Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Tuesday, January 4, 2011

anak ikan [SATU]






Kondominum Angkasa Impian, Persiaran Raja Chulan
Dia mencapai shaver foam Lab Series diatas rak. Di buka penutupnya, dipicitnya dan diratakan pada telapak tangan. Kemudian tangannya di bawa ke bawah dagu dan diratakan disekitar bawah muka. Kemudian tangannya mencapai pula pencukur Gillette razor yang tergantung bersama sebarisan berus gigi disisi kanan rak di dalam kamar mandi itu. Di bawa kemuka dan ditarik dari hujung side burn dan sehingga kebawah dagu. Sudah selesai di sebelah kanan, pencukur bertukar arah disebelah kiri pula. Juga dengan aksi yang sama. Pili air dibuka dengan kelajuan sederhana. Muka yang dicemari buih dibasuh bersih. Kemudian dia mencapai pula berus gigi dan giginya digosok sekitar empat minit. Sudah selesai memberus gigi, dia mencapai pula pencuci muka Loreal Men dan diratakan disekitar wajah nya. Mukanya dicemari buih sekali lagi. Selesai mencuci muka dia membuka pili air pancuran. Dia mandi sepuasnya. Badan nya dielus dan digosok lembut. Hampir 20 minit dia berada di kamar mandi akhirnya dia keluar.
Dia membuka almari pakaiannya. Mengeluarkan beberapa jenis t-shirt dan kameja. Ditaburkan di atas katil king sizenya. Setelah berfikir sejenak dia mengambil sehelai t-shirt berwarna hijau lumut corak bermotifkan graffiti dari Topman. Baju yang berlebihan diatas katil dikembalikan ke almari. Kemudian dia mengeluarkan pula jean Body Glove yang mempunyai kesan used and wash itu dari almari yang sama. Disarungnya jeans dan t-shirt itu dibadan sasanya yang hanya bertuala dari tadi. Kemudian dia mencapai tali pinggang yang tergantung pada pintu bilik dan disarungnya pada jean yang dipakainya tadi. Selesai berbaju dia kemeja solek. Rambutnya disapu sedikit krim rambut dan dibiarkan dengan gaya messy. Kemudian dia mencapai pula perfume Lancôme dan disemburkan diserata tubuhnya. Setelah membelek beberapa kali wajahnya di kaca meja solek dia tersenyum puas. Kemudian dia mencapai Blackberry hitamnya di meja yang terletak disisi katilnya. Dia lihat sejenak telefon bimbitnya. Ada dua panggilan tidak dijawab. Dia tersenyum sendiri. Kemudian dia mencapai pula jam tangan Tissot dari meja yang sama. Dibawanya jam tangan tersebut ke pergelangan tangan sebelah kiri. Dompet yang berada diatas meja yang sama turut dicapai. Kemudian dia kembali ke meja solek. Laci meja solek disorong keluar. Dia mengambil beberapa keping kondom dari dalam laci meja. Kemudian kepingan itu diselitkan kedalam dompet duitnya. Dompetnya kemudian berhijrah ke poket belakang jeansnya. Sejenak dia membelek sekali lagi wajahnya di cermin solek. Dia tersenyum lagi menampakkan sebaris giginya yang memutih.
Dia melangkah keluar dari biliknya. Diruang tamunya dia membuat panggilan kepada nombor yang meninggalkan ‘panggilan tidak dijawab’ itu. Setelah menunggu sejenak terdengar suara dari sebelah sana.
“Hai Danish. Wake up already ha? Bila nak datang agensi ni?” suara dari sebelah sana bersuara lunak.
“I baru bersiap ni Nancy. Nanti I sampai la. Waddup?” dia bertanya pada pemilik bersuara lunak yang bernama Nancy itu.
“Kalau macam tu you tak payah datang sini lah. You terus ke Regent. Ada customer la,”
“Okay lah. Typical datin or yang macam mana?” dia bertanya tentang perihal pelanggannya itu.
“Don’t know la. Dia buat reservation by phone je. But you know what…”
“What?” Danish bertanya tidak sabar.
“She pay you double okay,” suara disebelah sana seperti teruja.
“Okay lah. Nanti I terus kesana. You text me nombor bilik,”
“Okay. Bye darl,”
Telefon diletakkan. Perempuan, perempuan. Pagi-pagi dah sarapan seks. Huh! Dia bermonolog sendirian. Kemudian dia kepintu utama. Selepas mencapai kunci keretanya dia keluar dari rumah kondominiumnya itu. Turun ke tempat meletakkan kereta menerusi lif. Selepas mendapatkan keretanya dia terus meluru keluar dari Kondominium Angkasa Impian tersebut. Dan Nissan Fair Laddynya keluar dari Persiaran Raja Chulan menghala ke Jalan Bukit Bintang untuk terus ke Hotel Regent.
*****
Hotel Regent, Jalan Bukit Bintang
Pintu bilik bernombor 412 itu diketuk perlahan.
“Coming,” suara dari dalam kedengaran. Kasarnya suara perempuan ni. Danish berbisik didalam hati. Dia melangkah masuk. Nafasnya ditarik dalam. Tiada siapa-siapa didalam bilik itu. Tapi kedengaran bunyi pancuran air dari arah kamar mandi.
“You take your shower first. I am waiting here,” Danish bersuara. Sekadar memberitahu bahawa dia sudah berada didalam bilik tersebut.
Sejenak bunyi pancuran air tidak kedengaran lagi. Pintu bilik air tiba-tiba terkuak. Sesusuk tubuh tiba-tiba keluar dari bilik air tersebut. Danish terkejut tidak terkata.
“Maaf. Saya rasa saya silap bilik ni,” Danish berkata kepada manusia yang baru keluar dari bilik air itu.
“No. you tak salah bilik. Memang I yang tempah you.  I pay you double remember?”
“I know. Tapi… ,”
“Nak mula terus atau you nak minum dulu? Kalau you nak minum-minum dulu I take my shirt on,”
“Wait. Saya rasa saya memang salah bilik,” Danish menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“No. memang I yang tempah you. You Danish kan? dari Nancy’s Model Agency kan?”
“Yes. That’s me. But,”
“Nama I Ikram,” dia cuba menghulurkan tangan pada Danish. Danish masih terpinga-pinga.
“Wait. You listen to me first. I tak layan lelaki. Takkan you tak tahu?”
“Danish… come on lah. I adore you. Hari-hari I tengok muka you dalam majalah. I dah lama tunggu saat ni,” lelaki bernama Ikram yang masih bertuala itu berkata. Suaranya penuh ghairah.
“I am so sorry. Tapi…,”
Belum sempat Danish menghabiskan kata-katanya, lelaki bernama Ikram itu menanggalkan tualanya. Badan Danish ditolak keatas katil. Danish dicium rakus. And the rest is history…
*****
Nancy’s Model Agency, Kuala Lumpur
“Nancy, macam mana you buat kerja ni? macam mana you boleh tak tahu lelaki yang tempah I?” Danish marah-marah sepulangannya dari Hotel Regent.
“Look Dan. I pun tak tahu. Dia call and cakap nak bayar double, I terima lah,”
“I rasa I tak nak dah buat kerja macam ni lah Nancy. I nak quit,”
“Darl… Takkan sebab I silap sikit pun you nak berhenti. Come on lah,”
“Oh, silap sikit you kata? He rapes me Nancy. And I never think that I make it with a guy. Hari ni I layan lelaki. Esok-esok agaknya bapak I pulak yang tempah and you approve? lusa? atok I pulak?”
“Dan please lah. Okay… I tau you tengah serabut sekarang ni. I bagi you cuti. How?”
I nak cuti sebulan,”
“Sebulan? Lama sangat lah Dan. Next week kan you ada show untuk MFF,” Nancy seperti berat hati pula.
“I don’t care. I nak cuti sebulan. You still ada Ryzal dengan Kamal kan. Diorang boleh ganti I untuk MFF. I nak cuti. Nak balik kampung,”
“Wow… nak balik kampung? Your dad tempah you without bagitau I dulu ke?” Nancy sudah tergelak kecil.
“Shut up Nancy. That’s not funny,” Danish menghabiskan ayatnya. Dia keluar dari bilik pejabat Nancy. Seketika berlalu dimeja receptionist dia tersenyum pada wanita di meja tersebut. Dia berlalu keluar dari agency berkenaan. Dia masuk kedalam keretanya. Kemudian keretanya terus meluncur laju meredah lebuhraya DUKE untuk kembali ke kondominiumnya.
*****
*MFF- Malaysian Fashion Festival
... to be continue

No comments: