Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, December 1, 2010

Malaysia Hari Ini

Hari ni aku ada berita baik. Aku bangun pukul lapan. Tak percayakan? Aku lagi lah. Well, aku tak rancang pun nak bagun awal hari ni. tapi entah macam mana tengah aku sedap mimpi tu mak aku kejutkan aku. Aku malas sebenarnya nak bangun tapi selepas drama mengetuk pintu bilik yang bertalu-talu dan jeritan nyaring mak aku tu, maka aku hipokritkan diri bangun jugak pagi tu. Aku tak tahu motif mak aku suruh bangun pepagi tu. Oh, rupanya mak aku suruh pergi kedai beli nasik lemak dan sedikit kuih muih untuk dibuat santapan pagi. Maka aku pun pergi lah meronggeng ke kedai.
Balik dari kedai tu aku pun terus lah bersarapan sambal menonton tv. Ada rancangan Malaysia Hari Ini rupanya. Aku tak pernah tau pulak ada rancangan tu pepagi. Oh lupa, aku kan mulakan hari aku pukul 12 tengahari tiap-tiap hari. Maka tak perasan la ada MHI tu pagi pagi. So, aku pun bersarapanlah. Takkan aku nak tidur balik kan? Lagipun aku ni kalau dah bangun memang susah la nak tidur balik. So, aku ikut lah bersarapan bersama mak dan ayah aku. Entah macam mana punya malang nasib aku. Sambil sarapan tu terpaksa dengar bebelan ayah aku mengenai harga minyak ron97 naik 15sen tepat jam 12 tengah malam tadi. Walau aku tak boleh dengar ayah aku bebel tapi at least aku dapat jugak info yang harga minyak dah naik. Ha? Naik lagi? Oh dunia!!! Dah nak naik aku nak buat macam mana kan? Takkan nak buat sujud syukur kot sebagai tanda kesyukuran harga minyak naik 15sen. Tak pe lah. Aku tak heran sangat kalau harga minyak naik. Dah biasa dah mengalami situasi ini. Kalau harga minyak turun, tu aku terkejut. Beruk pun tak terkejut macam aku.
Aku ni tak boleh dengar ayah aku membebel nanti mula lah masuk bab lain. Ye lah, memula bebel pasal  harga minyak naik, pastu tak pasal-pasal cakap pasal harga makanan. Bila dah masuk bab harga makanan tu secara automatiknya dah masuk bab aku lah tu, sebab mula dia bebel cakap kurangkan makan, bla-bla-bla, gemuk, bla-bla-bla, obesity, bla-bla-bla… ceh, kerajaan ni pun satu pasal apa kau naikkan harga minyak tu? Tak pasal-pasal hilang mood makan aku sebab dengar ayah aku bebel ni. dah la, aku malas nak kondem kerajaan nanti blog aku kena banned. Tak pun paling teruk kena jadi tahanan ISA.
So, aku pekakkan telinga je sambil menonton MHI. Ada cerita menarik jugak kat MHI ni antara nya siti lancarkan produk terbaru yang diberi nama Sity Avita. Makin kaya lah kau siti… hurm… Dan ada juga cerita pasal bintang kecil. Oh, aku tak paham mak bapak zaman sekarang. Berebut-rebut mak jadikan anak penyanyi. Pelikkan? Mak bapak zaman sekarang ni, hantar anak gi kelas tarian lah. Kelas muzik lah, piano lah… semata-mata nak anak dia jadi penyanyi. Berapa ramai je yang hantar anak pergi kelas mengaji quran? Kalau hantar kelas mengaji quran paling tak pun hari-hari dia boleh sedekahkan bacaan dia kat kau bila kau mati nanti. Sejuk lah sikit kau kat dalam kubur tu.
Oh ya, cakap pasal menonton tv ni, malam tadi aku tengok lah cerita asmara. Eh, aku pernah cakap tak yang aku tak tengok drama melayu? Oh, ok lah. Aku accidently tertengok secara tidak sengaja je cerita tu. Dan dah tertengok tu maka terhabis tengok lah. Rupa-rupanya cerita tu tamat semalam. Ceh, ending dia tah pape. Cam chilake je. Menyesal je aku jadi penonton setia selama ni. eh, maksud aku accidently terjadi penonton setia secara tidak sengaja lah.
Oh ya, aku noticed sesuatu la akhir-akhir ni. drama melayu sekarang ni kebanyakkan dah guna nama lelaki untuk jadikan tajuk kan drama? Ye lah kalau dulu selalu guna nama perempuan macam cerita Natasha, Manjalara, Nigina, and semua-semua tu lah. Tapi sekarang dah lain. Diorang guna nama laki pulak. Contohnya macam drama asmara tu lah. Pastu ada ahmad durrah, habil qabil dan sekarang dah ada ayoub pulak.
Tapi walau macam mana pun diorang twist tajuk cerita tu, yang penting story line dia mesti sama je. Ye lah, cerita dia mesti yang kaya tindas yang miskin. Kalau kaya, kaya giler. Miskin pulak miskin giler. Kalau kaya tu mesti rumah giler besar macam white house, pastu siap ada kolam renang segala bagai tu. Siap ada orang gaji. Pastu kalau boleh nama watak tu mesti nak grand-grand. Datuk lah, tan sri lah, toh puan lah, datin paduka lah. Kalau ikutkan dalam alam nyata, berapa ramai je orang melayu yang macam tu?
Sebab tu aku tak tengok drama melayu. Kalau tengok pun dalam keadaan tak sedar je.

No comments: