Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
Showing posts with label cerpen panjang. Show all posts
Showing posts with label cerpen panjang. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

SOULMATE (finale)




Kinnetic Advertising

Mug bewarna merah hati itu dicapainya. Nescafe disebelah kanan diambil beberapa sudu kecil dan diletakkan didalam mug tersebut. Creamer turut diletakkan beberapa sudu. Air panas didalam termos dituangnya separa penuh. Kemudian mug itu dikacaunya beberapa kali. Kemudian dihirupnya Nescafe panas itu sekali. Perfect!

“Lepas tu?” suara Shima dari pintu pantry menyebabkan dia hampir terperanjat.

“Lepas tu apa?” Lily terpinga.

“Ye lah? lepas tu dia buat apa lepas dia ketuk pintu bilik kau pukul dua pagi tu?”

“Ha… tu yang aku pelik tu. Dia cakap dia mintak maaf. Lepas tu dia cakap dia cintakan aku,”

“What?” Shima bertanya separuh menjerit.

“He said, he love me,” yang aku nak kena bagi sari kata ni dah kenapa pulak.

“Dan kau buat apa?” Shima makin excited.

“Aku tak tahu. Pukul dua pagi kot. Entah entah masa tu aku tengah mimpi. Yang aku sedar sedar je aku bangun dia dah ada sebelah aku,”

“You slept with him?” terbeliak mata Shima bila Lily menyatakanya. Terperanjat sangat barangkali.

“Yes I am. Bukan aku tak pernah tidur dengan dia pun,” Lily buat pengakuan jujur.

“So, dia macam mana?” Shima bertanya sambil terseyum sinis.

“Macam mana apa?” soalan Shima dijawab dengan soalan.

“Well… you know. His performance,” senyuman nakal masih tidak lekang dari bibir Shima.

“Kau cakap bahasa yang aku faham boleh tak? Performance apa ni?” dan Lily masih terpinga pinga. Performance apa pula Shima ni? ingat ni Anugerah Juara lagu ke nak perform perform ni?

“Ala kau ni. Buat buat tak tahu pulak. Takkan kau tidur bodoh je dengan dia. Maksud aku sex performance dia lah,” Shima berterus terang. Kalau tak faham lagi tak tahu lah.

“Kau jangan merepek boleh tak,” ish… simpang malaikat 44.

“Ala kau ni benda tu pun nak sorok dari aku. malu konon,” Shima galak mengejek Lily.

“Well, aku tak ready la dengan benda benda macam ni. I mean… sex ni,”

“Kau tak ready? Its sex Lily. Bukannya derma darah yang kau nak kena fikir dua tiga kali.” Shima dah macam orang sastera pula mahu bermetafora.

“Yang kau ni cakap macam kau pernah pula kan?”

“Kau lain. Aku tak kahwin lagi,”

“Siapa yang nak kahwin?” suara garau beriak serius itu tiba tiba kedengaran dari pintu pantry.

“Eh… Encik Taufiq, awal sampai hari ni? Encik Taufiq nak kopi?” pantas Shima mempelawa. Boleh pulak muncul pak cik ni kat sini. Biasa tak pernah nak datang pantry.

“Tak pelik la saya datang awal. Awak yang datang awal ni yang saya pelik,” sindir Encik Taufik.

“Err… Encik nak kopi? Nescafe?” kali ini Lily pula yang bertanya.

“Thanks but, no thanks. Siapa yang nak kahwin ni?” Encik Taufiq bertanya lagi.

“Lily! Eh…” alamak macam mana boleh terlepas ni.

“Tahniah. Bila? Dengan siapa? Tak nak jemput saya ke?” Encik Taufiq bertanya lagi. Dah macam Pop Kuiz la pulak. Lily dah menjeling pada Shima tanda marah.

“Bukan tak nak jemput Encik Taufiq. tapi benda dah lepas la. Saya dah kahwin dekat dua bulan dah,”

“Oh. Kenapa tak bagitahu?”

“Itu permintaan suami saya Encik Taufiq. saya minta maaf,”

“Bukan tu je Encik Taufiq. Suami dia siap ajak dia pindah London lagi,”

“Shima!”

*****

Fakhrul and Co. Peguambela dan Peguamcara

“Yang you lurus sangat tu buat apa? Pukul 2 pagi, mesti la dia tengah tidur,” Fakhrul tergelak besar.

“So, you rasa dia dengar tak I cakap kat dia tu?” Haikal masih serius.

“You rasa? You tell her again,” Fakhrul memberikan kata putus.

“I already told her,”

“I know. That’s why I said, again,” perkataan ‘again’ itu Fahrul tekankan.

Haikal terdiam.

“Maybe masa you cakap malam tadi dia ingat you main main je. You tak serius,” Fakhrul menyambung lagi.

“Ofcourse I am. I love her,”

“Look at that. Kata tak cintakan dia. Now you pulak yang angau. Dah kenapa?” Fahkrul galak mengusik.

“Stop it Fakhrul,”

“So, you dah get ready ke nak pergi next week?”

“Entah la. Lily macam tak nak ikut I je,”

“Kalau dia tak ikut you tak pergi ke?”

“Takkan la sampai macam tu. Dah memang impian I nak sambung belajar tu. Cuma…” Haikal terhenti seketika.

“Cuma?”

“Kalau dia tak da rasa lain la,”

“Rasa lain macam mana?” Fakhrul bertanya lagi.

“Tak best la. You know dia dah banyak serikan hidup i. Kalau dia tak da I nak bergaduh dengan siapa hari hari. She makes my life beautiful. You know…”

“Tu la… dulu you sia siakan dia. Now, what happen?”

“I know… I made so much mistake dulu. Oh, what I gonna do?” Haikal mengeluh.

“Like I said. Told her again,” Fakhrul memberikan kata putus.

*****

Kondominium Seri Hartamas

“Carl!” jeritan Lily kedengaran dari bilik air. Haikal membatu di hadapan televisyen tanpa respons.

“Carl!” Lily menjerit lagi.

“Yup?” baru Haikal menyahut.

“I am doing laundry. You ada baju kotor tak?” Lily menjerit lagi.

“Wait. I am coming,” Haikal turut menjerit.

Peti televisyen dibiarkan terpasang. Kakinya melangkah kekamarnya. Baju baju kotor didalam bakul dibawa ke bilik air.

“Nah,” bakul baju kotor diserahkan pada Lily. Lily menyambutnya. Sabun dituang kemesin basuh. Haikal masih berdiri disebelah Lily.

“You boleh sambung tengok tv. I boleh buat sendiri,” rasa rimas pula bila orang melihatnya membuat kerja.

“err… actually…” Haikal tergagap gagap.

“Actually apa?” Lily bertanya sambil tanganya memasukkan baju kedalam mesin basuh.

“Do tou really hear what I am said malam tadi?”

“About you love me?” Lily bertanya. Haikal tersenyum. Dia dengar lah tu.

“What about be my wife? I mean my real wife?” Haikal bersuara perlahan sambil memandang tepat pada 
wajah Lily.

Kata kata Haikal itu membuatkan dia terpaku. Dan air didalam mesin basuh mencurah keluar.

*****

London, England

Suhu 15 darjah celcius memang boleh dianggap biasa biasa sahaja di kota British ini. Lebih lebih lagi dibulan Disember. Suhu 15 darjah celcius masih belum dianggap sejuk. Emping emping salji turun perlahan menjadikan suasana bertambah nyaman. Sepuluh hari menjelang hari Natal. Penghuni kota London berpusu pusu keluar membuat persedian Hari Natal. Lily dan Haikal duduk dibalkoni apartment mereka sambil memerhatikan kelibat manusia dari atas balkoni mereka. Haikal menghembus nafas kuat. Haba panas disebabkan cuaca yang sejuk keluar dari mulutnya membentuk kepulan asap.

“Here we are,” Haikal bersuara perlahan.

“You know what people call London is?” Lily bertanya pada Haikal.

“Entah,” Haikat menjungkit bahu.

“Orang panggil London ni sebagai Kota Cinta,” Lily menjawab soalannya sendiri.

“Bukan Venice ke kota cinta?” Haikal bertanya Lily pula.

“Tu bagi orang lain. Bagi I London ni lah Kota Cinta I,” Lily menjawab sambil tersipu malu.

“Look like macam you dah jatuh cinta dengan I je,” Haikal mengusik. Lili hanya tersipu malu.

“Well, who does’t?”

“Betul jugak. Intan, Mira, Sara semua cintakan I,” Haikal mengusik. Lily menarik muncung. Pura pura 
 merajuk.

“Tapi still I yang dapat you. You my husband now.”

Haikal membisu sambil memerhatikan kelibat orang ramai.

“We are husband and wife right?” Lily bertanya bila dilihat Haikal hanya membisu.

“Absolutely not!” Haikal menjawab sambil memandang tepat ke muka Lily.
“Then what we are now? Roommate? Bestfriend? Housemate?” Lily turut tepat memandang ke wajah 
Haikal.

“I call it soulmate,” Haikal tersenyum. Tangannya dibawa kebahu Lily. Lily dipeluk erat. Dan emping salji terus turun sengaja menambahkan kedingingan.


TAMAT



Wednesday, July 20, 2011

SOULMATE (part 7)



Kondominium Seri Hartamas

Lif bergerak lancar menuju ketingkat 11. Sepi. Tiada siapa mahu bersuara. Atau cuba untuk bersuara. Dan penghuni lif tika itu hanya mereka berdua. Penghuni lain mungkin sedang enak berdengkur dikatil empuk masing masing. Malam sudah menginjak pagi, siapa lagi yang mahu berkeliaran di sekitar kondominium? Ehem. Haikal berdehem sedikit. Membetulkan anak tekak.

“I am sorry,” Haikal memulakan rentak.

“You do nothing wrong. What that sorry for?” Lily bersuara perlahan. Matanya tepat memandang lantai lif.

“I am sorry for not telling you the truth,”

“I used to it. bukan sekali you tipu I,”

“It wasn’t a lie. I just not telling you the truth,”

“What the different? Ah… it’s okay Carl. I tak ambil hati pun. I am nothing to you. I am just your roommate. Right?”

Haikal tarik nafas panjang.

“So, what you wanna do when I am not around?”

“Just being neutral. Nothing different when you exist or not. Yet, I am still invisible to you huh?”

“Sarcasm huh?”

“You terasa ke?”

“Look, I know I’ve done so much wrong. You pun tau kan I memang macam ni,”

“That’s it. sebab tu I cakap nothing to be sorry for,” sengaja Lily menegaskan ayat penyatanya lagi.

Ting!

Lif berhenti ditingkat 11. Mereka keluar. Masing masing membawa kehaluan yang sama.

*****

“Morning,” Haikal menegur sambil mengeluarkan sekotak susu dari dalam peti sejuk.

“Hmm,” Lily cuma membalas malas sambil menyapu jem pada roti bakarnya.

“What’s your plan today?” susu dituang separa penuh kedalam gelas.

“Nothing,” Lily bangun dari kerusi dan menuju keruang tamu. Alat kawalan jauh dicapai. Televisyen dihidupkan. Ah, sesame street. What a boring weekend. Kenapa mesti hari minggu kena ada rancangan kanak-kanak?

“So, why not you teman I pergi shopping,” Haikal member cadangan sambil mengambil tempat disebelah Lily. Remote tv dari tangan Lily dicapai. Pantas ditukarnya ke channel lain.

“You do shopping? That is so…” Lily terhenti disitu. Matanya tepat memandang kearah Haikal.

“Phatetic?” Hiakal cuba menyambung ayat Lily yang tergantung.

“Out of character,” Lily membetulkannya. Haikal hanya tersenyum. Susu diteguknya. Remote control ditekannya. Masih mencari rancangan yang sesuai untuk ditonton.

“Well, I am looking for couples of sweater and coat. You know, London kan winter sekarang ni,” that’s it. The Amazing Race. Dan punat remote berhenti ditekan.

“Oh ya. Your study,” dan Lily seperti teringat sesuatu.

“So? You nak teman I or not?”

“Okay. I’ll get dress,” Lily bangun dari sofa dan menuju kebiliknya.

*****

Suria KLCC

“This is cute,” mafla berwarna merah jambu itu ditunjukkan pada Haikal.

“Ya… nice. But…” pink? Hell no.

“Pink?” Lily seperti dapat membaca apa yang difikirkan Haikal.

“No… I mean it’s too feminim,”

“Sekarang ni laki boleh pakai apa-apa colour la. It’s okay. It’s on me,”

“Look at that. The most happiest married couple I ever seen,” satu suara lantang dari belakang mereka menyebabkan mereka berpaling serentak.

“Shima! Kau buat apa kat sini,” Lily dah separuh menjerit.

“Nampak macam aku tengah buat konsert tertutup ke kat sini? I am shopping of course. And I bet you’re doing the same thing too kan?” Shima bergurau bila Lily bertanya soalan yang kurang cerdik itu. Lily galak ketawa.

“Look at that, the most penjaga tepi kain orang is here,” Haikal bersuara memerli Shima.

“So amusing,” Shima memulangkan paku buah keras sambil ketawa yang sengaja dibuat buat.

“So, how’s life Shima? Long time no see,” Haikal bertanya khabar.

“Just great. Suka aku tengok korang happy macam ni,” Shima tersengih panjang.

“Happy? Be my guest,” Lily turut tersengih.

“Korang buat apa kat kedai jual baju sejuk ni? Are you guys planning to go somewhere cold for your honeymoon?” Shima masih dengan sarkastiknya.

“It’s not call honeymoon when only the groom are going,” Lily menjawab sambil memandang kelat ke wajah Haikal.

“La… kau nak tinggal wife kau buat apa? Outstation?” Shima bertanya lagi. Kali ini pada Haikal seorang.

“Sambung belajar. London,” Haikal menjawab sepatah sepatah.

“Oh… kau okay Lily?” Lily dipandangnya penuh simpati.

“Always,” Lily tersenyum.

“Well, kenapa kau tak ikut je sekali,”

“He never asked,” suara Lily kedengaran perlahan. Hampir tidak dengar.

“You boleh ikut if you want too,” Haikal bersuara. Kedengaran ikhlas.

“Ha… dia dah ajak tu. ikut je lah,” Shima masih menyucuk jarum.

“Kau pulak yang lebih lebih ni kenapa?” Lily memandang Shima.

“Ala… aku suka la tengok korang happy kan. boleh la kau honeymoon sekali dengan dia,” Shima menjawab sambil tergelak kecil.

“Betul jugak tu,” Haikal turut menyampuk. Juga dengan gelak halus.

“Eh… aku nak kena pergi lah. Mengamuk pulak cik abang aku tu,” Shima meminta diri. Malas mengacau daun barangkali.

“Oh, kau datang dengan Hayat?” Lily bertanya.

“Haah. Dia tunggu kat foodcourt. Aku pergi dulu lah eh. Have fun you two,” Lily beredar.

“Say hello to him,” sempat Haikal berpesan sebelum Shima menghilang. Dan Shima hanya mengangguk dari jauh.

“So…” Haikal memandang Lily. Lily angkat kening double jerk sambil buat muka bertanya ‘ada apa?

“What say you?” Haikal menyambung lagi.

“What?”

“Maybe we need more maflas,”

*****

Kondominium Seri Hartamas

“Excited huh?” Haikal bersuara sambil membelek barang barang yang baru dibeli tadi.

“Maybe I should not going with you,” Lily menjawab.

“Hah? But why?” matanya Lily dipandang tepat.

“Are sure about this?”

“Of couse I am. Lagipun you cakap dengan Shima tadi kan you nak ikut sekali,”

“I just say it. I’m not mean it,”

“Oh. After I bought all of this?” tangan Haikal dihalakan pada barang barang dihadapannya.

“Look. How about my career?”

“You boleh ambil cuti tanpa gaji,”

“For three years? It’s a long time Carl,”

“Well. I can talk to your boss. I pergi jumpa dia esok. I promise,”

“Okay. Give me one good reason why I should go with you?”

“You are my wife. Ofcourse you should be with your husband,”

“Wife?” Lily tergelak kecil.

“I am your roommate Carl. Remember that,” Lily menyambung lagi.

“That’s it. I need a roommate there,” matanya tepat memandang Lily.

“I think about okay,” Lily cuba memujuk. Aduh… dia ni dah mula la nak merajuk ni.

“And maybe you should think about where I should throw all this stuff,” beg beg kertas yang berisi baju baju yang baru dibeli tadi diangkat dan dihempaskan kelantai. Dah beli barang ni semua baru cakap tak nak ikut. What is this?

“Maybe you need a rest Carl,” Lily cuba menenangkan Haikal.

“Jangan nak nasihatkan I like I am your husband. I am your roommate. Remember that,” Haikal membalas penyataan Lily sebentar tadi sebelum melangkah masuk kebiliknya.

*****

Pukul dua pagi. Haikal masih bergolek diatas kali. Lampu tidur yang disebelahnya diamtikan dan dihidupkan berkali kali. Blackberry diatas meja itu dipandangnya lama. Setelah beberapa sekita, telefon pintar itu dicapainya. Senarai rakan dibeleknya berkali kali. Fakhrul! Pada nama Fahkrul ditekannya butang hijau. Telefon dibawa ketelinga. Menunggu orang disebelah sana.

“Hello?” suara Fakhrul kedengaran lemah?

“Hey Fakhrul. It’s me Haikal,” Haikal memperkenalkan diri. Mungkin untuk menyedarkan Fakhrul dari tidurnya.

“It’s two o’clock in the morning Haikal,” Fakhrul memerlinya.

“I know. I still have clock here,” Haikal menjawab sinis.

“So, what do you want at two o’clock in the morning?” Fakhrul bertanya. Sengaja perkataan two o’clock itu ditekannya.

“I can’t sleep,”

“Well, I need to sleep. I got court meeting tomorrow at 10 o’clock in the morning,” perkataan ten o’clock pula sengaja Fakhrul tekankan.

“I think about Lily,”

“Oh… You live with her. She in the same house with you. You think ‘bout her, you see her! Not calling me. My name is not Lily,” Fakhrul sudah naik berang. Aku nak tidur ni boleh dia kacau pagi pagi buta ni?

“I thought you kawan baik I?” Haikal dah main pshychology dengan Fakhrul.

“I know,” suara Fakhrul mula perlahan. Mission Accomplish Carl!

“So? What I am suppose to do?” Haikal bertanya lagi.

“Just tell her you love her. That’s it,” Fakhrul menjawab mudah.

“That not easy. Lagipun I tak cintakkan dia,” nafi Haikal.

“Don’t bullshit me Carl. Dengan cara you kacau tidur I pagi pagi buta ni I tau you memang cintakan dia,”

“No, I don’t,” Haikal masih menafikannya.

“Yes you are. So now I am going to sleep back, and you go to tell her. You got it?” belum sempat Haikal menjawab talian telah diputuskan. Cis… tak guna betul Fakhrul ni.

*****

KNOCK! KNOCK! KNOCK!

Pintu bilik Lily diketuk berkali kali. Seketika kemudian kedengaran orang berjalan dari dalam bilik kearah pintu. Pintu bilik dibuka. Muka Lily yang kusut masai akibat tidur yang terganggung tersembul dimuka pintu.

“It’s two o’clock in the morning Carl,” Lily bersuara sinis dengan mata yang kuyu.

“Why everbody keep going reminds me about the time. I have my own clock,” Haikal menjawab sambil bercanda.

“You nak apa?” Lily dah straight to the point.

“I nak say sorry what I have done siang tadi,” Haikal bersuara perlahan.

“And?” Lily bertanya lagi. Ni mesti ada benda nak cakap lagi ni. kalau nak minta maaf esok pagi pun boleh.

“And, I love you,”

“Hah?” dan mata Lily yang tadi kuyu mula terbeliak. It is a nightmare or a dream?

*****

...bersambung

Friday, July 15, 2011

SOULMATE (part 6)



Restoran Rebung, Bangsar

“Jangan tengok I macam tu boleh tak? It’s freaking me out,” Haikal bertanya apabila dilihatnya Fakhrul menjelingnya.

“You yang freaking me out. You boleh tak bagitahu I yang you dah kahwin? Kawan apa you ni?” Fakhrul sudah seperti menjauh hati. Makanan mereka telah lama habis. Dan mereka sekarang masing masing hanya mencicipi secawan kopi sementara menunggu waktu rehat tamat.

“Sebab nanti I tahu you mesti gelakkan I,” Haikal buat muka. Fakhrul sudah tergelak besar.

“See… told you,” haikal menyambung lagi.

“Sorry dude. You bukan tak tahu, I tak sangka playboy macam you akhirnya boleh sangkut dengan kawan baik sendiri,” Fahkrul masih bersisa gelaknya.

“It was a mistake okay. My mom dengan her mom tought we are dating each other. Sebab tu mak I pandai pandai je masuk meminang Lily tu. In fact I tak pernah ada perasaan pun kat dia sebelum ni,” Haikal menerangkan lagi.

“Sebelum ni you memang la tak da apa-apa dengan dia? Tapi sekarang ni macam mana?” Fahkrul bertanya lagi. Haikal diam seribu bicara.

“Entah la. I tak tahu macam mana nak cakap. Dulu masa kitorang bergaduh sampai seminggu tak bercakap, I rasa macam hilang sesuatu je. I miss her. Entah la, you rasa macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Ye la you rasa, normal ke kalau I ada hati kat dia?”

“You ni cakap maca dia tu lelaki pulak. Dah perempuan dengan lelaki kalau jatuh cinta tu normal la,” Fakhrul menghirup sekali kopi yang masih bersisa.

“Tapi… I macam tak sure la,” Haikal bersuara perlahan. Matanya dibawa keluar restoran. Sekadar melihat orang ramai yang berlalu pergi sementelah waktu rehat sudah hampir tamat.

“You tak sure apa?” Fakhrul bertanya lagi.

“Entah la. Ah, forget it la. You ni banyak pula tanya i. You bila nak kahwin?” Haikal sengaja mengubah topic bicara. Malas nak layan Fakrul ni.

“I tak pe. I muda lagi. Eh, since you dah kahwin kan, apa kata you bawak wife you tu masa majlis untuk kompeni kita hujung minggu ni?”

“I tak tahu la. Kalau dia nak ikut I okay je,”

“Dia mesti nak ikut la. Bawak tau, boleh you kenalkan kat semua staff. lagipun majlis tu untuk you kan. mesti la nak rai dengan isteri” Fakhrul bercanda mengingatkan Haikal sambil bangkit dari kerusi. Haikal turut bangun. Dan, Restoran Rebung mereka tinggalkan.

*****

Kondominium Seri Hartamas

Pintu utama dibuka dari luar. Lily yang dari tadi tertumpu pada kaca televisyen berpaling ke pintu utama.

“Awal you balik,” Haikal menyapa selepas meletakkan kasutnya didalam rak kasut.

“I ada meeting kat Damansara tadi. Terus balik. Malas nak patah balik ofis,” Lily menjawab selamba.

“Apa tu?” Lily bertanya lagi apabila dilihatnta Haikal membawa beg kertas. Mungkin baru pulang bershopping.

“I beli dress,” Haikal menjawab sepatah. Beg kertas diletakkan disofa bersebelahan Lily. Dia pula kedapur. Mahu meneguk air buat hilang dahaga. Pantas Lily mengambil beg kertas tersebut.

“Cantiknya. You beli untuk siapa. Intan?” Lily meneka sambil membelek belek dress tersebut.

“Untuk you lah,” Haikal melaung dari arah dapur.

“Untuk apa? Birthday I lambat lagi lah,” Lily bertanya lagi. Untuk aku? biar betul? Haikal sudah kembali dari dapur. Lalu dia melabuhkan duduk disebelah Lily.

“I… have a favor,” Haikal menjawab sepatah sepatah.

“Dah agak dah. Kalau tak, takdenya you nak belikan I hadiah kan?” dress berwarna keemasan itu dibeleknya lagi. Cantik.

“Boleh tak?” Haikal bertanya lagi.

“Okay. Tolong apa ni?”

“You teman I pegi majlis untuk firm I nanti,”

*****

Mariott, Putrajaya

“So, here we are again. Mintak mintak I tak kena simbah air dah,” Lily memerlinya.

“You jangan merepek lah. jom,” tangan Lily dicapainya. Dibawa masuk kedalam lif mahu menuju ke dewan dimana majlis akan berlangsung. Lily agak tergamam. Dia pegang tangan aku?

*****

Dewan penuh bercahaya. Pentas dihias cantik. Samar samar Lily membaca apa yang ditulis dihadapan pentas, “Majlis perpisahan”. Ada orang nak berhenti kerja ke? Dia berbisik didalam hati. Tangannya juga masih melekat bersama Haikal.

“So, kat sini rupanya orang yang dirai,” satu suara tiba tiba menegur dari belakang. Lily dan Haikal serentak menoleh.

“hey…,” Haikal bersalam dengan sang punya suara. Kenalan rapat dia barangkali.

“Ken… long time no see. Lepas kalah dengan I untuk projek Alam Flora tu terus tak tegur i. ingat dah merajuk,” Haikal berjenaka.

“so, siapa ni?” lelaki yang bernama Ken itu bertanya perihal gadis disebelahnya.

“Ouh. Have you met my wife? Here she is, Lily. Lily this is Ken, kawan lama I masa kat kolej dulu,” Lily bersalam dengan Ken. Macam tak percaya pula. Dia kenalkan aku sebagai isteri dia?

“Oh god. Kahwin tak jemput i? apa ni bro?” Ken seperti sudah jauh hati.

“Dah, I ingat you masih marahkan I,” Haikal sengaja memprovok.

“Apa la you ni. Majlis malam ni pun Fakhrul yang jemput i. Orang yang dirai tak pulak jemput,”

“Wait, apa maksud you orang yang dirai ni?” Lily mencelah tiba-tiba. kurang pasti dengan situasi sebenar.

“You, tak tahu ke? Majlis malam ni kan sebab nak rai Haikal,” Ken memberitahu. Lily tampak tergamam. What? Majlis perpisahan ni untuk Haikal. Dia nak berhenti kerja ke?

“You tak bagitau wife you ke?” Ken kembali kepada Haikal.

“Well, you ruin my surprise,” Haikal bersuara perlahan seakan berbisik pada Ken.

****

“Surprise huh?”Lily bersuara memerli sambil mengisi pasta yang dihidangkan secara buffet kedalam pinggan.

“I… memang nak bagitahu you,”

“Bila? Lepas Ken bagitau baru you nak bagitahu i?” matanya menjeling sedikit tanda protes. Tapi nada suaranya masih perlahan.

“Look, masa tu I masih belum buat keputusan lagi. Then, Fahkrul pujuk I. dia pun bagi kebenaran kat I nak sambung belajar. So, I rasa tak salah,” Haikal cuba memujuk sambil berjalan mahu mencari tempat duduk.

“That’s it. you dengar cakap Fakhrul la? You kahwin dengan I ke dengan Fakhrul? You memang tak pernah nak jujur dengan I kan?” Lily bertambah sakit hati. Ada ke nak sambung belajar kat London tak bagi tahu aku. habis aku ni dia nak tinggal je kat sini?

“You… i…”

“Sekarang kita akan akan mempersilakan saudara Haikal untuk memberikan sedikit ucapan,” suara dari pembesar suara itu mematikan kata kata Haikal. Aduh, dah nak kena bagi ucapan pulak.

“saudara Haikal akan meninggalkan kita untuk menyambung pelajaran didalam bidang undang undang di London dalam masa terdekat ini. Jadi majlis malam ini sebenarnya untuk meraikannya. Malah, majlis malam ini juga sebenarnya untuk meraikan perkahwinannya yang selama ini beliau rahsiakan,” suara pengacara majlis kedengaran lagi. Lily sedikit tergamam. Dia bagitahu semua orang ke?

“I ikut cakap you. I dah bagitahu semua orang kat ofis I about our marriage. Terpulang lah you nak judge I tak jujur ke apa,” Haikal berbisik ketelinga Lily sebelum dia naik ke pentas.

“mempersilakan, saudara Haikal,”

****
...bersambung