Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Saturday, January 21, 2012

the eleventh hour

salam.

terasa lama tidak menaip diruang ini. terkadang rasa rindu juga. bukan mahu meninggal sepi blogspot ini, cuma kekangan masa terkadang membuatkan aku tidak langsung sempat nahu menaip cerita baharu.

cerita?

terlalu banyak yang mahu diceritakan sebenarnya sementelah terlalu lama ruangan ini dibiar kosong. tetapi jari ini terasa seperti berat mahu menaip. mungkin terlalu lama tidak memegang keyboard menyebabkan terasa kekok pula.

maaf.

maaf jika selama aku diruangan ini terlalu banyak menimbulkan masalah pada kalian yang membacanya. aku tidak sempurna. malah aku selalu berusaha untuk menjadi sempurna. tapi aku tidak tahu bagaimana.

berubah?

aku teringin ingin berubah menjadi lebih baik. bukan seperti aku hari ini. aku terlalu takut jika tidak sempat untuk berubah. aku tidak mahu mati pada jam yang kesebelas. yes, the eleventh hour.

"the man who decided to change on the twelfth hour, dies at eleventh,"

memang mati itu pasti. tapi aku tidak mahu mati semasa aku seperti sekarang ini. aku mahu mati dalam keadaan yang lebih baik. sekurangnya aku sudah khatam alquran 30 juzuk. mungkin kalian kurang faham. 'keadaan' kita berbeza. sangat berbeza.

diam...


everybody knows that death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going.