cuti yang panjang ni aku telah menonton banyak filem. disini aku nak review sikit la semua movie yang aku tonton. aku tak larat nak taip banyak banyak dengan membuat banyak entri. maka kat sini aku buat la secara review secara pukal.
1) Bad Teacher
cerita ni memang kelakar la. aku tak tahu la bagi korang macam mana. best sangat. mungkin aku terlalu bias dalam memberi komen untuk filem ini sebab aku peminat setia Justin Timberlake. tapi korang tengok dulu than korang judge. oh ya, selain JT, Jason Segel yang berlakon HIMYM tu pun ada dalan cerita ni.
2) Harry Potter and the Deathly Hollow (P2)
ni cerita aku tengok kat panggung. tapi tak mampu la nak sewa spek 3d tu kan. tengok yang biasa biasa je. aku memang peminat setia siri HP ni. cuma yang Deathly Hollow part 1 dulu aku tak tengok. ini telah menyebabkan aku sedikit konfius masa part 2 ni. sape ada yang part 1 tu bagi aku eh. aku masih blur ni.
p/s: suka dengar Daniel Radcllife cakap. British accent dia memang buat dia makin kiut.
3) Sekali Lagi
siapa cakap aku ak reti tengok cerita melayu. cerita ni aku layan jugak. agak sedih. mungkin aku suka tengok cerita ni sebab ada Mia Sara tu kot. dan Shaheizy Sam... teeheee... they are soooooooooooooo... adorable. sangat comel bila SS cakap macam budak kecik. dan bila dia panggil Lisa tu aunty aku rasa macam, "ouh, Shaheizy Sam, come to papa," heh? oh, ya aku tengok via utube je. tak payah nak langgan astro first ke segala bagai tu.
4) KL Gangster
ni pun aku tengok kat utube je. dan aku rasa selamat aku tengok kat utube je dan tidak ghairah mahu melihatnya di pawagam. kerana aku rasa cerita dia ni tak berapa menarik la. mungkin aku tak minat cerita bergenre aksi ni kot. maksud aku cerita aksi yang buatatn malaysia punya. tapi tak juga. sebab filem kongsi best je aku layan. oh, aku dah tau, mungki aku tak minat filem yang pengarah nya gatal nak berlakon jugak tapi berlakon macam kayu. kesimpulannya, Shahsul Yusof meyebabkan aku tak berapa minat filem ini.
5) Splash
ha... kau tengok poster cerita ni pun kau dah tau yang ni cerita lama. 1984 punya cerita. umur aku pun masa tu negatif 6 tahun. tak lahir lagi. tapi cerita ni memang best. pasal seekor ikan duyung yang nak cari cinta sejati. dan agak lawak sebenarnya tengok Tom Hanks masa muda. lain gila. cerita ni pun aku tengok via utube.
6) Karak
secara peribadi aku cakap, cerita ni tak seram mana pun. aku tengok sorang sorang masa malam pulak tu. tak de aku tutup tutup muka. entah la, mungkin sebab aku tak paham sangat kot cerita ni. cerita ni nampak obvious sangat dia punya cgi tu. dah nampak tak real. tapi okay lah sebab aku tengok pun secara percuma kat utube. cuma sedikit bengang la, punya lah penat nak tunggu bufferring, tapi tak paham pun ceritanya.
ha... tu je la cerita yang aku tengok... kalau kamu ada cerita yang menarik yang harus ditonton bagitau aku ya. au memang tengah boring gila ni.
oh ya, selamat berpuasa ya... dan tolong jangan tag baju raya atau kuih raya pada wall aku. err... aku tak berapa minat la. okay bye!
.
1 comment:
Aku ada HP7 Part 1... In hd lagi. Hahaha...
Post a Comment