Horrible Bosses aku kira sebuah filem komedi gelap yang slaptick tapi menghiburkan. aku menontonnya secara online untuk menjimatkan wang menontonnya di pawagam. jimat sikit duit, walau agak membazir masa untuk menunggu ia buffering itu. tapi secara keseluruhan filem ini berjaya mengelek hati aku. terkekeh kekeh juga la gelak walaupun tanpa sari kata. oh, aku realize something sebenarnya aku lebih mudah faham english bila aku tidak membaca sari kata. dan sebenarnya bila sebuah cerita lawak Bahasa Inggeris di bahasa melayukan lawaknya lagi sukar untuk kita fahami.
okay lah. fast forward.
Horrible Bosses mengisahkan tiga sahabat yang bengang gila dengan bos masing masing. Nick seorang pekerja disebuah syarikat kewangan terlalu bengang dengan bos dia bila bos dia menjanjikan dia akan dinaikkan pangkat jika dia buat apa yang dia suruh. tapi rupanya tidak. bosnya hanya bermain dengan psychologynya agar dia membuat apa yang disuruh sahaja.
"I get to work before the sun comes up and I leave long after it's gone down. I haven't had sex in six months with someone other than myself. And the only thing in my refrigerator is an old lime. Could be a kiwi, no way to tell. But here's the thing, this is just temporary" - Nick Hendricks
Dale pula seorang pembantu perubatan di sebuah klinik gigi terpaksa berdepan dengan bosnya Dr Julia Harris iaitu seorang doktor gigi yang gila seks dan sering mengajaknya melakukan seks. Dr Julia melakukan apa sahaja tetapi Dale pula telah bertunang dan tidak sanggup menduakan tunangnya.
"Unfortunately, no one's gonna pay you to be a husband, unless you marry Oprah. So, I had to find a job. Now, I always admired dentists. They're smart, they're capable, they keep your teeth healthy. So I went out and I became one" - Dale Arbus
Jack pula suka bekerja dengan bosnya sehinggalah bos dia mati akibat serangan jantung dan anak bosnya yang menggantikan bos nya. dia terpaksa berdepan dengan bos barunya yang terlalu ketagihan dadah dan suka memecat sesiapa yang dia suka.
"And if the worst thing about this job is having to tolerate my bosses 'dipshit cockhead son', well it's a small price to pay" - Kurt Buckman
dan mereka bertiga akhirnya berpakat nak bunuh bos bos mereka. diorang pun mengupah seorang pembunuh upahan iaitu 'Motherfucker' Jones. tetapi rupanya Jones pun tidak sanggup melakukan pembunuhan. dan Jones telah bertindak sebagai consultant mereka bagaimana nak bunuh bos bos diorang tu. masa diorang nak lakukan pembunuhan tu la lawak gila. seriously, menangis nangis aku gelak.
baiklah, disini aku senarikan 5 sebab kenapa kau perlu tonton Horrible Bosses
1) Jennifer Aniston yang pegang watak Dr Julia Harris tu memang hot gila. kau lebih baik jangan tengok cerita ni masa siang dibulan puasa jika mahu puasa kau selamat. kau barangkali akan berereksi bila melihat cara Jeniffer Aniston menggoda Charlie Day.
2) Kau mungkin akan rasa situasi yang dipaparkan tu memang kena dengan kau. lebih lebih lagi scene Nick dengan bos dia iaitu Kevin Spacey. watak bos yang dibawa Kevin Spacey memang kena dengan bos zaman sekarang. memang berbulu lah. sakit hati.
3) Kau akan tengok betapa tidak kacak dan menariknya Collin Farrell dalam filem ini. sedikit buncit dan botak tengah. aku hampir tak kenal pun tu dia. i mean, betul ke tu Collin Farrell?
4) Kau akan tergelak berdekah dekah bila diorang cuba nak bunuh bos bos diorang tu. dan bila bos Kurt betul betul mati sebab kena tembak dengan bos Nick mula lah diorang gabra sebab diorang yang kena tuduh bunuh Bobby tu.
5) Korang mesti akan menyampah gila dengan Kevin Spacey. kau akan terdetik kat hati kau. "cis, macam bos aku lah sial". dan memang kau akan rasa nak bunuh bos kau lepas tu.
ha... apa lagi? pergi la book tiket. tapi bagi lelaki make sure kau tengok lepas berbuka. takut pulak nanti kau seluk tangan dalam poket bila scene Jennifer Aniston tu. oh ya, kalau tanak membazir duit, tengok lah secara atas talian macam aku ni.
"the key to success is taking shit," - Nick Hendricks
.
1 comment:
nice review...kelakar tu memang kelakar....tapi cam kurang syok sikit tengok cite ni, maybe sebab dah tengok cite lain yang lagi kelakar...haha...
Post a Comment