you are the apple of my eyes |
Bila ada seorang mamat ni buat jejak kasih dengan salah orang, aku noticed yang teknologi ni memang menyusahkan jugak kekadang. Ye, teknologi ni memang kekadang tu menyusahkan.
nobody wanna hug me? |
Kita ambil contoh mudah. Telefon. Ya telefon. Teknologi semakin canggih. Dari sebuah rumah ada sebuah telefon. Kini semua individu sudah ada telefon. In fact aku tak terkejut kalau budak darjah satu dah ada PDA. Tak percaya tanya khairul hazman. Adik dia yang darjah dua tu merengek-rengek mintak nokia c3 kat bapak dia. Apa kes ntah budak sekolah nak pakai telefon mahal-mahal. Dah start nak belajar jadi kasanova la tu. Ish, budak kecik ni pun. Mana lah belajar benda-benda macam tu. Mesti pengaruh playboy abang dia lah tu. Keh-keh-keh… aku jamin kalau bapak kau bagi nokia c3 tu kat adik kau, mesti kau berhempas pulas nak mintak tukar dengan kau punya express music tu kan?
cute technology |
Dah dah… kita tinggalkan khairul hazwan dengan adiknya dan PDA beliau. Aku nak cerita pasal apa tadi eh? Ha... teknologi. Betul tak teknologi tu menyusahkan? Betul, kalau tak menyusahkan senang-senang je pak cik leman bapak si khai ni bagi nokia c3 tu kat budak mengada-ngada darjah dua tu. Selamat lah pak cik tu berfikiran luas dan mempunyai anjakan paradigma yang bagus. Kalau tak sudah lama si khai ni melopong tengok adik di dapat nokia c3. Eh, aku rasa aku nak tinggalkan je kisah si khai ni. tak pe, since entri aku hari ni ada kena mengena dengan telefon, so aku masukkan lah kisah keluarga kau. Kau tak kisah kan? Kau jugak nak suruh aku buat entri pasal kau. Sekarang ni aku dah buat kau baca lah. Kau jugak boleh print dan tampal kat dalam bilik adik kau yang berlagak dah akil baligh tu. Keh-keh-keh.
jealousy |
So, telefon ni walau ada kebaikannya tapi ada jugak keburukkannya. Kita ambil contoh yang berlaku kat aku baru-baru ni. alah, insiden aku mendapat nama baru tu. Ha, yang ada budak buat jejak kasih sambil ajak aku main teka-teki tu lah. Ha… yang tu lah. Kau tak rasa menyusahkan ke nak kena layan stranger yang call kau? Ok, telefon tu tak menyusahkan Cuma orang je yang menyalahgunakan menjadikan ianya susah. Telefon tu dicipta untuk memudahkan kita berkomunikasi dalam jarak jauh. Bukan nak layan orang-orang yang “hai nak kawan ngan awak boleh?” aku pelik lah.
Aku ingat lagi masa form five, entah siapa entah yang tetiba hantar sms kat aku cakap nak berkenalan. Pastu bila tanya sape nama tak nak cakap. Bila aku call, rupanya lelaki. Oh pelislah… so, tolonglah guna kemudahan tu dengan betul ok. Jangan lah nak salah gunakan telefon tu. Nanti tak pasal-pasal kena tengking pulak. Ye lah, siapa tak marah kalau call orang ajak main teka-teki rupanya salah orang. Oh, kita kembali kepada kisah khairul hazwan, adiknya dan PDA beliau. Aku rasa pak cik leman ni dah buat keputusan yang bijak bila membuat keputusan untuk tidak mengikut kehendak anak beliau yang berlagak mahu jadi dewasa ni. aku tak dapat bayang kan kalau bapak dia ikutkan kemahuan budak darjah dua ni. alamatnya dia hantar sms “hai boleh berkenalan” kat awek-awek si khairul hazwan ni lah. Keh-keh-keh.
bole bekenalan? |
Oh ya, aku ada satu permintaan kat sini sebenarnya. Pasal fesbuk. Pada sape-sape yang buat bisnes tu aku rasa kau tak payah lah nak tagged aku macam-macam tu. Aku dah rimas lah dengan gambar selendang lah, baju raya la, seluar dalam lah, tuala wanita la dan bla bla bla tu semua. Plis lah. Aku tak baca pun kaorang semua promosi tu. Apa jadahnya kau nak jual selendang kat aku? Pernah nampak aku pakai selendang ke? Stop it ok. Rimas!
Dan satu lagi. Sape-sape yang minat main game tu, tak payah lah nak request aku dengan geme-game tu semua? FYI, aku tak main pun game-game tu semua. Farmville punya level satu pun aku tak lepas lagi kau dah request kat aku mafia war lah, Camelot la, and bla-bla-bla tu semua. So, pelis ya, jangan tagged kat aku. Aku perasaan something yang banyak request kat aku tu Khairul Hazwan tu lah. Apa hal kau nak request kat aku semua game tu? Kau pernah nampak aku main ke? Cis!!!
lappy |
Khairul Hazwan: Dengar citer adik kau mintak laptop kat pak cik leman lepas nampak kau main counter strike? Apa kes? Keh keh keh…
2 comments:
kau kutuk adik aku eh.. hahahaha.. nasib baik dia tak mintak iphone4 tau.. keh3
hahahaha... dude, memang nasib kau lah...
Post a Comment