Assalamualaikum, dan selamat pagi.
Malam tadi aku ke pasar malam. Nama pun pasar malam kan, mestilah pergi waktu malam. Aku beli banyak jugak barang. Oh aku memang suka membeli belah. Lebih lebih lagi membeli makanan. Memang feveret aku lah tu. Cuma, aku agak keberatan bila mak aku suruh beli satu jenis ubat ni. aku agak kurang senang kalau nak beli ubat kat pasar malam ni. rasa macam tak yakin akan keberkesanannya. Tapi since mak aku dah suruh beli maka aku pun beli je lah kan, kang jadi batu pulak aku. Tape-tape, tapi aku agak musykil bila ada orang yang jual tu tanya aku ubat tu untuk sapa.
suasana pasar malam. eh, abang kebeb sori lah. terglamer pulak... |
Aku : untuk mak saya mak cik. (ish mak cik ni. nak jual-jual je lah. Nak interview lelebih pulak)
Mak cik jual ubat : oh. mak cik ingatkan untuk isteri. (apa jadah entah mak cik ni. ingat aku dah kawen ke)
Aku : muda lagi lah mak cik. Tak kawen pun lagi. (aku hulur duit sepuluh ringgit)
Mak cik jual ubat : oooo……… (panjang makcik tu tarik vocal o dia sambil hulur duit belen empat ringgit)
aku pun blah lah dari tempat kejadian. Lepas beberapa ketika, aku rasa cam nak tergerak tengok ubat yang aku beli tu. sambil menunggu makcik keropok lekor membungkus keropok lekor aku maka aku pun baca lah khasiat dan cara penggunaan ubat terbabit
dimakan dua bijik sehari. Pagi dan petang.
Ubat ini mempunyai beberapa khasiat seperti, melancarkan peredaran darah, merawat resdung, mencegah kanser, merawat lemah sendi dan sakit otot. Juga baik untuk isteri yang ingin membahagiakan suaminya.
Aku baca part “membahagiakan suami” tu dua kali. Dua kali kau tau. Patutlah mak cik tu bertindak lucah dengan aku. By the way, mak aku suruh beli sebab untuk melancarkan darah. Jangan kau pulak pergi bertindak lucah dengan mak aku. Aku vasectomy kau kang.
************
Aku rasa aku dah habis membeli belah. Maka aku bak balik rumah lah kan. tetiba kat tempat aku farking moto aku tu aku jumpa ustaz aku. Ya, ustaz masa zaman aku sekolah rendah dulu. Aku tak tahu kenapa aku memang rapat dengan ustaz dulu. Betul, dulu masa sekolah rendah aku rapat giler dengan ustaz ni. Mungkin masa tu aku merupakan seorang pelajar yang cekap menghafal al-quran dan kalau nak baca quran depan dia aku lah nak nombor satu pergi kat dia. nama dia ustaz Idris. Dah aku jumpa tu aku nak tegur lah kan. nanti orang kata aku sombong pulak tak tegur guru yang telah mengajar aku sehingga berjaya kemenara gading ni. maka aku pun mendekati beliau.
Aku : assalamualaikum ustaz. (aku siap salam dia lagi. Sumpah. Cium tangan siap)
Ustaz : eh, kamu? Walaikumsalam. Sihat kamu?
Aku : sihat ustaz. Ustaz sihat? Buat apa kat sini? (wah, aku siap tanya pasal kesihatan beliau lagi. Dan aku tak tahu kenapa aku tanya ustaz ni soalan bodoh buat-apa-kat-sini tu)
Ustaz : alhamdullillah. Sihat-sihat macam nilah. Sihat orang tua. Adalah beli barang sikit untuk cucu kat rumah tu.
Aku : O… ustaz macam mana sekarang? Mengajar lagi ke?
Ustaz : tu lah rezeki saya. Mengajarlah. Kamu macam mana? Ustaz tengok dah berubah kamu ya?
Aku : saya macam nilah ustaz. Sekarang tengah cuti ni. saya berubah? Tak da berubah lah. Sama macam dulu lah ustaz. (sambil aku tergelak kecil)
Ustaz : bagus lah kalau tak berubah. Kita ni nampak je yang kita tak berubah, tapi kita sebenarnya tak sedar sebenarnya kita dah jauh berubah. (oh, ustaz ni nak bukak khutbh pulak kat sini)
Aku : saya dah lambat ni ustaz. kalau macam tu saya balik dulu lah ustaz. Saya tak solat isyak lagi ni. (aku pun mintak diri nak beredar. Salam siap cium tangan dia lagi. Betul aku cium tangan dia. Tak tipu)
Ustaz : ha… ye lah. Saya pun nak beli barang ni. bawak moto elok-elok ya.
Aku : baik lah ustaz. Asssalamualaikum.
Ustaz : walaikumsalam.
Aku pun setat moto dan terus pulang kerumah. Masa dalam perjalanan tu aku rasa sejuk gila. Aku dongak ke langit. Oh, nak hujan rupanya. Lagipun aku pakai seluar pendek. Patutlah sejuk giler. What the…??? Aku pakai seluar pendek??? Demmit!!! Maka ingatan aku ter‘flashback’ kat ustaz aku tadi.
Terngiang-ngiang suara dia tanya aku, “ustaz tengok kamu dah banyak berubah”
Oh demmit.
Dan terngiang-ngiang jugak suara aku bila aku buat bajet alim depan beliau, “saya tak solat isyak lagi ni”
Demmit demmit demmit!!!
Aku dah mula faham peribahasa, “siapa makan cili dia rasa pedas” tu. Terima kasih Ustaz Idris kerana berjaya buat aku faham dengan peribahasa tersebut.
saya janji akan masuk imam muda nanti ustaz... betul... tak tipu |
p/s: kalau kau tak menutup aurat dengan sempurna jangan lah kau nak bajet alim nak tegur cikgu kau. lebih-lebih lagi ustaz. Sebab percaya lah, dia akan bagi kau perumpamaan yang sangat pedas. lebih lebih lagi kalau dulu kau merupankan pelajar yang suci dan baik giler macam aku.
No comments:
Post a Comment