Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
Showing posts with label Cerita pendek. Show all posts
Showing posts with label Cerita pendek. Show all posts

Sunday, November 28, 2010

pisau cukur

oh my gucci
tiada kena mengena dengan filem pisau cukur.

aku bukak emel tadi. ada kawan aku ni anta apa jadah punya cerita entah. tapi aku baca la juga. kelakar. berdekah-dekah aku gelak. lawak lah jugak, tapi ada unsur lucah. biasalah lawak melayu. citer dia macam ni.

ada seorang budak perempuan ni, umur dia lebih kurang 7 tahun. dia suka panjat pokok. satu hari tu, dia panjat lah pokok rambutan yang dekat rumah ketua kampung. masa dia panjat tu dia pakai kain. so, tengah dia syok panjat tu tiba-tiba lalu lah tok ketua kampung kat bawah tu. so, ketua kampung tu pun pandang lah kat atas pokok tu. terkejut lah yang teramat sangat si ketua kampung tu. budak tu tak pakai seluar dalam rupanya. so, ketua kampung ni pun panggil lah budak ni turun dan dia bagi budak ni rm5. tok ketua cakap "nak amek duit ni, pegi beli sepender."

maka, budak ni pun seronok la. so, dia pun balik dan cerita kat kakak dia. kakak dia pun teruja lah. siapa sangka, tok ketua dengan bermurah hati nya memberikan rm5. kakak dia apa lagi, pergilah memanjat pokok yang sama dengan memakai kain dan tanpa memakai seluar dalam. dengan harapan dapatlah jugak rm5. tak pun dapat lah lebih. ye lah dia kan dah besar, mesti dapat lagi banyak. dia bermonolog sendirian. maka, sedang dia panjat tu lalu lah ketua kampung tu kat bawah pokok rambutan tu. tok ketua pun apa lagi, terkejut lah. kali ni lagi terkejut dari tadi. tok ketua pun panggil lah kakak budak ni turun. perempuan ni suka lah. mesti dapat duit. bila dia turun tu dia terkejut sebab tok ketua bagi 20 sen je. dia pun pelik lah. tanpa sempat dia bertanya, tok ketua tu cakap, "pergi beli pisau cukur..."
gillete razor

Wednesday, November 3, 2010

SEPASANG MATA BIRU


2011
KL Sentral

Mata itu. Asmida kenal dengan mata itu. Mata biru itu persis milik seseorang yang rapat dengannya. Tapi dia kah? Mustahil. Raut wajahnya bukan bujur sirih seperti wanita dihadapannya ini. Dan sejak bila pula dia bertudung labuh. Seingatnya gadis yang memiliki mata seperti itu beragama katolik. Ya, mata biru itu persis milik Natalie. Natalie kah itu? Mustahil. Natalie kan sudah lama pergi. Meninggal dunia sebab barah perut kalau tidak silapnya. Jadi siapa gadis dihadapannya ini? Asmida mula mendekati gadis bertudung labuh itu. Hiruk pikuk di KL Sentral tidak di hiraukan. Dia mengejar gadis itu. Gadis bertudung labuh itu menuruni tangga kearah tempat menaiki bas di aras bawah.

“maaf,” Asmida tekad menegur gadis bertudung labuh itu.

“ya, saya?” gadis itu menoleh.

“er…. Awak punya?” Asmida menghulurkan sapu tangan berwana kuning cair itu kepada gadis itu. Lidahnya terasa kelu ingin bertanya mengenai Natalie. Sapu tangan gadis itu yang tercicir menyelamatkan dari terus kelu.

“oh. Terima kasih,”

“sama-sama,” lantas Asmida ingin melangkah pergi. Tiba-tiba gadis itu memanggilnya.

“asmida?” pantas Asmida menoleh. Gadis itu mengenalinya. Tapi siapa dia?

“awak Asmida kan? Nur Asmida Johari? Sekolah Indera Kasih?” gadis itu bertanya.

“ya, saya. Tapi macam mana awak kenal saya?”

“tak kenal aku ke?” pertanyaan Asmida dijawab dengan jawapan yang mempunyai tanda tanya juga.

“ya Allah. Hana? Tapi……..”

**********
1997
Asrama Puteri, Sekolah Indera Kasih

“aku bengang betul lah dengan budak baru masuk tu. Dia ingat dia orang putih dia cantik sangat ke? Tak pasal-pasal boyfriend aku sangkut kat dia tau.” Hana membebel. Sekali sekala dia menjeling kearah Asmida yang leka membuat latihan kimia. Asmida hanya menyepi. Hanya sekali sekala dia mengangguk. Dan sesekali dia humming lagu yang didengarinya dari walkman yang terpasang ditelinganya dalam nada perlahan.

“As.. kau dengar tak aku cakap ni? Tak da respons la kau ni.”

“aku dengar lah. Kau tengah cakap pasal cikgu Joyah nak mengorat balak kau kan?” Asmida hanya menyerkap jarang. Macam mana lah dia nak dengar. Telinganya tengah berdentum dengan lagu dari kumpulan Westlife. Asmida mengeluarkan earpiece dari lubang telinganya. Sekilas dia berpaling pada Hana yang tengah buat muka cemberut.

“hei.. bila masa pulak cikgu Joyah nak mengorat Helmi ni? Kau ni… Aku cakap pasal budak kafir tu lah.” Hana melempiaskan rasa amarahnya.

“kau ni tak habis-habis nak marah kat Natalie tu. Dia baik je. Aku tengok dia lagi baik dari kau tau.” Asmida menyuarakan pendapatnya. Kedengaran ikhlas sekali.

“sejak bila kau jadi pro Natalie ni? Baik apanya kalau dia rampas balak aku?”

“sejak bila dia rampas balak kau?” Asmida bingkas bangun dari meja belajarnya. Dia mendekati Hana yang leka melepak di katilnya. Latihan kimia dia biarkan. Malam nanti dia akan sambung membuatnya lagi.

“aku rasa Helmi tu yang beria-ia kat dia. Dia tak layan sangat pun kat Helmi tu.” Asmida menyambung.

“ye lah. Tapi sebab dia ada lah Helmi dah tak pandang aku tau.”

“ha.. see. Helmi lah yang salah dalam hal ni.. lagi pun kan. Aku tengok Helmi tu tak sesuai lah dengan kau.”

“apa maksud kau?”

“aku rasa dia bukan lelaki yang baik.”

“kenapa kau cakap macam tu?” Hana keliru.

“ye lah. Kau tengok lah dia tu. Tiap-tiap malam keluar. Dia pergi mana?” Asmida menimbulkan tanda tanya.

“dia buat part time lah. Dia nak tolong family dia,” benar, Helmi bukan lah dari kalangan keluarga yang senang sepertinya.

“itu kata dia. Aku pernah dengar orang cakap, ada orang jumpa dia kat depan Jalan Sultan Abdul Samad.”

“dia buat apa kat situ?”

“dia lumba haram,” selamba Asmida berkata.

“pelanduk dua serupa tu,” Hana menyedapkan hatinya.

Pintu dorm tiba-tiba terkuak dari luar. Muncul Natalie sambil membawa baldi. Mungkin baru lepas membasuh baju barangkali. Asmida memandang Natalie. Entah kenapa setiap kali menatap Natalie dia rasa tenang. Gadis bermata biru itu seperti menyenangkannya. Ya, mata birunya, lain dari yang lain. Seperti ada tarikan magnet.

“basuh baju ke Nate?” asmida bertanya. Sekadar berbahasa.

“haah kak As.” Sememangnya Natalie fasih berbahasa melayu. Dilahirkan dan dibesarkan di bumi Malaysia menjadikan dia seorang ‘minah salih’ yang melayu.

“aku nak pergi mandi lah As. Panas lah bilik ni. Ye lah, duduk dengan orng kafir kan,” Hana bingkas bangun dari katilnya. Mencapai tuala di hujung katil dan keluar menuju ke bilik mandi.

Asmida hanya tersenyum sambil memandang Natalie.

“jangan ambil hati ye dik,” Asmida memujuk. Natalie hanya tersenyum.

**********

2011
Starbuck Coffee, Berjaya Time Square

Mereka duduk di meja yang agak hujung. Suasana agak sunyi. Mungkin kerana hari berkerja agaknya. Dari perbualan ringkas di KL Sentral, Asmida membawa Hana ke Berjaya Time Square agar perbualan mereka lebih selesa.

“macam mana kau boleh berubah macam ni Hana?” Asmida memandang Hana. Dengan tudung labuh siap berjubah. Dia tidak begini sebelum ini. Nak tengok dia solat pun sukar sekali,apatah ingin melihatnya memakai tudung. Macam mana dia boleh berubah sejauh itu. Ya, mata itu. Matanya masih menjadi misteri. Dia pakai contact lens kah? Ah, nanti pasti Hana akan bercerita mengenai mata itu.

“suami aku. Dia ustaz.” Ringkas jawapannya. Hana mencapai choco latte di hadapannya. Di teguknya sekali. Sekadar membasahkan tekaknya.

“kau dah kahwin Hana? Macam mana aku boleh tak tau.” Asmida agak terperanjat. Matanya reflek memandang kearah jari manis si sahabat. Melihat cincin yang berkilau di jari manis Hana.

“aku tak dapat cari kau pun masa tu. Puas aku tanya semua kawan lama kita. Aku cari kau serata tempat. Rumah lama kau pun tak ada orang. Kau menghilang ke mana As?” Hana bertanya. Suaranya sedikit menekan. Ada nada marah dihujung suaranya. Mungkin kecewa kerana rakan baiknya tiada semasa hari pernikahannya.

“aku mintak maaf. Aku dah lama tinggalkan Malaysia. Aku tinggal kat Singapore sekarang. Aku buka bisnes kat sana.” Sedikit sebanyak Asmida menceritakan penghijrahannya ke bumi orang.

“kau tak bagitahu aku pun,” Hana seperti menjauh hati.

“aku mintak maaf. Dah berapa lama kau kahwin,” Asmida sengaja mengembalikan dirinya ke topik asal.

“dah hampir dua tahun As,”

“dengan Helmi?”

“tak. Aku kahwin dengan orang lain. Yang lebih baik dari Helmi. Betul kata kau. Helmi bukan lelaki yang baik,”

“apa jadi pada Helmi sekarang?”

“tak payah lah cerita pasal dia lagi. Lagipun dia dah meninggal,”

“meninggal? Sebab apa?”

**************
2000
Jalan Sultan Abdul Samad

Bising. Bingit. Suasana di Jalan Sultan Abdul Samad bingit dengan bunyi motosikal berkuasa besar. Hana sudah bosan. Pantas dia mendekati Helmi yang asyik berbual dengan seorang gadis.

“Mie, jom lah balik. I dah bosan lah. You nak tunggu apa lagi ni?” Hana menggesa Helmi.

“sabar lah sayang. Awal lagi lah. Kita enjoy lah dulu,” Helmi cuba memujuk Hana. Suaranya kedengaran agak keras. Mungkin kerana suasana yang agak bising menyebabkan dia menguatkan suaranya agar Hana dengar apa yang dituturkannya.

“awal apa nya. Dah dekat pukul dua pagi ni,” Hana menunjukkan jam tangannya.

“alah… esok you bukan kerja pun. Malam minggu kan,”

“memang lah tak kerja. Tapi I nak jawab apa kat mak bapak I nanti?”

“sayang, I kan ada,” Helmi cuba memujuk Hana. Hana buat muka masam. Marah, sudah pasti.

“you boleh buat apa? Nak jumpa mak bapak pun you tak berani, sepatutnya I percaya cakap Asmida,” entah kenapa tiba-tiba pula dia teringat kepada rakan baiknya itu.

“As cakap apa?”

“dia pernah cakap kat I yang you bukan lelaki yang baik,”

“dia siapa nak nilai I macam mana? Dia ingat dia baik sangat ke? Kalau dia baik sangat dia kat mana sekarang? Hilang macam tu aje. Tak dengar khabar berita langsung lepas habis belajar,”

“itu hak dia lah. Yang you sibuk-sibuk tu kenapa? Kalau I ikut cakap dia dulu tak ada lah I macam ni. Kalau I belajar elok-elok macam dia dulu tak ada lah I asyik ikut you merempit aje,” Hana melempiaskan rasa amarahnya.

“dah lah. Malas nak bertekak dengan you lagi. Kalau you nak balik, you balik sendiri. I malas nak hantar,” Helmi memberikan kata putus. Dia mencapai helmetnya, lalu menghidupkan motosikalnya dan menderum laju meninggalkan Hana.

“Fine!” Hana lantas menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di jalan itu.

***********
2011
Starbuck Coffee, Berjaya Time Square

“teksi yang aku naik melanggar seorang penunggang motosikal. Aku ingatkan siapa. Rupa-rupanya Helmi. Aku terkejut sangat masa tu As,” Hana menitiskan air matanya. Suasana jadi sayu tiba-tiba.

“Helmi meninggal masa tu?”

Hana mengaguk perlahan. Sedih sekali.

“aku rasa bersalah sangat kat dia. Aku marah dia sebelum dia meninggal. Aku tak tahu nak buat apa masa tu,” Hana terus menangis.

“kau tak apa-apa ke masa tu?”

“aku pengsan masa tu. Lepas sedar baru aku tau yang Helmi meninggal. Masa kemalangan tu, cermin depan teksi pecah sebab langgar pokok. Teksi tu nak mengelak Helmi masa tu, tapi terus terlanggar pokok. Sisa cermin yang pecah tu masuk dalam mata aku As. Aku tak nampak apa-apa masa tu,” Hana terus bercerita. Asmida tekun mendengar. Sekali-sekala dia menggosok bahu Hana. Cuba memujuk.

“aku dibawa kehospital. Dan masa tu lah aku jumpa Natalie. Kau ingat lagi pada Natalie?”

“Natalie? Dia pun dah meninggal kan? Sebab barah perut kan?”

“macam mana kau tau dia dah meninggal?”

“mak aku yang cakap. Sebelum dia meninggal dia ada tinggalkan surat kat aku,”

“Aku jumpa Natalie masa dia buat rawatan kat situ. Natalie… atau nama Islamnya Hawa,”

*************
2000
Hospital Pantai, Kuala Lumpur

“kak Hana kan?” Natalie bertanya kepada gadis yang sedang duduk di kerusi roda itu.

“siapa ni?” Hana meraba-raba wajah dihadapannya.

“Natalie kak. Sekolah Indera Kasih. Ingat lagi tak?”

“ouh. Nate. Maaf lah. Akak tak nampak kamu. Akak dah buta Nate,” sayu suaranya.
Setitik air mata tiba-tiba mengalir dari mata celik yang tidak dapat melihat itu.

“macam mana boleh jadi macam ni?” Natalie terduduk. Memeraba-raba sekitar mata gadis yang pernah menjadi seniornya itu.

“panjang ceritanya dik. Akak kemalangan,”

“ouh,” Natalie sedikit terperanjat.

“nate buat apa kat sini?”

“panggil saya Hawa kak. Saya islam sekarang ni,”

“Alhamdulillah. Sejak bila?” Hana terkejut. Tapi dia bersyukur.

“dah dua tahun kak,” ringkas penerangan Natalie, si saudara baru.

“Hawa buat apa kat sini?” Hana bertanyakan soalan yang sama.

“saya ada rawatan kat sini kak,”

“rawatan apa?”

“kimo kak,” Natalie bernada perlahan. Ada sedikit syahdu di hujung suaranya.

“kamu ada kanser ke?”

“ya kak. Dah lama kak. Sejak sekolah lagi. Tapi saya rasa tak guna dah saya nak rahsia kan pasal ni lagi. Lagipun saya dah tak hidup lama,” perlahan suara Natalie menuturkannya. Sayu tapi seperti dapat menerimanya.

“kenapa kamu cakap macam tu? Tak baik dik,”

“doktor pun dah sahkan kak. Saya ada lagi enam bulan je lagi,”

“ya Allah,” air mata yang tadi menitik sedikit terus mengalir deras.

“Hawa, akak nak mintak maaf,” Hana menyambung percakapannya.

“kenapa kak?”

“dulu akak selalu marah kamu, kutuk kamu. Akak bersalah dik. Maafkan akak,” Hana menyatakan kata maaf. Kedengaran sangat ikhlas sekali.

“saya dah lama maafkan akak. Eh, kak Asmida kat mana ye?”

“entah lah dik. Akak pun tak tau. Akak sendiri dah lama tak dengar khabar berita dia. Akak tak tahu kat mana dia menghilang,”

“kalau boleh saya nak jumpa kak As sebelum saya tiutup mata kak,”

“kalau ada rezeki nanti kita pasti dapat jumpa dia. Kamu mesti dah cantik sekarang kan? Ya lah, dah pakai tudung. Akak rindu nak tengok mata kamu yang biru tu,”

“ada-ada aje lah akak ni,” Natalie tersenyum. Malu di puji barangkali.

“tak pe lah kak. Nanti akak mesti dapat tengok mata saya tiap-tiap hari,” Natalie menyambung kata-katanya. Seperti ada maksud mendalam dalam kata-katanya.

*****************
2011
Starbuck Coffee, Berjaya Time Square

“aku tak sangka As. Orang yang aku cerca masa sekolah dulu sanggup bagi mata dia kat aku. Aku rasa malu sangat,”

“tak sangka hati dia semurni itu,”

“sebelum dia mata dia dah niat nak dermakan mata dia kat aku rupanya,”

“semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang soleh,”

Asmida bersyukur. Bersyukur kerana Hana sudah berubah menjadi lebih baik. Dan paling dia bersyukur Natalie mati di dalam Islam. Dan yang pasti, dia masih dapat menatap sepasang mata biru itu. Ya, mata biru yang menyejukkan dan menyenangkan. Moga mata biru itu terus berkhidmat untuk tuannya.

-TAMAT-

ASMIRA NATALIA QASSANDRA (finale)

-Tujuh-

“dah?” punai bertanya pada mira.

“siap” suasana gelap tidak menghalang mereka. Jam menunjukkan pukul satu pagi. Lampu picit sudah tersedia. Segalanya mesti settle malam ini.

“hei.. dah nak start projek ke? Apasal tak tunggu i?” aduh siapa pulak yang ajak perempuan ni? Haish.. rosak lah program.

“sorilah Mira. Aku yang ajak dia. Dia aje yang ada semua kunci kat Sri Suria ni.” Punai menerangkan pada Mira. Tyra Banks ni pun satu. Ingat kita nak buat fesyen show ke. Boleh dia pakai heels masa nak buat kerja jahat ni.

“I bawak ridsect. I tau kat sini banyak nyamuk.” Sudah… Dia ni pun. Tau lah baru dapat kontrak untuk iklan ubat nyamuk tu.

“I akan bawak you sekali kalau you senyap Tyra..”

“ok.. ok…” nurul pantas menekup mulutnya.

“jom..” mira memulakan langkah. Destinasi mereka hanya satu. Dewan sri Suria.

******************************

Semua tetamu sudah mengambil tempat. Barisan v.i.p yang tersusun sebaris dihadapan hampir penuh. Begitu juga dengan barisan kedua karpet merah yang disediakan khas untuk para penaja dan syarikat penyumbang dana. Muzik latar yang lembut membangkitkan suasana harmoni di dewan Sri Suria. Segalanya berjalan lancar. At least, setakat ini.
Danny dan Mira bertindak sebagai penyambut tetamu di pintu masuk utama. Mereka nampak sepadan dengan Mira dress labuh warna putih dan Danny dengan tux nya.

“dah ready ke?” danny berbahasa.

“I am always ready” mira menjawab selamba. Tetamu makin ramai. Barisan kerusi hanya tinggal sebaris sahaja yang belum diisi tetamu. Tetapi tetamu di luar dah makin berasak-asak.

“kenapa ramai sangat yang datang ni?” Danny berbisik pada Mira.

“mana lah I tau. I bagi jemputan macam yang bad suruh lah.”

“tapi apasal pekerja kontrak indon ni pun datang??”

“hah??” alamak. Apasal ni? Sabotaj jemputan bukan plan aku.

***********************************

“dah ready ke?” Bad bertanya pada Iman.

“gabra sikit tapi ok lah..” iman membetulkan sedikit tudungnya.

“ok.”

Tirai dinaikkan. Semua mata memandang pada pentas yang dihias cantik. Iman mencapai mikrofon. Dia mula membuka mulut.

“selamat datang ke majlis pembukaan ‘minggu sejuta rasa remaja’.” Iman memulakan bicaranya. Seisi dewan bergema dengan suaranya. Dia tersenyum pada puan pengetua yang duduk bersebelahan isteri datuk Bandar.

“kenapa ramai sangat orang Bad?” iman berbisik bertanyakan pada Badri. Badri tidak menjawab. Hanya tersenyum penuh makna.

“sebelum kita mulakan acara mari kita sama-sama dengarkan lagu tema ‘inspirasi remaja’ bagi tahun ini.” Badri pulak mengambil peranan.

Tirai diturunkan. Lagu mula dipasangkan. Lagu dari kumpulan Bunkface yang sepatutnya mejadi lagu tema tidak ada gaya macam nak keluar. Apa yang jadi, lagu goyang inul pulak yang keluar. Pekerja kontrak yang datang berpusu mula lah goyang gerudi. Iman pantas kebelakang pentas. Cuba mengusik PA sistem. Ternyata kerjanya sia-sia. Lagu memang sudah diprogramkan. Hanya akan berhenti bila lagu tamat.

“apa yang jadi ni bad?” iman dah mula datang migrain.

Bad pening kepala.

Danny tumpang sekaki bergelek.

Mak temah tepuk dahi.

Isteri datuk Bandar geleng kepala.

Mira tersenyum penuh makna.

Tiba-tiba tirai dinaikkan. Sistem digital kini memaparkan pula persembahan montaj yang disediakan oleh Nurul. Persembahan yang diirigi lagu Goyang Inul, memang sangat tidak kena. Persembahan montaj mula-mula memang nampak berjalan lancar, sehinggalah slide menunjukkan gambar Cikgu Nancy tengah korek hidung dalam tandas guru. Pulak lepas tu, muncul gambar Cikgu halim curik penunu bunsen dari makmal kimia. Muncul pulak gambar Badri pecah masuk bilik pengetua. Lepas tu muncul pulak gambar ustaz Azman tidur berdengkur dalam surau kolej. Iman tahan air mata dari jatuh. Tapi tidak dapat dibendung lagi bila slide menunjukkan gambar Danny berpelukkan dengan Nurul di padang kolej.

Nurul mengurut dada.

Ustaz azman mengucap panjang.

Badri telan liur.

Cikgu halim kesat peluh.

Cikgu nancy tutup muka.

Pengetua dah merah muka tahan marah.

“pandai lah you tyra. Macam mana you buat?” mira berbisik pada nurul.

“bila masa I buat. Ni bukan plan kita lah.”

“habis tu siapa punya kerja ni?” mira pening kepala.

Punai tiba-tiba muncul atas pentas. Dia mencapai mikrofon dari rofrom.

“terimalah..” punai memulakan rentak.

“jika kemampuan seseorang diukur melalui kelebihan yang ada, bagaiman kita ingin mencipta kemampuan hanya untuk memiliki kelebihan tersebut? Jika kelebihan menunjukkan kemampuan bagaimana pulak kemampuan boleh menunjukkan kelebihan? Jika tiada kelebihan adakah seseorang itu berkemampuan? Soalanya berapa ramai antara kita disini yang ada kemampuan untuk menjadi seorang pelajar yang baik pada sebuah sistem pendidikan tiada kelebihan? Hanya berorientasikan peperiksaan semata. Pelajar cemerlang dinilai dengan berapa banyak A yang diperoleh semasa peperiksaan. Jaguh sekolah pulah dinilai dengan berapa banyak pingat yang disumbangkan untuk sekolah. Tiada kenangan langsung yang ingin dibawa jika sudah tamat sekolah. Maka kami disini ingin mencipta kenangan kami sendiri.”

Seisi dewan berbisik sesama sendiri. Ada yang kebingungan. Tidak tahu hujung pangkal.

“oleh itu kami ingin sistem lapuk ini ditukar..” Punai bersuara lantang.

Mak temah tergamam. Ada pulak yang berani mencabar kepimpinannya.!!

“maafkan kami atas kekurang ajaran ini….” Punai memohon kata maaf. Sedikit ikhlas bunyinya.

“oleh itu. Hari ini… kami dari golongan pelajar bermasalah sri Suria ingin menghiburkan anda semua. Dengarlah lagu tema ‘minggu sejuta rasa remaja’ 2010.!!” Seketika berkumandang lagu ‘anyone of us’. Dewan kembali tenang.

-Epilog-

Mira tersenyum puas. Siapa sangka kedatangannya ke Sri Suria ‘disambut’ meriah. Kenangan di Sri Suria semestinya kenangan terbaik hidupnya. Niat ingin sabotaj pembukaan ‘minggu sejuta rasa remaja’ ini hanya main-main sahaja pada mulanya. Tidak sangka pulak akan diambil serius oleh Punai.kerja gila yang memang diluar jangkaan. Namun, jika kenangan itu perlu dimulakan dengan sesuatu yan baik, sampai bila pun takkan dapat mencapainya. Perlahan dia berjalan mencari kelibat Iman. Dia tersenyum puas bila ternampak kelibat Badri. Badri turut tersenyum penuh makna. Siapa sangka, dalam Punai merancang dengan Mira, dia turut merancang bersama Punai untuk sabotaj majlis yang dikendalikannya sendiri. Kenangan di Sri Suria tetap menjadi rahsia dalam rahsia.

-tamat-

Sunday, August 22, 2010

Cerpen blog: cinta qaseh [end]

Mana Q ni.Kau jgn xdtg pulak.Ish.Aku buat presentation ni semata mata untuk kau tau x.Aku siap pakai bju melayu putih lagi ni.Jgn la kau xdtg.

"so, helmi can we start now?" mrs ling dah mula bersuara. Malah ada juga suara2 didlm dewan kuliah yg sudah bosan menunggu.

"5 minutes mrs ling. I am waiting for someone,"

"qaseh rite?"

"yes mrs ling"

"if she didnt appear in 5 minutes. I want u start it whatever it. Ok?"

"i do"

2 minit.
Isg mane Q ni. Please la. Cpat la masuk.

4 minit.
PAK! Pintu dewan kuliah dibuka. Semua mata memandang ke muka pintu. Bunyi derap derup kasut tumit tingginya mencuri tumpuan. Semua mata terpegun. Siapa sangka perempuan yg dilabel jantan selama ini, dtg dgn penuh feminim dgn tudung siap high heel lg. Qaseh menghampiri helmi.

"aku igt kau x dtg." bisik helmi.

"aku dh janji kan." qaseh melabuhkan punggung ditmpat duduk sblah helmi.

"kau nampak cantik."

"i am?" qaseh ala2 sudah bgga diri.

"u are, mana dpt bju kurung?"


"pinjam butik dot com." qaseh smpat berlawak.

"helmi!" mrs ling memanggil lg.

"we can start now mrs ling" pantas helmi berjalan kehadapan dewan.

dia memasukan pendrive ke dlm tmpt pemacu.Tangannya mengklik2 tetikus.Pantas dicapainya microfon di sblah komputer.

"assalamualaikum and very good morning.." helmi memulakan mukadimahnya.

"i got my task from mrs ling about a month ago.She ask me, instead of all of you, to do a presentation that title the person i love most." helmi tarik nafas sekali.

"so, i've been thinking.Who are the people i love most?Of course i love my parents much.But i think its something cliche if i do the presentation about my lovely parents, that is same with other people.So, i decide to make a presentation about my bestfren." helmi terhenti disitu.Dia menarik nafas lagi. Dia memandang kearah qaseh.Qaseh kusyuk mendengar.

"i have a video to show to all of you. And this video i dedicate to my my love one.She is my very special fren.She is my hero.She is my saviour.She is my soul.She is My qaseh.And of course she is My cinta.Enjoy it." lampu dipadamkan.Dewan kuliah itu gelap.Semua diam.

video berputar.Keluar bait2 kata di skrin "cinta is my love,".Seiring dgn lagu my baby u dr marc anthony.Suasana sgt syahdu.Sekali lg keluar bait kata "she is my hero" seiring dgn gmbr2 dr perkhemahan kesatria negara.Qaseh menekup mulut menahan sebak.Keluar pula kata2 "she is my saviour" seiring dgn gmbr2 di pusat gym dan clas tinju.Qaseh menahan air matanya dr keluar.Keluar pula kata2 "she is my soul" seiring dgn gmbr2 sms di bilik sakit sms dia jatuh pengsan itu hari.Dan qaseh sudah menitiskan air matanya.Akhirnya keluar bait2 kata "she is my Qaseh" diiringi dgn kata2 "the end". Semua orang menepuk tgn.Qaseh semakin sebak.Habis bju kurung yg dipnjamnya dibuat kesat air mata.Dan lampu dinyalakan semula.Helmi mengambil mikrofon semula.

"yess. She is cinta qaseh." dia menarik nafas. "She use to b my bestfren.But today i want her to be my very special person in my heart.." dia tarik nafas lg.Qaseh sudah tidak tahu nk kata apa.Qaseh terus terdiam.Sambil mengesat sisa air mata.

"cinta qaseh bt jalaludin..." helmi menyambung. Qaseh sudah siap bgun. "will u be mine forever?" seisi dewan kuliah senyap.Semua mata memandang kearah qaseh.Qaseh terkelu. Ape aku nk ckp ni.

"err.. Err.. Why me? Reason?"

"because u are my qaseh."

qaseh terdiam lg. Siap ada suara2 yg menyampuk. Siap ada yg phewit2 lagi.

"it is yes?" helmi menagih jawapan.

"hurm.. I dont know. I want say yess. But i dont know how" qaseh menjawb.Seisi dewan bertepuk tgn. Mrs ling turut tersenyum.Ada suara2 nakal berbunyi.

"dah siap bju melayu tu, langsung terus la" seisi kelas pecah ketawa.Qaseh masih terkaku.Helmi tersenyum.Gembira.

****

"patutlah suruh pakai bju kurung. Nk bg sedondon la konon. Nakal" qaseh berbisik pada helmi sejurus mrs ling keluar. Dicubitnya sdikit lengan helmi.

"aku.. Eh, abg..err.. I.." helmi tergagap2. Qaseh hampir ketawa.

"apa dia?"

"i dh plan. Lg 3 bulan kita bertunang. Lpas grad kita kawen. Ok?"

"amboi, x sbrnye"

"hehehe.. So, what do u think. It is i jantan enough to propose u infront of those people?"

"hahaha. Nakal. Itu pn i yg ajar u jd jantan. Kan?" qaseh tersenyum. Manis. Pantas dicubitnya lengan helmi sekali lg.

"sakit la syg. Sejak bila pndai cubit2 ni?"

"sejak pandai pakai bju kurung"

"eh, dia pn nakal jugak." helmi menarik sdikit hidung qaseh.

"mcm mane bole jatuh hati kt i yg kasar ni?"

"sejak u jatuh hati kt i yg lembut ni la"

"ee.. Perasan. Sape jatuh hati kat dia entah,"

"ow.. X ngaku."

"helmi..."

"hmm?"

"are u sure to make me as ur Qaseh?"

"of course la.."

"so that, i will be ur qaseh forever."

"thanks sayang"

"err.. Chop.."

"apa lg?"

"clas tinju dh habis ke?"

"syg. X habis2 nk kenakan i."

mereka bergelak. Ketawa riang. Yg pasti cinta qaseh sudah bertemu dgn cinta hatinya dan kasih sygnya.Siapa sgka kn?

[tamat]

Saturday, August 21, 2010

Cerpen blog: cinta qaseh [3]

"kau nk bwk aku pegi mana ni Q?" helmi mcm budak2. Merengek2 itu ini pada qaseh.

"kau ikut je lah. Kau jgn byk bunyi boleh x?" kata qaseh sambil membetulkan kedudukan motosikalnya di kawasan meletakkan kenderaan di times square itu. Dia meraup rambutnya yg paras leher itu. Huh, panas.

"aku risau lah. Kau nk buat apa kt aku ni?"

"aku nk bg kau jd jantan,"

"ha?"

"dah2. Jom." mereka masuk ke dlm pusat beli belah itu.

*****

"what?"

"dh2. Jom. Masuk aje lah. Ni untuk kebaikan kau lah"

"apa yg untuk kebaikan aku nye?"

"supaya kau x dibuli lg"

"if and only if aku dibuli. Tp kan aku dh ada kau. Buat ape yg pg gym sgala bagai ni?" aduh. Q ni memang la. Aku bkn suka sgt nk bersenam ni. Boleh dibwknya aku pegi gym ni.

"kau x payah ngada2. Aku dh daftar nama kau untuk masuk kelas tinju."

"what? Oh no!!" kenapa lah kau suka kacau hidup aku ni..

"oh yes kalau kau nak aku maafkan kau pasal kau ckp aku mcm mak nenek. Kau ikut je apa aku suruh," qaseh sudah siap mengepal penumbuknya.

"fine!" helmi mengalah. Yess. Akhirnya,. Kau ikut jugak ckp aku mi..

****

buzz!

Q_kekasih?

AnazHelmi; asal?

Q_kekasih; bertanya khabar. Buat pe 2?

AnazHelmi; im doing well. Tgh buat asgment bel.

Q_kekasih; how ur 2nd day for that tinju clas?

AnazHelmi; hurm..

Q_kekasih; tired?

AnazHelmi; corection. Exausted already.

Q_kekasih; kahkahkah :D

AnazHelmi; bkn shj sgt penat. Malah rasa mcm nk mkn org.

Q_kekasih; siapa?

AnazHelmi; pertama kau. Kedua that annoying coach.

Q_kekasih; wooo, so freaky. :D

AnazHelmi; yup. Freaky class with the freaky bestie and with the freaky coach for the whole freaky day.

Q_kekasih; kah kah kah. Freak out eh?

AnazHelmi; mau nye x? Dan paling freakynya kau nk elak aku dr kena buli or kau tgh buli aku sebnarnye?

Q_kekasih; that for ur own good. Marah eh?

AnazHelmi; hurm..

Q_kekasih; alalalala

AnazHelmi; mana aku boleh marah dgn org yg aku syg.

Q_kekasih; ceh. Ayat basi.

AnazHelmi; basi x basi. Eh, aku ada satu request kat kau.

Q_kekasih; apa?

AnazHelmi; since next week turn aku present bel. So..

Q_kekasih; aha?

AnazHelmi; aku nk kau dtg tgk aku present.

Q_kekasih; la.. Tu je ke? No hal la.

AnazHelmi; dan lagi..

Q_kekasih; kau ckp jgn sepatah2 bole x? Apa dia?

AnazHelmi; pakai bju kurung. Plis.

Q_kekasih; ada dres code plak.

AnazHelmi; plisss..

Diam.
5 saat.
10 saat.

Q_kekasih; ok. Fine!

AnazHelmi; thanks. :D.. And if posible..

Q_kekasih; apa lagi?

AnazHelmi; make it white and with the tudung. Plis..

Diam lagi.

AnazHelmi; boleh x?

Q_kekasih; reason?

AnazHelmi; sbb kau mesti cantik kalau pakai tudung. Lgpun that friday kan.

Q_kekasih; amboi bodek..

AnazHelmi; it is yes?

Q_kekasih; aku boleh ckp no ke?

AnazHelmi; thanks Q. Aku tau kau syg aku.

Q_kekasih; make sure kau tamatkan clas boxing kau.

AnazHelmi; yes ma'am!!

Mana lah aku nk carik bju kurung ni. Haish. Kau ni memang suka menyusahkan aku la mi.. Qaseh termangu sendiri..

[bersambung]

Thursday, August 19, 2010

Cerpen blog: cinta qaseh [2]

10!! 9!! 8!!

Suara orang tua dh dgr dh. Ish xboleh tunggu ke? Menyampah la dgn protokol ntah ape2 ni. Qaseh bersiap2 memakai kasut kawadnya sambil mulut terkumat kamit membebel itu ini. Dia turun tgga asrama block DO itu dgn tergesa2. Dibwh helmi sudah menunggunya dgn muka cemberut.

7!! 6!! 5!!

"cik akak, cepat la sikit. Abg angkat kau dh menjerit tu. X pasal2 kang aku kena pumping,"

"sabarlah. Aku dh siap ni,"

4!! 3!!

Helmi dan qaseh berlari2 ke tapak kawad. Berbunyi derap derup tapak kasut mereka.

2!! 1!!

Helmi dan qaseh sampai di tapak kawat. Sah aku kena pumping. Dh lewat ke? Helmi belek jam tgn. Alamak, aku pakai jam la pulak. Ish, kena denda lg la ni.

"ha, kamu lg yg lewat?"

qaseh buat bodoh. Siap jelir lidah lg dkt komander kesatria negara itu. Cuma helmi yg takut2. Menggelabah.

"turun sepuluh,"

"siapa tuan?" qaseh tanya soalan bodoh.

"both of you of course,"

tidak sampai seminit qaseh sudah siap pumping. Helmi masih terhegeh2. Akhirnya dia siap juga.

"kamu tau kan masa berkawad x dibenarkan pakai jam tangan?"

helmi yg kepenatan sudah takut2.

"kamu turun lg sepuluh," komander itu mengarah lg.

"alamak, brader. Rilek la. Dia dh penat kot," qaseh bersuara. Aku pantang betul org buli2 kawan aku ni. Qaseh mengomel didalam hati.

"awk masuk ke kompeni awk. Sekarang!" arah si komander.

Alamak rilek la. Xpayah jerit2 pn aku dgr.

"sy kata sepuluh!" dia kembali kpd helmi. Helmi akur. Tp dlm kiraan 5 shj dia sudah rebah. Qaseh yg nampak kejadian itu pantas pergi kearah helmi yg sedang tersekat nafasnya.

"kan aku dh ckp dia dh penat. Dia ada asma lah bodoh!" qaseh sudah mula berang. Siapa tak sakit hati kalau kwn baik kena buli.

"dia ada asma? Kenapa xbg tau sy?" sang komander sudah mcm menggelabh.

Qaseh diam. Marah. Sgt marah. Dia membantu helmi untuk bangkit. Dia papah helmi keluar dr padang kawad.

"nak sy bantu?" si komander cuba menghulur bantuan. Qaseh buat bodoh. Bila dia lihat qaseh seperti tidak memberi respon, dia cuba ambil alih memapah helmi.

"you,." qaseh bersuara tiba2.

"stay away from him,"

si komander terkaku. Qaseh terus meninggalkan padang kawad. Meninggalkan si komander terkebil2.

*****

qaseh duduk dihadapn komputernya. Hajat dihati mahu menyiapkan tugasan marketing research. Tapi niatnya terbantut bila helmi menge'buzz'nya di YM!.

Q_kekasih; apasal?

AnazHelmi; walaikumsalam. Hamboi garangnye.

Q_kekasih; assalamualaikum. Hehe.. Kau nak ape ni?

AnazHelmi; tadapape la. Juz nk wish thanks kt kau je. Pasal insiden kesatria negara last week.

Q_kekasih; tada hal lah. Tu kan tanggungjawb aku. :D

AnazHelmi; ceh. Tahun bila pulak kau jd mak aku?

Q_kekasih; sejak kau xpandai jg diri sendiri lah.

AnazHelmi; sgt kelakar Q. Dan bila tahun pulak aku x reti jaga diri aku sendiri? Kau pg clas pn aku yg jd alarm clock kau.

Q_kekasih; eh.. Jap2.. Yg kau jd alarm clock tu kes lain. Ni kes kau xbwk inhaler padahal kau dh tahap kronik. Ada paham??

AnazHelmi; x elok la pakai inhaler. Bahaya.

Q_kekasih; aku x suruh kau guna setiap hari la pak cik.

AnazHelmi; hurmm..

Q_kekasih; apsal?

AnazHelmi; i juz thinking...

Q_kekasih; pasal?

AnazHelmi; kau selalu ckp aku mcm mak2. Tp kau tu yg mcm mak nenek. Nk bg nasihat segala bgai. Keh3..

Q_kekasih; kau ckp aku mak nenek? Helmi!! Backspace.

AnazHelmi; aku dh tersend la. Xboleh nk backspace dh. Keh3.

Q_kekasih; malas layan.

AnazHelmi; hey, marah ke? Sorilah.

Q_kekasih; wekk..

AnazHelmi; sejak bila jadi sensitif ni?

5 saat.
10 saat.
Masih sepi.

AnazHelmi; hello?? Knock2.

Q_kekasih is no longer online.

Qaseh tersenyum. Hahaha. Padan muka kau mi. Xkn aku nk merajuk dgn kau kot. Aku malas la nk layan kau. Baik aku buat asgment.

[bersambung]

Wednesday, August 18, 2010

Cerpen blog: cinta qaseh [1]

"so, i think that all for today. And make sure u are ready for ur presntation next 2 week about ur love one," mrs ling meingatkan plajarnya. Bel492 memang perlu byk pmbntangan. Mulanya mmg agak sukar untuk semua pelajar membiasakan diri dgn subjek ini, tp lama kelamaan semua pelajar kelasnya dpt membiasakan diri utk berckp dihadpan. Lebih2 lg dia yg memang suka memberi semangat kpd pelajarnya.

"oh, one more thing, do u guys know where Qaseh is? She didnt attend my class for 3 weeks. Anybody?" dewan kuliah au300 yg menempatkan lbh kurang 200 org pelajar itu sepi. Tiada yg bersuara.

"helmi?" helmi angkat muka.

"yes mrs ling?"

"where is ur twin?" sengaja mrs ling menekankan perkataan twin itu dsbbkan keakraban helmi dan qaseh. Siapa yg tidak kenal dgn helmi dan qaseh. Dua shabat sehidup semati. Seorang lelaki lembut nk mati mengalahkn perempuan, seorang lagi perempuan ganas nk mampus mengalahkan lelaki.

"she...erm.. She is not feeling well mrs ling," ish abes la aku. Kau pn satu la Q. 2minggu lepas kau x dtg aku ckp kau demam. Minggu lepas kau xdtg jugak aku ckp kau gastrik. Minggu ni aku xtau nk ckp dh. Aku ckp jelah kau x sihat. Aku x tau la kenapa kau xsuka dtg kelas mrs ling ni.

"ok, for that u plis tell her to bring her mc next clas. All her mc for last two week, for last week, and of course for this week. Remember that helmi?"

"yes mrs ling," helmi akur. Lantak kau lah Q. Helmi sudah pasrah.

"ok.. Class, dun forget ur presentation. For that , clas dismiss. Thank u,"

pantas helmi keluar dr dewan kuliah au300 itu. Dia melenggang kearah kafe. Mulutnya pula xhabis2 berleter itu ini. Q ni memang nk kena ni. Kat mane lah kau agaknya. Siap lah kau kalau aku jumpe kau. Helmi sudh mula membebel sorang2. Sekali sekala dia diusik dgn budak2 lelaki nakal yg xhabis2 nk pewit2 padanya. Dia dh mula fedup. Budak2 jantan ni pn satu. Suka sgt kacau aku.

"woit, korang kalau x kacau hidup aku sehari xboleh ke ha? Yg korang pewit2 aku ni apasal? Nk ngorat aku ke hape? Aku bkn gay la!" helmi sudah mula marah2. Dh la aku bengang dgn Q ni. Korang nk kacau2 aku pulak.

"fuyoh, dia marah lah," satu suara dikalangan pelajar2 lelaki itu brbunyi. Ah lantak kau la. Helmi sudah malas mau layan. Dia pntas berjalan kearah kafe. Komfirm la perempuan tu ada kat kafe waktu2 mcm ni. Helmi lihat jam di tgn, 1230tgh. Ha, memang pasti Q ada kat kafe.

*****

"woit, kau kat sini rupanya Q?" qaseh yg sdang mahu mnyuapkan nasik ayam kemulut terkejut.

"alamak, kau ni apasal mi? Kau xnampk ke aku tgh enak menikmati nasik ayam kak leha ni?" qaseh mula berang. Mana x nya, tgh sedap2 menikmati hdangan tghari, alih2 dikejutkan dgn bunyi hempapkan buku diatas meja. Mau mati terkejut kalau x kuat semangat.

"sebelum kau nk bebel2 kt aku. Biar aku bebel2 kat kau dulu," helmi dh mula singsing lengan kemejanya. Hurm, dh start dh dia punya emak2. Qaseh merungut dlm hati.

"apasal kau xdtg kelas bel td? Kau suka2 aje nk kuar masuk kelas tu ek? Kau tau x kau dh menyusahkan aku dgn tidak menghadiri kelas tau. Penat aku pikir alasan kt mrs ling tadi." helmi sudah mula membebel. Dari berdiri, kini dia ambil tmpt duduk didpn Qaseh. Qaseh buat muka bodoh sambil terus menyuap nasi ayam kemulutnya. Dia kunyah perlahan2. Kemudian diambilnya air sirap limau, dan disuakan kemulutnya.

"aku malas lah nk pg kelas dia mi. Kau bkn x knal aku mi, aku mana reti speaking2 ni," selamba qaseh menjawab.

"Cinta Qaseh bt tajuddin, kau kalau xnk dtg xpe, atleast bg la mc ke, surat pengecualian ke. Ni tak, kau buat universiti ni mcm kau punye pulak. Byk pulak cantik muka kau,"

qaseh tarik sengih. Dia ni kalau dh sebut nama penuh aku ni mesti ada benda yg dia xpuas hati ni. Helmi, helmi.

"syed anaz helmi bin syed syamsul al-attas, kau ni msti ada xpuas hati dgn aku. Hey, name aku Q la. Kau tau aku xsuka name yg bajet mcm romantik gler tu," ish tolonglah. Ada ke aku yg ganas gila ni dipanggil nama yg ala2 50an tu. Ni semua pengaruh mama la. Konon sbgai tanda kasih syg kt aku ni. Ish, malu la.

"mmg aku xpuas hati. Aku pnye lah menggelabah nk jawb ape kt mrs ling tadi, kau bole pulak sedap2 mencekik kat sini. Ni aku hangin satu badan ni."

"ala rilex la. Kau ni mcm mak2 la nk bebel2."

"hey, kau ni dh x syg nyawa ke hape ni? Yg kau panggil aku mak2 ni kenape? Terlajar taip sms bole backspce, terlajak mulut yg celupar, aku humban motor kau dlm gaung nanti," helmi dh mcm nk marah. Qaseh buat selamba bdak aje.

"hehehe. Sory la mi. Jom aku blanje mkn jum. Nasik ayam ni sedap tau" qaseh memujuk.

"nasik ayam?"

"ok lah. Spegeti bolonese."

"hmm.."

"spegeti bolonese plus chiken wing?"

"let me think"

"ok ok. Spegeti bolonese plus chiken wing plus piza hawaian chiken,"

"hmm..."

"alamak kau ni. Memilihnya. Kau nk ape sbnarnye? Ckp dgn aku."

"ok lah. Jom. Mana kita?"

"piza hut" qaseh dh mula bgun dr kerusi kafe. Diambil kunci disblah kanannya.

"tp, naik motor kau ke?"

"yelah.. Dh tu?"

"oh tidak! Q!!" helmi terjerit. Fobia.

[bersambung]