Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Saturday, April 30, 2011

ahli politik pun dah jadi macam budak budak yang main aci kejar

dulu time kecik kecik saya selalu main aci kejar. kamu pernah main aci kejar? ala yang main lari lari tu pastu sapa yang kejar tu kena cuit mana mana orang yang dikejar dan orang yang kena cuit tu kena kejar pulak orang lain. pernah main tak? mesti pernah kan? melainkan kamu merupakan kanak kanak yang lahir dizaman facebook dan Playstation, maka saya percaya kamu tak pernah main aci kejar.

saya teringat pengalaman saya bermain aci kejar masa kecik kecik dulu. saya selalu main kejar kejar dengan kawan saya. biar kita namakan nama kawan saya tu sebangai anwar dan eskay. oh, sudah semestinya nama kawan saya tu bukan nama sebenarnya. 

masa main aci kejar tu eskay kena jadi tukang kejar. saya dan anwar pun berlari lah bila kena kejar dengan eskay. dan kami pun berkejaran lah dengan riang ria nya. dan tiba tiba...

"weiyh, anwar jadi weyh. aku dah cuit dia tadi," tiba tiba eskay menjerit. saya terus berhenti berlari.

"mana ada. aku tak rasa pun kau cuit aku," anwar menafikannya.

"betul. aku dah cuit kau lah,"

"aku tak rasa pun," dan anwar masih menafikannya. keadaan jadi semakin tegang. mereka macam dah nak bergaduh. 

"sumpah aku dah cuit kau tadi," dan eskay mula bersumpah.

-TAMAT-


sumpah cerita diatas bukan cerita betul. tapi saya berani bersumpah saya pernah main aci kejar time kecik kecik dulu. 

No comments: