Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
Showing posts with label hari besday. Show all posts
Showing posts with label hari besday. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Selamat Hari Keputeraan Yang Ke-21 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ali Zainal Abidin Shah Ibni Sultan Abdul Jalil Shah.

Amaran : entri ini teramat panjang.

Hari ini entri hari jadi. Atau hari lahir bagi yang menggelarnya sebegitu. Atau mungkin juga entri ulangtahun kelahiran.

Oh, bagaimana mahu mula?

Terima kasih bagi yang ingat hari jadi aku. terima kasih pada yang mengucapkannya melalui facebook, phone call, text message, twitter mahupun belog. ya, aku betul betul menghargainya walaupun hanya beberapa orang yang ingat hari jadi aku. sengaja aku buang reminder birthday aku yang kat facebook tu sekadar mahu menguji berapa ramai yang ingat hari lahir aku. ternyata ujian itu berjaya. Ya, berjaya meletakkan notification yang sedikit pada wall aku. sebab kalau aku letakkan reminder untuk birthday aku itu aku khuatir aku tidak berupaya membalas terima kasih pada kalian yang diingatkan oleh reminder facebook itu  sementelah aku sedikit malas mahu menaip di facebook dua tiga hari ini. Terima kasih sekali lagi bagi siapa yang betul betul ingat. Ya, ini ikhlas.

22 jun bukan lah hari yang aku nantikan saban tahun sebenarnya. Sebab aku tahu tidak akan pernah wujud surprise party atau sesi membaling telur di hari berkenaan. Jadi tidak ada momen yang aku perlu ceritakan pada kamu sementelah aku tidak ada pengalaman menyambut majlis ulangtahun kelahiran. Oh ya, hari lahir yang paling aku ingat pun pada tahun 2007 sebab masa tu pertama kalinya aku dapat hadiah hari jadi dari Bob. Ya, megi kari yang dibalut dengan kertas surat khabar itu walau pun aku boleh dapat sendiri dari kedai kedai berhampiran, itu sudah dikira sebagai hadiah sementelah aku tahu Bob ikhlas menghadiahkannya. Dan selepas itu aku tidak pernah mendapat sebarang hadiah sempena hari lahir aku selepas itu. Aku kira itu mungkin yang pertama atau yang terakhir barangkali.

Dan hari ini 22 jun itu datang lagi. Kata orang alim ulama, hayat kita itu sebenarnya sudah tercatat di loh mahfuz, maka setiap kali tiap hari lahir kita maka sedarlah sebenarnya kita semakin hampir dengan mati. Aku ingat itu, tapi aku tidak tahu siapa yang menuturkannya. Aku akui apa yang dikatakan oleh alim ulama itu benar tapi aku tidak pernah bersedia menghadapi mati itu. Itu kelemahan aku. tidak pernah insaf barangkali. Dan tatkala umur aku menganjak ke21 tahun ini sekali lagi kata kata itu terngiang ngiang ditelingaku, tapi sekali lagi tidak timbul rasa insaf itu.

ah. kita persetankan kisah kisah hari jadi aku tu. sekarang aku mahu berkongsi satu pengetahuan am dengan kamu. tahukah kamu bahawa 22 jun merupakan hari jadi Lee Minho? ya, actor korea itu rupanya lahir pada hari ini juga. tahukan kamu bahawa musim panas setiap tahun bermula pada 22 jun? juga tahukan kalian pada 22 jun juga hari guru telah disambuat di El Salvador? untuk pengetahuan kamu juga 22 jun merupakan tarikh kematian Pope Innocent ke-5. dan sebenarnya 22 jun merupakan hari dimana King George ke-5 ditabalkan menjadi raja di Great Britain? lihatlah betapa pentingnya 22 jun itu. maka kita seharusnya meraikan 22 jun itu dengan meriannya. itu hanya sedikit yang aku senaraikan. kalau kamu mahu tahu lebih lanjut lagu sila ke sini. disini kamu akan tahu betapa pentingnya 22 jun itu.

eh, beday awak same dengan beday kitewww la... ^^

King George the fifth 


Oh ya, dibawah ini aku senarai pendekkan beberapa barang yang aku  inginkan. Manalah tau kalau ada orang yang sudi nak bagi hadiah pada aku. ini bolehlah dijadikan rujukan kalau kamu blur tak tahu nak bagi hadiah apa pada aku. senarai dibawah ini sekadar random sahaja, tidak mengikut keutamaan, ini bermakna produk yang di nombor satu itu bukanlah yang paling aku mahu. Kamu boleh pilih mahu bagi apa sebenarnya. ^^ 

1) Wrist watch 
2) Apple product (ipad, iphone, etc) 
3) Brand new hand phone 
4) DVD kompilasi siri How I met your mother (season 1- season 6)
5) DVD kompilasi siri desperate housewives (season 1-season 7)
6) DVD kompilasi siri Glee (season 1- season 2)
7) Walk-in closet
8) 2 pasang suit Ted Baker (Dark blue and dark brown)
9) DVD kompilasi siri Friends (season 1 -season 10)
10) Semua siri novel Hlovet

Nombor satu itu tidak lah sangat diperlukan oleh aku. tapi kadang kadang aku sedikit rimas bila orang tanya aku pukul berapa dan aku kena keluarkan handphone untuk tengok jam. Jadi kalau aku ada jam tangan, maka tak perlulah aku seluk poket untuk keluarkan handphone. Tapi kebarangkalian untuk aku melihat kearah tangan itu belum pasti lagi kerana melihat jam di telefon seperti sudah jadi habit aku. tapi aku tak kisah kalau kamu mahu berikan jam tangan sebagai hadiah hari jadi. Tissot sound good ^^



Aku sebenarnya sangat mahukan semua product apple. Sebab itu lah aku senaraikannya di nombor dua itu. Teringin sebenarnya mahu memakai telefon pintar Iphone tu. aku nak beli sendiri memang tak mampu maka aku tunggu ajelah sape sape yang nak hadiahkan pada aku. kalau nak bagi Ipad pun boleh jugak. Kecil tapak tangan menara KLCC hamba tadahkan…



Nombor tiga itu aku sangat perlukan kerana telefon yang aku pakai ni sudah tidak boleh menaip mesej. Maka siapa siapa yang ada text aku beberapa hari lepas tu aku mintak maaf la. Handphone aku rosak. Maka itu lah aku perlukan handphone baru. Ini juga sebenarnya salah satu pilihan pada mereka yang seperti tidak mampu untuk menghadiahkan aku Iphone, maka boleh lah hadiahkan handphone baru pada aku. lagi lagi pada siapa yang suka sangat nak mesej aku tu. kalau nak aku reply maka bagi lah handphone baru sebijik kat aku. oh ya, kalau boleh aku nak try pakai handphone flip pulak. Teringin nak pakai, lagipun aku nampak orang yang pakai hendphone jenis flip ni nampak macam kool je bila diorang flip out telepon diorang masa nak jawab call. So, belikan satu untuk aku eh? Tak payah bungkus cantik cantik pun tak pe. HIHI

Nombor 4 sampai 6 itu kamu boleh pilih sebenarnya. Sama ada mahu bagi yang nombor empat, atau nombor lima atau pun nombor enam? Pilih lah nak bagi yang nombor berapa. Atau kamu mahu bagi ketiga tiga sekali? Ouh, lagi lah aku menghargainya. Well, aku sebenarnya sudah ketagih dengan semua siri berkenaan sebab tu aku mintak kamu hadiahkan. Walaupun aku sudah menonton hampir semua episode siri-siri berkenaan itu melalui online tapi kebarangkalian aku mahu menonton lagi itu besar. Jadi takkan la aku nak online semata mata mahu menonton siri berkenaan, kan? maka kalau kamu bermurah hati mahu menghadiahkan siri siri kompilasi itu kepada aku, aku memang sangat menghargainya.




Aku mahukan yang nombor tujuh itu bersebab sebenarnya. Baju baju aku sebenarnya terlalu banyak sampaikan aku kena pack didalam beberapa plastic hitam untuk menjimatkan space. Maka pada siapa siapa yang bermurah hati tu boleh lah design satu walk-in closet kat dalam bilik aku. lagipun aku tengok kat dalam cerita orang putih, kalau ada walk-in closet ni baju-baju akan dapat disusun dengan lebih kemas. Maka tidak lah bersepah baju aku kat dalam plastic hitam, sampaikan ada orang tanya samada aku nak derma atau tidak baju aku yang didalam plastic hitam itu. Ia memang dibungkus begitu tapi ia bukan untuk diderma, malah ada sebahagian baju yang didalam palstik hitam itu tidak digunakan lagi. Lagipun pakaian aku kebanyakkan seluar pendek, terasa bersalah pula mahu mendermakan seluar pendek yang menampakkan aurat itu pada orang lain. Tak pasal pasal bertimpa timpa pulak dosa aku.



Aku sebenarnya sukakan produk ted baker, terutama sekali suit yang direkanya. Oh, sebenarnya juga senarai nombor lapan ini ada kena mengana dengan nombor empat. Well, didalam siri How I met your mother, Barney selalu pakai suit, dan aku tengok orang yang pakai suit ni nampak kemas. Maka, aku teringin sekali mencubanya. Kalau kamu mahu tengok aku jadi kacak dan kemas dan segak, maka jangan takut untuk menghadiahkan suit ted barker ini kepada aku. nanti kalau ada orang puji aku segak dengan mengenakan suit boleh lah aku jual nama kamu, aku akan cakap begini, “Saya tidak akan nampak segak tanpa suit yang dihadiahkan oleh sipolan ini,”… dan oh ya, sengaja aku letakkan warna yang aku inginkan, aku tidak mahu kamu pilih warna yang aku tidak berkenan takut nanti orang ingat aku ini dR Romzey pulak kalau mengenakan suit yang berwarna ceria seperti pink dan hijau terang. Nanti bolehlah aku pakai suit ni masa hari isnin, mesti orang fikir aku mahu join MPP. Aduh, malu pula.



Senarai yang kesembilan ini aku memang sangat mahukan kerana aku memang peminat setia siri friends. aku start tengok siri ni masa aku darjah 6. tapi masa tu siri ni dah masuk musim kelapan. aku cuba nak tengok siri ni secara online tapi tak ada pula. maka aku sangat menghargai kalau ada sapa sapa yang sudi bagi aku kompilasi siri ini. ouh, aku suka Chandler dalam siri ni. dia sangat funny. ^^





Aku senaraikan yang nombor sepuluh tu sebab aku ni gemar membaca. Dah aku sengaja letakan novel Hlovet supaya senang kalian beli. Lagipun harga novel melayu lebih murah dari novel antarabangsa. Dan novel melayu satu satunya yang aku layan ialah Hlovet. Maka tak salah kalau kamu hadiahkannya pada aku. ish… malu pulak asyik meminta minta ni.



Dan sebenarnya, banyak yang aku nak senaraikan tapi takut kamu kata aku ni terlalu demand pula. Maka senang cerita kamu bagilah hadiah yang kamu rasa ikhlas kamu mahu beri. Tapi jangan lah bagi megi kari pula sebab aku dah pernah dapat hadiah sebegitu. Kalau kamu rasa mahu buat parti terkejut untuk aku jangan bagitahu aku ya, nanti tak terkejut pula. HEHE. Oh, hampir terlupa, kalau ada siapa siapa yang boleh bagi produk yang boleh menjadikan badan aku seperti Billy Jeffry lagi aku hargai. HIHI

Ada orang tanya aku, “apa yang kamu wish semasa kamu tiup kek hari jadi kamu?” aku tiada jawapan untuk itu. Sebab aku tidak pernah rasa pengalaman sebegitu. Tapi kalau ada orang tanya aku, “apa hajat kamu semasa hari lahir kamu?” aku akan jawab

“I hope I can blow out the candle on the top of the birthday cake that has my name on it,”

-selamat ulang tahun kelahiran yang ke-21 Ali Zainal Abidin-

Yang penting kamu doakan aku panjang umur, itu lebih baik ^^

.

Tuesday, January 18, 2011

selamat ulang tahun ain nabila.

ain nabila sekarang sudah 21tahun. hahahahaha.sudah tua rupanya beliau. but wait, siapakan dia ain nabila? suka suka hati je aku buat entri nak wish birthday kat dia? apadehal? hihihi

"nama saya ain nabila. dan saya bajet cute"

dah dah. biar aku rungkaikan misteri ain nabila ini. ain nabila ni bukan awek aku. kau gila dia nak jadi awek aku? tak pasal pasal pakwe dia membelasah aku pulak nanti. tapi aku rasa macam ada something wrong somewhere je antara dia dan pakwe dia tu. tapi adat lah tu kan. nama pun pasangan berkasih. mesti ada pasang surutnya. sila tabah ain nabila. *cewah...

mari kita imbas kembali saat detik pertemuan aku dengan saudari ain nabila ni. aku kenal dia ni masa kat matrik melaka. yes... matrik melaka. dimana tempat aku mula kenal erti kehidupan. *perghhh... ayat tak boleh blah. hihihi. dan masa tu la aku kenal ain nabila ni. dia ni classmate aku. masa mula mula kenal dia ni aku dah boleh agak dia mesti boleh dibuat geng aku ni. mana taknya dia pun jenis huha huha macam aku jugak. hahahahaha. dia ni memang suka buat bising dalam kelas. dah memang sesuai la dengan aku joint venture membuat onar dalam kelas. aku pun tak pernah jumpa perempuan yang happy giler cam dia ni. ye la, semua perempuan yang aku kenal semua bajet control ayu dan lemah lembut, tapi dia ni semedang je lepak dengan laki dan tak pernah bertapis pun bila bercakap. kau tengok, betapa tak ada ciri wanita melayu terakhir dia ni. hahahahaha. tapi just okay la sebab dia tak hipokrit. kan? 

"kadang kadang saya bajet saya macam Yuna"
so kita kembali kepada topic asal kita. seperti yang kita sedia maklum hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran si ain nabila ni. 

"apa yang pentingnya hari jadi dia? bukan boleh cuti pun kalau hari jadi dia?" kata ku membentak bentak didalam hati.

hahahahaha. mestilah hari jadi dia ni penting sebab dia kan kawan aku dunia akhirat. kau ingat senang ke nak carik kawan perempuan yang boleh bersembang huha huha dengan lelaki tanpa perasaan malu dan control ayu? ain nabila je yang ada kelebihan ini. kau hado? 

orang disebelah ain nabila itu bukan aku. aku sedar aku tidak seKACAK orang disebelah beliau tu
so sekarang ni aku nak wish la kat dia ni, selamat hari jadi yang keduapuluh satu. wahh... kau lagi tua dari aku rupanya ya ain? sampai hati kau lahir dulu dari aku. semoga kau dimurahkan rezeki hendaknya. oh ya, kalau kau kawen dengan si dia nanti jangan lupa jemput aku. aku mesti datang punya sebab aku nak makan nasik minyak. kau ingat aku datang nak sangat ke tengok kau bersanding? aku datang nak makan je. hihihi. oh ya, aku tau kau macam ada masalah dengan dia kan? ala... kau ingat aku tak tau ke? hihi. tapi aku harap kau bersabar la eh, adat la tu sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula BAKAL suami isteri. hihihi. kalau kau nak share apa apa aku sentiasa ada. *cewahh...

dah la. aku malas nak tulis panjang panjang. kau bukan baca pun. hihihi. akhir kata dengarlah lagu sumbang dari saya yang berjudul, "selamat hari jadi"

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to ain nabila 
happy birthday to you....


p/s: aku tak tau nak bagi hadiah apa. antara dslr atau tiket percutian ke bali. sebab terlalu konfius dan tak dapat membuat keputusan dengan bijak. maka aku tak bagi la apa apa hadiah kat kau. maaf sangat. aku sangat dalam dilema. 

Sunday, December 19, 2010

Entri khas buat cik zuren yusrena sempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke dua puluh. Dengan ucapan selamat ulangtahun kedoploh cik zuren yusrena yang bajet dirinya merupakan seorang princess Barbie yang gediks. Oh, aku saja eja “cik” instead of “che” sebab aku rasa macam kool je. Aku peduli apa kan walau pun ia nama kau tapi aku nak juga tulis macam tu.


seberapa gediknya princess barbie sebegitulah gediknya cik zuren yusrena


**Aku tau besday kau esok. Jangan cakap aku tak ingat. Saje je nak publish awal sikit. Nak jadi orang first wish la kononnya. HA HA HA.

Aku masih tak hilang lagi tebiat buruk buat tajuk entry panjang-panjang. Harap semua paham bahawa aku tak suka subjek rumusan. Harap maklum. Tapi sebelum itu. Siapakah cik zuren yusrena ini? adakah beliau merupakan seorang artis yang berjaya sehinggakan aku buat entri khas untuk beliau? Atau adakah dia merupakan seorang angkasawan perempuan Malaysia pertama sehingga dia begitu istimewa kerana dapat masuk belog aku ni? atau adakah dia merupakan penyumbang terbesar dalam akaun nuffnang aku sehingga aku bemati-matian buat entri untuk beliau? Atau adakah dia secantik tiz zaqiah sampaikan aku berhabisan nak buat entri pasal dia ni? Ternyata tanggapan korang semua salah. buat pengetahuan korang cik zuren ni bini aku. Saje je aku kawen tak jemput korang. Lagi pun kitorang kawen sebab terpaksa je.

eh, ni bukan cik zuren ni...

ha... ni la baru beliau. eh, silap lagi. ni bukan dia ni

ha... kalau gediks macam ni baru lah beliau. sesuwwaaiii gitu


Ok lah… jangan layan sangat la aku yang sedikit biol ni. biasa lah baru bangun tidor ni ha. Penat sangat berdansa sakan kat aloha malan tadi kan. Ting tong sikit hari ni. aku tanak pergi tempat-tempat camtu sebenarnya, tapi dah diajak oleh brader bad a.k.a abang botak tu maka aku ikut je lah. Lagi pun parents aku tak da kat rumah. HUA HUA HUA. Dah dah, sekarang ni kita terus kepada topik yang akan kita bincangkan hari ini (macam Ally Iskandar pulak rasanya)

Sebagaimana yang sedia maklum esok merupakan besday bini aku. Nama dia cik zuren yusrena. Nak tau sebab apa nama dia cik? Sebab aku baru je ceraikan dia selepas lima minit berlangsungnya akad nikah tadi. Kalau tak lima minit sebelum ni pangkat dia Toh Puan Seri Datin Zuren Yusrena, tapi sebab dah kena cerai maka jadi la cik balik. Tu la pasal sape suruh tanak bagi aku kawen satu lagi dengan Lisa Surihani. Kan dah kena cerai. Amek kau, talak lapan belas ratus aku bagi. Pendek kata, cik zuren ni janda aku lah. (pendek itu bukan lah manusia yang boleh berkata-kata, ia adalah penanda wacana sahaja)

eh, dia lagi. memang gediks la dia ni.

Ok fine. Aku garu-garu gurau-gurau je. Dia tak pernah kawen ngan aku pun malah tade orang nak kawen ngan dia pon aku rasa. Keh keh keh…

Oh. demmit aku lupa bagi salam lagi. grrr...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Amek kau panjang giler aku bagi salam. Almaklumlah hari ni kan besday cik zuren yusrena mesti lah kena amek berkat sikit. *eceh… 

Sebelum tu aku nak bagi ceramah agama sikit pasal hari jadi ni. semoga semua ambil ikhtibar. Eceh, rasa macam nak masuk imam mude pulak aku ni (padahal malam tadi baru buat dosa, WA WA WA)

“setiap kali kamu tiba ke hari ulangtahunmu maka ingatlah yang kamu sebenarnya semakin hampir ke alam barzakh”

Renung-renungkan dan selamat beramal. So, aku nak ingatkan kat sini cik zuren oi, walau pun orang selalu wish semoga panjang umur masa hari jadi kau kan, tapi kau kena ingat bahawasanya Allah dah menetapkan tarikh kematian bagi setiap makhluknya maka kalau setiap kali besday kau datang maka memang sudah semakin dekat lah kau dengan kematian. Amacam ada gaya macam imam mude tak? Well, aku kan baru je dapat tawaran dari estro untuk masuk imam mude musim ke dua ni. ni kira aku punya assignment lah ni. keh keh keh. 

mesti zuren seram giler bila aku cakap yang dia ni dah nak mati kan? aku bajet sekarang ni dia mesti tengah amek air semayang tak pun tengah bentang sejadah tak pun tengah buat solat taubat kot. Keh keh keh. Apa tengah tengok porno? Ish ish ish… tak ubah rupanya perangai beliau. Dari sebelum kawen sampai lah lepas kena cerai. Suka sangat tengok porno yang luna maya dan ariel peterpan tu. dah lah video tu dah lama. 3gp pulak tu. buang masa je tengok. HUEH HUEH HUEH…

Dah dah, kita tinggalkan semua karut marut tu. kesian kat cik zuren yusrena ni. dah lah hari jadi dia tak sempat nak hepy-hepy dah kena ingat pasal mati. Hilang mood nak seleberet besday. So setelah hampir satu page aku menagrut, maka sekarang ni aku nak masuk fasa serius pulak sekarang ni. aku serius ni. nampak tak aku tengah buat muka serius ni? 

serious macam nak terberak dah ni...

Okay lah. Mula-mula kita masuk bab bibliography cik zuren ni dulu. Nama dia mestilah zuren kan? takkan lisa surihani pulak. Tiz zaqiah jauh sekali. Okay lah, nama beliau cik zuren yusrena. Beliau lahir kat mana entah aku-pun-tak-tau. Tapi yang pasti beliau tinggal kat Terengganu. Terengganu? Apa ada kan? HAR HAR HAR… tak baik tau memandang rendah Terengganu. Walaupun kat sana tak wujud lagi tempat maksiat macam kelab gay, kelab strip dance, dan rumah urut tapi mereka harus bebangga dengan kewujudan sebuah panggung wayang satu-satunya di Terengganu. Boleh lah juga nak buat maksiat raba-raba kat panggung tu. boleh lah daripada tak da kan? HAR HAR HAR…

Cik zuren ni merupakan seorang perempuan yang minat gila benda-benda IT ni. seriously, kalau kau nak tau aku punya idola dalam menerbitkan blog aku dia lah. Masa tu aku baca entri dia pasal apa entah dan aku terus buat blog. Wah, besar rupanya pengaruh cik zuren ni dalam hidup aku rupanya. Dan disebabkan minat beliau dalam bidang IT ni aku rasa kan dia ni macam boleh pergi jauh dalam bidang ni. mungkin satu hari nanti dia akan berjaya membuat social networking dia sendiri nanti kan? mana lah tau satu hari nanti. Tapi satu hari je lah. KIH KIH KIH…

ish, dia lagi. asal banyak sangat muka dia ni.


Oh demmit, aku tak seserius seperti disangka lah. Tak pe, at least aku dah serius kalau bab maksiat-maksiat ni. good improvement… double tumb up kepada encik pinkguava yang kiut, kacak lagi bergaya. Dan juga elegan…

Dah dah… sekarang aku nak masuk fasa betul betul serius ni. So, sempena hari jadi beliau hari maka aku nak nyanyi sikit la kan. ehem ehem ehem (sila buat sound effect membetulkan anak tekak dan mencairkan kahak)…


Happy besday to you
Happy besday to you
Happy besday to cik zuren yusrena binti che yusoff
(fuh, abis napas bak menyebutnya)
Happy besday to you…


HAR HAR HAR… nampaknya cik zuren kita dah masuk fasa remaja. Sebelum ni jadi budak hingusan je. Sekarang ni dah besar u’olls. Dah cukup umur tu boleh lah join I berdansa setiap malam. HUA HUA HUA.
Fuh, penat dah aku mencarut ni ha. Jari pun dah penat asyik menaip je. Senang citer camni lah, aku nak ucapkan selamat hari jadi kat kau cik zuren oi. Semoga berbahagia ke anak cucu, semoga dimurahkan rezeki jugak hendaknya. Ni ha aku dah siap pack hadiah untuk kau ni. 


TARA!!!



Disebabkan kau berminat sangat dengan benda-benda IT ni aku nak bagi hadiah ni. hamek lah. Lagipon laptop kau pun dah rosak kan. hamek lah. Jangan malu-malu lah. Ikhlas ni.

ha... hambek kau. kaler pink siap.


Ha… kau nak sangat dslr ni kan? ha kau ambik ni ha.

boleh lah ko amek gambar banyak-banyak pasni.


Ni pun kau amik lah. Penat ni aku shopping kat kedai google. Ni dah yang terbest la ni.

amek amek. ikhlas dari hati yang nurani ni

ha... banyak gak hadiah aku dah bagi kat kau ni ha... baik dan pemurah juga aku ni. simpan lah elok-elok eh. aku ikhlas ni. bukan mahal sangat. ala kawan-kawan takkan nak berkira kan.



pi es: sapa-sapa kalau ada zuren call nanti jangan angkat. Dia nak mengumpat je tu. buat tambah dosa je. Celcom bagi call free tu buat la amal jariah macam menelifon ayah kesayangan ke, call nenek di perantauan ke, buat phone sex ke. Ni nak ajak mengumpat pulak. Hampeh tol.  HUA HUA HUA.


sori lah sebab curik gambar kau. ;p

Saturday, July 17, 2010

faradila sudah tua [edisi panjang sdikit]

aku sbnarnye malas nk tulis pasal dia ni.tp sebab telah diugut 5 minit yg lalu, terus aku taip entri ini.dan dila, kalau kau nk tau, aku terpaksa skip semua kerja2 aku semata mata mau menaip entri ini.dan kalau kau xpuas ati jugak, kau taip lah sendiri. HA HA HA..camne aku nak mula ek?aku pn xtau.xtau la ape yg istimewa sgt pasal wanita besi ini.tp xpe.selepas dikorek2 rahsia drpd teman2 rapat, dan selepas aku siasat info dia kat fesbuk, twitter, myspace dan tidak ketinggal 'the journey of life' dia tu.aku rasa aku tau nk tulis pasal apa.haa, kau nk aku tulis pnjang2 kan dila?amekaw, aku kutuk and umpat kau panjang2.HAHAHAHA.

since ari ni birthday kau aku nk wish la kt kau happy birthday, aku rase dh lebih 5 kali jugak la aku wish kat kau dlm hari ini.tu menunjuk yg aku ni betapa caringnye kat kau.walau aku sdikit kecil hati sbb xdpt nk baling tepung+telor kt kau, tp xpe, since aku xdpt nk baling2 tepung+telor tu kat kau, aku akan kutuk kau kaw2 pnye.HAHAHAHAHAHA.aku pedulik ape, aku pnye blog, lantak la aku nk tulis ape pon. KEH KEH KEH..tp xpe dila, aku akan selitkan jugak sedikit kebaikan kau.itu pn kalau ada la. KEH KEH KEH.

ouh ya, sblum tu aku nk ucapkan bebyk terima kasih kt kau sbb buatkn entry khas untuk aku smpena besday aku bulan lepas.ni kira balas budi la ni.

kalau korang nk tau dila ni seorang yg sgtlah tamak.itu sudah terbukti, aku dh buat entri td, dia mahu yg pnjang2 pulak.apa orang melayu ckp tu?haa,, beri chiken wings mau drumstick pula.HAHAHA..tp xpe dila, since aku hormat kt kau sbg kakak aku, aku buat la jugak sbb nk puaskan hati kau.yela, budak2 kecik kena la hormat yg lebih dewasa.lgpn, hati org tua ni kne la jaga, takut terguris pula hati kecil dia.HAHAHA.

ouh ya, kalau korang perasan, awal2 td aku ada mention pasal dia ni wanita besi.korang nk tau sbb ape aku ckp dia ni wanita besi.dun get me wrong, dia tidak pernah masuk pertandingan angkat berat.jaguh bina badan jauh skali.aku gelar dia wanita besi sbb, hati dia yg keras dan kental itu.dia ni tegas dan garang orgnya.buktinya, dia pernah tumbuk dinding sbb tidak puas hati pasal sesuatu insiden.uish, korang pn pasti terkejut kan?aku pn xsgka dia bole tumbuk dinding cm tumbuk sambal belacan je.smpai berdarah jugak la tgn dia tu.tu lah pasal aku panggil dia wanita besi.kalau sape2 perlukan body guard, contact aje dia.KEH KEH KEH.

dan kalau korang nak tau jugak, dila ni seorang yg bertanggungjawab orangnye [aku jamin kau bangga gler, xsgka aku tulis ni].ia sudah terbukti yg beliau ni sgt la caring kt adik2 dia tu.pae, su, zuren, and zati.aku bkn adik kau ye dila.aku ni 'bapak' kau.HAHAHA.dia ni sgt la caring kt adik2 dia yg berempat itu.smpaikan dia tolong carik umah sewa, tolong masak kat umah.dan mengikut sumber yg NAK JAGA HATI DIA ckp, dia msk sedap jugak.xtau la sdap ke tidak.yelah, sumber aku ni just nk jage hati dia je. KEH KEH KEH.ouh, aku tertinggal sesuatu rupanya, dia pnye la caring, smpai kan adik2 dia nk kuar mlm pn xboleh.tp aku tau kau buat cmtu sbb kau sygkn mereka.

ouh ya, lupe pulak.walau korang tgk dia ni cm sombong dan sukar didekati, tp sebenarnye dia ni sgt ramah orgnye.buktinya, ada la sorang mamat ni sudah jatuh hati sama di.HAHAHA.aku pn xsgka cmne la laki ni [dh jd balak dia pn] boleh minat kat dia.aku xknal pn balak dia ni, tp aku yakin kalau dorang kawen nt, kalau x kne taekwando laki dia tu, paling kurang kena muay thai.HAHAHA.aku pn xtau cmnelah balak ni boleh tangkap cintan sama wanita besi ini.tp sudah jodoh kan, mau buat mcm mana lagi.smoga kau bhagia la dgn dia tu ye.dan satu lg dila, jgn la gaduh2 lg ngn dia ye.kalau dia bt kau marah, kau bg je sebijik kat muka dia.HAHAHA.ouh ya, aku xpuas ati kat balak kau tu sbb dia x approve fren request aku.aku rase ni bole jadi alasan kau nak bg sebijik kat dia.KAH KAH KAH KAH.

aku pn xtau nk tulis ape lg.pendek kata kau ni seorang yg baik hati, penyayang dan independent. aku update blog aku ni gune phone je.penat nk taip byk2.sorila coz xdpt nk upload pic2 kau.dan sori jugak kalau kau terasa dgn entri aku ni.walau aku byk kutuk2 kau, tp aku syg kau tau.remember that.ok, lah, jari aku dh kebas2 ni.malas dh nk taip byk2.kalau kau xsuke pedulik ape aku.. :p