”

“cikgu salmah la yang bagitau aku. Dia kan guru penasihat badan pengawas.”

“apa kes pulak dia nak bagi tau kau pulak?” Danny masih bingung.

“kau ni dah lupa ke? Kawan baik kau ni kan ketua pengawas Sri Suria. Dey tambi, wake up la.”

“kau jangan pandai pandai nak potong line aku Bad.”

“kita tengok la nanti. Siapa yang dapat siapa yang tak”

“kau bad…!!”

“ok. Kita bet. Siapa yang dapat dulu nombor phone dia.” badri memberi cadangan.

“kalau aku dapat dulu?”

“aku akan basuh baju kau seminggu berturut-turut. Manual lagi, no machine.”

“kalau kau dapat dulu?”

“kau kena confess dekat Mira tu yang kau gay. Amacam ada berani?”

“ok. Deal!”

“wah, berani kau eh..”

“mestilah lah..”

“kau dah lupa ke. Aku ketua pengawas, dan dia bakal pengawas”

“maksud kau?” Danny masih tidak faham.

“petang ni aku ada meeting pengawas. Nak jumpa semua new prefect. Petang ni jugak aku akan dapatkan nombor phone dia tau.” Bad gelak besar. Dia berjalan kearah kamar mandi.

“kau jangan main kotor Bad. Aku tau kau nak buat apa Bad.”

“the deal is set Danny. Kita tengok la siapa yang gay, siapa yang tak.” Badri masuk ke bilik air. Dia bersiul siul sambil tersenyum kecil.

“bad!!!”


........bersambung

No comments: