Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0

aku tulis ni ikut andangan aku je la. aku tak sokong mana mana piha. aku cuma sokong mana yang betul je. dan berdasarkan logik akal. :)

ikutkan aku malas nak cakap pasal politik ni. sebab aku rasa politik ni menyusahkan. yang susahnya nanti orang kita juga. melayu islam!

sebenarnya ramai yang salah faham tentang bersih ni. bila aku post something kat facebook pasal bersih ni mula la ada yang komen bersih ni tak menjana ekonomi negara la, kerajaan sekarang ni dah tolong banyak la, pembangkang ni bodoh la itu la ini lah. sebenarnya bersih ni menuntut pilihanraya yang adil. takde kena mengena pun dengan ekonomi negara tu.

okay, to be clear aku sedikit sebanyak nampak jugak logik bersih ni. diorang tu semua menuntut hak mereka. kata negara demokrasi, so bila rakyat bersuara kena la dengar kan. so, kita nakkan pilihanraya yang adil.

long story short, cuba korang pergi ke laman web ini http://daftarj.spr.gov.my/​NEWDAFTARJ/ masuk kan no ic ini 801231130313 ini 790610740022 ini 941124740073 ini 931108080037 ini 930104750019 ..... pengundi ni umur mereka mencecah 130 tahun... tapi status pengundi adalah sah... kalau ikut logik akal diorang ni bukan dah mati ke? tapi kenapa masih sah mengundi? 


.

No comments: