Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Sunday, August 14, 2011

cerkas #1 : Suami

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur memang penuh sesak dengan orang ramai. Puan Julia dan Encik Rahmat menanti di barisan kerusi yang berada di balai ketibaan. tidak sabar rasanya menunggu anak teruna tunggal mereka pulang ketanah air. selama lima tahun Arshad di Amerika Syarikat memang mengusik rindu pada hati orang tua berdua itu.

"betul ke dia nak bawak balik isteri dia sekali Ju?" Encik Rahmat bertanya pada Puan Julia yang jelas mempemerkan riak teruja. almaklumlah menunggu anak pulang. apatah lagi si anak mengkhabarkan berita gembira dua tiga hari sebelumnya.

"iya lah. dia yang kata macam tu bang. sejuk hati saya bang. tak kisah lah dia kahwin dengan orang putih ke. yang penting dia kahwin bang. abang pun tahu la anak kita tu. pemalu sikit dengan permpuan," 

"macam tak ada perempuan melayu. bangga lah awak bermenantukan orang putih. boleh canang satu kampung" Encik Rahman mengeluh.

"abang tak payah lah nak marah marah dia depan isteri dia nanti. malu dia pulak. dah jodoh dia," Puan Julia menasihat. walau dia kecil hati tidak dapat bersama ketika sianak diijabkabulkan, tetapi dia bersyukur yang Arshad akhirnya bertemu jodoh.

"orang melayu semua memang macam tu. belajar kat luar negara mula lah lupa asal usul. lepas tu mula lah usung perempuan rambut blonde mata biru balik malaysia," Encik Rahmat masih terkilan nampak gayanya. Puan Julia hanya membisu.

sejenak kemudian satu suara dari pembesar suara bersiponggang mengumumkan ketibaan pesawat dari New York ke Kuala Lumpur. Puan Julia menanti dengan sabar. Encik Rahmat bercekak pinggang.

*****

kelibat Arshad mula kelihatan dari pintu keluar balai ketibaan sambil mengheret bagasi besar. wajahnya tampak berubah. lain dari dulu. penampilannya nampak jauh lebih segak. dari jauh dia tersenyum apabila terlihat kelibat kedua orang tuanya. tangan kedua ibu bapanya di salam sebelum memeluk mereka berdua. 

"kata kamu dah kahwin kat US sana tu. mana dia?" Puan Julia tidak sabar sabar.

"dia ketandas kejap mak. biasalah dalam flight sejuk sikit," Arshad menjawab. Puan Julia hanya menganguk. 

sejenak seorang pemuda kulit putih merapati mereka. Arshad tampak berbual mesra dengan lelaki tersebut. mungkin mereka bertemu didalam pesawat sebentar tadi. bisik hati kecil Puan Julia. Arshad kemudia memperkenalkan lelaki kulit puti itu kepada kedua ibu bapanya.

"mak, ayah ni Ethan. Ethan, this is my parent," Ethan bersalam dengan mereka berdua. dikucup pipi Puan Julia sedikit. Puan Julia tersipu malu. Encik Rahmat menjeling marah.

"mananya isteri kamu ni? lama sangat ke tandas?" Encik Rahmat mula bersuara.

"orang tak ada isteri ayah," Arshad menjawab sambil menunduk.

"lah... kata mak kamu, kamu dah kahwin,"

"memang dah kahwin. tapi dengan Ethan. Ethan ni suami orang mak, ayah," Arshad menutur dengan tenang sekali. seperti tiada apa yang berlaku. Puan Julia hampir pengsan. Encik Rahmat merah muka menahan marah. 

dan Puan Julia benar benar pengsan bila Ethan memanggilnya mak.


.

No comments: