Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Sunday, January 30, 2011

saya seorang yang tidak suka menipu. kalau saya cakap saya tak suka tu maknanya saya tak suka lah. dan tolong jangan paksa saya. agaknya saya kena bagi awak pinjam kamus dewan agaknya?

saya masih tiada mood mahu sambung anak ikan.

tiba tiba terasa bengang bila ada orang cuba memaksa. stop pushing me. oh, kalau siapa yang tak tahu dan bodoh bahasa inggeris, pushing itu bukan hanya membawa maksud menolak. dan aku tidak terniat pun nak beritahu "jangan menolak aku" infact aku memang tak suka orang menolak aku. lebih lebih lagi bila tengah mencuba dengan gigih untuk menaiki public transport. dan ya, bila orang tolak aku semasa sedang mencuba menaiki kenderaan awam itu, "stop pushing me" itu menunjukkan aku tidak mahu ditolak lagi. tetapi apa yang aku cuba sampai dengan ayat "stop pushing me" kali ini ialah berhenti memaksa aku.

fuhhh... intro aku sikit punya panjang dan kalau kau tak faham lagi aku tak tahu lah.

dan ya. aku still ada kamus dewan dirumah.

okay... aku malas nak cerita mengenai orang-yang -tak-tahu-bahasa-melayu ni. kita ignore je la cerita yang aku oun dah muak nak cakap benda yang sama. kau pun mesti tanak baca kan? ye lah, kau nak baca pasal aku punya cerita yang tak menarik ni? peeeelliisssssss lah. nanti mula lah ada orang nak jadi anonymous nak komen komen bagi aku terbakar hati kan? tak pe aku tak kesah pon. macam lah aku tak kenal siapa anonymous itu.

oh... hajat hati cuma mahu stop by here sebab dah lama tak update blog. esok mahu keluar berdatingan. maka jangan kacau oke.

Wednesday, January 26, 2011

kenapa aku dah jarang update blog?

fuh... sooooo lama tak update blog rasa macam sangat tak tenteram hidup. ramai dah yang tanya aku kena lama tak update blog? bila nak sambung anak ikan? dan tak kurang jugak yang tanya kenapa sunyi je sekarang ni? helllowww... kau senyap boleh tak pinkguava. kau ingat kau femes sangat sampai orang nak tanya kau segala bagai. dan kau ingat orang lain nak sangat ke tanya kemana kau menghilang? kau jangan bajet kau hot boleh tak? aku tumbuk kau laju laju kang. duh... aku sedar aku siapa. aku sengaja senyap dari dunia blog semata mata mahu lihat betapa concern nye korang semua kat aku. tapi rupanya kau semua hampeh. sorang pon tak tanya aku dimana aku menhilang. aku tersentuh tau. tacing sangat. menci menci menci. kau diam pinkguava. jangan jadi bapok boleh tak?

oh ya, speaking about bapok ada juga sebenarnya yang tanya aku bila nak sambung anak ikan. but bila ada seorang manusia ni cakap aku punya cerita "anak ikan" tu di copy paste kan, so rasa cam malas je nak sambung.  rasa macam "kau ingat aku tak reti buat cerita ke?" hellowwwww??? kau ingat aku rajin sangat ke nak copy paste bagai tu? aku buat sendiri tau. bukan dicedok dari mana mana. penat aku pikir carik idea nak bagi kau baca then kau tunding jari macam tu kat aku? tacing tau.. sob sob sob T.T...

oh ya. lama sangat tak update rasa cam banyak sangat nak cerita. well, maklumlah aku kan memang terkenal dengan cerita yang panas dan meletup. oh, sekali lagi aku mempoyokan diri. kau diam pinkguava. kau ingat kau irene nadia martelor ke? sangat tak okay. muka jerawat penuh ada hati nak compare dengan irine nadia yang cun melecun tu. ye la... aku takkan mempoyokan diri aku lagi. aku sedar aku siapa. tau la aku tak pernah masuk Dara dot Com. *tetiba.

so... apa yang aku nak cerita ek? first yang pertama sekali... haaa.... sesi memasak bubur asyura. bagi aku mencarut dulu boleh tak. oh so dem penat tau mengacau bubur tu. dem it. fak fak fak... okay dah puas mencarut. so sekarang kita setat balik cerita tadi. pasal apa eh? oh ya. bubur asyura kan? sape kat sini pernah mengacau bubur asyura sila angkat tangan. ha... penat kan kacau bubur asyra tu? pergh... aku memang berasap la. sape tak berasap kalau yang datang tolong kacau nya tak sampai sepuluh orang. eh, turun la tangan tu. jangan angkat lama lama. oh ya, speaking bout tangan. gila penat kau kacau that bubur. berbirat lah tangan aku ni. kat sini aku nak nyatakan ketidak puasan hati aku. why sangat banyak kau nak masak bubur tu? i mean sampai lapan kawah penuh, kau tak rasa membazir ke? okay, biar aku bagi satu situasi nak bagi kau paham betapa membazirnya memasak bubur asyura tu banyak banyak. kat rumah aku ni, housemate aku yang kononnya suka makan that bubur ni dapat tiga bungkus bubur asyura. lets say, setiap rumah dapat tiga bungkus. okay, kat rumah aku ni yang habisnya sebungkus je. what happen to the two left? alamatnya di tongsampahkan lah. ha, kau cuba bayangkan pula kalau semua orang yang amek tiga bungkus tu pon hanya makan sebungkus je. dan the rest di selamatkan kedalam lori alam flora. kau tak rasa membazir ke? fuhh... dah la yang mengacau sampai lebam tangan tu aku. fak fak fak. dem dem dem... maka, jangan masak bubur asyura tu sampai lapan kawah okay... aku tak makan pon tau....!!!!

ni bukan aku. apa? kau ingat aku suka ke amek gambar time earth hour macam ni?
gambar tu je yg aku ada. aku memang tak suka ambil gambar entah kenapa muka pakcik yang kena earth hour ni aku boleh tersnap pulak. teeheeee. by the way, that is anuar. nampak macam garang kan. but dia sangat nice.

oh ya. tamat bab bubur asyura. hurm... apa lagi ya? oh ya. yang ini mesti cerita. aku telah berjaya memboloskan diri kegolok beberapa hari yang lalu. kau tau golok tak? cis kau ni. tengok cerita siam punya lah suka. sekali golok pon tatau ka? apadehal? okay. overall. golok just nice. but aku nak bagitau kalau kau kesana sila bawak kenderaan. jangan jadi macam aku yang masuk secara halal/haram/shubahah. kalau kau tak bawak kenderaan kau akan rasa sangat penat yang teramat sangat. fuhh...




"tak suite la warna kuning". ayat gedik itu bukan dari aku. harap maklum.

kau lagi? dem gila kamera. duh... =.="

kool. ada halal food. goyang yukk

speechless... kembar?

"hoping the winter"... dey... golok dengan london pon tatau beza ke?

then then. apa lagi eh. tadi rasa macam banyak nak cerita. oh ya. its about to holiday. wow. cant wait sangat tau. any plan?
1) gather dengan kak chot and azma kat mid (checked)
2) go to hantar mempelai which is my cousin yang dah gatal nak kawen (checked)
3) meeting my lovely niece. rindu la sangat kat dia. dah gi sekolah kot (checked)
4) online online online. harus okay (checked)
5) meeting someone yang dah lama janji nak jumpa. oh, sangat tidak sabar tau (checked)

dan apa lagi yang aku tertinggal? oh ya... machang. aku telah kembali ke machang semalam. sangat best berjumpa semula dengan che deal dan... okay che deal sahaja. sebab aku tak kenal pon muka muka lain tu. oh ya, by the way tak ada anak ikan hot pon. kau boleh berambus sebab kau tak hot. sangat mean kan aku. bla bla bla. what ever.

yg kacak itu saya. 

muka teruja itu penting. harus sangat.

kadang kadang saya bajet macam khairul fahmi

gambar che deal yang jelas sudah tersebar diserata facebook.

dan ya, cakap pasal anak ikan. kau ingat tak entri aku pasal konek tempoh hari. oh, rasa macam dem giler sebab ada orang search pasal konek. kau apa hal? kau ingat aku dr ismail tamby ke apa nak cerita pasal konek bagai tu? huh?

klik la kalau nak besar sikit. itu pon tak tau ke?

dah la. aku penat la nak menaip. dah nak tido. okay bai.

p/s: senang cerita. aku memang malas nak update blog lately... kau apa kesah?

Friday, January 21, 2011

kadang kadang aku bersikap bodoh jugak

semalam, aku ke sebuah gerai untuk minum minum dengan seorang rakan aku. well, tipikal semua gerai yang akan datang ke meja kita dan tanya "nak minum apa," kan.

so, the story was going like this. the awek yang datang amek order tu boleh dikatakan agak cun dan dalam kategori A lah juga. 34-25-36 tu. then she asked me, "nak minum apa?"

dan aku mempunyai satu tebiat yang mana bila aku nampak awek cun aku akan terasa gemuruh semacam. darah gemuruh bak kata nenek aku. dan bila aku gemuruh aku akan membuat lawak untuk menghilangkan rasa gemuruh aku tu.

dan bila awek tu tanya "nak minum apa?" boleh aku jawab "air serabut perut,"

dan suasana gerai makan yang sunyi itu kembali ceria.

dengan gelak tawa.

ya, gelak tawa yang menceriakan aku.

dan ya. gelak tawa aku seorang.

p/s: awek tu tak pernah tengok cerita ngangkung ke apa?

Wednesday, January 19, 2011

simon says, sebut betul betul.

aku kadang kadang sering juga membuat kesalahan ejaan. contohnya macam hari tu aku boleh tereja subsitute instead of substitute. sudah nampak kebodohan aku disitu sebenarnya. jadi disitu sudah menunjukkan yang aku ni tak lah perfect sangat. malah aku tak pernah pun salahkan orang kalau diorang salah eja atau salah sebut. cuma kadang kadang aku sedikit terkilan dengan fauziah ahmad daud.

apa kena mengena fauziah ahmad daud dengan entri aku ni? aku baru selesai search fauziah ahmad daud di youtube dan jumpa klip AF. aku tak tahu kenapa aku boleh stick dekat nyanyian dafi yang macam katak nyanyi lagu bangau oh bangau tu.

seperti sedia maklum fauziah ahmad merupakan juri dalam akademi fantasia.

aku bukanlah peminat setia akademi fantasia tapi aku tau lah jugak yang akak seorang ni merupakan juri tetap pertandingan realiti tv terkenal tu. 

maka seperti biasa dalam setiap minggu mesti ada pelajar akademi ni kena nyanyi lagu. dan ada sesetengah pelajar tu kena nyanyi lagu berbahasa inggeris dan kadang kala sebutan mereka tu tak berapa tepat. maka keluarlah komen dari juri si fauziah ahmad daud ni,

"dik, proNOUNCiation tu tak betul lain kali belajar lagi proNOUNCiation ya," kata beliau dengan yakin dah tepat. dan kedengaran agak ditekankan dibahagian proNOUNCiation tu.

aku tak kisah kalau orang lain yang sebut proNOUNCiation tu. tapi kalau fauziah ahmad daud yang cakap tu aku sedikit kisah.

"akak, it proNUNciation. bukan proNOUNCiation," kataku membentak bentak didalam hati.

entah la, aku sedikit terkilan bila seseorang  menyuruh orang lain menyebut sesuatu dengan betul tapi dia sendiri menyebut dengan tidak betul. 


serasa seperti meminta tips langsing dari adibah nor bak kata ayah aku. =.="

*****

ada satu lagi aku terkilan bila ada orang yang menyebut dengan tidak berapa betul. kejadiannya berlaku kurang lima belas minit tadi.

housemate: aduh. aku stress la...

aku: ha? asal?

housemate: dari tadi tak dapat konek ni. aku stress la.

aku: (diam seribu bicara)

housemate aku sudah semestinya seorang lelaki. dan bila seorang lelaki stress pasal tidak dapat konek aku dengan refleknya menutup celah kelangkang aku dengan tapak tangan. aku tak tahu. ia secara reflek. tiba tiba selepas aku menutup kelangkang aku tu housemate aku bersuara lagi.

"asal ni? kita pakai p1 wimax ni tak sampai sebulan lagi. takkan dah tak boleh konek kot,"

duh... aku tepuk dahi.

connect! connect! connect! bukan konek la bodoh...

Tuesday, January 18, 2011

selamat ulang tahun ain nabila.

ain nabila sekarang sudah 21tahun. hahahahaha.sudah tua rupanya beliau. but wait, siapakan dia ain nabila? suka suka hati je aku buat entri nak wish birthday kat dia? apadehal? hihihi

"nama saya ain nabila. dan saya bajet cute"

dah dah. biar aku rungkaikan misteri ain nabila ini. ain nabila ni bukan awek aku. kau gila dia nak jadi awek aku? tak pasal pasal pakwe dia membelasah aku pulak nanti. tapi aku rasa macam ada something wrong somewhere je antara dia dan pakwe dia tu. tapi adat lah tu kan. nama pun pasangan berkasih. mesti ada pasang surutnya. sila tabah ain nabila. *cewah...

mari kita imbas kembali saat detik pertemuan aku dengan saudari ain nabila ni. aku kenal dia ni masa kat matrik melaka. yes... matrik melaka. dimana tempat aku mula kenal erti kehidupan. *perghhh... ayat tak boleh blah. hihihi. dan masa tu la aku kenal ain nabila ni. dia ni classmate aku. masa mula mula kenal dia ni aku dah boleh agak dia mesti boleh dibuat geng aku ni. mana taknya dia pun jenis huha huha macam aku jugak. hahahahaha. dia ni memang suka buat bising dalam kelas. dah memang sesuai la dengan aku joint venture membuat onar dalam kelas. aku pun tak pernah jumpa perempuan yang happy giler cam dia ni. ye la, semua perempuan yang aku kenal semua bajet control ayu dan lemah lembut, tapi dia ni semedang je lepak dengan laki dan tak pernah bertapis pun bila bercakap. kau tengok, betapa tak ada ciri wanita melayu terakhir dia ni. hahahahaha. tapi just okay la sebab dia tak hipokrit. kan? 

"kadang kadang saya bajet saya macam Yuna"
so kita kembali kepada topic asal kita. seperti yang kita sedia maklum hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran si ain nabila ni. 

"apa yang pentingnya hari jadi dia? bukan boleh cuti pun kalau hari jadi dia?" kata ku membentak bentak didalam hati.

hahahahaha. mestilah hari jadi dia ni penting sebab dia kan kawan aku dunia akhirat. kau ingat senang ke nak carik kawan perempuan yang boleh bersembang huha huha dengan lelaki tanpa perasaan malu dan control ayu? ain nabila je yang ada kelebihan ini. kau hado? 

orang disebelah ain nabila itu bukan aku. aku sedar aku tidak seKACAK orang disebelah beliau tu
so sekarang ni aku nak wish la kat dia ni, selamat hari jadi yang keduapuluh satu. wahh... kau lagi tua dari aku rupanya ya ain? sampai hati kau lahir dulu dari aku. semoga kau dimurahkan rezeki hendaknya. oh ya, kalau kau kawen dengan si dia nanti jangan lupa jemput aku. aku mesti datang punya sebab aku nak makan nasik minyak. kau ingat aku datang nak sangat ke tengok kau bersanding? aku datang nak makan je. hihihi. oh ya, aku tau kau macam ada masalah dengan dia kan? ala... kau ingat aku tak tau ke? hihi. tapi aku harap kau bersabar la eh, adat la tu sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula BAKAL suami isteri. hihihi. kalau kau nak share apa apa aku sentiasa ada. *cewahh...

dah la. aku malas nak tulis panjang panjang. kau bukan baca pun. hihihi. akhir kata dengarlah lagu sumbang dari saya yang berjudul, "selamat hari jadi"

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to ain nabila 
happy birthday to you....


p/s: aku tak tau nak bagi hadiah apa. antara dslr atau tiket percutian ke bali. sebab terlalu konfius dan tak dapat membuat keputusan dengan bijak. maka aku tak bagi la apa apa hadiah kat kau. maaf sangat. aku sangat dalam dilema. 

Monday, January 17, 2011

apadehal tengok fasha sandha pakai bikini? kau macam tak pernah je tegok lurah dia tu. chitt...

the story is going like this. pagi tadi dalam perjalanan nak ke kampus aku dengar la radio. suria kalau tak silap. betul la suria sebab aku cam betul suara halim othman tu. so, HO make a phone call kepada fasha sandha untuk tanya pendapat dia pasal dia punya pic yang kat bali tu yang ada nampak lurah tu yang dah tersebar tu. me myself, tak pernah kisah pun kat fasha sandha tu. sebab aku tak pernah suka pun kat perempuan yang suara tenggelam timbul ni. kau pakai la apa pun aku tak kisah. in fact aku tutup mata je. dia bogel sekali pun aku buat tak nampak je. okay, aku tipu... takkan la dia bogel aku tak nak tengok kot. tu namanya aku melepaskan batuk ditangga peluang tu.


back then, aku macam rasa what the hell semua orang nak kisah apa yang dia pakai. i mean sebelum ni kau tak pernah nampak dia pakai seksi seksi ke? selama ni dia pakai jubah ke? so.... benda ni aku tak nampak pelik pun. in fact aku rasa mcam okay la dia pakai macam tu. maksud aku kat sini okay lah dia pakai macam tu sebab nama pun dia ada kat pantai. takkan la kat tepi pantai dia nak pakai kebaya nyonya kot. tu dah buang tebiat namanya. maksud aku disini cara dia mengenakan pakaian berbikini dia tu ditempat yang sesuai. bukannya dia main redah pakai bikini kat shopping mall ke kedai runcit ke. dia pakai bikini kat pantai. bali pulak tu. so, apa yang peliknya. it is a crime?

"saya tak pernah pakai bikini"



p/s: maka sila jangan malu malu untuk berbikini. hidup Victoria Secret. *tetiba

Saturday, January 15, 2011

review filem magika

aku tak kesah kalau kau nak kata aku ketinggalan zaman ke apa sebab cerita tu dah setahun baru nak buat review. aku peduli apa, sebelum ni aku tak sempat tengok pun cerita tu baru malam tadi dapat tengok selepas didownload secara haram.sebelum aku cerita lebih lebih aku nak rating la sikit cerita magika ni. FYI, aku tak pernah tak suka cerita KRU tapi untuk Magika ni aku rasa cam nak bagi 4 bintang je over ten. betul, aku tak pernah tak suka carita KRU tapi cerita magika ni buat aku meluat gila, geli pun ada. mungkin sebab aku tak suka tengok cerita yang berunsur musical kot? eh, tapi aku suka tengok Glee dan HSM juga. okay, kesimpulannya aku tak suka tengok cerita yang berunsur musikal yang dibuat oleh oarang melayu. ya, MELAYU. aku rasa orang melayu memang tak da bakat dalam buat cerita berunsur musical.

mana taknya, sekejap sekejap menyanyi. naik menyampah dan meluat jugak lah. tapi apa yang harus dipuji ialah dia punya teknik CGI. aku memang solute habis lah. kat sini aku sediakan 10 sebab kenapa anda perlu menonton magika. aku malas nak taip banyak banyak

10 sebab kenapa anda perlu tonton magika yang telah didownloadkan secara haram (sebab kat panggung dah tak da maka tengok kat lappy je la)

1) anda boleh gelakkan mawi yang langsung tak reti berlakon. dan rasa sedikit poyo bila mawi yang membawa watak badang menggelarkan dirinya Bad. i mean wetehel?

2) dengan menonton filem ini anda boleh melihat betapa tak sedapnya suara diana danielle bila dia menyanyi. ntah pape. kau ingat muka kau cantik kau ada pakej lengkap nak jadi penyanyi? oh tolonglah jangan jadi penyanyi lepas ni. FAIL okay.

3) again anda dapat membuatkan diri anda mahu memaki hamun mawi sekali lagi dengan teknik dia buat rambut yang guna-jari-pun-boleh tu. guna rambut pelsu yang tak nampak sangat pelsu tak boleh ke?

4) again anda boleh menggelakkan mawi yang membawa watak badang which mean orang yang kuat tapi bila jari terluka sikit mula menjerit cam bapok. kebal ke apa macam tu?

5) oh ya, juga anda boleh melihat betapa tak senonohnya nabil bila diana danielle tanya "nampak adik saya tak?". boleh nabil yang menjadi orang minyak tu jawab "dulu adik sekarang dah besar dah" yang mana merujuk kepada adik yang lain. duh!!!

6) dan semestinya anda boleh menonton banyak babak menyanyi yang entah pape. dan ziana zain yang suara sedap gila tu boleh jadi suara maca kartun je bila menyanyi. duh!!!

7) dan yes, aku tau mahsuri ada keturunan siam tapi perlu ke vanida imran yang menjadi mahsuri tu cakap siam tapi keluar telo perancis. come on...

8) pak pandir memang nampak sangat pandir.

9) maya karin still nampak cantik.

10) naga m.nasir nampak sangat kartun. dan nampak ala kebaratan sikit. sebab aku aspek naga dia bentuk macam tarian singa tu. =.="

Wednesday, January 12, 2011

anak ikan [LIMA]





Kondominium Angkasa Impian, Persiaran Raja Chulan

Loceng pintu ditekan bertalu-talu. Masih tiada responds. Mana taknya Danish masih sedap melelapkan mata di kamar tidurnya. Sudah puas ditekan loceng, daun pintu juga turut menjadi mangsa ketukan yang bertalu-talu. Akhirnya dia bosan. Telefon bimbit dicapai didalam tas tangan. Nombor  Danish didail.

“Hello?” suara serak basah Danish kedengaran.

“Dan… I am in front your house. Open the door now!” suara Nancy kedengaran marah.

“Okay,” lemah sahaja suara Danish.

Telefon dimatikan. Danish berjalan lemah kemuka pintu. Dengan hanya berseluar pendek dan bertelanjang dada, dia membuka pintu. Dia menarik kuap panjang.

“Ha Nancy. Asal pagi-pagi dah ganggu I tidur ni?” matanya dikesat degan kedua belah tangan tanda masih terlalu mengantuk.

“Pagi you cakap? It almost eleven Dan. Wake up la,” Nancy marah-marah sambil melangkah masuk kedalam rumah Danish.

“Pagi la ni. Asal pulak you nak marah-marah ni? Menapouse ke apa ni?” Danish masih menguap.

“You dah baca papper hari ni?”

“Kenapa?”
“Ada news pasal you,”

“Ala… biasa lah kalau I masuk paper Nancy. Macam la you tak pernah nampak muka I masuk paper,”

“This is the worse news I ever read Dan. You just take a look,” akhbar Buletin Kota bertukar tangan. Danish mengambilnya dan meyelak halaman satu persatu.

“No need to selak-selak Dan. It’s on the front page,” Nancy bersuara. Pantas matanya kembali ke muka depan.

‘Model terkenal amalkan seks songsang’

Terkejut bukan kepalang. Tajuknya sahaja sudah menunjukkan beritanya merupakan berita buruk. Gambar muka depannya juga menunjukkan gambarnya yang sangat memalukan.

Ikram!

“Oh my god. Macam mana ni Nancy?”

“You asking me? Hello… you yang entertaint dia kan?” mereka masing-masing mencari salah.

“You told me to do so,” riak gelabah sudah jelas dimukanya.

“Okay macam ni. Kita buat PC,” Nancy pantas memberi cadangan.

“Nak cakap apa? Nak announce kat semua orang yang I ni gay? Are you out of your mind?” Danish semakin runsing. Bengang pun ada.

“No… maksud I kita buat PC and kita cakap yang gambar tu totally fake. Kita goreng la apa pun. Cakap adobe photoshot ke? The guy bukan you ke. Gossip murahan ke? Apa-apa aje lah.”

“Ni mesti Ikram tu punya kerja ni? I tak faham lah. Apa yang Ikram tu nak sebenarnya?” rasa gelabahnya sudah bertukar menjadi marah pula.

“I know I pun salah dalam hal ni. Tapi walau macam mana pun kita kena buat press conference jugak,” sedikit sebanyak Nancy cuba mengaku salahnya juga.

“Habis lah kalau mak I tau Nancy,”

Telefon bimbitnya yang berada didalam bilik tiba-tiba bernyanyi. Dia pantas berlari kedalam bilik. Telefon di capai. Melihat seketika siapa yang menghubunginya.

Mak?

Oh, bala apakah ini?

*****

“tu lah mak dah cakap. Berhenti je jadi model tu. cari kerja lain. Tengok kan dah susah sekarang. Kena khinat kat orang lah. siapa yang susah?” suara emaknya dihujung sana di dengar tak dengar sahaja. Hanya sesekali dia menjawab sepatah. Yang pasti si ibu yang lebih banyak bercakap.

“kamu nak buat macam mana pulak sekarang ni? mak percaya kat kamu. Tapi orang lain boleh ke? Semua orang kampung sini cakap tu gambar kamu Danish. Mak tak tahu nak buat apa ni,” kedengaran suara lirih mendayu dari sebelah sana.

“mak tak payah buat apa-apa lah. nanti biar Danish selesaikan sendiri. Mak jangan risau la ya,” dia memujuk. Sedar ini slahnya. Buat apa dia mahu melibatkan si tua itu?

“mak bukan apa. Mak risau sangat kat kampung ni. kamu kat sana tu macam macam jadi. Mak ingat nak duduk dengan kamu la kat Kolumpo tu,” si ibu tiba-tiba memberi cadangan.

“eh, jangan mak,” pantas dia menolak.

“kenapa pulak jangan?”

“tak da lah. takkan mak nak tinggalkan ayah sorang sorang kat rumah tu. kesian kat ayah,”

“ala… ayah kamu tu mak tak risau sangat. dia pandai jaga diri. Kamu tu mak macam musykil je,”

“apa pulak mak musykil pulak. Tadi cakap percaya kat Danish,”

“mana nya mak tak musykil. Bila mak cakap nak tinggal sana je kamu terus tak bagi. Macam ada apa-apa pulak,”

“eh, mana ada apa mak. Tak da apa-apa lah. ye lah. kalau mak datang sini siapa yang nak layan mak. Danish kerja siang malam mak,” Danish beralasan lagi.

“kamu ni. alasan je. mak ni tak pernah lagi sampai kat ruma kamu tu tau,”

“lain kali nanti danish bawak mak ya. Mak, Danish ada kerja ni. nanti Danish telefon balik lah,”

*****

Maju Junction Mall, Jalan Sultan Ismail

“dah la… kau nak beli apa lagi? Dah banyak ni kan?” Danish mengeluh berat. Tangannya yang penuh dengan goody bag dari pelbagai kedai dijinjit tinggi menunjukkan kearah Rayyan. Sengaja dia berbuat begitu menandakan sudah banyak barang yang dibeli.

“ala… kejap la. Kau ni sekali sekala aku ajak kau shopping. Kau kena ingat aku tolong kau masa gossip kau dengan Ikram tu. lagi pun bukan selalu pun. Aku nak cari Bermuda la,” pantas tangan Danish diseret ke Espirit outlet di level G itu.

“kau ni macam perempuan la nak shopping banyak banyak. Tangan aku  ni semua barang kau tau,” Danish merungut lagi.

“rilex la Dan. Nanti aku belanja kau Sakata. Kau kan suka sushi,” rayyan angkat kening double jerk sambil menyebut nama restoran makanan Jepun itu. Sengaja mahu memujuk Danish.

“kau ni tau je apa aku suka. Kau pergi dulu la. Aku nak ke giant kejap. Nak carik barang dapur,” dia cuba lari dari rayyan yang bagai nak gila membeli belah.

“okey. Kau pergi lah dulu. Nanti dah siap aku call. Jangan jauh jauh tau,” rayyan sempat berpesan seperti Danish budak sepuluh tahun pula lagaknya.

Lantas kakinya menuju ke lif. Dia menekan punat butang lif ke tingkat LG. mahu menuju ke pasaraya Giant. Memang benar dia mahu mencari sedikit barang dapur. Tidak sampai tiga minit dia sampai ke Giant. Dia masuk kebahagian sayuran dan buah-buahan.

“Danish,” serasa namanya dipanggil seseorang. Dia pantas menoleh. Tiada. Mungkin hanya imiginasinya sahaja. Tangannya kembali memilih buah epal hijau yang berada didepanya.

“Danish,” betul. Nama dia lah yang dipanggil itu. Dia menoleh lagi. Dia? Eh, macam mana dia boleh ada kat sini?

*****
… to be continue

Tuesday, January 11, 2011

komunikasi

aku bukan mahu bercakap mengenai marketing communication, malah tiada kena mengena dengan komunikasi massa. tapi aku mahu menegaskan disini betapa perlunya komunikasi.

dah dah. biar aku terus kepada tajuk. tamau pening-pening kepala.

last week, housemate aku telah bersepakat untuk memasang p1 wimax kat rumah sewa kami ni. aku pun bersetuju je lah. well, siapa tanak internet kan? internet sekarang ni dah macam keperluan asas dah. aku pun rasa macam boleh mati kalau tak da internet. bayangkan betapa gelapnya hidup aku kalau aku tak dapat bukak fesbuk dalam satu hari? malah bayang kan kalau aku tak boleh update blog aku? oh, ngerinya...

dah dah. aku kalau tak melalut memang tak sah la. yada yada yada. back then, maka alkisahnya, tayibbb... p1 wimax tu pun menjadi milik kami. balik rumah masing masing on laptop dan start online. mula mula tak rasa pelik tapi lately ni aku rasa macam semakin pelik. sebab kitorang macam makin kurang komunikasi. yes, kau bayangkan situasi ini. bayangkan, betapa tak mesranya kitorang bila nak makan pon just hantar chat. dan kalau nak gelak pon just taip HA HA HA. wadehel?

so, here is apa yang aku nak sampaikan. kitorang memang dah macam tak da suara. semua akan berkomunikasi secara maya. in fact the people yang kau nak chat tu ada kat depan mata. sebenarnya menggunakan internet ni pon sejenis komunikasi jugak. tapi susah nak komunikasi guna internet atau fesbuk atau twitter atau etc internet teknologi ni. ia juga punya banyak kelemahan jugak.

contohnya ia akan membuatkan kita slah paham. contohnya, aku tengah chatting dengan one girl ni. aku tanya dia "tengah buat apa?" dan dia jawab tengah tengok cartoon. 

"kartun apa?" aku tanya dia.

"mobydick,"

"ooo... wow... hentai eh?"

"hah?"

"what ha?"

"i cant get you la"

"you watching the hentai cartoon rite?"

"hentai what?"

"well... you know. dick the bird?"

"i am watching mobydick in the nickelodeon. and with my adik. why you so rude?"

maka aku terus offline. 



mungkin ada yang tak paham. ini merupakan  lawak yang  tinggi nilainya.
harap maklum.

don't watch glee much, but i love this a lot

fuh! penat. penat. baru lepas kemas rumah.

assalamualaikum.

okay, kita terus kepada tajuk. tengah sedap sedap aku mengonlinekan diri tiba-tiba anuarul faiz ajak aku bergotong royong. konsep gotong royong ni kalau kau nak tau, dia macam kita berkerjasama dalam membuat sesuatu kerja tu. back then, anuarul faiz ni pun ajak la aku bergotong royong mengemas rumah. dalam konteks ini hanya aku dan dia je yang mengemas rumah. tak nampak gotong royong pun. aku tak tahu kenapa kalau nak kemas rumah je mesti anuarul faiz ajak aku. mungkin dia nampak  bakat terpendam aku dalam hal bibik membibik ni kot. tapi sebenarnya kan aku realize something, dia ni (anuarul faiz) kalau nak kemas rumah ke, kalau nak copy assigment  ke, kalau nak suruh beli nasik lemak ke, kalau nak bla bla bla ke semua suruh aku. dalam erti kata lain kalau nak mintak tolong mesti cari aku tapi kalau aku yang perlukan pertolongan semedang je dia tinggalkan aku kat kampus dan aku kena balik naik teksi sampai kena kencing dengan pak cik teksi. mungkin kau tak paham, kau boleh baca entri ini.

dah dah. malas la aku nak cakap banyak banyak pasal anuarul faiz ni. nanti dia marah aku kena pergi kelas naik teksi lagi. so, aku pun tolong la jugak dia kemas rumah. ala rumah aku jugak kan. buat apa aku nak berkira walau dalam hati ni masih terasa tacing dengan peristiwa teksi tahu lepas tu. kan? kan? kan?

okay. penat mengemas rumah ni toksah cakap la. bergelen jugak lah peluh aku kaeluar. pheww... sapu sampah, buang sampah, mop lantai, lap cermin dan hasilnya rumah kitorang bersih berkilat dah macam cerita siti di alam fantasi dah. 

tapi aku yakin, tak sampai dua jam dari sekarang, rumah ni akan jadi macam tongkang pecah balik.

macam biasalah. gambar kembar aku akan menjadi model entri  ini.

Monday, January 10, 2011

Does it bother anyone else when subtitles in porn videos have typos? No? Just me?

betul. aku memang tak paham bila subtitle tu tulis "i want your big clock". oh. wadehel? nak jam besar besar apa kes? demmit.


tapi tu la pasal. apa kes aku nak baca subtitles entah? bodoh gak kan? 


ps: baru lepas menonton sebuah cerita yang ada subtitles "i want your big clock".


gambar tiada kena mengena. harap maklum

anak ikan [EMPAT]





Nancy’s Model Agency, Kuala Lumpur

“Hey Danish… Awalnya balik KL. Kata nak cuti sebulan kat kampung. Ni baru tiga minggu dah terpacak kat sini. Apa kes?” Rayyan menegurnya.

Rayyan merupakan jurugambar di agency berkenaan. Kadang-kadang ada juga orang yang menempah Rayyan sebagai pemuas nafsu. Walau Rayyan bukan seorang model tapi dia memiliki wajah yang kacak juga. Ramai lah mak datin yang mahu menjadi kannya anak ikan.

“Bosan lah duduk kampung. Tak da life,”

“Ahha… tau pun tak da life. Yang kau mintak cuti sampai sebulan tu siapa suruh,”

“Ala masa tu aku tengah bengang dengan Nancy. Eh, dia ada kat dalam?” pantas Danish menukar topic. Malas rasanya mahu berbincang mengenai topic balik kampungnya itu?

“Dia tak da lah. Dia ke Brickfields carik budak baru. Eh, kau dari Kota Tinggi terus datang sini ke?”

“Tak lah. Aku dari rumah aku kat Royale Chulan tu lah. Bosan pulak duduk rumah sorang-sorang. Tu aku datang sini tu,” katanya sambil menerangkan maksud kedatangannya.

“Kalau bosan kau pergi layan semua customer kau tu. Ramai sangat dah tempah kau,” kata Rayyan sambil tergelak kecil.

“Ala… aku malas la nak layan orang sekarang ni, sakit pinggang ni. Eh, kau free tak malam ni?”

“Aku? Aku tak da hal malam ni. Asal? Jangan cakap kau dah gian dekat jantan bila kau dah dapat Ikram tu?” Rayyan cuba berlawak lagi.

“Please Ray. Aku still macam dulu je. Ikram tu yang terlalu paksa aku. So, aku nak buat macam mana. Aku layan je lah. Eh, Funtique tonight?” Danish mengajukan nama kelab malam ekslusif itu tanda mahu mengajaknya kesana malam nanti.

“Set,” Rayyan tunjuk double tum ups sambil angkat kening.

“Great. Lama tak ke sana. Pukul 11 aku jemput kau,”

“Okay. Aku pergi dulu lah. Nak shoot budak baru yang nak casting lah,”

“Wah kau. Pandai dah main shoot-shoot sekarang. Nak main tembak apa tu?” Danish bercanda.

“Banyak lah kau. Aku nak shoot gambar diorang la sengal.” Rayyan turut tergelak besar, faham dengan maksud Danish yang tersirat itu.

“Okaylah. See you around,” Danish turut meminta diri. Rayyan pula hilang kebilik fotografi bersama kameranya yang sentiasa tergantung di lehernya.

*****

Funtique Club and Bar, Kuala Lumpur

“Cheers,” Rayyan angkat gelas wiski sambil dilagakan ke gelas milik Danish.

“Untuk apa?” Danish kehairanan tapi dia turut melagakan gelasnya.

“Well, untuk kau yang dah kembali semula,”

“Ada-ada aje lah kau ni,” gelas wiski disua ke bibir. Diteguk rakus, ditelan puas.

Dia memasang mata ke lantai tari. Pasangan kekasih seronok menikmati nafsu duniawi. Lagu irama pop membingitkan telinga. Tapi dia selesa begitu. Rayyan dilihatnya asyik memandang kesana-kemari. Biasalah cuci mata. Tapi dia sedar Rayyan sebegitu untuk mencari budak baru yang berpotensi untuk menjadi model.

“So, waddup your kampung?” Rayyan bertanya tiba-tiba.

“Tak da apa-apa yang menarik lah. Cuma, aku balik kali ni tiba-tiba mak aku tanya pasal kahwin,”

“Dude, itu lah pasal. Kau dah 30 tahun takkan taknak kahwin kot,” Rayyan Tergelak kecil biasalah kalau ibubapa bertanyakan soal jodoh. Dia juga begitu. Sebab itu dia kurang gemar pulang ke kampungnya. Sudah bosan dengan soalan yang sama dari ibu bapanya.

“Ala… aku bukan apa. Kau tahu la orang macam aku ni. Siapa yang nak jadi kan menantu? Dengar aku kerja model dah kena reject awal-awal, belum dengar aku ni buat part-timer jadi gigolo,” Danish bersuara. Suaranya sedikit dikuatkan. Sememangnya bercakap didalam tempat sebegitu perlu dinaikkan sedikit volumenya. Lagu-lagu yang berkumandang terkadang menggangu perbualan.

“Kau ni bercakap macam orang dah patah hati je bunyinya. Kau cakap je kau nak siapa? Datin Maimun? Lucy? Atau Ikram? Aku boleh pinangkan,” Rayyan bercanda lagi. Dia tergelak besar. Sekali lagi disuanya gelas wiski kemulutnya. Matanya masih menatap liar di segenap lantai tari.

“Kau ni cakap elok-elok lah. Takkan aku nak cilok Datin Maimun tu kot. Tak pasal-pasal kena maki hamun dengan anak dia yang sebaya aku tu,” Danish berseloroh.

“Then kau nak orang yang macam mana?”

“Kalau boleh aku nak orang yang bertudung lah,”

“Bertudung?” Rayyan kehairanan.

“Haah… macam Suri,”

“Suri?” siapa Suri? Rayyan tertanya-tanya.

Pertanyaan Rayyan tidak dibalasnya. Dia kembali meneguk minuman keras itu. Matanya kembali ke lantai tari.

“Ada ke orang yang bertudung, alim, dan macam ustazah ni nak kat orang macam kita ni Dan? Kita kena cermin diri kita Dan,” Rayyan bersuara lagi. Ada nada terpinggir dihujung suaranya.

“Hmm… tu lah. Hidup kita yang macam ni, siapa yang nak?” pertanyaan Rayyan di jawab dengan pertanyaan semula.

Matanya kembali meliar kelantai tari. Rayyan juga sedemikian. Sambil meliar mereka mencicip wiski. Sudah habis segelas dituang lagi. Begitulah hidup mereka saban malam. Sejenak matanya leka menhadap lantai dansa, sesusuk tubuh mendekatinya.

“Hai boys… berdua je?” gadis yang berpakaian menjolok mata itu menegurnya.

“Hey Lucy… panjang umur you. Well, we just talking bout you,” Rayyan ramah menegur gadis bernama Lucy itu.

“Oh… you guys mengumpat I eh? Tak baik tau… berdosa,” Lucy bergurau sambil tergelak manja.

Lucy duduk menyertai mereka walau tidak dijemput. Gadis itu dilihat mengeluarkan sekotak rokok dari tas tangannya. Disua kebibir dan dinyalakan api. Kotak rokok di suakan kepada Rayyan dan Danish. Danish mengambilnya manakala Rayyan menggelengkan kepala. Memang Rayyan begitu tidak suka merokok ditempat tertutup, terasa sesak dadanya.

“Danish… mana you menghilang. Never call me ha?” Lucy pantas bertanya selepas menyedut asap rokok.

“Lately I busy Lucy. Sorry sangat,” Danish beralasan.

“Dia balik kampung lah Lucy. Dia mintak cuti sebulan senang-senang je Nancy approve kan,” Rayyan berterus terang bagi pihak Danish.

“Oh… really darling? Kenapa tak bagitahu i?” Lucy bersuara lunak.

“Well, I just nak tenangkan fikiran I je. Serabut sangat lately ni,”

“Kalau serabut… I pun boleh hilangkan serabut you honey,” nada suara Lucy sudah berubah. Ada sedikit nada ghairah dan menggoda.

“You tak payah lah nak tenangkan serabut dia. Dia dah ada Suri untuk tenangkan dia Lucy,” Rayyan menjawab lagi. Rayyan tergelak besar dapat mengenakkan Danish.

“Siapa Suri? Customer baru ke?” Lucy bertanya kehairanan. Tapi tenyata persoalannya tidak dijawab. Baik Rayyan mahupun Danish masing-masing mendiamkan diri.

“Siapa Suri? Oh My God. You balik kampung sebab you kena paksa kahwin dengan Suri? And you never told me?” Lucy buat muka terkejut.

“No… I never married yet Lucy. I am still virgin,” pantas Danish menjawab.

“Ahha… since bila lah you still virgin Dan? Setahu I you dah hilang teruna you sejak umur 22 tahu Dan. And what I can’t imagine is yang hilangkan teruna you tu dekat Datin Sally yang dah tua kerepot tu. Oh please lah Dan.” Lucy bercanda lagi.

Rayyan sudah tergelak besar. Danish berlagak tenang. Rokok disedutnya lagi. Udara panas yang mengandungi nikotin dan tar itu berebut-rebut memasuki kerongkongnya.

“Stop it Lucy. Datin Sally pun dah meninggal. Tak baik you cakap macam tu kat dia,” Danish cuba mengelak. Dia memang tidak berapa gemar jika bercakap mengenai teruna ni. Rasa sangat kerdil.

“Okay… so tell me. Who is Suri?”

***** 


....to be continue

entri yang banyak subtopik

satu: anna raffali menang juara lagu?

seriously, aku tak aspect pon minah yang kononnya menyokong seruan kerajaan dengan memakai baju kurung setiap masa ini akan menang. dan secara jujurnya aku tak jangka yang dia akan dapat tempat. dia tak sepatutnya dapat apa-apa tempat pon, tup tup boleh menang 1st place? oh, dengan persembahan ala ala magic tukar baju yang aku tak fahang, dengan lagu dia yang aku tak tahu maksud dia, tetiba boleh menang? bukan tempat ketiga atau kedua, tapi first place. sungguh tak percaya. but then aku memang solute la kat persembahan faizal tahir tu, siap boleh berenang bagai. memang mantap. tapi secara jujurnya aku sangat berharap yuna yang menang, tapi dah bukan rezeki dia kan. but, but but aku relize somting dengan tomok. kau tak rasa yang dia macam tiru adam lambert ke? oh, sangat gay okayy...



dua: ada apa dengan kasut camel active yang berharga RM179.90?

okay... aku tanak komen lelebih. tapi kasut tu aku pakai tak sampai 24jam tapi dah rosak tapak dia. tak sampai 24 jam tau. thats mean belum satu hari pon lagi. oh, kau bayang kan. belum sampai 24 jam tapi dah rosak? come on. aku tak ralat kalau harga dia 20 ringgit dan beli kat petaling street saje, but but but, aku dapatkan ia dekat butik dia dan hargannya hampir mencecah 200 ringgit malaysia. kau hade? memang tak lah. so, moral of the stori is, jangan riak dang bongkak nanti kasut kau rosak. titik.

tiga: dilema strategic marketing management (SMM)

aku dalam dilema sekarang ini. nak amek smm atau tak. aku sejujurnya tak nak buat intersesi sebab ia memakan banyak kos. jadi aku rasa macam nak ambil subjek ni. tapi aku tak sure la sebab kalau nak amek jugak aku kena tukar kelas untuk kelas marcom sebab kelas clash. hurm... dilema sungguh la. walaubagaimanapon, aku kena ikut la keputusan kawan-kawan aku sebab keputusan aku mempengaruhi keputusan diorang juga. kau rasa cam ne ek?

p/s: nak tido. babai

Sunday, January 9, 2011

Bila aku stess, aku akan lepak kat orange dengan steve tapi disebabkan oleh sekumpulan mat rempit semua tu, maka aku tak tahu nak lepaskan stress aku kat mana.

Aku mula kenal orange bila aku mula sedar yang aku bodoh matematik tambahan. Ya, hari dimana aku dapat result spm yang mana keputusan matematik tambahan aku paling rendah antara semua result. Dan ya, masa tu lah steve kenalkan aku pada orange. Steve, merupakan seorang lelaki kristian yang buat kerja sambilan kat tempat sama dengan aku masa lepas spm. Dia merupakan satu-satunya lelaki cina yang aku kenal yang bercakap bahasa melayu lagi fasih dari bahasa mandarin. Dan, orange yang aku maksudkan itu bukanlah seorang manusia. Dan ia juga bukanlah sebijik buah citrus yang kaya dengan vitamin c itu. Orange ialah tempat lepak-lepak manusia yang kecewa dalam hidup. Tempat dimana orang yang ingin melepaskan tekanan berada. Itu menurut kata steve. Menurutnya “you stress pasal add math? Kat sini lah ubatnya



Dan hari pertama aku menjejakkan kaki disitu aku telah ditahan oleh seorang manusia berbadan sasa diluar pintu masuk tempat itu. Aku takut. Aku ingatkan sebab aku tak cukup umur. Dan rupanya dia hanya meminta aku menanggalkan sweater. Aku tak pasti kenapa dia perlukan sweater aku, dan kenapa tak boleh membawa masuk sweater kedalam tempat melepaskan stress itu? Tapi tidak mengapa. Aku memberinya sahaja kerana aku takut dengan bentuk tubuh badanya yang sasa itu. Walaupun didalam sweater itu aku hanya memakai singlet belang coklat kuning. Aku hanya boleh menyerahkan sweater itu kepada brader bouncer itu. Dan semestinya tinggal dibadan aku hanya singlet yang menampakkan bulu ketiak aku itu. Sejuk jangan cakaplah. Dan abang badan sasa tu suruh ambil sweater tu bila aku keluar nanti.

Dan betul didalam tu memang semua orang yang bermasalah ada. Dan semasa disitu aku hanya minum air orange sahaja sambil tengok manusia stress yang lain menari dan berdansa sakan. Ya, sepanjang aku berada disana aku hanya bertemankan bunyi bising dan lampu neon pelbagai warna juga segelas orange yang begitu berjaya melupakan masalah aku. steve berapa kali suruh aku minum sesuatu yang boleh menghilangkan stress aku dengan lebih cepat. Aku sedar aku masih ada iman. Bagi aku minuman oren sudah memadai. Aku rasa kalau minum oren disitu memang sangat cool. Well, minum orange di orange, nampak sangat cool kan? tapi amaran aku, lebih baik bawak air oren sendiri dari rumah. Mahalnya tak terkira disana.

Oh, itu cerita lama. Dua tahun lepas. Dan sekarang orange tu dah pun ditutup. Dengar cerita sebab kat situ telah menjadi tempat mat rempit buat mesyuarat. Sebab tu lah ditutup dan dipaksa tutup sebenarnya. Kenapalah mat rempit itu sebegitu bodoh sampai buat tempat aku melepaskan stress ditutup. Dan sekarang aku sangat stress tapi aku tak tahu nak lepaskan stress tu dimana.

Steve, kalau you tahu satu tempat yang boleh lepaskan stress please let me know. Funteque and Charleston sound good. Tapi kalau you banyak duit bawak I ke Marketplace pun ok lah. But please don’t drink too much. You know kan I don’t have license kalau I kena usung you balik rumah bila you getting drunk.
Seriously stress giler!!!

Kalau tak da sangat. La queen pun I layan.
okay, i lupa yang i kat kelantan.