Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Wednesday, June 29, 2011

review filem 127 Hours

aku ada satu soalan kat korang semua. will you dare enough to cut off your arm to save your life?

jangan jawab lagi. biar aku citer pasal 127 hours ni dulu. aku tau ni cerita lama. eh, tak la lama sangat. baru bulan Mac dulu tayang kat Malaysia. kat US dia tayang masa bulan November. so, tak la lama sangat. lagipun masa di keluar dulu aku rasa macam tak menarik, sampai lah aku tengok trailer dia buat pertama kali kat youtube semalam. maka aku pun carik la cerita ni kat internet dan aku tengok via online. sebab seperti yang aku cakap, aku tak reti nak download cerita. HIHI. Rotten Tomato bagi 92% untuk filem ini. aku bagi 110%. pretty good huh?

poster di Blue John Canyon

cerita ni berdasarkan cerita sebenar. dilakonkan oleh James Franco (yang berlakon cerita Spiderman, Milk, Eat Pray Love and etc). setelah beberapa kali buffering, maka tamatlah cerita ni aku tengok. well, cerita ni sangat bagus sebenarnya. lagi lagi kalau nak bagi motivasi kat diri kita. seriusly aku menagis tengok cerita ni. cerita ni bukan cerita sedih tapi manly tears aku terkeluar melihatkan kesanggupan dia untuk menyelamatkan diri dia.

filem ni mengisahkan Aron Ralston, seorang yang suke melakukan aktiviti lasak macam mendaki gunung, mountain bike dan banyak lagi la. dan satu hari tu dia decide nak mengembara seorang diri di Blue John Canyon di Utah, USA tanpa bagitahu sesiapa pun. tak da siapa tahu yang dia pergi mengembara tu. so, dalam perjalanan tu dia terjumpa dengan Kristi dan Megan yang sesat kat situ juga. then dia tawarkan diri nak jadi guide diorang sampai diorang sampai kat destinasi diorang iaitu kat Dome.

Kristi dan Megan
so, lepas dia bawak diorang maka dia pun teruskan perjalanan dia ke John Blue Canyon tu. tapi satu kejadian yang tidak diingini berlaku. masa dia jalan kat celah celah batu tu tetiba je ada seketul batu telah menghempap tangan kanan dia. dia cuba tarik and tolak batu tu tapi tak boleh. 









dia tak tahu nak buat apa dah. lima hari dia kat situ. sebab tu lah tajuk dia 127 Hours. so, sepanjang tangan dia tesepit tu dia ada record video. ala ala macam dia nak buat wasiat la. masa dia record video la aku dah start nak nagis. sedih gila. antara ayat dia cakap.

Mom, Dad, I really love you guys. I wanted to take this time to say the times we've spent together have been awesome. I haven't appreciated you in my own the way I know I could. Mom, I love you. I wish I'd returned all of your calls, ever. I really have lived this last year. I wish I had learned some lessons more astutely, more rapidly, than I did. I love you. I'll always be with you. 
You know, I've been thinking. Everything is... just comes together. It's me. I chose this. I chose all this. This rock... this rock has been waiting for me my entire life. It's entire life, ever since it was a bit of meteorite a million, billion years ago. In space. It's been waiting, to come here. Right, right here. I've been moving towards it my entire life. The minute I was born, every breath that I've taken, every action has been leading me to this crack on the out surface. 



"i am pretty deep doo doo here"- Aron
sedih gila. mengalir manly tears aku tau. dia cuba macam macam cara nak keluar dari situ. dia siap minum air kencing dia sendiri sebab bekalan air dia habis. kalau kau kau sanggup? dan masa hari keempat dia mula terfikir nak potong tangan dia. nasib baik dia bawak pocket knife masa tu. tapi tak boleh juga sebab dia mula terfikir kalau dia potong tangan dia guna poket knife dia still tak boleh potong tulang dia. so, dia decide bengkokkan tangan dia, then tangan dia patah. masa tu aku rasa tangan aku pulak yang patah. gila ngeri. then dia start potong tangan dia guna pisau lipat tu. tapi pisau lipat tu tumpul. maka ambil masa dia nak potong tangan dia. ngeri gila masa scene potong tangan tu. nak jerit aku rasa. lepas potong tangan tu dia terus keluar dari situ dan nasib baik dia jumpa sepasang pengembara dan anak dia. dan dia bernasib baik. dia terus bawak ke hospital naik helekopter. well, cerita ni agak simple kan. scene dia kat situ je tapi effect dia pada aku agak mendalam la.

fuh... aku tau aku memang teruk dalam bagi ulasan. tapi cerita ni memang sedih plus ngeri plus ada lawak sikit. baik korang tengok. memang bagi motivasi lah.

part yang paling sedih bila dia ukir kat batu tu, dia tulis cenggini,

"Aron Ralston. April 2003. R.I.P"

ni Aron Ralston yang sebenar
ni masa Aron yang betul tersepit tangan
dan sekarang dia pakai tangan palsu
so, aku tanya kamu lagi. sanggup potong tangan and minum air kencing untuk selamatkan diri? well, berpantang maut sebelum ajal kan?

"Don't give up. Aron, do not give up" -talk to himself

.

Monday, June 27, 2011

alibi yang menunjukkan aku memang betul betul sibuk sepanjang cuti ini






















pada siapa yang tak tahu, semua yang diatas tu merupakan poster tv series yang agak best. dan aku sedang gigih menghabiskan masa untuk menonton siri siri berkenaan. nampak tak betapa sibuknya aku? maka jangan kacau.

SOULMATE (part 5)



Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, Shah Alam

Nasi lemak berlaukkan ayam masak merah hanya ditenung. Air teh O ais juga hanya sekali sedut diminumnya. Memang tiada selera. Entah la, tadi dia yang beria mengajak Shima mahu makan tengahari disini, tetapi dia pula yang tidak lalu makan.

“Kau ni kenapa? Dari tadi terkuis-kuis,” Shima memecah sunyi apabila dilihatnya Lily membisu sedari tadi.

“Aku tak selera la,” Lily menjawab lemah.

“La pulak. Tadi kau yang beria bukan main ajak aku makan kat sini. Konon dah lama tak makan nasik lemak. Alih alih kau tak da selera pulak. Kau kenapa?” Shima merungut itu-ini sambil menyuap nasi kemulutnya.

“Aku tak tahu la. Tak da selera,”

“Kau mengandung eh?” Shima serkap jarang. Dia tersengih.

“Ish. Merepek la kau ni. aku ni tidur pun bilik asing-asing. Boleh pulak mengandung. Ni pun aku dengan dia dah dua hari tak bercakap,” Lily menepis sangkaan Shima. Boleh pulak nak cakap aku pregnant. Mintak simpang lah.

“Patut la tak lalu makan. Dah dua hari tak bertegur sapa. Rindu la tu,” Shima mengusik lagi.

“Shima… please la. Aku ni nak rindu kat dia? Buat sakit hati aku aje,” Lily sudah mula geram.

“Okay lah. sorry sorry. Now, aku serious ni. tak main main dah. So, tell me kau bergaduh dengan dia ke? Sampai dua hari tak bercakap ni. padahal duduk satu rumah,” Shima mula menunjukkan simpati. Dia ni bukan boleh bawak bergurau. Kang mula lah nak mencebik je.

“Macam ni, boleh dia bawak awek dia tu jumpa aku. mana aku tak geram,” Shima dah mula menghamburkan kemarahan. Teh O ais disedut sekali lagi. Buat panas ni hilang sikit.

“Oh… kau cemburu lah ni?”

“of course not. aku cemburu? Memang tak lah. yang buat aku marah tu, boleh awek dia simbah air kat muka aku. apa dia ingat muka aku ni Indah Water ke apa nak main simbah simbah?” marah nya masih bersisa. Shima juga jadi gerun. Nasik lemak dibiarkan sahaja.

“Kurang ajar nya perempuan tu. ish, kalau aku, dah lama tarik rambut dia tu,” Shima menambahkan lagi bara dihati.

“Aku dah ajar dia. Lepas dia simbah tu terus aku mengaku yang aku ni isteri Carl. Malu dia. Terus blah,” Lily menyambung cerita. Hilang sedikit panas dihati selepas menceritakkan pada Shima.

“Habis Haikal cakap apa?”

“Kan aku dah cakap yang aku dah dua hari tak bercakap dengan dia. Dia nak cakap apa pulak kat aku?”

“Betul jugak tu,” Shima tersipu malu.

“Habis tu sampai bila kau nak membisu je dengan dia?” Shima bertanya lagi.

“Entah. Sampai dia berhenti jadi kasanova kot,” Lily menjawab selamba.

*****
Kondominium Seri Hartamas

Peti ais dibuka. Sebijik epas hijau dikeluarkan. Lantas dimasukkan kedalam mulut. Dikunyah perlahan. Sekotak susu juga dikeluarkan. Dituang ke dalam gelas separa penuh. Lantas gelas itu dibawa ke hadapan kaca tv sambil menggigit epal hijau tersebut. Televisyen memaparkan sitcom How I Met Your Mother. Dari musim keberapa dia kurang peka. Bunyi pintu utama dibuka tidak diendahkan. Matanya terpaku dikaca televisyen. Malas dah nak ambil tau.

“Assalamualaikum,” suara garau sang roommate kedengaran member salam.

Nak jawab ke tak ni? nak jawab ke tak? ah, tak jawab kang berdosa pulak.

“Tak jawab berdosa,” pantas Haikal mengusiknya.

Kan dah cakap.

“Walaikumsalam,” dia menjawab acuh tidak acuh.

“Kenapa tak tidur lagi?” Haikal bertanya sambil meletakkan kasut didalam rak.

Diam. Hanya kedengaran suara Ted Mosby sedang bergurau senda dengan Barney Stinson di kaca tv. Haikal duduk disebelah Lily diatas sofa itu. Beg bimbitnya diletak diatas meja dihadapannya. Susu milik Lily yang berada diatas meja diambil selamba dan diminumnya. Lily hanya menjeling. Menyampah.

“Tengok cerita kelakar tapi muka masam,” Haikal bersuara perlahan.

“Tak la kelakar sangat. you nak tau apa yang lagi kelakar? Ada orang yang dah buat salah tapi tak reti nak mintak maaf. Yang tu lagi kelakar,” Lily menjawab selamba. Matanya tepat memandang kearah kaca tv. Barney Stinson sedang cuba mengorat gadis seksi di bar.

“Look. I am sorry Lily. I really mean it,”

“Dan lepas you say sorry you buat lagi kan?” matanya masih tertacap dikaca tv. Barney Stinson dah kena simbah air pulak kat muka.

“okay. I janji I takkan buat lagi. I swear,” Haikal mencuba lagi.

“okay. Macam ni lah. I nak you bagitau semua orang yang rapat dengan you yang you dah kahwin. Kita lupakan lah dengan semua rules yang you dah buat tu,” Lily bersuara perlahan. Matanya tepat memandang kearah Haikal. Dah lupa apa yang dah jadi pada Barney Stinson.

“mana boleh macam tu. Kan kita dah janji,” Haikal cuba berdalih.

“yes. Kita dah janji tapi janji tu hanya berpihak pada you. I tak dapat apa faedah pun. I pulak yang kena maki hamun dengan semua awek you tu infact I ni isteri you,” Lily bersuara lantang. Marah benar dia nampaknya.

“you dah ada bagitahu orang ke pasal kita?” Haikal bertanya.

“I already told Shima,” Lily bersuara perlahan.

“What? You bagitau kat minah kepoh tu? dia mana boleh simpan rahsia,” Haikal terperanjat besar.

“That why I suruh you tell others the truth. Sebelum orang dapat tau dari mulut orang lain,”

“look, so now you nak suruh I bagitau orang lain sebab you dah terlepas cakap kat Shima?”

“No. okay I am sorry sebab dah bagitahu Shima. Tapi that is not the point. I tak nak nanti you punya girlfriends silap faham kat I. That’s it,”

“Kalau I dah bagitahu diorang yang I dah kahwin that mean I dah tak ada girlfriends, Lily. Siapa lagi yang nak kat I kalau diorang tau yang i dah kahwin? Can’t you see it?” suara Haikal dah meninggi. Terkejut barangkali.

“So, faham pun you. Buat apa you nak ada girlfriends kalau you dah kahwin kan?”

“Apa yang you nak buat ni? I can’t get it.”

“I sedang cuba jadikan you bertanggungjawab. I know kita memang tak nak perkahwinan ni. tapi the fact is kita dah kahwin. Even kita not loving each other kita kena tunaikan tanggungjawab kita sebagai suami isteri. Unless kalau you nak bercerai,”

“Hey. You gila?” apa nak cerai cerai ni? Apa nak jawab kat ibu?

“Tau pun. So, you suka atau tak, dah sampai masa kita kena bagitau semua orang Carl,” Lily bersuara perlahan.

“Okay. Kalau macam ni you boleh maafkan I, I ikut je. tapi you bagi I masa okay?”

“Okay,”Lily bersetuju. Matanya kembali menghadap ke kaca tv. Babak Ted Mosby marah Barney Stinson sebab Barney tidur dengan Robin terpapar.

“You know what, you dengan Barney Stinson ada persamaan yang kukuh,” Lily bersuara lagi.

“Apa?” Haikal yang sudah hampir bangun kembali terduduk. Matanya juga terus menghadap ke kaca tv.

“Ye lah. Dua dua nak jadi playboy. Tapi penakut,” Lily mengusiknya sambil tersenyum kecil.

“I tak penakut okay,” pantas Haikal menafikannya.

“Ya right,” sengaja Lily menyidirnya lagi.

“Can I ask you something Lily?” Haikal pula yang bertanya.

“Shoot,” matanya masih menghadap tv.

“You buat semua ni bukan sebab you dah jatuh cinta dengan I kan?”

“Of course not. You gila?” Lily mempamerkan riak kaget.

“Baguslah kalau macam tu. ye lah I ingat you nak batalkan semua rules tu sebab you dah fall in love dengan I or something?”

“Tak lah Carl. You jangan risau okay. We are best friends Carl. Tak main la cinta cinta ni,” Lily tersenyum.

“Okay,” haikal turut tersenyum. Tapi jelas senyumannya tampak kelat. Beg bimbit dicapai dan dia terus ke kamar tidurnya.

“Night,” sempat Lily mengucapkan selamat malam padanya. Dia hanya melambai malas.

*****

Fakhrul and Co. Peguambela dan Peguamcara

KNOCK! KNOCK!

“Haikal, kes yang kat Setapak tu you handle kan?” Fakhrul bertanya sebaik masuk ke ruang pejabat Haikal.

“Kes yang mana?” Haikal terkedu. Ish, aku ada kes kat Setapak? Ada ke? Mati lah Fakhrul marah aku.

“Yang waris nak tuntut hak tanah tu. takkan you dah lupa?” Fakhrul cuba mengingatkannya.

“Oh ya. Kes tu. you nak tengok ke?” Haikal baru teringat. Tu lah banyak sangat masalah sekarang ni. sampai kerja pun dah tak terurus.

“I nak tengok fail kes. Sebab tadi Encik Adam waris tanah tu ada call. Dia cakap you janji nak jumpa dia tapi you tak show up pun. Kenapa?” Fakhrul bertanya.

“I ada buat meeting dengan dia ke? Bila?” Pertanyaan Fakhrul dijawab dengan pertanyaan. Fail kes turut bertukar tangan.

“You dah janji nak jumpa dia semalam Haikal. You ni kenapa? Ada problem ke?”

“Entah la. I am sorry Fakhrul. I pun tak tahu apa dah jadi dengan I ni,”

“Look. Kalau you ada masalah you cerita kat i. kita bukan baru kenal,”

“Entah la. I ada masalah dengan roommate I la,”

“Kenapa dengan dia?” Fakhrul sudah duduk dikerusi dihadapan Haikal.

“You rasa pelik tak kalau I jatuh cinta dengan dia?” Haikal bertanya. Mukanya tampak serius.

“Are you gay Haikal?” Fakhrul sudah kehiranan.

“Oh. You tak faham,” Haikal tersengih sendiri. Boleh dia cakap aku gay? Aku punya lah kasanova.

“Okay. I open minded. I tak kisah. Come on. Tell me Carl. It’s kinda interesting right?” Fahkrul sudah tersenyum.

“So, nanti I buat appointment baru dengan Encik Adam. Okay?” Haikal cuba mengubah topic. Aduh, apasal lah mulut aku ni boleh main cakap je. Dah tak pasal pasal aku kena cop gay pulak.

“You jangan nak ubah topic Carl. Jangan malu malu lah dengan I. Come on,” Fakhrul memujuk lagi.

“Okay. I akan cerita kat you. Tapi bukan sekarang. Lunch nanti I cerita. I janji,”

“Great. Kalau macam tu. Masa lunch nanti you tell me,”

***** 

...bersambung

Sunday, June 26, 2011

dua tahun lepas

dua tahun lepas, hari ni MJ meninggal. rest in peace arwah MJ.

dua tahun lepas, hari ni aku daftar kat UiTM. sekarang aku dah nak masuk penggal ke lima dah pun.



ya, dua tahun lepas aku berusia 19 tahun dan 4 hari.

.

Wednesday, June 22, 2011

Selamat Hari Keputeraan Yang Ke-21 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ali Zainal Abidin Shah Ibni Sultan Abdul Jalil Shah.

Amaran : entri ini teramat panjang.

Hari ini entri hari jadi. Atau hari lahir bagi yang menggelarnya sebegitu. Atau mungkin juga entri ulangtahun kelahiran.

Oh, bagaimana mahu mula?

Terima kasih bagi yang ingat hari jadi aku. terima kasih pada yang mengucapkannya melalui facebook, phone call, text message, twitter mahupun belog. ya, aku betul betul menghargainya walaupun hanya beberapa orang yang ingat hari jadi aku. sengaja aku buang reminder birthday aku yang kat facebook tu sekadar mahu menguji berapa ramai yang ingat hari lahir aku. ternyata ujian itu berjaya. Ya, berjaya meletakkan notification yang sedikit pada wall aku. sebab kalau aku letakkan reminder untuk birthday aku itu aku khuatir aku tidak berupaya membalas terima kasih pada kalian yang diingatkan oleh reminder facebook itu  sementelah aku sedikit malas mahu menaip di facebook dua tiga hari ini. Terima kasih sekali lagi bagi siapa yang betul betul ingat. Ya, ini ikhlas.

22 jun bukan lah hari yang aku nantikan saban tahun sebenarnya. Sebab aku tahu tidak akan pernah wujud surprise party atau sesi membaling telur di hari berkenaan. Jadi tidak ada momen yang aku perlu ceritakan pada kamu sementelah aku tidak ada pengalaman menyambut majlis ulangtahun kelahiran. Oh ya, hari lahir yang paling aku ingat pun pada tahun 2007 sebab masa tu pertama kalinya aku dapat hadiah hari jadi dari Bob. Ya, megi kari yang dibalut dengan kertas surat khabar itu walau pun aku boleh dapat sendiri dari kedai kedai berhampiran, itu sudah dikira sebagai hadiah sementelah aku tahu Bob ikhlas menghadiahkannya. Dan selepas itu aku tidak pernah mendapat sebarang hadiah sempena hari lahir aku selepas itu. Aku kira itu mungkin yang pertama atau yang terakhir barangkali.

Dan hari ini 22 jun itu datang lagi. Kata orang alim ulama, hayat kita itu sebenarnya sudah tercatat di loh mahfuz, maka setiap kali tiap hari lahir kita maka sedarlah sebenarnya kita semakin hampir dengan mati. Aku ingat itu, tapi aku tidak tahu siapa yang menuturkannya. Aku akui apa yang dikatakan oleh alim ulama itu benar tapi aku tidak pernah bersedia menghadapi mati itu. Itu kelemahan aku. tidak pernah insaf barangkali. Dan tatkala umur aku menganjak ke21 tahun ini sekali lagi kata kata itu terngiang ngiang ditelingaku, tapi sekali lagi tidak timbul rasa insaf itu.

ah. kita persetankan kisah kisah hari jadi aku tu. sekarang aku mahu berkongsi satu pengetahuan am dengan kamu. tahukah kamu bahawa 22 jun merupakan hari jadi Lee Minho? ya, actor korea itu rupanya lahir pada hari ini juga. tahukan kamu bahawa musim panas setiap tahun bermula pada 22 jun? juga tahukan kalian pada 22 jun juga hari guru telah disambuat di El Salvador? untuk pengetahuan kamu juga 22 jun merupakan tarikh kematian Pope Innocent ke-5. dan sebenarnya 22 jun merupakan hari dimana King George ke-5 ditabalkan menjadi raja di Great Britain? lihatlah betapa pentingnya 22 jun itu. maka kita seharusnya meraikan 22 jun itu dengan meriannya. itu hanya sedikit yang aku senaraikan. kalau kamu mahu tahu lebih lanjut lagu sila ke sini. disini kamu akan tahu betapa pentingnya 22 jun itu.

eh, beday awak same dengan beday kitewww la... ^^

King George the fifth 


Oh ya, dibawah ini aku senarai pendekkan beberapa barang yang aku  inginkan. Manalah tau kalau ada orang yang sudi nak bagi hadiah pada aku. ini bolehlah dijadikan rujukan kalau kamu blur tak tahu nak bagi hadiah apa pada aku. senarai dibawah ini sekadar random sahaja, tidak mengikut keutamaan, ini bermakna produk yang di nombor satu itu bukanlah yang paling aku mahu. Kamu boleh pilih mahu bagi apa sebenarnya. ^^ 

1) Wrist watch 
2) Apple product (ipad, iphone, etc) 
3) Brand new hand phone 
4) DVD kompilasi siri How I met your mother (season 1- season 6)
5) DVD kompilasi siri desperate housewives (season 1-season 7)
6) DVD kompilasi siri Glee (season 1- season 2)
7) Walk-in closet
8) 2 pasang suit Ted Baker (Dark blue and dark brown)
9) DVD kompilasi siri Friends (season 1 -season 10)
10) Semua siri novel Hlovet

Nombor satu itu tidak lah sangat diperlukan oleh aku. tapi kadang kadang aku sedikit rimas bila orang tanya aku pukul berapa dan aku kena keluarkan handphone untuk tengok jam. Jadi kalau aku ada jam tangan, maka tak perlulah aku seluk poket untuk keluarkan handphone. Tapi kebarangkalian untuk aku melihat kearah tangan itu belum pasti lagi kerana melihat jam di telefon seperti sudah jadi habit aku. tapi aku tak kisah kalau kamu mahu berikan jam tangan sebagai hadiah hari jadi. Tissot sound good ^^



Aku sebenarnya sangat mahukan semua product apple. Sebab itu lah aku senaraikannya di nombor dua itu. Teringin sebenarnya mahu memakai telefon pintar Iphone tu. aku nak beli sendiri memang tak mampu maka aku tunggu ajelah sape sape yang nak hadiahkan pada aku. kalau nak bagi Ipad pun boleh jugak. Kecil tapak tangan menara KLCC hamba tadahkan…



Nombor tiga itu aku sangat perlukan kerana telefon yang aku pakai ni sudah tidak boleh menaip mesej. Maka siapa siapa yang ada text aku beberapa hari lepas tu aku mintak maaf la. Handphone aku rosak. Maka itu lah aku perlukan handphone baru. Ini juga sebenarnya salah satu pilihan pada mereka yang seperti tidak mampu untuk menghadiahkan aku Iphone, maka boleh lah hadiahkan handphone baru pada aku. lagi lagi pada siapa yang suka sangat nak mesej aku tu. kalau nak aku reply maka bagi lah handphone baru sebijik kat aku. oh ya, kalau boleh aku nak try pakai handphone flip pulak. Teringin nak pakai, lagipun aku nampak orang yang pakai hendphone jenis flip ni nampak macam kool je bila diorang flip out telepon diorang masa nak jawab call. So, belikan satu untuk aku eh? Tak payah bungkus cantik cantik pun tak pe. HIHI

Nombor 4 sampai 6 itu kamu boleh pilih sebenarnya. Sama ada mahu bagi yang nombor empat, atau nombor lima atau pun nombor enam? Pilih lah nak bagi yang nombor berapa. Atau kamu mahu bagi ketiga tiga sekali? Ouh, lagi lah aku menghargainya. Well, aku sebenarnya sudah ketagih dengan semua siri berkenaan sebab tu aku mintak kamu hadiahkan. Walaupun aku sudah menonton hampir semua episode siri-siri berkenaan itu melalui online tapi kebarangkalian aku mahu menonton lagi itu besar. Jadi takkan la aku nak online semata mata mahu menonton siri berkenaan, kan? maka kalau kamu bermurah hati mahu menghadiahkan siri siri kompilasi itu kepada aku, aku memang sangat menghargainya.




Aku mahukan yang nombor tujuh itu bersebab sebenarnya. Baju baju aku sebenarnya terlalu banyak sampaikan aku kena pack didalam beberapa plastic hitam untuk menjimatkan space. Maka pada siapa siapa yang bermurah hati tu boleh lah design satu walk-in closet kat dalam bilik aku. lagipun aku tengok kat dalam cerita orang putih, kalau ada walk-in closet ni baju-baju akan dapat disusun dengan lebih kemas. Maka tidak lah bersepah baju aku kat dalam plastic hitam, sampaikan ada orang tanya samada aku nak derma atau tidak baju aku yang didalam plastic hitam itu. Ia memang dibungkus begitu tapi ia bukan untuk diderma, malah ada sebahagian baju yang didalam palstik hitam itu tidak digunakan lagi. Lagipun pakaian aku kebanyakkan seluar pendek, terasa bersalah pula mahu mendermakan seluar pendek yang menampakkan aurat itu pada orang lain. Tak pasal pasal bertimpa timpa pulak dosa aku.



Aku sebenarnya sukakan produk ted baker, terutama sekali suit yang direkanya. Oh, sebenarnya juga senarai nombor lapan ini ada kena mengana dengan nombor empat. Well, didalam siri How I met your mother, Barney selalu pakai suit, dan aku tengok orang yang pakai suit ni nampak kemas. Maka, aku teringin sekali mencubanya. Kalau kamu mahu tengok aku jadi kacak dan kemas dan segak, maka jangan takut untuk menghadiahkan suit ted barker ini kepada aku. nanti kalau ada orang puji aku segak dengan mengenakan suit boleh lah aku jual nama kamu, aku akan cakap begini, “Saya tidak akan nampak segak tanpa suit yang dihadiahkan oleh sipolan ini,”… dan oh ya, sengaja aku letakkan warna yang aku inginkan, aku tidak mahu kamu pilih warna yang aku tidak berkenan takut nanti orang ingat aku ini dR Romzey pulak kalau mengenakan suit yang berwarna ceria seperti pink dan hijau terang. Nanti bolehlah aku pakai suit ni masa hari isnin, mesti orang fikir aku mahu join MPP. Aduh, malu pula.



Senarai yang kesembilan ini aku memang sangat mahukan kerana aku memang peminat setia siri friends. aku start tengok siri ni masa aku darjah 6. tapi masa tu siri ni dah masuk musim kelapan. aku cuba nak tengok siri ni secara online tapi tak ada pula. maka aku sangat menghargai kalau ada sapa sapa yang sudi bagi aku kompilasi siri ini. ouh, aku suka Chandler dalam siri ni. dia sangat funny. ^^





Aku senaraikan yang nombor sepuluh tu sebab aku ni gemar membaca. Dah aku sengaja letakan novel Hlovet supaya senang kalian beli. Lagipun harga novel melayu lebih murah dari novel antarabangsa. Dan novel melayu satu satunya yang aku layan ialah Hlovet. Maka tak salah kalau kamu hadiahkannya pada aku. ish… malu pulak asyik meminta minta ni.



Dan sebenarnya, banyak yang aku nak senaraikan tapi takut kamu kata aku ni terlalu demand pula. Maka senang cerita kamu bagilah hadiah yang kamu rasa ikhlas kamu mahu beri. Tapi jangan lah bagi megi kari pula sebab aku dah pernah dapat hadiah sebegitu. Kalau kamu rasa mahu buat parti terkejut untuk aku jangan bagitahu aku ya, nanti tak terkejut pula. HEHE. Oh, hampir terlupa, kalau ada siapa siapa yang boleh bagi produk yang boleh menjadikan badan aku seperti Billy Jeffry lagi aku hargai. HIHI

Ada orang tanya aku, “apa yang kamu wish semasa kamu tiup kek hari jadi kamu?” aku tiada jawapan untuk itu. Sebab aku tidak pernah rasa pengalaman sebegitu. Tapi kalau ada orang tanya aku, “apa hajat kamu semasa hari lahir kamu?” aku akan jawab

“I hope I can blow out the candle on the top of the birthday cake that has my name on it,”

-selamat ulang tahun kelahiran yang ke-21 Ali Zainal Abidin-

Yang penting kamu doakan aku panjang umur, itu lebih baik ^^

.

wordless Wednesday

Thursday, June 16, 2011

what men wear from A to Z

i do love fashion. i mean a lot. so, here is sedikit yang telah aku carik mengenai apa yang lelaki pakai from A to Z. fuhh... memang penat giler la. ya, memang penerangan tu aku ambil kat wiki dan gambar gambar tu semua ehsan google. so, have take a look for those yang agak buta dalam fashion. ada banyak lagi sebenarnya, ini cuma sebahagian. 


A

Ascot cap
A hard men's cap similar to the flat cap, but distinguished by its hardness and rounded shape. also known as beret cap.






Ascot tie
An ascot tie, or ascot, is a narrow neckband with wide pointed wings, traditionally made of pale grey patterned silk. This wide, formal tie is usually patterned, folded over, and fastened with a stickpin or tie tack. It is usually reserved for wear with morning dress for formal daytimeweddings and worn with a cutaway morning coat and striped grey trousers. This type of dress cravat is made of a thicker, woven type of silk similar to a modern tie and is traditionally either grey or black.





B


Baggy jeans
Over-sized pair of jeans, associated with hip-hop style. 




Baseball cap
a type of soft cap with a long, stiff bill that may either be curved or flat






Bell-bottoms
trousers that become wider from the knees downward. Related styles include flare, loon pants and boot-cut/leg trousers. Hip-huggers are bell-bottomed, flare, or boot-cut pants that are fitted tightly around the hips and thighs.






Beanie
Beanies, typically made of wool felt, are brimless and either have a small embellished visor or, more commonly, no visor at all. 






Blazer
A long-sleeved sports jacket with lapels, worn as smart casual dress.






Board shorts
Board shorts are designed to be quick-drying, and are generally made from smooth polyester or nylon material.They are well-adapted to their use in various active water sports.






Boxer brief
Boxer briefs (or tight boxers) are a type of men's undergarment which are long in the leg, like boxer shorts but tighter-fitting, like briefs.






Boxer short
Boxer shorts (also known as loose boxers or as simply boxers) are a type of undergarment worn by men.






Briefs
Briefs are a type of short, tight underwear and swimwear, as opposed to styles where the material extends down the legs.






Bermuda Short
Bermuda Shorts, also known as walking shorts or dress shorts, are a particular type of short trousers, now widely worn as semi-casual attire by both men and women. The hem can be cuffed or un-cuffed, around one inch above the knee.






Bow tie
The bow tie is a type of men's necktie. It consists of a ribbon of fabric tied around the collar in a symmetrical manner such that the two opposite ends form loops.






Black tie
Black tie is a dress code for evening events and social functions. For a man, the main component is a usually black jacket, known as a dinner jacket (in the Commonwealth) or tuxedo (mainly in the United States)






C


Cap sleeve
short sleeve that sits on the shoulder to either form a stiff cap or to provide a minimal coverage.






Cardigan
a type of sweater (or jumper) that ties, buttons or zips down the front.






Cargo pants
Cargo pants are designed originally for tough, outdoor activities. They are baggy, permitting free movement, made of hard-wearing, quick-drying fabrics, with tough stitching, and have large belt loops and several additional patch pockets. 






Cowl neck
Round neck with ribbed banding that hugs close to the base of the neck.






Coat
A coat is a long garment worn by both men and women, for warmth or fashion.






Cuff-links
A cufflink (also cuff link or cuff-link) is a decorative fastener worn by men or women to fasten the two sides of the cuff on a dress shirt or blouse.






D


Doubled-breasted
double-breasted refers to a coat or jacket with wide, overlapping front flaps and two, parallel columns of buttons or snaps.






Doubled-tee top
A layered style with one t-shirt over another.






Duster
A duster is a light, loose-fitting long coat.






E


Earring
Earrings are jewellery attached to the ear through a piercing in the earlobe or some other external part of the ear.






F


Fedora
A fedora is a felt hat that is creased lengthwise down the crown and pinched in the front on both sides. 




Flannel shirts
Flannel is a soft woven fabric, of various fineness. It usually doesn't have a nap, and instead gains its softness through the loosely spun yarn it is woven from. Plaid is a traditional pattern for flannel shirts. 






Flat-front pants
Straight-cut pants,usually seamless and san pockets.







Frock coat
A frock coat is a man's coat characterised by knee-length skirts all around the base, popular during the Victorian and Edwardian periods.






G


gauntlets
protective gloves used as a form of armour or dress gloves that extends above the wrist 


H


hoodie
hoodie (or hoody), or a bunnyhug is an upper-body jacket with a hood. The characteristic design includes large frontal pockets, a hood, and a drawstring to adjust the hood opening.






Hosiery
Hosiery, also referred to as legwear, describes garments worn directly on the feet and legs. The term originated as the collective term for products of which a maker or seller is termed a hosier; and those products are also known generically as hose






J


jacket
A jacket is a type of sleeved hip- or waist-length garment for the upper body. 







jorts
Jean shorts, occasionally called "jorts", are a garment worn by women or men that covers the pelvic area, the buttocks, and the legs, stopping between the top of the thigh and the knee. They are simply shorts made from denim. 






K


kerchief
a triangular or square piece of cloth tied around the head or around the neck for protective or decorative purposes.






kangaroo pocket
Pocket formed by sewing a piece of cloth over the clothing item leaving two open ends.






Knickerbockers
Knickerbockers are men's or boys' breeches or baggy-kneed pants ("trousers" in the UK) particularly popular in the early twentieth century USA.Golfers' plus twos and plus fours were breeches of this type. Before World War II, skiers often wore knickerbockers too, usually ankle-length.






L


Low-loose jeans
Low-loose jeans, worn by both men and women, are jeans intended to sit low on, or below, the hips.They are loose and comfortable to be worn. 






Leg warmer
Leg warmers are coverings for the lower legs, similar to socks but thicker and generally footless. They were originally used as dancewear by ballet and other classic dancers in order to keep the leg muscles warm and to prevent cramping or other muscle injuries.






M


mandarin collar
Short,stand up collar, adopted from the close-fitting Oriental collar.






N


Notched collar 
Two-piece collar that can be only worn open 






Neck tie
a long piece of cloth worn for decorative purposes around the neck or shoulders, resting under the shirt collar and knotted at the throat. Variants include the ascot tie, bow tie, bolo tie, and the clip-on tie






Necklace
A necklace is an article of jewellery which is worn around the neck.






P


placket
placket refers both to a slit in clothing and to layers of fabric which may be used to conceal such a slit.It is used specifically to refer to the button down front of a jacket or blouse






Poncho
an outer garment designed to keep the body warm, or if made from a watertight material, to keep dry during rain.






Pea coat
an outer coat, generally of a navy-colored heavy wool, originally worn by sailors of American and European navies






polo shirt
A polo shirt, also known as a golf shirt and tennis shirt, is a T-shaped shirt with a collar, typically a two- or three-button placket, and an optional pocket. Polo shirts are usually made of knitted cloth (rather than woven cloth), usually piqué cotton or, less commonly, silk, merino wool, or synthetic fibers.






S


sarong
A sarong or sarung is a large tube or length of fabric, often wrapped around the waist and worn as a kilt by men and as a skirt by women.The fabric most often has woven plaid or checkered patterns, or may be brightly colored by means of batik or ikat dyeing. Many modern sarongs also have printed designs, often depicting animals or plants.






shawl collar
One-piece collar tuned down to form a continuous line around the back of the neck to the front 






sandal
Sandals are an open type of outdoor footwear, consisting of a sole held to the wearer's foot by straps passing over the instep and generally, but not always, around the ankle






sneakers
Sneakers are footwear of flexible material, typically featuring a sole made of rubber. The upper part is made of leather or canvas. Sneakers were originally sporting apparel, but are today worn much more widely as casual footwear






slim-fit pants
Explanation about the same as skinny jeans but slim fit pants are not as tight as skinnies. 






sweater vest
A sweater vest/sleveless sweater a.k.a Langdon in the Northeastern United States) is an item of knitwear that is similar to a sweater, but without sleeves. 






sweater
A sweater/jumper/pullover is a garment intended to cover the torso and arms. They are usually worn over a shirt, blouse, T-shirt, or other top. Sweaters tend to be made from wool; however, they can be made of cotton, synthetic fibers, or some combination thereof. 






Sweatshirts
Sweatshirts are normally worn during a workout because of its material, that allowsperspiration and quick drying. 






suspenders
Suspenders (American English) or braces (British English) are fabric or leather straps worn over the shoulders to hold up trousers. Straps may be elasticated, either entirely or only at attachment ends and most straps are of woven cloth forming an X or Y shape at the back






T


Tank top
Sleeveless top with wide armholes 






Turtle neck
these are high close-fitting collars that wrap around the neck itself 






Trunks
Trunks, when worn as swimwear, are often referred to as swim trunks, and are normally shorter than boardshorts, which extend to the knees. Trunks are the most popular type of male swimsuit in North America






U


unitards
A unitard is a skin-tight one-piece garment with long legs and sometimes long sleeves. 






V


v-neck
Formed by two diagonal lines from the shoulders that meet on the chest creating a V shape. The depth of the V can vary, ranging from demure styles to plunging.The V may also be truncated by a small bottom edge, forming a trapezoid. 






visor
is a type of crownless hat consisting simply of a visor or brim with a strap encircling the head.






vest
sleeveless upper-body garment worn over a dress shirt and necktie (if applicable) and below a coat as a part of most men's formal wear, and as the third piece of the three-piece male business suit.






W


wing collar
Collar of white tuxedo shirts.Commonly worn with a bow tie 






windpants
also known as windbreakers, which are lighter and serve to shield the wearer from cold wind rather than insulate. Windpants are almost always made out of polyester or nylon






Z


Zig-zag 
Pattern usually created by sewing to create a design of alternating sharp turns and angles 







zubaz pants
brand of shorts and pants that became popular during the early 1990s. They were created in 1988 by two professional wrestlers the Road Warriors as a comfortable, functional short for weightlifting.






Fuhh.. almost hundred jugak la. gigih sangat kan? so, siapa kata lelaki hanya tahu pakai t-shirt dan jean aje? ingat perempuan je ke yang tahu berfesyen? 


:p


*gigih