Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Monday, February 7, 2011

perkara perkara yang ada pada diri aku yang kadang kala aku sendiri annoying gila.

pernah tak kau rasa sesuatu yang kau macam tak suka pada diri kau sendiri. well, ini agak pelik sebenarnya sebab kau macam tak bersyukur dengan apa yang kau ada. tapi tu la aku. aku sendiri macam ada banyak benda yang ada pada diri aku yang aku annoying gila. LMAO.  entah la. bukan tak bersyukur dengan apa yang ditakdirkan tapi... ah entah la. contohya...

satu: nama saya ali
well, mungkin tak ramai yang tahu bahawa nama aku ali. ya, that kampung name is my name. so, kau apa kisah? tapi tu la, aku pun kadang kala tak suka nama ali ni. entah la, aku rasa nama aku macam sangat tak komersial. kau bayangkan. Ali? perghh... nama mamat kampung mana ni? dan bila bercakap pasal nama aku ada kawan masa aku kecik dulu nama dia bella. dan kalau kau masa tu darjah satu kau akan bayangkan nama bella tu ala ala nama macam tinker bell. well, time tu kids about love the peterpan. dan yes, pada masa tu aku harap sangat nama aku adalah peterpan. well, bella sangat cute. dan bila digabungkan dngan peterpan akan menjadi sangat bersesuaian. tapi, bila aku dah besar ni aku bersyukur nama aku bukan paterpan. tak pasal pasal aku kena tuduh khalwat dengan luna maya pulak. duhh!

oh ya, back to the topic. ali. apasal nama aku ali? betul aku kadang kadang tak suka dengan nama aku tu. dia macam lebih banyak memberi keburukan daripada kebaikan. contohnya, nama aku pasti akan berada diantara golongan orang yang paling atas dalam name list. dan itu bukan lah sesuatu yana baik. aku sangat tak sanggup bila setiap kali presentation aku akan kena start dulu just kerana nama aku at the first kat dalam name list tu. that is what we call unfair. why all the cikgu tak boleh pick up randomly je? kenapa harus mengikut nama di name list? dan yes nama ali ni membuatkan semua lecturer akan mudah ingat nama aku. dan again, itu bukan sesuatu yang baik. sebab seorang cikgu ni akan panggil student yang dia ingat nama sahaja untuk menjawab soalan dia. oh come on. kadang kadang aku  harap juga nama aku macam nama mark zukernber atau arnold swegeneger. aku tau aku salah eja nama diorang. dan itu lah yang aku harapkan. bila nama aku pelik sikit maka tak dalah cikgu nak ingat nama aku dan semedang je nak suruh aku jawab soalan dia. hishh... sabor je la...

dua: always think negative
aku rasa aku adalah satu satunya makhluk yang selalu berfikiran negatif. aku tak tahu kenapa. kadang kadang aku selalu fikir "if we do like that must be something bad happen to us". tak pon, "kenapa eh dia macam tu, dia tak suka aku kot". ya, i am negative thinking person. terlalu pesimis. aku tak tahu kenapa. dan aku tak boleh ubah. walau sepositif mana pun aku try putar alih alih ianya akan kembali menjadi negatif. in fact, benda negatif yang aku fikir tu tak terjadi pun. contohnya macam one night masa aku sekolah asrama dulu. aku pernah plan nak fly beramai ramai tapi sebab aku punya negative thinking yang selalu fikir yang akan selalu ada warden yang buat roll-call maka aku tak jadi ikut serta kawan aku yang lain mem-fly-kan diri. sedangkan cikgu tu tak pernah buat spot-check pun. dan kawan kawan aku sedap gila makan roti canai tapi aku kelaparan sendirian. ciss...

tiga: need to have the script first.
aku tak tahu kenapa aku memang seorang yang tak boleh buat keputusan secara mengejut. kadang kadang aku kena sediakan script dulu sebelom buat keputusan. aku rasa macam kalau aku tak buat the skrip tu aku akan mula menggelabah. oh ya, skrip disini bukan lah bermaksud aku kena tulis dulu apa yang aku nak cakap. maknanya aku macam kena fikir dulu dialog yang perlu aku katakan. contohnya macam semasa nak makan. aku mesti fikir dulu apa yang aku nak makan dan minum sebelum waiter tu tanya. the worse is aku siap ada plan b just in case apa yang aku nak tu dak ada dalam menu list. contohnya aku dah siap fikir nak makan nasik goreng kampung kalau mee tomyam tak ada. aku tak tahu la kenapa. aku tau memang tu sikap aku tapi aku tak suka macam tu. aku macam nak jadi just spontant je kalau time nak order makan. just name it bila ditanya. kan senang macam tu. annoying kan sikap aku ni?

empat: aku rasa aku dah nyanyuk
ya, aku rasa aku sekarang ni dah nyanyuk. semua benda aku macam tak ingat. betul tu. kadang kadang aku pernah lupa yang aku ada adik. well, that quite horrible tapi tu lah. aku macam sentiasa fikir yang aku ni macam anak bongsu. mungkin sebab aku ni terlalu manja dengan parents aku kot. dan kadang kadang kalau pergi kedai membeli something aku selalu terlupa nak ambil duit balance. entah la. aku ni memnag dah nyanyuk kot. itu okay lagi, dan kalau aku duduk makan kat kedai aku suka letak semua stuff aku atas meja. dan selalunya aku akan tertinggal je aku punya wallet dan phone dan etc tu atas meja. aku memang terlupa sangat. betul, dan kalau tak da orang ingtakan aku memang sebolehnya aku mengtertinggalkan semua barang aku. entah lah.

well, thats is semua benda yang aku tak suka pada diri aku. kalau korang pulak cammane? ce citer ce citer.

2 comments:

Anonymous said...

heheheh..aku pon ader bnder yg aku annoying ali...aku xsuka diri aku yg mudah sgt terasa ngn org...walau bnder tu kecik jah...nme aku pon annoying..coz nme aku xdop mksud...hukhukhuk...

pinkguava said...

same la kita... hahahahaha