26 march 2011
*****
saya bangun awal hari ini. terus capai remote controller tv.
dari tv1 saya tekan pulak punat tv3. ceh cerita sama. asyik asyik cerita datuk tu rogol orang gaji lah, datuk ni sewa pelacur la, datin ni buat video lucah lah, datuk ni liwat datuk tu lah, datuk t, u, v, w lah. semua cerita sama. ciss. saya bermonolog didalam hati. saya blah dari tempat kejadian. masuk bilik dan on laptop. buka facebook. ala... cerita lama lagi. asyik asyik pasal budak nak bunuh diri kat kbmall tu. bosan. saya tutup laptop. baring. nak tidur semula. kipas saya pasang nombor tiga. comforter saya tarik sampai dada. wah, nyaman. nikmatnya hari sabtu. saya bisik dalam hati.
*****
saya tak tahu kenapa. tiba tiba saya terjaga. eh, silap. saya tak tahu kenapa, tiba tiba saya rasa panas, yang menyebabkan saya terjaga. eh, kenapa ni? saya celikkan bijik mata. eh, kenapa kipas tu tertutup. saya musykil. kepala saya mula memikirkan mengenai cerita 'hantu jamu gendong' yang saya tonton beberapa hari lepas. cis, siang siang pun nak takut kenapa? be a man ali. saya beri kata kata peransang dalam hati. ya, dalam hati sahaja.
akhirnya saya beranikan diri. pergi kearah kipas. suisnya on, tapi kenapa kipas tidak berfungsi. saya mula terbayang babak babak dalam filem 'hantu jamu gendong' yang saya tonton hari itu. saya ketuk ketuk kipas tersebut. masih tidak berfungsi. aduh, kenapa? ha!!! tiba tiba otak geliga saya keluar idea. saya pantas keluar dari bilik dan terus ke suis utama. ciss, patutlah. suis utama ditutup. tapi siapa yang tutup? hantu jamu gendong kah?
"eh, jangan buka. tak sampai pukul 930 lagi lah," tiba tiba satu suara kedengaran dibelakang saya. saya toleh. mintak mintak bukan hantu jamu gendong. saya beristigfar. ya, bukan hantu jamu gendong rupanya. rakan serumah saya rupanya. saya besyukur kerana jodoh saya dengan hantu jamu gendong tidak kesampaian.
"kenapa tak boleh bukak? kenapa kena tunggu pukul 930?" saya tanya rakan serumah saya balik.
"lah... kan earth hour dari 830 sampai 930. kau ni tu pun tak tahu ke?" rakan serumah saya mula berlagak yang dia encik serba-tahu. dia mula eksyen yang dia memang sayangkan bumi seperti Kan Ros yang menguar uarkan teknologi hijau itu.
"memang aku tak tahu. tapi yang aku tahu earth hour dari pukul 830 malam sampai 930 malam. bukan pagi," saya hampir maki hamun dalam hati.
dan rakan saya beredar dari tempat kejadian tanpa muka bersalah. malu dia dibuatnya.
*****
"...mari lah kita sama sama menutup lampu malam ini dari pukul 830 sehingga 930 agar kita dapat mengelakkan climate change dan menyokong green teknologi...." Kak Rose the first lady.
No comments:
Post a Comment