Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Friday, November 26, 2010

Satu panggilan tidak dijawab

Assalamualaikum.
Pagi jumaat. Eh, tak pagi sangat. lebih kurang pukul 12 setengah. What? It semester break ok, bangun pukul 12 tu kira normal lah. Pergi bilik air, basuh muka, gosok gigi, buang air then sarapan pagi. Sarapan tengahari sebetulnya. After breakfast, aku masuk bilik semula, then capai phone yang ada kat atas meja tu. Ada satu pesanan ringkas dan satu panggilan tidak dijawab pada jam 9 pagi tadi. Aku tengok no yang missed call aku tu memang tak da dalam contacts aku. Hurm, biarlah. Then aku pun baca mesej tu. Pesanan ringkas yang seringkas-ringkasnya.
woi lahabau, mane ko menghilang ha?”
Ternyata pesanan ringkas dari no yang call aku tadi tapi aku tak jawab. Boleh pulak dia panggil aku lahabau. I mean, do I know you? Suka-suka hati je nak menglahabaukan aku. Siapa dia ni ni? Aku pun reply lah mesej dia tu.
tak menghilang ke mana. Ada je kat sini. Baru bangun tidur. Btw, sape ek?”
Aku tunggu kejap. Dia tak reply. Then aku ke dapur. Bukak peti ais. Ambil sebijik buah epal. Tengah aku mengunyah buah epal tu tiba-tiba bunyi ringing lagu Bruno Mars-just the way you are, dari bilik aku. Yes, that is ringtone phone aku tu. So, aku pun masuk bilik balik dan tengok. Ouh, nombor tadi rupanya. Then, aku pun pick the phone up and say, “hello?”
woi, baru bangun tidur ke?” tanpa menghello aku balik, dia terus sergah aku. Nasib baik lah lelaki. Kalau perempuan memang tak boleh buat bini lah. Dah lah suka hati je panggil aku woi.
haah. Baru bangun. Cuti kan. Sape ni?” aku terus kepada persoalan aku. Ye lah aku ni tertanya-tanya la jugak. Siapa yang giler kurang ajar ni. suara macam kenal. Tapi sape ek?
la kau tak kenal aku ke? Kau ni memang la tak ingat member?” ceh, dia buat suara touching la pulak. Aku pedulik apa kan? Dah name dia tak da dalam contacts aku. Aku terus terang je lah.
sory lah. Nombor kau tak da dalam contacts aku lah. So, memang aku tak tau sape kau ni.”
kau ni, sampai hati tak save nombor aku.” Lah pulak. Aku terus baring kat katil aku tu dan berfikir. Siapa ni? ke ada orang buat panggilan hangit kat aku ni?
aku baru tukar phone ni. so, maybe banyak nombor yang hilang la.” Baik punya alasan.
oooo…..” panjang pulak o dia. Bagitau je la kau sape. Hish!
sape ek” aku tanya lagi.
teka lah,” cis… dia ajak main teka-teki lah pulak. Aku ni malas betul nak buang masa main teka-teki ni. ni yang aku rasa nak mencarut je ni.
sape ek?” aku memang malas nak teka-teki ni. so, aku tak puas hati. Aku tanya direct lagi.
teka lah,” cis… dia still nak main teka-teki pulak. Pantang betul aku orang buat benda bukan-bukan lepas aku bangun tidur ni.
hurm… clue? Tak da clue ke? Well, semua teka teki mesti ada clue kan?” macam mana aku boleh nak ikut game dia ni pun aku tak tau lah.
kau nak clue yang macam mana?” eh, dia ni. buat-buat tak faham pulak.
ala… bagilah clue. Maksud aku, kita ni satu sekolah ke, satu matrik ke, kolej ke, asrama ke, university ke? Ada ke?
kita satu sekolah lah. Kau ni tak kan tak ingat kot. Satu kelas siap.” Ouh, budak kelas aku. Tapi siapa ek?
Napi ke?” suara macam suara Napi. Betul ke?
eh kau ni. bukan lah. Bila masa pulak budak kelas kita ada nama Napi ni?” lah salah pulak. Habis tu sape ni? hish la…
chop, chop… kita satu kelas  masa form berapa ni?” aku tanya lagi. Nak dapat kan kepastian.
form four and form five la. Kau ni. baru je lagi takkan dah nyanyuk kot.” Wah, wah, wah… aku tak komfem lagi kenal ke tak kau, kau dah panggil aku nyanyuk eh?
la… Napi kan satu kelas kita time form 4. Aku yang nyanyuk atau kau yang nyanyuk ni?” hai la… fenin la aku.
kau biar betul Aiman… mana ada Napi kelas kita.” Chop, chop. You call me what?
ermmm… I think there is something wrong here. Kita dulu sekolah kat mana?” aku dah rasa macam ada orang nak kena maki hamun dengan aku ni.
Man… Sri Andalas lah sengal. Kau ni cepat sangat nyanyuk ni pasal?” now you call me sengal pulak? Eh, dah lebih mamat ni.
Ok. Now you listen to me. I don’t even know you, I never hell school in Andalas, and the most important is, my name is not Aiman!!!
Then, orang yang bagi nama baru kat aku ni pun letak phone dia sebelum aku maki lagi kat dia.
Moral is, kalau kau tak sure dengan siapa kau bercakap just berterus-terang la. Satu lagi, tolong, tolong, tolong dan tolong lah kenalkan diri kalau call aku tu. I mean, siapa-siapa saje lah. Jangan suka hati je nak main terjah. Oh ya, jangan lupa bagi salam. One more, tok sah la nak main teka-teki dengan aku kalau nak call aku tu. Just pekenalkan diri kau je dah la. Kredit kau pun tak habis, masa aku pun tak terbuang.
p/s: siapa-siapa yang nama Aiman dan sekolah kat Sri Andalas tu sila lah contact kawan lama kau ni ha. Ntah sape la yang jual nombor aku ni kat budak tu. Dah tak pasal-pasal kena makin hamun ngan aku. Well, kesah pulak aku kalau kau kena maki pun. Kata Aiman tak kesah kan?

4 comments:

hamizah adam said...

LAWAK DOE! ahahaha. kesian budak tu. mesti malu gila sampai tak nak pegang handphone dah. AHAHAHA.

pinkguava said...

tu la pasal... hahaha.. suara sebijik macam suara hanafi.. tak pernah pulak napi tu contact aku.. keh33

Anonymous said...

ali,aku siap bayangkan care kau ckp.haha

pinkguava said...

aku pun tak boleh imagine aku cakap cam ne?? dia boleh ajak main teka-teki plak tu.. hai la....