Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Tuesday, May 3, 2011

tamat penggal ke empat

eh. belum. belum tamat lagi. sekarang saya masih bergelut dengan kertas kertas yang bakal menentukan masa depan saya. baru saya tau betapa penatnya belajar.

fuhh... memang penat.

mana taknya. masa belajar ni lah kena kejar dengan deadline, kena buat assignment. fuhh... sangat penat. sangat penat tu maksud saya memang sangat penat!

okay. kalau nak cerita pasal penat belajar ni memang takkan habis. 

so, kurang dari semingu je lagi maka penggal ke empat akan tamat. maka kita akan berjumpa lagi dipenggal kelima.

"eh. apa pulak? kita jumpa lagi la masa intersesi," 

mungkin tak. err... maksud saya kita TAKKAN berjumpa masa intersesi. 

"kenapa?"

sebab saya takkan buat intersesi. 

"kenapa?"

eh. kau jangan banyak tanya boleh tak? 

okay. saya dah lama fikirkan. saya takkan buat intersesi. maka sebab itu kita takkan jumpa masa intersesi ni. mungkin kita hanya akan berjumpa semasa penggal kelima nanti. itu pun mungkin. ya, mungkin. kalau dipanjangkan usia kita akan ketemu lagi. mungkin ramai yang tertanya tanya sebab apa saya tak nak buat intersesi. apa, kamu ingat saya tak ada duit ke nak bayar yuran intersesi ke? 

maaf. saya tak ada jawapan untuk itu. err... maksud saya saya tak ada jawapan yang tepat untuk itu. tapi lebih senang saya nak cakapkan begini lah, masa intersesi tu tidak berapa sesuai bagi saya. maksud saya kalau tarikh intersesi tu dibuat pada masa lain mungkin saya boleh menyertainya. mungkin. 

jadi saya akan terus bercuti selama empat bulan dirumah. eh, maaf. mungkin bukan bercuti barangkali. saya perlu bertemu dengan ramai manusia dan pergi ke banyak tempat semasa tempoh empat bulan itu. dan saya memang akan benar benar sibuk sepanjang tempoh itu. mungkin untuk menge'poke' kamu difacebook pun tidak punya masa. dan mungkin kalau kamu telefon saya pada ketika itu pun hanya akan dimasukkan kedalam voice mail sahaja. itu menunjukkan saya benar benar sibuk. kesibukan itu lah yang membataskan saya dari menyertai program intersesi tersebut. 

oh. itu sahaja setakat ini. oh ya... saya teringin nak lepak tepi pantai lagi bersama kalian seperti dulu dulu. pasni indah bukan?

walau pun saya nampak gemuk tapi gambar ni je yang seperti semua orang ada.

ah.. saya terlalu mudah tersentuh.

itu sahaja. less than three <3



when i call it personal problem, it is really mean personal.
no more sharing is caring.  

1 comment:

ckent said...

alamak..sedeyyhhhhh baca entry ni..