Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Friday, December 17, 2010

siapalah orang yang paling bangang mencipta benda empat segi yang ada macam-macam kaler tu?

Oh, nama benda empat segi tu ialah rubix cube. Dan aku ada rahsia menenainya. Aku pernah bertanding dengan budak darjah satu siapa yang boleh selesaikankan rubix cube tu paling cepat. Dan budak tu boleh buat dalam masa sepuluh minit. Lambat gila kan?
dan aku tak boleh selesaikan rubix cube tu…


langsung,
dan sekarang ia bukan menjadi rahsia aku lagi.


Oh, aku tak boleh lupa dengan senyuman mengejek budak darjah satu itu. ya, dia adik Khairul Hazwan. Khairul Hazwan, kenapa adik kau gile kurang ajar?

*****
Dan aku mencuba lagi  lima bulan selepas itu. Kali ini bukan dengan budak darjah satu itu. Tapi dengan abangnya. Ya, dengan khairul Hazwan. Dengan alasan yang aku sematkan dalam hati “kalau kalah dengan dia tak lah malu sangat

Dan memang benar. Aku kalah. Dia boleh buat dalam masa tidak kurang lima minit. Aku tabik spring habis lah kat dia. Dan aku? tak boleh selesaikan 



langsung…

Malah, aku terpaksa pulak membelanja si Khairul Hazwan ni pizza hut sebab dia boleh selesaikan rubix cube itu. Oh ya, kalau kau mahu berkenalan dengan khairul hazwan ni sila lah lupakan hajat kau. Sebab dia merupakan seorang manusia yang tergolong dalam golongan “apa aku dapat kalau…..”
Betul, dia merupakan manusia yang sangat cekik darah. Dan dia paling suka terima cabaran, dengan syarat ada habuan untuk dia. Contohnya kalau ada pertandingan menyelesaikan rubix cube paling cepat, dia mesti akn tanya soaln wajib ini,

apa aku dapat kalau aku boleh buat paling cepat?”

Maka sebab itu lah aku terpaksa membelanja beliau pizza hut

*****
Okay, selepas kalah dengan khairul hazwan dan adik beliau dalam pertandingan rubix cube ini, aku menerima pulak cabaran dari Ezren. Masa tu kat Toy ‘R’ Us kat KLCC. Ternyata ezren zakaria termasuk dalam golongan “apa aku dapat kalau” jugak. Maka aku terpaksa membelikannya benda alah rubix cube itu. Ya, kenapa lah perjanjian yang aku buat tu “aku belikan kan kau rubix cube ni kalau kau boleh buat”?

Dan, benda alah rubix cube tu bukan murah rupanya. Ringgit Malaysia tiga puluh enam sahaja.

Dan aku masih tidak boleh menyelesaikan rubix cube itu lagi. 

sampailah sekarang.

*****
Semalam, maka aku ke pasaraya Dan aku nampak mak aku beli minuman nutrigen itu. Aku rasa mungkin mak aku masih berfikir yang aku ni budak kecil, maka sebab itu lah dia belikan aku minuman kultur itu. Dan siapa sangka free gift yang dapat bersama minuman kultul nutrigen itu adalah rubix cube. 

Aku gembira.

Dan aku mencuba menyelesaikannya lagi. Kali ini aku mahu berlatih sehingga aku berjaya menyelesaikan rubix cube itu. Dan paling penting aku mahu tidak mahu lagi dipijak pijak oleh Khairul Hazwan dan Ezren Zakaria.

Dan tidak ketinggalan budak darjah satu itu. Oh, dia sudah darjah dua sekarang. Aku tidak boleh membiarkan mereka membuli aku lagi. Aku harus berlatih sehingga aku berjaya menyelesaikan teka teki rubix cube itu. Aku mesti… *gigih

Dan setelah beberapa ketika. Akhirnya aku berjaya juga. Ya, aku telah berjaya



Menghancurkannya.


Kenapa nutrigen perlu bagi free gift yang tak da kualiti? Kenapa?

No comments: