Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
Showing posts with label lima kaki bwh tanah. Show all posts
Showing posts with label lima kaki bwh tanah. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

sirih pulang ke gagang

atau dalam bahasa orang putehnya, 

"back to basis" 

ya, aku memang koya macam bajet terror omputih. aku tau itu kelemahan (baca, kehebatan) aku.

so... that's it. hidup aku akan kembali seperti asal. jadualku akan padat seperti dulu dulu. tempat yang dah lama aku tak jejakkan kaki akan aku datang lagi buat kesekian kalinya. untuk menyambung apa yang tidak sudah. ya, sesuatu yang aku kira bakal berakhir rupa rupanya masih belum tamat. ada episod kedua rupanya. atau kalau boleh aku panggil remake version? *silly

fuhhhhhhh...!!!

aku tau tak elok mengeluh. it's for my own good jugak. tapi macam mana aku tak mengeluh kalau time cuti empat bulan orang lain berseronok jumpa teman lama, buat part time, buat intersesi. tapi aku? terpaksa lupakan semua itu semata mata untuk.... yess, for my own good jugak. maka aku tak nak mengeluh lagi. tak nak dikatakan sebagai insan yang tak reti tau apa itu syukur.

oh... cepat lah semua ni berakhir. dan aku sudah tidak kisah kalau ia berakhir dengan berita duka.

nak hepi hepi cam dulu je

Sunday, August 15, 2010

saya bakal mati. oh, lebih tepat lagi sy NAZAK

Kita pause dulu cerpen aku yg ala ala mcm mendapat sambutan ramai tu kononnya. Aku ada perkara penting. Lebih penting drpd cerpen yg x mungkin akn jd kenyataan itu.

Merujuk kpd tajuk entri diatas aku bkal mati. Ya, aku bakal mati. Maksud aku yg lebih tepat lg aku sedang nazak. Kau mungkin pelik, sudah nazak masih mahu menaip entri lg. Kau mungkin xpaham. Aku sdg mau mati secara fizikalnya. Eh, apa aku merepek pn aku xtau. Okelah, to be clear aku bakal hilang nyawa aku. [sila rujuk entri berckp dgn monyet utk mengetahui siapa yg aku mksudkn dgn nyawa2 aku itu]. Mungkin apa yg aku tajukkan diatas terlalu hiperbola. Mcm pulak aku x boleh hidup tanpa mereka. Tapi itu lah hakikatnya. Kalau kata aku ni kekuatan mereka, mana kekuatan mereka jika mereka pergi nanti? Adakah mereka akan lemah? Kalau mereka kata aku ni ketenangan mereka, apa mungkin mereka akan keluh kesah sentiasa kalau mereka pergi nanti? Kalau kata aku ini tawa riang mereka adakah mereka akan sentiasa sedu sedan kalau mereka pergi nanti? Yang pasti, kalau aku kata mereka nyawa aku adakah mereka akan sanggup melihat aku mati nanti? Just one word. Entah? Ya entah. Aku pn xtau. Kurang pasti.

Eh, jgn salah faham. Bukan aku menhalang bukan aku mendesak. Tidak sama sekali. Kalau kamu mahu pergi, kamu pergi. Lgpun aku tidak punya kuasa mahu menghalang. Yang pasti kamu gembira. Itu yg mahu aku lihat. Aku bukan mahu jd batu penghalang. Bukan juga mahu menyekat impian kalian. Aku cuma mahu suarakan isi hati aku. Lgpun aku hanya mendengar khabr angin. Belum pasti kalian pergi atau tidak. Tapi yg pasti aku sedih. Sedih, yg ayat lebih tepat. Aku sedih mau melihat ikatan persahabatan yg terbina sudah mahu terungkai sebelum sampai ke destinasi.

Mungkin kalian akan kata "ikut lah kami ketempat baru" atau mungkin "eh jom lah kita pergi ke sana beramai2". Aku mungkin tidak akan dpt merealisasikan apa yg kamu hajatkan itu. Aku tidak mahu menyusahkan semua orang andai kata aku turut serta mengikut jejak langkah kalian. Byk perkara yg mahu difikirkan jika mahu turut serta dlm 'rombongan tersebut'. Hurm.. entah lah. Four words. Aku pn tak tahu.

P.s.. Kalau kalian tetap dgn pendirian kalian. Aku tidak kisah. Aku tidak mahu menghalang. Cuma aku minta, sebelum kalian pergi meninggalkan aku, tolong ajar aku cara mengucap. Sbgai persediaan untuk aku 'mati'.

Org lain menuai padi,
sy saja menuai angin,
org lain punya hati,
hati sy dibawa angin.

Tinggi2 kelapa tuan,
kelapa tuan kelapa bali,
harap2 budi tuan,
budi tuan dibawa mati.

Niat dihati menumbuk padi,
dari padi jadi lah beras,
puas sudah dipujuk hati,
hati dipujuk menjadi keras.

Dari kemudi ke kapal muatan,
dari muatan turun ke kali,
mahu pergi jgn tangguhkan,
takut hamba memakan hati.