aku ada ramai kawan pengkid. oh sori. mungkin terlalu kasar. okey aku mula balik. aku ada ramai kawan perempuan yang bersikap kelelakian. aku harap itu lebih manis. kau pun tau kan pengkid ni macam mana. diorang ni perempuan tapi cam jantan sikit. dia punya perangai tu, mak aiii kalah lelaki tau. dah nama pon cam jantan kan cakap pon ada gaya cam jantan gak. contohnya cam kawan aku sorang ni. nama dia yusmida (bukan nama samaran) tapi sesedap je nak suruh orang panggil dia yuz. i mean. apakah? kau ingat macho giler la nama tu?
dah dah dah. aku bukan nak cerita pasal alkisah nama yusmida ni. tapi aku nak cerita pasal dia yang punya lah kasar orangnya. dia kalau nak cakap mesti nak lebih cam jantan. contohnya cam ni,
"bro, jom layan futsal malam ni. bosan sial dok umah malam malam," bila seorang perempuan panggil aku bro dan pulak tu kalau cakap siap nak ada sial bagai, aku dah pikir tak nak buat dia bini dah. pulak tu dia ajak aku main futsal tu. duhh... tu okay lagi pernah satu hari tu dia ajak aku isap shisha. apadehal? derr, kau ingat muka aku ni muka layan shisha ke? tak masuk la der... kataku dalam hati sebab takut nak cakap depan depan dia. mahu makan penumbuk la aku gamaknya.
apahal aku tetiba citer pasal kau ni yuz? ceh, tak pernah hayat aku nak cerita pasal kau la. simpang malaikat okey. HAHAHAHAHA. aku gurau je. jangan la pulak lepas ni kau panggil semua geng kau belasah aku secara berjemaah pulak. adehh...
aku sebenarnya nak cerita pasal seorang minah pengkid ni. hari tu aku pergi seremban. kat terminal one. kau tau kan? ha... datang situ mahu cuci cuci mata lah kan. well, seperti biasa aku naik bas. kalau kau nak tau la kan, terminal one ni sebelah dia tu ada seremban parade. then bus tu memang park kat situ dan memang hajat aku mahu mahu ke seremban parade tu. dan kau pun tau la kan kalau kat terminal bas mesti ada ramai orang menjerit ntah pape nak promote bas dia.
"KL, KL, KL. penang, penang, JB, JB, JB!!!" jerit seorang ulat tiket mempromosikan tiket basnya. begitu la yang aku dapat gambarkan suasana dekat situ. back then, seturunya aku dari bas tu maka datang la seorang lelaki berpayudara ni. maksud aku disini pengkid ni la. aku tau la dia perempuan walau macam mana lelakinya dia mekap diri dia tu. kau nak sorok mana dua bijik yang terbonjol tu kan? dah dah. dan si pengkid ni pun menghampiri aku. wah, rupanya dia ni ala ala cam ulat tiket jugak. mana tak nya aku turun je dari bas tu terus dia tanya aku,
"bang, nak gi mana bang? KL? penang?"
wow!!! kau bayang kan. seorang pengkid panggil aku abang. aku memang speechless. selamatlah aku speechless, sebab kalau aku bercakap masa tu mahu aku cakap aku nak tiket ke JB in fact aku nak ke seremban parade je.
dia panggil aku abang tu. giler lah. tak pernah hayat aku yuz panggil aku abang. tetiba seorang pengkid yang aku tak kenal ni panggil aku abang? omaigod. aku nak buat dia bini kalau dia ada nafsu kat laki. siyesli.
p/s: adik pengkid. jom kawen.
3 comments:
maksudnya, sejantan-jantan dia, jantan lagi kau, ali! hehehehe
hahahahaha... haruslah kan. aku mmg jantan asli. dia je yg jantan tiruan. kihkihkih
klakar r ctr ni..hahaha
Post a Comment