"arggghhhh!!!"
tetiba kawan aku yang tengah buat latihan apa-entah-tu menjerit. apasal?
"apasal?" aku tanya dia.
"aku tertekan lah. stress. aduhh..."
memang. memang semua orang tertekan sekarang ni. biasalah dah nak dekat exam ni semua orang tertekan. semua orang stress. nak study for final. dengan kuiz dan test yang menimbum. dengan presentation yang masih belum selesai. aduh. aku turut tertekan sekali.
betul aku pun turut tertekan sekali. tapi ada suatu perkara yang membuatkan aku bertambah tertekan.
****
tiba tiba telefon aku bergetar. ya, aku lebih suka guna perkataan bergetar sebab hanfon aku memang sentiasa berada dalam silent mode yang vibrate. ada orang call. oh seorang teman yang berada di selatan tanah air. nama dia Adibah. ya, semestinya nama sebenar. dia call aku. dan tiba saat aku nak pick up fon tu dia letak balik. eh, kenapa? hati nurani ku tertanya tanya. maka aku text dia.
"asal?"
lepas 30 saat dia reply
"aku tertekan..."
oh. aku kesian. dia memang selalu tertekan. ya lah. mana taknya. dia memang selalu ada masalah. dengan parentsnya, dengan kekasih hati, dengan kekasih hati ke2, dengan kekasih hati ke3, dengan tugasan, dengan assignment, dengan kuiz, dengan test lagi, dengan masalah kewangan. aduh. macam macam lagi lah masalah dia. kalau aku, aku pun tertekan. stress tau tak? aku kesian. pasti saat ini dia perlukan seseorang disisinya lalu cuba menghubungi aku untuk meminta pendapat atau dorongan. aku pasti tidak mahu membiarkan sahabatku keseorangan tatkala dilanda masalah. aku mahu dikenali sebagai rakan yang sentiasa mengambil berat kebajikan sahabatnya. haaaa... baikkan aku? lalu aku pun cuba menghubunginya semula. naluri ambil tahu sebagai seorang rakan itu melonjakkan lonjak dalam diriku. dan tidak sampai seminit aku menunggu, maka panggilan ku disambut.
"babe, kenapa ni?" suara beriak risau seorang rakan aku suarakan padanya.
"sorilah kacau kau. aku tertekan la,"
"aku tak kisah lah. tak kacau pun. kenapa ni. cuba cerita kat aku," masih risau.
dia diam. adalah dalam 15saat. mungkin mahu memikirkan samada dia patut atau tidak menceritakkan masalahnya.
"cerita je. maybe aku boleh tolong. semua orang tak lari dari masalah," aku cuba memujuk. mahu dikenali sebagai seorang yang caring. ya, itu matlamat aku.
"errr... aku tak da masalah la. aku tertekan je tadi. terdail nombor kau la,"
aku pulak terdiam. dan sekarang aku pulak yang tertekan.
*****
fakta:
1) tertekan = stress
2) tertekan = terdail nombor dengan tidak sengaja.
No comments:
Post a Comment