Assalamualaikum.
Tajuk diatas tiada kena mengena dengan diri aku. Cuma dibuat begitu agar dapat menarik trafik. Harap maklum.
Aku ingat lagi ada satu hari tu, kat stesen LRT kat Masjid Jamek. Masa tu aku tengah tunggu kawan kau, nak ke KLCC menonton wayang kononnya. Then kawan aku lambat sampai. Maka aku tunggu la kat stesen tu. Tiba-tiba sebuah LRT berhenti di hadapan aku (ceh, macam suspen sangat je). Well, LRT tu berhenti la kan, masa berhenti tu aku tengok la gelagat semua orang. Aku tak tau kenapa aku ni memang ada habit suka tengok gelagat orang. Dan masa aku tengok tu ada seorang mamat ni yang agak good looking (ala-ala macam Nazim Othman sikit muka beliau) tengah turun dari LRT tu sambil dok melambai-lambai seseorang kat dalam LRT tu siap bagi flying kiss lagi. Wah, romantiknya mamat ni. Bisik aku dalam hati. Aku cari lah, siapa yang dia dok babai dan berflying kiss ni. Homigosh, punya lah terkejut aku rupanya orang yang dia babai tu rupanya seorang pondan yang sangat gedik macam cacing kepanasan kat dalam LRT tu. Ceh, muka je kacak tapi songsang rupanya. Bisik hati kecilku. Aku tak lah anti dengan orang-orang yang macam ni in fact kawan aku pun ramai yang gay. Tapi agak-agak lah kan, takkan kan depan public pun nak tayang sikap terlebih penyayang tu. Siap flying kiss bagai. Menyampah jugak lah tengok. Ye lah, orang lain pun gay jugak tapi tak lah over sangat. Eh, betul ke ayat aku ni? Orang lain pun gay jugak? Ah, taram je lah.
macam ni muka brader tu sesikit |
So, hari ni aku nak share sikit sesuatu yang agak sensitive. Aku nak share pasal gay. Sensitive tak? Tak kan? Ala… biasa lah kalau gay. Dah macam salah satu prinsip dalam gagasan satu Malaysia dah pun. KEH KEH KEH. Ya, bagi aku secara personalnya, perkara ni dah biasa dah. Aku sendiri ada ramai kawan yang tergolong dalam golongan macam ni sebenarnya. Aku tak kisah pun kalau diorang dok cerita pasal diorang punya boyfriend. Aku dengan hati terbuka boleh dengar diorang punya masalah in fact diorang siap mintak pendapat aku lagi kalau diorang ada problem dalam diorang punya same sex relationship ni. Dah macam gay consultant pulak aku ni.
Malah, aku siap pernah lepak dengan kawan aku kat satu party ni. Aku memang dah tau yang dia ni agak tidak lurus sebenarnya tapi aku tak sangkalah lah dia nak ajak aku ke tempat yang macam tu. Tapi since aku tanak kecewakan dia, lagipun masa tu dia buat celebrate besday dia sekali. Aku pun ikut je lah. Mula-mula aku pelik jugak, why the guest semua lelaki kan, and then baru aku realize bila one of the guest tu tengah sedap comolot dengan sorang foreigner ni. Pergh… nasib baik tak kena ambush je malam tu. Kalau tak muka aku memang glamer lah masuk 999 tu. Kalau setakat masuk 999 okay lagi. Tapi kalau dah masuk bab kena buat urine test tu memang kay-o lah. Tak kuasa aku nyah. Dan lepas tu aku langsung tak pergi dah kalau kawan aku ni buat party. Tapi aku still kawan dengan dia. Tak da sebab nak putuskan persahabatan kami hanya kerana dia seorang yang, well kau tau kan… yang agak songsang dan tidak lurus ni.
So, sekarang aku nak bagi tau pendapat aku lah dalam hal ni. Bagi aku tak salah kalau ada perasaan kat same gender. Well, benda ni tak boleh elak sebenarnya. I tell you, siapa yang boleh elak kan kalau bab-bab hati dan perasaan ni? Kan? So, aku rasa tak salah pun kalau seorang lelaki ada perasaan kat seorang lelaki lain. Malah normal lah tu kan? Nama pun perasaan, tak boleh elak pun. Tapi, dia akan membawa kepada salahnya kalau kau dah mula buat benda-benda yang berdosa. Well, kau tau kan maksud aku kan? Paham-paham lah kan, bila diorang dah mula having sex sama-sama tu dah memang terang-terang salah lah. Tapi bagi aku kalau diorang just kapel cam biasa tapi tak buat yang sex-sex tu semua just ok je. Tak nampak salah pun. Dalam erti kata lain yang lebih ringkas, its ok to be gay but not a gay sex. It just pendapat aku ok. Pendapat peribadi aku sendiri, tak da kena mengena dengan mana-mana mufti or pejabat agama ke apa. So, jangan cakap aku buat ajaran sesat pulak lepas ni.
Frankly speaking, biasanya gay ni ada tempat-tempat yang tertentu kalau diorang nak lepak. Contohnya tempat yang paling glamernya kat Taman Tasik Permaisuri dan kelab-kelab gay eklusif. Eceh, banyak pulak aku tau pasal diorang ni kan? Don’t get me wrong. Aku ni ada ramai kawan yang macam ni. That why aku tau semua-semua ni. Dan aku rasa best kawan dengan diorang ni. Diorang macam selalu happy dan macam tak da masalah langsung. Dan diorang ni memang agak generous dan baik hati sebenarnya. Kalau nak mintak tolong, pinjam duit ke, diorang akan senang-senang menghulurkan tangan meringankan beban tau. Malah, harus diingatkan bukan semua lelaki yang ala-ala bapok tu gay ya. Dan kau jangan ingat lelaki yang jantan sejantan-jantannya tu straight. Ramai kawan aku yang memang sangat lelaki tapi mereka dengan senang hati mengaku yang diorang ada boyfriend. So? Tak da yang pelik kan?
Dan ya. Kat sini aku nak buat sedikit pemberitahuan. Lelaki kebanyakannya akan acting like gay but they actually not. Contohnya macam bila kau nampak seorang lelaki dengan suka hati je main tepuk bontot seorang lelaki lain, diorang tak semestinya gay ok. They act like that but they aren’t. Dan aku pun biasa je cakap dengan lelaki lain, Anuar misalnya, “wow, Nuar look like very sexy hari ni. Nak cium sikit.” Tak pelik pun. Eh, pelik sebenarnya kalau aku cakap kat Anuar macam tu sebab dia memang tak seksi langsung. Malah nak cium dia pun tak ada selera. HAHAHAHAHA, lelaki memang macam tu. Dan diorang memang selalunya bergurau dengan perkara-perkara yang macam tu. In fact diorang sebenarnya straight. Tapi perempuan kalau nampak je lelaki macam tu mula lah keluar suara gedik dia, “euwww… gay la you all ni.” Well, biasalah. Perempuan… gedik melampau-lampau. KEH KEH KEH.
Oh ya. Lelaki yang gay ni kebiasaannya terdiri dari orang yang kaya-kaya dan biasanya diorang ni lelaki yang metroseksual. Diorang ni mesti nak nampak kemas dan biasanya pakai barang-barang yang berjenama. Macam kawan aku tu lah, mana kau nak dapat duit nak sewa kelab sebab nak buat besday party? Semua balak dia lah yang support. Balak dia kaya memang tak ingat lah. Tinggal kat penthouse, kad kredit berkepok, bawak BMW. Ha… apa lagi kau nak? Memang kaya dan berduit la sebab tu senang-senang je boleh pikat mana-mana anak ikan ni ha. Pulak tu nampak diorang ni sentiasa kemas dan mementingkan keterampilan. Senanglah anak-anak ikan ni nak terpikat. Pulak dah bersandarkan wajah yang memang kacak macam aku ni. Sapa tak nak? Dengar cerita sekarang kawan aku tu tengah frust sekarang ni sebab pakwe dia kena paksa kawen dengan seorang awek ni. Hurm… tu lah kan? Nasib, nasib. Sebab tu lah jangan terkejut kalau ada lelaki yang dah kawen tapi masih keluar masuk kelab gay ni. Dah nak buat camne kan? Nafsu diorang dah kearah tu. Jangan ingat dengan kawen je kau boleh hilangkan sikap songsang kau tu. and of course you shouldn’t pandang serong kat diorang cause you are not in their shoes and you absolutely didn’t no how they feel about.
So, penyakit ni memang payah nak ubah sebenarnya. Kalau dah ter’gay’ tu memang payah dah nak balik ke pangkal jalan. Dan sapa-sapa yang nak berubah tu cuba sematkan ayat ni dalam fikiran korang, “girls always taste better than guys”. Ni quote dari sebuah movie. Tapi aku tak ingat movie apa. Mungkin dengan sentiasa menyematkan perkataan ni korang boleh berubah ke kan? Well, sometime psychology can help. JmJ
Suka dengar lagu Randy Pangalila-Lewat Semesta. Randy itu agak comel sebenarnya ;)
No comments:
Post a Comment