Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, August 10, 2011

perihal telefon bimbit saya

maaflah, terlalu lama pula tidak update belog. aku kurang sihat dua tiga hari ni. demam pula. maka kerja kerja menaip pun terasa tidak bersemangat. oh ya, soulmate tu aku akan sambung lagi nanti. mintak bersabar ye. bukan apa, tidak ada idea la nak menulis sekarang ni. kepala pun maih teras pening pening lalat lagi ni.

oqeh. dua tiga hari ni ramai yang text aku. aku mintak maaf la. telefon bimbit aku mengalami sedikit kerosakkan sebenarnya. baterinya cepat 'kong' dan bila mahu menaip mesej huruf lain yang ditaip huruf lain yang keluar. jadi ia mengambil masa untuk menaip dengan sempurna. maka siapa yang ada test aku tu aku mintak maaf la kalau aku tak reply. kau jangan mengada ngada nak merajuk la. aku tak reti nak pujuk. kalau kau nak belikan aku handfon baru aku tak kisah kau nak merajuk.

sebenarnya ada sejarah kerosakkan handfon aku ni. sebelum tu bagi aku tunjuk sikit handfon yang aku guna ni kat kau.


TADA!!!



ini la telefon yang telah berkhidmat dengan aku selama ini. Nokia 1200. eh, bukan harga dia 1200. jenisnya 1200. harganya 10kali ganda lebih murah dari Blackberak kau dan Aipon kau tu. aku tau apa yang bermain difikiran kau sekarang ni. mesti kau tengah fikir "Henpon macam ni dah boleh buat baling anjing,"

jangan risau. aku tak terasa hati pun kau cakap macam tu. sebab memang setiap kali orang tengok henpon aku hanya dua perkataan je dioarng sebut,

"dah boleh buat baling anjing,"

"baling anjing pun mampus ni,"

aku sebenarnya sedikit tidak faham kenapa orang menabur fitnah sebegitu pada henpon aku. mengapa anjing itu perlu dibaling dengan henpon aku? anjing tu mahu buat panggilan kah? aku sedikit curiga disitu.

******

baru baru ini. hari sabtu lepas kalau aku tidak silap. aku pergi menonton cerita Rise of the Planet of the Ape di Mid Valley. nanti la aku buat review mengenai filem tu. aku tidak ada mood lagi mahu meriewkan filem itu.

jadi, semasa pulang dari panggung aku kena berjalan kaki selepas turun dari bas. well, Steve tak boleh hantar aku sebab dia ada hal dengan family dia sejurus selepas menonton wayang, maka menaiki bas adalah alternatif terbaik kerana aku memang sedikit anti untuk menaiki teksi.

dari perhentian bas aku perlu berjalan sejauh 1km untuk sampai kerumah. maka dalam perjalanan itu aku ternampak seekor anjing sedang berlari. aku memang sedikit fobia dengan anjing, lebih lebih lagi anjing yang sedang berlari. kerana aku pernah mengalami pemgalaman dikejar anjing suatu ketika dahulu. dan bila aku kat dikejar sudah semestinya benda yang mengejar itu berlari.

dan situasi itu berlaku lagi. aku terkedu. tidak tahu membuat apa apa. anjing tersebut semakin mendekat. aku kaget. dan ketika itu aku hanya teringat dua perkataan sahaja yang selama ini tidak pernah aku terfikir pun akan berguna.

"handfon ni dah boleh buat baling anjing,"

"handfon kau ni baling anjing pun boleh mampus,"

hasilnya, handfon aku mengalami kerosakan kekal dan perlu disamak barangkali.

*****

aku kira aku perlu belajar membuat Wah-Pah dari Chandler Bing untuk menkutkan anjing anjing berkenaan,



.

1 comment:

Anonymous said...

ali,xpela pakai hp apa pun,bukan duit dorang pun,duit kita gak.haha