Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Sunday, January 2, 2011

cerpen blog: marshmallow dalam hot chocolate






-Kasih sayang kita takkan pudar. Macam marshmallow ni. Sentiasa beku walau dalam minuman coklat yang panas-
*****
Tangannya menggigil. Bukan kerana kesejukan pendingin hawa atau hujan lebat. Tetapi kerana emosinya yang dia sendiri tidak tahu apa yang dirasakannya. Mahu menangiskah? Mahu marah kah? Tapi ternyata matanya mengalirkan cairan jernih. Telefon bimbit yang tadinya berada digenggaman pantas dilempar ke tempat duduk sebelah. Matanya yang berkaca ditumpukan sepenuhnya ke jalan raya yang basah akibat hujan lebat. Matanya sahaja di jalan raya tapi hati dan fikirannya masih terbuai dengan pesanan ringkas tetapi panjang yang baru diterimanya tadi.

“Kita tau kita tak padan dengan awak. Awak putih pink macam marshmallow. Kita hitam pekat macam hot chocolate”

Kenapa awak tak pernah cakap kat kita yang awak suka kat kita? Dia bermonolog sendirian. Tangannya menggengam stereng kereta. Kejap dan kemas. Sesekali tangan kirinya menyeka air mata yang mengalir deras.

“Awak dipuja semua orang. Kita dikeji serata alam. Awak cantik bak bidadari. Kita sedar kita hanya beast dalam kisah dongeng”

Kita tak pernah anggap macam tu pun. Kita dah lama nak dengar awak cakap cinta kat kita. Tapi kenapa awak tak pernah luahkan? Kita suka kat awak. Kita tak suka kat Megat tu. Walau Megat kacak macam mana pun, kita nak awak jugak. Walau awak gelap macam hot chocolate sekalipun tapi awak manis. Awak tau kan kita suka yang manis-manis.

“Awak memang padan dengan Megat tu. Macam pinang di belah dua. Sama cantik sama padan. Baru lah nanti anak-anak awak comel macam awak”

Awak faham tak? Kita nak awak lah. Kita tak nak Megat. Kita tak nak siapa-siapa. Kita nak awak. Kita nak awak sorang je. Awak faham tak?
“KITA NAK AWAK LAH!!!” dia menjerit akhirnya. Menjerit sekuat hatinya. Tanpa dia sedar lampu merah dilepasinya selamba. Dan…

PONNN!!!!!
*****
Orang penuh sesak. Hujan lebat turun mencurah-curah membasahkan bumi Kajang. Bandar Kajang padat tiba-tiba. Semua kenderaan berhenti mengejut. Kebanyakan pemandu sudah keluar dari kenderaan masing-masing. Warga kota yang asyik membeli-belah di pusat beli belah berdekatan hilang nafsu mahu membeli. Semua mata secara tiba-tiba tertumpu ke arah kereta Proton Saganya. Ya, Proton  Saga yang kini remuk ditabrak sebuah lori Alam Flora dari arah kanan. Bunyi siren ambulans yang diselang-selikan dengan bunyi hon-hon kenderaan membingitkan telinganya. Darah pekat menggantikan tempat air mata yang mengalir. Bau aspal yang dicampur bau basah hujan dan bau hangit akibat dari kemalangan itu menusuk ke rongga hidungnya. Matanya memandang tepat kearah pusat membeli-belah Metro Point dihadapannya. Ya, di situ lah segalanya bermula. Di Metro Point lah kisah kita bermula. Kisah coklat panas dan marshmallow. Metro Point yang tersergam indah kini semakin kabur. Matanya semakin kelam. Dan akhirnya gelap. Dia pengsan!
*****
Starbuck Coffee, Plaza Metro Point, Kajang
“Marshmallow in hot chocolate ready to serve. Here it is miss,” Ikmal meletakkan secawan coklat panas yang mengandungi marshmallow itu dihadapan Nisa.
“Thank you,” Nisa mengucapkan kata terima kasih. Matanya yang tadi berkaca diseka perlahan menggunakan jari telunjuknya.
“Awak menangis?” Ikmal bertanya. Dia yang tadi ingin terus ke dapur terhenti seketika. Nisa masih membisu. Diseka air matanya sekali lagi.
“Saya tau saya orang asing. Tapi saya tak kisah kalau awak nak luahkan pada saya,” Ikmal bersuara lagi. Kali ini dia sudah siap melabuhkan punggungnya dihadapan Nisa  yang memang ternyata kerusinya kosong. Dia memang tidak boleh melihat perempuan menangis. Hatinya mudah tersentuh.
“Look. Saya sebenarnya dah lama perhatikan awak. Awak kalau masuk dalam kafe ni mesti order benda yang sama. Tapi sebelum ni kalau awak dapat awak punya hot chocolate with marshmallow tu awak suka. Tapi sekarang awak menangis pulak. Kenapa?” Ikmal menyambung lagi. Hairan melihatkan gadis yang sentiasa ceria kini terisak menahan tangis.
“Okay lah. Maybe awak nak bersendirian. Saya masuk dapur dulu. Tapi kalau awak perlukan apa-apa, saya sentiasa ada. So, enjoy your drink,” Ikmal meminta diri. Segarit senyum dilemparkan buat gadis itu.
“Saudara… err… awak… encik… err… nanti dulu,” Nisa  akhirnya bersuara.
“Nama saya Ikmal. Ready to share anything with me?” Ikmal memperkenalkan diri. Senyumannya tidak lekang dari bibir. Harapannya moga senyumannya dapat mengubat lara dihati gadis itu. Dia terduduk kembali dihadapan gadis itu. Bersedia mendengar segalanya.
“Kita Nisa. Nisa Nabila. Kita baru balik dari hospital. Dan kita… kita baru dapat tahu yang kita ada… ada ketumbuhan dalam hati tahap dua,” tergagap gagap dia menerangkan situasi sedihnya, dan air matanya mengalir lagi.
*****
Hospital Kajang
Dia digegaskan ke wad kecemasan sejurus dikeluarkan dari ambulans. Pasukan  Paramedik bertungkus lumus menyelamatkannya. Dia masih tidak sedarkan diri. Darah pekat yang deras mengalir dari tadi sudah dikeringkan. Kini cairan kuning antiseptic pula yang mengambil alih di sebahagian besar mukanya. Seorang tua pertengahan umur dilihat terisak di luar wad kecemasan. Seorang pemuda pula dilihat asyik menenangkan wanita separuh abad itu. Seorang lelaki yang lengkap berpakaian seragam seorang petugas perubatan dilihat keluar dari wad kecemasan tesebut. Si tua pantas mendekati sang doktor.
“Macam mana dengan anak saya doktor?” wanita tua itu lekas bertanya akan perkembangan gadis didalam wad tersebut.
“Keadaannya masih kurang stabil. Dia masih tidak sedarkan diri. Sebahagian besar mukanya luka teruk akibat tertusuk kaca dari cermin keretanya. Tangannya juga patah. Kami akan hantar dia ke unit rawatan rapi. Dan kami sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan darah untuknya. Dia telah hilang banyak darah disebabkan kemalangan tersebut. Kami akan cuba sedaya mungkin. Diharapkan puan sekeluarga dapat bersabar,” si doktor menepuk sedikit bahu wanita tua tersebut. Dia akhirnya berlalu meninggalkan wanita tua tersebut bersama lelaki muda itu.
“Mak cik… Kita balik dulu ya. Esok kita datang lagi. Dah malam sangat ni mak cik,” pemuda itu bersuara. Memujuk si tua agar meninggalkan tempat tragik ini.
“Kenapa boleh jadi macam ni Megat? Macam mana dia sampai boleh kemalangan macam ni? Kamu bergaduh dengan dia ke Megat?” Wanita separuh abad itu bertanyakan soalan yang bertubi-tubi. Lelaki bernama Megat itu tersendak. Termendak. Tidak tahu apa yang mahu dijelaskan.
*****
Hospital Pantai, Kuala Lumpur
“Boleh saya tengok dia doktor?” Ikmal bertanya kepada seorang doktor disitu.
“Boleh. Tapi dia masih lemah. Kalau boleh jangan bagi dia banyak bercakap,”si doktor memberi kebenaran. Ikmal pantas masuk ke dalam bilik wad tersebut. Tangannya yang terisi dengan sejambak lili disorokkan kebelakang. Nisa tersenyum lemah di atas katil wad.
“Ni untuk awak,” jambakan bunga lili dihulurkan kepada Nisa .  Gadis itu meyambutnya dengan gembira, dia masih cuba tersenyum biarpun tampak lemah.
“Awak ni susah-susah je. Thanks. Kita suka lah. Ni je? Hot chocolate and marshmallow takde ke?”
“Awak… doktor pesan kat kita kan. Awak tak boleh ambil minuman yang berkafein dan makanan yang sukar dihadam. So, buat masa ni awak puasa dulu dari minum minuman kesukaan awak tu ye,” Ikmal memujuk si gadis sambil tersenyum mesra. Nisa tersenyum lagi. Tampak terlalu lemah.
“Kalau macam tu tak pe lah. Kita nak terima kasih sangat kat awak sebab lawat kita hari ni. Pastu selalu pulak tu bawak kita pergi hospital buat medical checkup. Pastu tolong uruskan pembedahan untuk buang tumor tu juga. Kita tak tahu nak cakap apa lagi. Kita terima kasih banyak-banyak sangat kat awak,”
“Dah la awak ni. Kita kan kawan. Kawan mesti lah kena tolong kawan. Awak mesti penat kan? Awak tidur dulu ya. Kita nak pergi solat zohor dulu. Nanti kita datang jenguk awak lagi. Awak rehat ya,” Ikmal memujuk lembut menyuruh si gadis beristirehat. Ikmal bangun dan menuju ke arah pintu. Nisa kembali berbaring. Matanya cuba dilelapkan.
“Kawan?” Nisa bersuara perlahan. Sangat perlahan. Sekadar dengar pada telinganya. Dan air mata mengiringi lenanya.
*****
Taman Botani, Putrajaya
Taman yang menghijau itu memang menjadi tempat kebanyakan orang untuk melepaskan lelah setelah seharian bekerja. Taman itu memang akan sentiasa didatangi pengunjung, lebih-lebih lagi hujung minggu. Mereka dilihat duduk di kerusi panjang yang berada di taman bunga raya.
“Dia dah melamar kita. Dan mak dah terima,”
“Awak terima dia tak?” Mata Ikmal meneroka segenap taman yang menghijau dihadapannya. Bunyi kicauan burung menambahkan kesegaran di taman tersebut.
“Kita tak boleh cakap tak pada mak. Apa yang dia nak itu lah yang kita kena ikut,” Nisa meneguk sedikit minuman coklat panas bersama marshmallow yang dibungkus dalam cawan kertas itu. Dia memandang kearah Ikmal. Mengharapkan Ikmal akan cuba menghalang niat ibunya. Mengharap akan lelaki itu yang seharusnya melamarnya. Mengharapkan lelaki itu yang menjadi teman hidupnya.
“Bagus la kalau macam tu. Megat tu pun berkerjaya. Banyak duit. Terjamin la hidup awak nanti, lagipun dia ada rupa. Takkan lah mak awak nak orang macam kita kot. Dah lah buruk. Tak da rupa. Kerja pun jadi pelayan restoran je,” Ikmal bergurau tetapi ternyata ada nada sendu di hujung suaranya. Matanya masih memandang sekitar taman. Sengaja tidak mahu menatap mata sang gadis. Ya, gadis yang terlalu berharap kepadanya. Biar si gadis tidak memberitahunya sekalipun, dia sudah dapat mengagak.
“Awak ni… Tak baik cakap macam tu. Kita tak pernah anggap awak macam tu. Awak ni merendah diri sangat. Walau awak gelap tapi awak manis. Macam hot chocolate ni,” kata Nisa sambil mengangkat cawan kertas tersebut. Dia cuba untuk bergurau juga. Walau masing-masing tau yang hati mereka seharusnya disatukan. Cuma mungkin kerana sikap malu dan keegoan maka kata cinta itu tidak berani diluahkan oleh sesiapa.
“Awak ni ada-ada aje lah,” Ikmal terenyum sendirian.
“Awak rasa kita patut terima atau tak?” Nisa menginginkan kepastian. Tidak mahu perasaan masing-masing dibiarkan. Tidak mahu hati sesiapa diluka.
“Awak terima aje lah. Dia lelaki terbaik untuk awak,” Ikmal memandang Nisa.  Dia tersenyum kelat. Nampak kecewa.
“Awak macam mana?”
“Kita macam ni aje lah. Tunggu orang yang setaraf dengan kita lah. Lagi pun kita masih boleh berkawan,” Ikmal tidak habis habis dengan gurauannya. Nisa dilihatnya berwajah kecewa. Tampak sekali wajahnya tak selesa dengan kata-kata Ikmal tadi.
“Eh, nak hujan lah. Jom lah kita balik,”
*****
Hospital Kajang
Dia masih lena di atas katil di wad itu. Separuh dari mukanya berbalut dengan kain kanvas putih. Tangan kanannya turut bersimen dan berbalut. Seorang lelaki dilihat berteleku disebelahnya. Mata lelaki itu merah. Mungkin kesan daripada airmatanya. Namun kini pasti air matanya sudah kering sehingga tidak mampu untuk mengalir lagi.
“Kita mintak maaf. Bukan niat kita nak buat awak sampai jadi macam ni. Tapi kita terpaksa,” lelaki itu bercakap seperti gadis itu bisa menangkap suaranya. Dia tidak peduli, yang pasti dia mahu menjelaskan segalanya kepada gadis itu.
“Bukan kita tak cintakan awak. Kita memang cintakan awak. Malah awak lah satu-satunya perempuan pertama yang kita cinta. Kita tak pernah ada perasaan yang macam ni pada perempuan lain. Tapi…” dia terhenti disitu. Segenap jarinya dibawa kemuka si gadis. Menyentuh lembut muka yang berbalut itu.
“Tapi Megat lebih layak sayang…,”
*****
Starbuck Coffee, Plaza Metro Point, Kajang
“Mal, ada orang nak jumpa kau,” suara rakan sekerjanya itu mematikan tugasnya yang sedang mengelap cawan dan gelas di dapur.
“Siapa? Nisa ke?”
“Entah. Tak kenal. Dia tunggu kat meja 12. Pergilah,” sekali lagi rakan kerjanya menyuruhnya.
Ikmal berjalan kearah meja bernombor 12. Kelihatan seorang lelaki kemas berbaju kameja warna merah jambu muda siap bertali leher. Ikmal menghampiri lelaki itu. Tangannya dihulur. Lelaki itu menyambutnya. Silau sedikit mata Ikmal dengan jam tangan exclusive yang bersinar ditangan kiri lelaki itu.
“Jadi kau lah Ikmal?” lelaki itu bertanya.
“Ya saya. Boleh saya bantu,”
“Oh… Ikmal. Tak lah hensem mana, tapi macam mana Nisa boleh terpikat dengan kau pun aku tak tahu lah. Anyway, nama aku Megat. Megat Iskandar. Eh, duduk lah,”
“Oh… tunang Nisa?” Ikmal menarik kerusi dihadapan lelaki bernama Megat itu. Dia melabuhkan punggungnya.
“Baguslah kalau kau dah tau,” seperti ada nada perli dihujung suaranya.
“Ada apa datang jumpa saya?”
“Aku nak bagitahu kau, jangan jumpa Nisa lagi. Dia tak ada apa-apa dengan kau kan? So, stay away from her. Listen, kau tak layak dengan dia,” Megat memberi amaran.
“Tapi saya dengan dia memang tak ada apa-apa. Kami just kawan biasa,”
“Memang lah kawan biasa. But look, kau tu nak berkawan dengan dia pun tak layak sebenarnya. Dah la. Kau dengar lah cakap aku. Aku dengan dia dah nak kahwin. Aku boleh jaga dia sendiri. So, kau tak payah nak berlagak take care sangat dekat dia. Cermin sikit muka kau tu,”
*****
Hospital Kajang
Pintu wad tiba-tiba dibuka. Seorang wanita tua yang berwajah sugul kelihatan melangkah masuk kedalam bilik wad tersebut. Si tua nampak kaget bila terlihat seorang lelaki sedang lena berbantalkan lengan disisi kiri katil wad yang menempatkan gadis malang itu. Pantas wanita separa abad itu mendekati lelaki yang sedang lena itu. Dia mengejutkan lelaki itu. Lelaki itu segera bangun. Matanya kelihatan merah dan sembab.
“Eh, mak cik, maaflah saya tertidur. Mak cik dah lama sampai?” tangan lelaki itu cuba dihulur untuk menyalami wanita tua itu.
“Dah lah Ikmal. Kau jangan nak berlakon lagi dengan aku. Kau yang buat sampai anak aku jadi macam ni kan?” tegas suara si tua itu.
“Apa ni mak cik? Saya tak pernah terlintas pun nak buat macam ni kat orang. Apatah lagi dekat orang yang saya sayang,”
“Kau tak layak sayangkan dia. Sebab kau lah anak aku jadi macam ni. Kau lah yang telah menyebabkan anak aku menderita macam ni. Kau kejam kau tau tak? Walau dia tak dapat terima kau sekali pun, takkan sampai kau buat dia menderita? Dia hampir mati kau tau tak?” Wanita tua itu sudah hampir menjerit. Marah benar dia pada lelaki bernama Ikmal itu.
“Mak cik… apa mak cik cakap ni? Saya tak pernah terniat pun nak buat macam tu pada Nisa. Saya…”
“Dah la… Kau keluar sekarang. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau balik lah,”
“Mak… apa ni?” suara itu tiba-tiba menghentikankan jeritan wanita tua separuh usia itu. Yang pasti semua tahu suara lemah itu milik siapa. Ya, itu suara Nisa.
*****
Maybank Kajang
“Nak balik dah Nisa?” seorang rakan kerjanya bertanya apabila melihatnya berkemas.
“Haah… nak balik dah,”
“Okay… Drive carefully kay. Nampak macam nak hujan je ni,” pesan si rakan padanya.
“I will,” Nisa mencapai tas tangannya yang diletakkan pada penjuru meja. Fail-failnya diatas meja turut dicapai. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia menyeluk tas tangannya mengeluarkan telefon bimbit Nokia tersebut. Ada satu pesannan ringkas daripada Ikmal rupanya. Dia membaca pesanan tersebut. Sejenak wajahnya berubah.
Kita harap awak boleh terima Megat. Kita rasa kita sudah tidak boleh jumpa awak macam selalu dah. Awak pun dah nak jadi isteri orang. Lagipun kita sedar siapa diri kita. Kita tau kita tak padan dengan awak. Awak putih pink macam marshmallow. Kita hitam pekat macam hot chocolate. Awak dipuja semua orang. Kita dikeji serata alam. Awak cantik bak bidadari. Kita sedar kita hanya beast dalam kisah dongeng. Awak memang padan dengan Megat tu. Macam pinang di belah dua. Sama cantik sama padan. Baru lah nanti anak-anak awak comel macam awak. Kita harap awak jangan cari kita lagi lepas ni. salam,”
Secepatnya dia meluru ketempat letak kereta. Enjin dihidupkan. Pantas kereta Proton Saganya meluncur laju meninggalkan tempat letak kereta. Destinasinya hanya satu, Plaza Metro Point.
*****
Plaza Metro Point, Kajang
“Sure ke kau tak nak naik dengan aku ni Mal? Hujan lebat ni,” seorang rakan kerjanya mempelawanya apabila melihat Ikmal sedang membuka payung untuk ketempat menunggu bas. Sementelah, hujan lebat pula pada petang itu.
“Tak pelah Pian. Aku dah biasa naik bas. Menyusahkan kau pulak,” Ikmal pantas menolak. Bukan jenisnya menyusahkan orang lain.
“Kalau macam tu tak pe lah. Eh, apa yang kecoh-kecoh kat depan tu eh?” Rakan kerjanya yang bernama Pian itu tiba-tiba bertanya.
“Mana?”
“Tu kat depan High School tu. Siap ada ambulans lagi. Ada accident ke?” Pian serkap jarang.
“Haah la… Siapa yang kena langgar tu?”
“Entah lah. Nampak macam proton saga. Kena langgar dengan lori Alam Flora lah. Eh, Mal… kereta tu…” Pian terhenti tiba-tiba pada dialognya.
“Kenapa?” Ikmal pantas bertanya.
“Kereta tu nombor platenya macam kereta Nisa lah. Kan?”
“Ha? Nisa?” Ikmal terkejut sekali. Sangat terperanjat. Dia reflek berlari ketempat tragedi. Badannya basah disirami hujan.
*****
Hospital Kajang
“Nisa tak pernah mintak pun nak kahwin dengan Megat mak. Mak tak pernah tanya Nisa. Siapa Nisa nak? Siapa Nisa tak suka? Mak pernah tanya? Tak pernah mak,” air mata gadis itu mengalir lagi.
“Nisa tak suka pun Megat tu mak. Tapi mak terima juga pinangan dia. Nisa nak dekat Ikmal mak. Memang Ikmal tak pernah luahkan pada Nisa. Tapi Nisa tau dia pun ada perasaan yang sama pada Nisa. Nisa tak nak kahwin denga Megat mak. Lagipun mustahil Megat nak dekat Nisa sekarang ni. Muka Nisa dah buruk mak. Nisa dah cacat,” gadis itu menyambung lagi bicaranya. Badannya terhenjut-henjut menahan isak tangis. Si ibu yang duduk disisinya turut mengalirkan cairan jernih. Mengapa si ibu begitu khilaf dalam menentu jodoh anaknya? Si ibu menyalahkan dirinya. Sedar dirinya yang bersalah dalam hal ini. Bukan siapa-siapa. Bukan Ikmal mahupun Nisa.
“Mak mintak maaf Nisa. Sekarang ni Nisa buat lah keputusan Nisa sendiri. Mak dah tak menghalang,” si ibu bangun dari kerusi. Pantas menuju kepintu. Dia keluar. Diluar dia menangis semahu-mahunya. Menyesal dengan tindakannya selama ini.
Ikmal mendekati Nisa. Dia dududk dikerusi yang ditinggalkan wanita tua itu tadi. Tangannya pantas menggenggam tangan Nisa. Parasnya mempamerkan riak duka.
“Kita minta maaf,” hanya itu yang terkeluar dari mulut Ikmal.
“Awak tak salah. Kita yang tak reti bawak kereta,”
“Tapi masa tu mesti awak dalam perjalanan nak jumpa kita kan? Kalau tak mesti semua ni tak terjadi,” Ikmal sudah terisak.
“Dah lah. Kita lupakan. Kita nak tanya awak boleh tak?” Nisa meminta kebenaran.
“Nak tanya apa?”
“Awak nak kat kita tak? Sebab kita rasa kita dah sepadan dengan awak. Muka kita pun dah buruk. Dah tak cantik lagi,”
“Nisa…”
“Awak… Awak kahwin dengan kita ya. Kita nak kat awak sorang je,” air matanya deras mengalir.
“Kita akan jaga awak sampai bila-bila. Kita dah lama cintakan awak. Nanti lepas awak dah sembuh kita kahwin ya?” Ikmal memujuk si gadis. Sudah menjadi kelemahannya, tidak boleh melihat wanita menagis.
“Kita sayangkan awak. Sayang sangat,”
“Kita pun. Dah jangan nangis lagi. Tengok apa kita bawak untuk awak,” Ikmal menunjukkan dua bungkus cawan kertas yang di letakkan dia atas meja disisi katil tersebut.
“Awak ni… Tau je apa yang kita suka,” Nisa sudah kembali tersenyum. Dia menyeka sisa air mata nya.
“Kita mesti lah tau. Sebab tu lah kita sayangkan awak,” Ikmal membalas senyuman Nisa.
“Awak ni… Sweet lah. Awak nak tau sebab apa kita sayang kan awak?” Nisa bertanya pada Ikmal pula.
“Sebab apa?” Ikmal bertanya
“Sebab awak sweet sangat. Macam hot chocolate ni,”
“Dan awak pulak macam marshmallow,” pantas ikmal menjawab. Bibirnya dibawa ke dahi Nisa. Mencium sedikit dahi si gadis. Menghangatkan dahi wanita yang dicintainya itu.
“Kita akan sayangkan awak sampai bila-bila. Kasih sayang kita tak akan pudar, sentiasa ada untuk awak. Macam marshmallow ni. Sentiasa beku walau dalam minuman coklat yang panas,” Ikmal menambah lagi. Segenap dia turut mencapai cawan kertas disisi katil. Menghirupnya sekali sambil tersenyum memandang Nisa.

TAMAT
p/s: sorry sebab lama tak update

1 comment: