Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, Shah Alam
Nasi lemak berlaukkan ayam masak merah hanya ditenung. Air teh O ais juga hanya sekali sedut diminumnya. Memang tiada selera. Entah la, tadi dia yang beria mengajak Shima mahu makan tengahari disini, tetapi dia pula yang tidak lalu makan.
“Kau ni kenapa? Dari tadi terkuis-kuis,” Shima memecah sunyi apabila dilihatnya Lily membisu sedari tadi.
“Aku tak selera la,” Lily menjawab lemah.
“La pulak. Tadi kau yang beria bukan main ajak aku makan kat sini. Konon dah lama tak makan nasik lemak. Alih alih kau tak da selera pulak. Kau kenapa?” Shima merungut itu-ini sambil menyuap nasi kemulutnya.
“Aku tak tahu la. Tak da selera,”
“Kau mengandung eh?” Shima serkap jarang. Dia tersengih.
“Ish. Merepek la kau ni. aku ni tidur pun bilik asing-asing. Boleh pulak mengandung. Ni pun aku dengan dia dah dua hari tak bercakap,” Lily menepis sangkaan Shima. Boleh pulak nak cakap aku pregnant. Mintak simpang lah.
“Patut la tak lalu makan. Dah dua hari tak bertegur sapa. Rindu la tu,” Shima mengusik lagi.
“Shima… please la. Aku ni nak rindu kat dia? Buat sakit hati aku aje,” Lily sudah mula geram.
“Okay lah. sorry sorry. Now, aku serious ni. tak main main dah. So, tell me kau bergaduh dengan dia ke? Sampai dua hari tak bercakap ni. padahal duduk satu rumah,” Shima mula menunjukkan simpati. Dia ni bukan boleh bawak bergurau. Kang mula lah nak mencebik je.
“Macam ni, boleh dia bawak awek dia tu jumpa aku. mana aku tak geram,” Shima dah mula menghamburkan kemarahan. Teh O ais disedut sekali lagi. Buat panas ni hilang sikit.
“Oh… kau cemburu lah ni?”
“of course not. aku cemburu? Memang tak lah. yang buat aku marah tu, boleh awek dia simbah air kat muka aku. apa dia ingat muka aku ni Indah Water ke apa nak main simbah simbah?” marah nya masih bersisa. Shima juga jadi gerun. Nasik lemak dibiarkan sahaja.
“Kurang ajar nya perempuan tu. ish, kalau aku, dah lama tarik rambut dia tu,” Shima menambahkan lagi bara dihati.
“Aku dah ajar dia. Lepas dia simbah tu terus aku mengaku yang aku ni isteri Carl. Malu dia. Terus blah,” Lily menyambung cerita. Hilang sedikit panas dihati selepas menceritakkan pada Shima.
“Habis Haikal cakap apa?”
“Kan aku dah cakap yang aku dah dua hari tak bercakap dengan dia. Dia nak cakap apa pulak kat aku?”
“Betul jugak tu,” Shima tersipu malu.
“Habis tu sampai bila kau nak membisu je dengan dia?” Shima bertanya lagi.
“Entah. Sampai dia berhenti jadi kasanova kot,” Lily menjawab selamba.
*****
Kondominium Seri Hartamas
Peti ais dibuka. Sebijik epas hijau dikeluarkan. Lantas dimasukkan kedalam mulut. Dikunyah perlahan. Sekotak susu juga dikeluarkan. Dituang ke dalam gelas separa penuh. Lantas gelas itu dibawa ke hadapan kaca tv sambil menggigit epal hijau tersebut. Televisyen memaparkan sitcom How I Met Your Mother. Dari musim keberapa dia kurang peka. Bunyi pintu utama dibuka tidak diendahkan. Matanya terpaku dikaca televisyen. Malas dah nak ambil tau.
“Assalamualaikum,” suara garau sang roommate kedengaran member salam.
Nak jawab ke tak ni? nak jawab ke tak? ah, tak jawab kang berdosa pulak.
“Tak jawab berdosa,” pantas Haikal mengusiknya.
Kan dah cakap.
“Walaikumsalam,” dia menjawab acuh tidak acuh.
“Kenapa tak tidur lagi?” Haikal bertanya sambil meletakkan kasut didalam rak.
Diam. Hanya kedengaran suara Ted Mosby sedang bergurau senda dengan Barney Stinson di kaca tv. Haikal duduk disebelah Lily diatas sofa itu. Beg bimbitnya diletak diatas meja dihadapannya. Susu milik Lily yang berada diatas meja diambil selamba dan diminumnya. Lily hanya menjeling. Menyampah.
“Tengok cerita kelakar tapi muka masam,” Haikal bersuara perlahan.
“Tak la kelakar sangat. you nak tau apa yang lagi kelakar? Ada orang yang dah buat salah tapi tak reti nak mintak maaf. Yang tu lagi kelakar,” Lily menjawab selamba. Matanya tepat memandang kearah kaca tv. Barney Stinson sedang cuba mengorat gadis seksi di bar.
“Look. I am sorry Lily. I really mean it,”
“Dan lepas you say sorry you buat lagi kan?” matanya masih tertacap dikaca tv. Barney Stinson dah kena simbah air pulak kat muka.
“okay. I janji I takkan buat lagi. I swear,” Haikal mencuba lagi.
“okay. Macam ni lah. I nak you bagitau semua orang yang rapat dengan you yang you dah kahwin. Kita lupakan lah dengan semua rules yang you dah buat tu,” Lily bersuara perlahan. Matanya tepat memandang kearah Haikal. Dah lupa apa yang dah jadi pada Barney Stinson.
“mana boleh macam tu. Kan kita dah janji,” Haikal cuba berdalih.
“yes. Kita dah janji tapi janji tu hanya berpihak pada you. I tak dapat apa faedah pun. I pulak yang kena maki hamun dengan semua awek you tu infact I ni isteri you,” Lily bersuara lantang. Marah benar dia nampaknya.
“you dah ada bagitahu orang ke pasal kita?” Haikal bertanya.
“I already told Shima,” Lily bersuara perlahan.
“What? You bagitau kat minah kepoh tu? dia mana boleh simpan rahsia,” Haikal terperanjat besar.
“That why I suruh you tell others the truth. Sebelum orang dapat tau dari mulut orang lain,”
“look, so now you nak suruh I bagitau orang lain sebab you dah terlepas cakap kat Shima?”
“No. okay I am sorry sebab dah bagitahu Shima. Tapi that is not the point. I tak nak nanti you punya girlfriends silap faham kat I. That’s it,”
“Kalau I dah bagitahu diorang yang I dah kahwin that mean I dah tak ada girlfriends, Lily. Siapa lagi yang nak kat I kalau diorang tau yang i dah kahwin? Can’t you see it?” suara Haikal dah meninggi. Terkejut barangkali.
“So, faham pun you. Buat apa you nak ada girlfriends kalau you dah kahwin kan?”
“Apa yang you nak buat ni? I can’t get it.”
“I sedang cuba jadikan you bertanggungjawab. I know kita memang tak nak perkahwinan ni. tapi the fact is kita dah kahwin. Even kita not loving each other kita kena tunaikan tanggungjawab kita sebagai suami isteri. Unless kalau you nak bercerai,”
“Hey. You gila?” apa nak cerai cerai ni? Apa nak jawab kat ibu?
“Tau pun. So, you suka atau tak, dah sampai masa kita kena bagitau semua orang Carl,” Lily bersuara perlahan.
“Okay. Kalau macam ni you boleh maafkan I, I ikut je. tapi you bagi I masa okay?”
“Okay,”Lily bersetuju. Matanya kembali menghadap ke kaca tv. Babak Ted Mosby marah Barney Stinson sebab Barney tidur dengan Robin terpapar.
“You know what, you dengan Barney Stinson ada persamaan yang kukuh,” Lily bersuara lagi.
“Apa?” Haikal yang sudah hampir bangun kembali terduduk. Matanya juga terus menghadap ke kaca tv.
“Ye lah. Dua dua nak jadi playboy. Tapi penakut,” Lily mengusiknya sambil tersenyum kecil.
“I tak penakut okay,” pantas Haikal menafikannya.
“Ya right,” sengaja Lily menyidirnya lagi.
“Can I ask you something Lily?” Haikal pula yang bertanya.
“Shoot,” matanya masih menghadap tv.
“You buat semua ni bukan sebab you dah jatuh cinta dengan I kan?”
“Of course not. You gila?” Lily mempamerkan riak kaget.
“Baguslah kalau macam tu. ye lah I ingat you nak batalkan semua rules tu sebab you dah fall in love dengan I or something?”
“Tak lah Carl. You jangan risau okay. We are best friends Carl. Tak main la cinta cinta ni,” Lily tersenyum.
“Okay,” haikal turut tersenyum. Tapi jelas senyumannya tampak kelat. Beg bimbit dicapai dan dia terus ke kamar tidurnya.
“Night,” sempat Lily mengucapkan selamat malam padanya. Dia hanya melambai malas.
*****
Fakhrul and Co. Peguambela dan Peguamcara
KNOCK! KNOCK!
“Haikal, kes yang kat Setapak tu you handle kan?” Fakhrul bertanya sebaik masuk ke ruang pejabat Haikal.
“Kes yang mana?” Haikal terkedu. Ish, aku ada kes kat Setapak? Ada ke? Mati lah Fakhrul marah aku.
“Yang waris nak tuntut hak tanah tu. takkan you dah lupa?” Fakhrul cuba mengingatkannya.
“Oh ya. Kes tu. you nak tengok ke?” Haikal baru teringat. Tu lah banyak sangat masalah sekarang ni. sampai kerja pun dah tak terurus.
“I nak tengok fail kes. Sebab tadi Encik Adam waris tanah tu ada call. Dia cakap you janji nak jumpa dia tapi you tak show up pun. Kenapa?” Fakhrul bertanya.
“I ada buat meeting dengan dia ke? Bila?” Pertanyaan Fakhrul dijawab dengan pertanyaan. Fail kes turut bertukar tangan.
“You dah janji nak jumpa dia semalam Haikal. You ni kenapa? Ada problem ke?”
“Entah la. I am sorry Fakhrul. I pun tak tahu apa dah jadi dengan I ni,”
“Look. Kalau you ada masalah you cerita kat i. kita bukan baru kenal,”
“Entah la. I ada masalah dengan roommate I la,”
“Kenapa dengan dia?” Fakhrul sudah duduk dikerusi dihadapan Haikal.
“You rasa pelik tak kalau I jatuh cinta dengan dia?” Haikal bertanya. Mukanya tampak serius.
“Are you gay Haikal?” Fakhrul sudah kehiranan.
“Oh. You tak faham,” Haikal tersengih sendiri. Boleh dia cakap aku gay? Aku punya lah kasanova.
“Okay. I open minded. I tak kisah. Come on. Tell me Carl. It’s kinda interesting right?” Fahkrul sudah tersenyum.
“So, nanti I buat appointment baru dengan Encik Adam. Okay?” Haikal cuba mengubah topic. Aduh, apasal lah mulut aku ni boleh main cakap je. Dah tak pasal pasal aku kena cop gay pulak.
“You jangan nak ubah topic Carl. Jangan malu malu lah dengan I. Come on,” Fakhrul memujuk lagi.
“Okay. I akan cerita kat you. Tapi bukan sekarang. Lunch nanti I cerita. I janji,”
“Great. Kalau macam tu. Masa lunch nanti you tell me,”
*****
...bersambung
1 comment:
OH MY COMPAQ! ohhh abang jambu.. adik tak jambu ni excited tunggu. karang kasi best2 tau.. LOVE la abang jambu punya KARYA. ngehehe.
Post a Comment