Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Sunday, May 8, 2011

aku tak merajuk. cuma turn off saja

sejak dua menjak ni semua orang cakap aku sensitif dan mudah merajuk. hello... aku bukan merajuk okay tapi turn off. turn off dan merajuk itu berbeza. tak sama. okeh?

***** 
merajuk tu contohnya bila kau jumpa kawan kau dan tiba tiba dia cakap, 

"weyh. tadi aku tengok cerita anu dalam botol,"

dan kau pun macam,

"kau tengok cerita tu? tak ajak aku pun. kan aku dah cakap aku nak tengok cerita tu..."

dan kau mula tarik muka. senang kata merajuk tu adalah gabungan rasa marah, sedih dan sedikit mengada ngada.

tapi turn off tu macam, bila kau dan siap awal awal nak pergi jawab exam tiba tiba kawan yang kau selalu tumpang naik kereta dia pergi kelas tu cakap dia tak bawak kereta dia hari tu. dan kau pun mula rasa tak sedap hati dan rasa malas nak jawab exam. rasa tak ada mood kau tau? 


okeh fine... telling me now, aku ni terlalu menyusahkan orang ke? 

No comments: