Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Thursday, July 14, 2011

Abang Teksi

Saya ke Kuala Lumpur semalam. sengaja mahu bersiar siar disekitar Kuala Lumpur sementelah telah lama saya tak ke sana. lagi pula kawan saya, Steven Ghan ajak berjumpa kerana lama tak jumpa saya. padahal dia nak cakap dia rindu saya tapi malu. saya iakan aja. saya tak kisah pun. walaupun saya tidah ada banyak wang, saya tak risau sebab kalau keluar dengan dia memang serba serbi dia nak tolong bayarkan. saya akur. lokasi ditetapkan. Mid Valley. mana lagi tempat yang mudah untuk muda mudi bertemu kan? 

jam sepuluh pagi saya bergerak. menaiki bas ke stesyen KTM dan dari KTM Kajang saya ke Mid Valley. Steve mungkin sudah ada disana saya kira. dia punya kereta maka kenderaan tidak menkadi masalah padanya. 

Fast forward, dalam tren saya dapat pesanan ringkas dari Steve. 

"I kat Sogo ni. kalau boleh you datang sini je boleh?" 

aduh. masa ni baru nak bagi tau. saya cuma membalas "OK". sangaja mahu menunjukkan saya protes dengan tindakan nya. maka tren berhenti di Mid Valley dan saya terus mengambil teksi mahu ke SOGO dijalan Tuanku Abdul Rahman. manalah tau boleh jumpa pakcik depan SOGO yang suka guna trade mark J.F Kennedy itu. 

saya memang malas mahu menaiki teksi ni. sebab kebanyakkan abang teksi ni akan terlebih ramah mahu bercerita itu ini. dan saya bukan seorang yang mudah ramah pada orang yang baru saya kenal.

"Mana dik?" abang teksi itu tanya.

"Sogo," saya balas ringkas.

"oh... Sogo hari Sabtu lepas memang tak ada orang nak pergi dik," dah strat dah.

"tak banyak income lah hari tu bang?" sengaja saya berbasa basi.

abang tu diam. 

"biasalah. nama pun ada perhimpunan," saya sambung.

"tak juga dik. bersih 3, 4 jam je. lepas tu semua orang nak balik naik teksi. kalau polis tak buat roadblock tu mungkin lagi banyak abang dapat," saya hanya angguk. dan sedikit tersenyum. benda betul kan? buat apa  nak diperdebatkan.

"sekarang ni susah dah dik nak percaya kat media malaysia," abang tu sambung lagi mahu berbual. saya didalam hati hanya berdoa supaya cepat sampai Sogo. malas mahu bercakap sebenarnya.

"kenapa?" saya bertanya pendek.

"media tempatan ni semua cakap seleweng je. macam hari tu, yang datang bersih dekat 100,000 ribu diorang cakap 6,000. tak masuk akal. al jazeera buat laporan cakap 120,000, washington post cakap 100,000. media kita je yang suka seleweng. yang besar di kecikkan yang kecik dia besarkan. macam perhimpunan sejuta belia hari tu. padahal tak sampai sejuta pun belia yang datang,"

saya diam. sekali lagi, yelah benda betul buat apa nak bangkang. 

"lepas tu cakap peniaga rugi 100 juta. siapa yang nak percaya? tak bukak kedai sehari boleh rugi seratus juta ke? macam ni orang kita makin ramai boleh masuk Forbes," saya kagum. abang teksi ni bukan calang calang orang. mungkin pemidato masa sekolah dulu. bukan saja baca washington post, Forbes pun dia baca juga.

"Kalau polis tak buat roadblock memang dekat seratus juta jugak la diorang dapat. kalau pikir logik, yang datang perhimpunan ramai. mesti semua nak makan dan minum kat kedai diorang tu. mesti la diorang untung berlipat kali ganda. apa, ingat semua peserta tu bawak bekal nasik goreng ke?" saya sedikit tergelak. logik jugak kata abang ni. bukan semua bawak bekal nasik goreng.

"bang berhenti sini bang," saya cepat cepat suruh abang tu berhenti sebelum dia terlajak. dia berhenti. saya turun. 

"berapa bang?"

"lima belas dik," saya sedikit tercengang. 12 km pun sampai 15 ringgit? saya hulur not lima belas ringgit padanya.

"biasalah dik, minyak dah naik,"

"ceh. alasan basi." monolog saya didalam hati.

.

No comments: