Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, June 1, 2011

entri mengenai kebosanan yang terlampau sangat bila cuti sekolah

kenapalah cuti lama gila. seumur hidup aku ni lah cuti paling lama pernah aku dapat. kalau kat London ke, USA ke boleh jugak la bajet bajet macam dapat cuti summer. ni kat Malaysia, memang kompem summer sepanjang tahun. panas menggelegak. dah la tarif elektrik dah naik. nak pasang aircond pun kena pikir dua tiga kali.  

(kenapa aku cakap bajet macam rumah aku ada pendingin hawa?)

so sekarang ni aku nak paparkan jadual aku semasa cuti ni. kalau memula cuti dulu aku mulakan jadual aku dari 7 pagi sampai 7 malam dengan bekerja. sekarang aku mulakan jadual hari aku seawal 10 pagi. ya aku sudah dipecat dengan gembira. (yang dipecat dengan gembira tu kalau aku ada mood lain kali aku cerita)

10 pagi : bangun, mengeliat, push up, treadmill, dumbell, gosok gigi, sarapan (ya, sarapan sangat penting. dan ya, sila abaikan push up, treadmill dan dumbell itu. tak pernahnya aku buat)

11 pagi : bukan lappy, log in facebook, log in blogger, baca paper via online, log in twitter, log in youtube

12 tgh : tengok How I Met Your Mother via online (4 episod sehari. satu episod 30 minit)

2 ptg : makan tengahari, solat zohor. then log in balik semua social networking yang bermanfaat tu.

3 ptg : tengok Two and a Half Men via online (4 episod sehari. satu episod 30 minit)

5 ptg : tidur petang, solat asar, minum petang then log in balik semua social networking yang bermanfaat tu.

7 mlm : solat magrib then log in balik semua social networking yang bermanfaat tu.

8 mlm : tonton cerita korea via online

11 mlm : log in balik semua social networking yang bermanfaat tu.

1 pg : tidur.

***** 
ya. ni la agenda aku setiap hari. saja je aku tepek kat blog aku ni incase kalau aku lupa nak log in social network ke, korang boleh ingatkan. well, cuti yang bosan jadi tak bosan bila anda mempunya line internet yang laju. 

ya, semua benda anda boleh lakukan via online.

*sebenarnya dari dulu lagi aku tak tahu macam mana nak donlod movie. sebab tu aku tengok via online je. sape sape yang tau boleh ajar saya tak?

*oh ya. jadual aku akan berubah jika hujan lebat dan ribut petir. selain masa itu sesuai untuk tidur ia juga disebabkan peraturan yang telah ditetapkan oleh ayah aku iaitu, tidak dibenarkan akses internet bila hujan lebat dan ribut petir.


*dan ya. jadual aku juga akan berubah setiap hari Khamis. 

No comments: