Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Friday, March 18, 2011

kacak luar kacak dalam



first time aku dengar lagu senyum ni aku ingat ni lagu tak senonoh. ye lah sebab aku dengar lagu ni macam... well, kau tau kan

"kocak luar, kocak dalam,"



ROFLLMAO!!!



oh shit. lame giler kan aku. dont get me wrong, bukan salah aku, tapi lagu tu la yang salah. yang nak berkocak kocak tu apahal?

yang aku sibuk nak cerita pasal kocak ni apahal? malu saya dibuatnya (mirnawan nawawi, Polident)

aku nak cerita pasal kacak. kau tau kacak... ala... kacak tu macam... err... macam...
macam aku lah. lagi mahu tanya?

okay okay. aku mengaku. aku tak sekacak mana. malah tak kacak langsung pun. malah kalau kau terserempak dengan Jonhny Depp kau tak akan menegur dia dengan ayat ini, "muka awak macam muka Ali lah,". takkan. dan tidak akan sama sekali.

okey Johny Depp, straight to the point. eh, i mean, Ali. straight to the point Ali. jangan nak kona kona lah. 

okay okay. maka sekarang aku nak cerita pasal kacak. well, ini bukan cerita aku jumpa lelaki kacak yang macam Aaron Aziz kat Maybank beberapa bulan yang lalu. ni kisah bagaimana lelaki yang tak hensem langsung boleh kelihatan kacak. haah kan? macam mana muka dah tak hensem tapi masih mahu kelihatan kacak? well, lelaki lelaki yang kurang kacak diluar sana jangan risau. aku ada tips yang mungkin akan membantu.

satu: sentiasa pakai spek itam




kajian yang dibuat menunjukkan lelaki yang memakai spek itam akan lebih kelihatan kacak. aku tak tahu tapi memang orang cakap macam tu. adakah kekacakkan seseorang itu terlihat dari matanya? maka jika mata tak cantik tak kacak lah orang tu? err... mungkin jugak kot. so, untuk tidak menunjukkan ketidakkacakkan itu yang disebabkan oleh mata itu maka relevanlah. sila jangan pakai spek itam yang menampakkan anda seperti cacat penglihatan pula. ray ban adalah cadangan yang bernas. tapi silalah jangan pakai spek itam didalam panggung wayang, mall, mahupun di kelab malam. kalau kau pakai spek itam dikawasan yang sebegitu dan sewaktu dengannya maka ia telah menunjukkan kebodohan kau yang amat ketara.

"tapi kau kata kena sentiasa pakai spek itam?" 

okay fine. aku silap. abaikan the word 'sentiasa' tu.

dua: sila berlagak macho





ini adalah tips yang yang digabungkan dengan tips nombor satu. ya, dengan memakai spek itam anda akan secara automatik akan kelihatan macho. tapi sebenarnya ada banyak lagi cara mahu menunjukkan kemachoan anda. contohnya dengan menaikkan kolar baju semasa berkegar legar di mall, menunjukkan kepala tali pinggang anda, juga mungkin anda boleh berlagak macho dengan melepak di starbuck sambil bukak facebook. atau pun mungkin anda boleh berlagak macho dengan memandu kereta yang bersifat sporty.bila lelaki memandu kereta yang sporty dia secara automatik akan kelihatan macho. bayangkan bila seorang lelaki memandu kereta Mitsubishi. damn hot yaww! aku pon bisa jatuh cinta. erkk...?

tiga: berkawan dengan lelaki yang kacak





dengan berbekalkan hipotesis "semakin ramai rakan kamu yang kacak maka kamu akan melihatan kacak juga", aku percaya kau akan kelihatan kacak. maka silalah berkawan dengan aku. nescaya kau akan kelihatan kacak. eh, add la aku as friend. jika perempuan tengok dalam akaun fesbuk kamu yang kawan kawan kau semuanya kacak kacak maka pasti dia akan beranggapan yang kamu kacak juga. tapi kamu perlulah letak gambar yang kacak. eh tapi kau kan tak kacak macam mana nak letak gambar yang kacak? oh ya, letak la gambar kamu pakai spek itam.

bernas kan idea aku? kan? kan?

kan??

empat: gayakan dengan baju sweater atau vest






mungkin dengan mengenakan vest dan sweater anda dapat menyorokkan perut buncit anda. dan ya, perut buncit merupakan salah satu perkara yang menjadikan anda tidak kacak. maka dengan mengenakkan vest atau sweater maka kau akan nampak lebih kacak dan hensem. eh, tapi jangan pulak tengah panas terik kau pakai sweater pulak. kau mungkin boleh aplikasikan sweater itu dengan benda lain, kardigan barangkali? oh ya, aku sebagai lelaki tanpa segan silu akan memuji seorang lelaki itu kacak kalau dia mengenakkan kardigan. i mean apa hal nak puji lelaki kan? gay ke apa? jangan salah paham aku bukan gay. lesbian jauh sekali. seorang lelaki tidak akan boleh menjadi lesbian walau dia mencuba sedaya upaya. betul. ini serius! (ming ming, wonderpets)

eh. apahal aku ni tetiba cakap pasal isu homophobic ni?

adehh!!

lima: tunjukkan tubuh sasa anda






ha? apa lagi? masa inilah anda mau menayangkan tubuh sasa anda yang sexy itu. kajian menunjukkan 90 peratus kuman bukan datang dari gigi  dengan menayangkan aset anda yang berbadan sasa itu anda akan kelihatan jauh lebih kacak. ini terbukti benar karana perempuan memang meminati lelaki yang bertubuh sasa. tak percaya sila tanya Ali. tubuhnya yang tidak sasa membuatkan dia tidak ada awek sampai sekarang. eh,siapa Ali tu? sibuk je nak inter frame dalam ini entry.

ha. tu je lah yang aku boleh kongsikan cara cara mahu kelihatan kacak. atau kau ada idea lain? ayuh mari kongsikan bersama.


picture: curik kat google dan facebook. terima kaseyyy !!!


No comments: