Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, March 23, 2011

bimbo yang suka mesej pakwe time pakwe dia bawak kereta tu sebenarnya nak jadi janda sebelum masanya

hipotesis: jangan berkapel dengan perempuan yang suka menaip. 

perempuan suka menaip yang aku maksudkan itu bukan kerani. memang tugas hakiki seorang kerani ialah menaip. tapi apa yang aku maksudkan disini ialah perempuan yang suka menaip mesej.

A: pakwe saya ada kereta viva
B: owh. patut lah dia suka mesej awak time dia drive. that is so, "viva forever*" kan?

*****

jalan memang jammed teruk. aku maki hamun. bodoh! bangang! dah lah jalan turap  tak betul. pastu motor ni nak selit selit pula. aku maki hamun lagi. tapi dalam hati jelah. 
saya memang tak reti menyuarakan pendapat dengan suara luar dari hati

saya selalu berebut. nak balik cepat.
kalaulah saya bersabar.
maafkan saya mak.
*ciss... apasal kepala aku boleh terfikir pasal iklan klasik ni? duhh...

aku pandang sahabat aku yang tengah drive kat tempat duduk driver. 
memang lah dia duduk kat tempat duduk driver dah nama pun dia yang drive. saya ni bodoh juga sekali sekala.

dia tampak tenang sambil tangannya menekat punat punat telefon tangannya yang sentiasa tersepit ditangn kirinya sementara tangannya yang lagi satu mengawal stereng. ceh, aku yang tak drive ni pun boleh bengang dengan keadaan trafik yang tak menentu ni, dia boleh pulak text dengan awek dia tu. hampeh. sangat hampeh. aku maki lagi. but again, dalam hati jelah.
dah la jalan jammed dia boleh nak main mesej mesej dengan awek dia pulak. memang menepati slogan "ingatlah orang yang tersayang" betul lah sahabat saya seorang ni. sampai time bawak kereta pun still mahu bertanya khabar, berintan payung, bersayang sayang ke?

aku seboleh nya cuba menoleh apa yang dimesejkan oleh sahabat aku ni. dan ya, dia sebolehnya mengelak. tak mengapa. aku tak mengalah. gigih! dan tika telefon tangan dia berbunyi aku sepantas kilat menoleh kearahnya. dan dapatlah aku membaca apa yang ditaip oleh awek sahabat aku ni. kurang lebih macam ni lah yang dia taip,

"abang ni drive carefullylah ek. jangan bawak laju laju"

tang bawak laju laju tu memang aku setuju seratus percent sebab sahabat aku ni memang tak boleh bawak laju didalam keadaan trafik yang cam sengal ni. tapi tang "drive carefully" tu aku sedikit curiga.

kenapa kau perlu mesej balak kau suruh dia drive carefully sedangkan kau tengah menyebabkan dia tak boleh drive carefully? i dont know why. tapi kalau kau rasa menaip mesej sambil membawa kereta tu sesuatu perkara yang disifatkan sebagai drive carefully, mungkin aku boleh terima. tapi aku rasa kat malaysia ni tidak tercipta lagi undang undang sebegitu. mungkin kau bukan orang malaysia dan mungkin kau orang dari planer namiq barangkali. 

kalau balak kau hilang tumpu masa memandu macam mana? lepas tu terbabas ke? dan lepas tu... adehh... aku malas cakaplah. kau memang carik nahas nak jadik janda sebelum waktunya lah tu.

duhh... 

***** 

hipotesis: jangan berkapel dengan perempuan yang suka menaip.

hipotesis berjaya!!!

*viva forever = selamat tinggal selamanya


good driver just drive. ingatlah insan tersayang.

No comments: