Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com
Showing posts with label awek. Show all posts
Showing posts with label awek. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

bimbo yang suka mesej pakwe time pakwe dia bawak kereta tu sebenarnya nak jadi janda sebelum masanya

hipotesis: jangan berkapel dengan perempuan yang suka menaip. 

perempuan suka menaip yang aku maksudkan itu bukan kerani. memang tugas hakiki seorang kerani ialah menaip. tapi apa yang aku maksudkan disini ialah perempuan yang suka menaip mesej.

A: pakwe saya ada kereta viva
B: owh. patut lah dia suka mesej awak time dia drive. that is so, "viva forever*" kan?

*****

jalan memang jammed teruk. aku maki hamun. bodoh! bangang! dah lah jalan turap  tak betul. pastu motor ni nak selit selit pula. aku maki hamun lagi. tapi dalam hati jelah. 
saya memang tak reti menyuarakan pendapat dengan suara luar dari hati

saya selalu berebut. nak balik cepat.
kalaulah saya bersabar.
maafkan saya mak.
*ciss... apasal kepala aku boleh terfikir pasal iklan klasik ni? duhh...

aku pandang sahabat aku yang tengah drive kat tempat duduk driver. 
memang lah dia duduk kat tempat duduk driver dah nama pun dia yang drive. saya ni bodoh juga sekali sekala.

dia tampak tenang sambil tangannya menekat punat punat telefon tangannya yang sentiasa tersepit ditangn kirinya sementara tangannya yang lagi satu mengawal stereng. ceh, aku yang tak drive ni pun boleh bengang dengan keadaan trafik yang tak menentu ni, dia boleh pulak text dengan awek dia tu. hampeh. sangat hampeh. aku maki lagi. but again, dalam hati jelah.
dah la jalan jammed dia boleh nak main mesej mesej dengan awek dia pulak. memang menepati slogan "ingatlah orang yang tersayang" betul lah sahabat saya seorang ni. sampai time bawak kereta pun still mahu bertanya khabar, berintan payung, bersayang sayang ke?

aku seboleh nya cuba menoleh apa yang dimesejkan oleh sahabat aku ni. dan ya, dia sebolehnya mengelak. tak mengapa. aku tak mengalah. gigih! dan tika telefon tangan dia berbunyi aku sepantas kilat menoleh kearahnya. dan dapatlah aku membaca apa yang ditaip oleh awek sahabat aku ni. kurang lebih macam ni lah yang dia taip,

"abang ni drive carefullylah ek. jangan bawak laju laju"

tang bawak laju laju tu memang aku setuju seratus percent sebab sahabat aku ni memang tak boleh bawak laju didalam keadaan trafik yang cam sengal ni. tapi tang "drive carefully" tu aku sedikit curiga.

kenapa kau perlu mesej balak kau suruh dia drive carefully sedangkan kau tengah menyebabkan dia tak boleh drive carefully? i dont know why. tapi kalau kau rasa menaip mesej sambil membawa kereta tu sesuatu perkara yang disifatkan sebagai drive carefully, mungkin aku boleh terima. tapi aku rasa kat malaysia ni tidak tercipta lagi undang undang sebegitu. mungkin kau bukan orang malaysia dan mungkin kau orang dari planer namiq barangkali. 

kalau balak kau hilang tumpu masa memandu macam mana? lepas tu terbabas ke? dan lepas tu... adehh... aku malas cakaplah. kau memang carik nahas nak jadik janda sebelum waktunya lah tu.

duhh... 

***** 

hipotesis: jangan berkapel dengan perempuan yang suka menaip.

hipotesis berjaya!!!

*viva forever = selamat tinggal selamanya


good driver just drive. ingatlah insan tersayang.

Tuesday, March 15, 2011

kenapa aku tidak mahu terikat dengan mana mana wanita

what's happening forum?

pertama tamanya aku nak say sorry la sebab agak lama tak update blog ni.

"agak lama? hello... terlalu lama okay. i tak boleh hidup tak baca blog you tau," kata seorang pembaca setia  kepada aku semasa aku bergegas mahu keluar dari kelas lima jam yang lalu.

okay la. sori la sebab terlalu lama tak update blog. well, tak ada apa yang nak diceritakkan sebenarnya. well, hidup aku memang macam ni lah. tak menarik langsung nak diceritakan. maka tak ada apalah yang nak diceritakkan. 

"wut? tak ada apa yang nak diceritakkan? alemak derr, lu punya stori anak ikan apa macam? takkan tergantung camtu je? gua dah lama tunggu ni," kata seorang mat rempit pula semasa aku lepak lepak kat tepi sungai kelantan semalam.

okay fine. aku tau yang anak ikan aku tu dah macam tergantung je. aku tak da masa lah. lagipun aku malas. nak buat macam mana kan?  so now kita terus je lah move on kepada tajuk yang kita akan bincangkan ini. cehh, bajet aku macam nak mengacara MHI pulak dah.

okay okay. stop that merapu meraban.

now lets moving to what i gonna tell you. its about kenapa aku tak mahu terikat dengan wanita. atau pun dalam erti makan dalamnya. kenapa aku still solo dan tak ada orang nak? 

damn shit... siapa cakap aku tak ada orang nak? look, bukan tak ada orang nak tapi aku ni je yang malas nak berkomitmen dengan perempuan. well, bagi aku teman wanita ni menyusahkan. yup, menyusahkan. kau nak aku ulang lagi sekali? menyusahkan. again, TEMAN WANITA NI MENYUSAHKAN.

picture: credit to character studio
satu: malas nak layan perempuan merajuk tak ingat dunia

agaknya perempuan ni memang dilahirkan untuk buat dua benda aje kot. tak menangis, mesti merajuk. i tell you wut, kalau lambat reply mesej nak merajuk, kalau lambat jawab call nak merajuk, kalau lambat jemput dari kelas nak merajuk, kalau tak kasi makan mcd nak merajuk. hey perempuan, kaw apahal? kau tak ada rutin lain ke selain nak merajuk twenty four seven? pelislah... lelaki ni kerja tetap dia bukan nak pujuk kau sorang je. dia ni banyak lagi kerja part time. nak tengok bola lagi, nak repair motor lagi, nak tengok tv lagi, pulak tu nak layan semua kerenah kau pulak. duhh... kononlah kau nak cakap kalau kau merajuk tu bila balak kau pujuk itu menunjukkan kau menang. yess... maybe untuk beberapa golongan lelaki dia akan pujuk kau dengan segala macam cara. tapi kalau aku? HELL NO!!! that's why aku tak terikat dengan mana mana perempuan. aku tak ada skill untuk memujuk tu. so, girls better get off.

dua: tak suka cemburu buta

ni lagi satu tebiat yang aku tak faham dengan perempuan yang dah ada balak. terlalu cemburu. girls... come on lah. takkan semua benda yang balak kau buat kau nak cemburu kot. memang lah kau patut cemburu tapi agak agak lah. takkan dia dengan kengkawan dia pun kau nak jeles kot. takkan dia tak boleh nak bersosial pulak. he do ada ramai kawan perempuan, but please lah. nama pun kawan, maka kau tak patut nak jeles pun. dia lebih sayangkan kau dari semua kawan kawan dia. taht is why kalau kau merajuk dia sanggup pujuk. maka kau tak payah risau lah. nak jeles bagai. kau apahal? sebab tu lah aku tak ada awek. malas nak layan perempuan nak cemburu buta ni.

sangat irritating okay.

picture: credit to character studio

tiga: tak da masa nak dating


dude... tak da masa lah nak bercinta bagai ni. malas nak keluar dating. its costly dan juga waste time. so, sebab tu lah aku malas nak kapel kapel ni. buang duit lah. nak berdating aje dah nak kena keluar duit minyak lagi, makan lagi. perempuan nak bayar semua tu? kirim salam awal awal lah. tak macho la kalau perempuan yang bayar. walau pun dia yang beria ia yang ajak dating tapi yang keluar duitnya bukan dia. balak dia jugak. maka? kalau sape sape yang nak kapel ngan aku sila jangan ajak aku dating melainkan you tell me this, "tak pe lah nanti sayang bayar duit minyak kereta abang eh,"...

"dude... tak romantik lah kau.."

aku pedulik apa. aku tak de duit...

titik!

empat: malas mahu melayan kerenah perempuan yang tergedik gedik


aku masih belum tahu apa maksud tergedik gedik itu. ia mungkin membawa maksud bimbo atau chikaro atau apa apa aje lah. hell what, aku juga tak tahu apa itu bimbo dan juga chikaro. lantak lah, yang penting kau buat buat mengerti je la. that's it. aku malas nak layan perempuan yang tergedik gedik ni. well, perempuan ni bila je dah ada balak mula lah nak manja manja. nak itu lah, nak teddy bear kaler pink lah, nak jumpa tetiap hari lah. oh puh-liss... aku bukan seoorang lelaki yang mudah tertipu dengan tipu daya gedik itu. not my type nak layan perempuan yang "you i berkenan lah dekat teddy bear tu. kaler pink. comel sangat. i nak lah you. nak jugak. nak jugak. nak jugak," hell NO!!!

kau nak gedik gedik? dont you dare to be my girlfy...

lima: bosan dengan call and text setiap hari


aku rasa kalau aku adalah salah satu insan yang boleh hidup tanpa telefon. well, aku memang seorang yang malas nak mereply mesej. aku lebih prefer kalau kau hantar email sahaja pada aku. well, mungkin agak bosan mahu menaip dengan menekan beberapa kali untuk mendapatkan huruf c. tapi itu bukan masalahnya. aku memang jenis yang tidak suka mahu bermesejan ini. melainkan ada perkara penting. perkara penting itu tidak termasuk dengan sms berantai yang kalau tak sebarkan aku boleh masuk neraka atau apa jadah tu semua. oh ya, semetara aku tangah cakap pasal sms berantai baik aku bagi warning dulu. sila jangan hantar kat aku sms yang sebegitu rupa. aku tak pernah percaya pun kalau tak sebarkan sms (ayat ayat alquran misalnya) boleh mendatangkan bala. well, bala datang bila bila masa lah. kau tu yang dah syirik sebab percaya yang akan ditimpa bala kalau tak forward mesej tu. ciss.

picture: curik kat Google


eh. yang kau lari topik ni apasal? aku tengah cerita pasal perempuan yang suka text and call ni.

sila bagi tumpuan pada penulisan aku.

dan yes... perempuan ni suka sangat nak text and call tetiap hari. padahal nak tanya benda yang sama je. apasal nak buang kredit semata mata nak tanya benda yang sama ni? kalau tak balas mesej mulah lah nak merajuk tak ingat dunia. oh, menyampah sangat tau.


well... that is why aku malas nak kapel kapel ni. perempuan ni menyusahkan. kan? kan?


kan??

"ceh, padahal tak de orang nak kat kau kan?"


siapa yang cakap tu? choyy sangat!

Monday, December 13, 2010

Ezren Zakaria ajak aku pergi jom heboh. Tapi aku tak ada duit maka aku bohong beliau cakap aku bangun tidur lambat, sedangkan masa tu aku tengah enak makan nasik minyak kat kenduri rumah jiran aku yang anak dia kawen dengan orang cina. Atau tajuk yang lebih ringkas berbunyi begini “aku dah lama nak cerita pasal kenduri kawen sebenarnya”.

Sila jangan hirau kan tabiat aku yang suka bagi tajuk entry panjang-panjang lately. Aku pun tak tahu kenapa aku dah tak reti bagi tajuk yang pendek-pendek dan tak reti merumuskan tajuk yang yang terlampau panjang tu. By the way, aku rasa aku dah tau kenapa aku dapat B4 dalam Bahasa Malaysia SPM, sebab dalam Bahasa Malaysia SPM ada satu part yang dipanggil rumusan. Oh, aku baru sedar yang aku tak reti buat rumusan rupanya. Patutlah aku dapat B4 masa tu.


Cis, aku lupa bagi salam rupanya. 
Assalamualaikum, dam salam satu Malaysia semua warga blogger sekalian. Tak kira blogger yang berbangsa melayu, cina, india mahupun lain-lain bangsa, yang penting kita kan rakyat Malaysia. Satu Malaysia boleh!!! *tetiba jek*

Ok, secara ringkasnya begini. Ezren ajak aku pergi Jom Heboh semalam. Sehari sebelumnya which mean hari sabtu tu, dia text aku nak ajak pergi jom heboh tu. aku on je la. Tapi baru aku sedar aku tak da duit. Dia ni pun satu ingat aku ni buat part time jadi gabenor bank Negara ke semedang je nak ajak aku keluar tetiap hari? Maka aku bohong sunat kat dia cakap aku okay je kalau nak ke jom heboh tu. Tapi itu lah telajak Titanic langgar iceberg, terlajak hantar sms maka buruk padahnya. Yang boleh diharapkan agar mesej itu pending sahaja. Tapi ternyata ianya terdilivered pulak. Dan keesokkan harinya aku dapat bermacam sms dan miscalls dari beliau sebab nak ke jom heboh punya pasal, tapi aku tak reply. Sehinggalah pukul 12 baru aku reply.

sori lah, aku baru bgun ni. x perasaan ko text n call aku

Dan dia reply.

tak pe lah. Aku pun dah malas nak pergi ni

Dan aku rasa aku sedikit selamat di situ sebab dia sendiri yang malas nak pergi. Maka aku bersiap hendak ke kenduri rumah jiran aku. Aku malas nak pergi tapi Asyraf ajak aku pergi pulak. Maka aku ikut aja lah. Lagipun makan free kan. oh, masa aku sampai tu terlalu sangat ramai orang. Sampaikan kena tunggu orang lain habis makan baru kami dapat tempat duduk. Dan rasanya kami sangat bertuah sebab Asyraf amek port betul-betul depan pengantin punya meja untuk makan suap beradab itu. Dan semasa kami makan tu pengantin pun sampai untuk makan beradab. Maka kami kira terjoin sekali lah makan beradab tu. agak pelik sebenarnya mula-mula tu kerana ada satu family kaum cina ni pun join makan beradab tu? rupa-rupanya si pengantin lelaki tu merupakan seorang cina. Oh aku tak sangka jiran aku berkahwin dengan orang cina. Now it remind me to sepet. Ni barulah namanya satu Malaysia. Mesti cina tu romantic gila kan that why perempuan anak jiran aku tu terpikat. Oh indahnya. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang soleh berbahagia ke anak cucu dan sabar menghadapi ranjau sebagai suami isteri. *eceh*


Oh ya, speaking bout kenduri kawen, Kenapa ek time cuti-cuti semua orang nak kawen? Aku agak pelik disitu sebenarnya. Ya lah kalau nak di fikirkan logic akal, cuti sekolah ni hujung-hujung tahun, then hujung-hujung tahun ni jugak biasanya musim tengkujuh. Motifnya nak buat kenduri kawen masa cuti sekolah dimusim tengkujuh tu apa kes? Kan dah menyusahkan orang nak pergi. Kat area rumah aku ni, sepanjang aku balik bercuti dah 5 buah kenduri aku pergi. 3 daripadanya berturut-turut dari selasa sampai khamis. Dan ada banyak kenduri kawen yang aku tak pergi. Bukan tak nak memenuhi jemputan orang tapi rasa cam malas lah. Ye lah, buat kenduri time hujan-hujan pastu, jalan jadi lecak sana lecak sini, susah nak berjalan. So, baik duduk kat rumah. Tak da lah membasahkan baju. Kan? Kan? Kan?

Aku sebenarnya dah bosan dah asyik makan lauk kenduri je. Asyik-asyik makan lauk and nasik kawah. Lauk pulak tu sepesen je dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Ye lah, lauk kat rumah kenduri mesti sama, ayam masak merah, kari ayam, daging masak kurma, acar, dan sudah semestinya nasik minyak yang boleh menaikkan berat badan aku yang tengah bertungkus lumus berdiet ni. Tak boleh tukar menu lain ke? Udang masak merah ke? Siakap tiga rasa ke? Ikan bakar ke? Nasik padang ke? Tak pun kalau nak mudah buat aje nasik kerabu. At least orang tak jemu. Ni tak hari-hari kenduri, hari-hari lah makan kari ayam dan kurma daging. Oh, boring… *rolling eyes*

Oh ya. Cakap pasal kari ayam. Hari tu aku pergi lah satu kenduri ni. Aku tergerak lah nak makan kari ayam ni ha. Well, lagipun memang tak da lauk lain. Nak amek daging masak kurma nampak cam liat je daging tu maka aku ambil lah lauk kari ayam ni. Dan rupanya kari ayam tu macam dimasak oleh seseorang yang tak punya deria rasa. Aku tak tahu nak gambarkan rasa kari ayam tu macam mana. Tapi kalau kau nak memahami situasi aku ni, kau pergi ambil surat khabar kau pergi makan surat khabar tu. Macam tu lah rasa dia. Tawar yang teramat tawar lah sangat. Entah siapa lah yang masak aku pun tak tahu. Aku agak mak ayam mak cik  yang masak ni mesti lidah dia tak ada deria rasa. Aku ni memang tak suka sangat makan kari sebenarnya. Dia sedap cuma kalau lepas makan tu mesti bau dia melekat kat tangan. Tu yang aku tak suka tu. Aku ingat lagi masa makan kari kepala ikan kat Bawal Power kat Shah Alam tu. Pergh… bau kari dia tak hilang walau lepas dua hari. Ok fine. Aku terlampau hiperbola. Takkan lah dah dua hari tak hilang bau kan? Aku Cuma nak bagitau yang bau kari dia kuat sangat walau lepas cuci dengan sabun pun masih ada bau lagi wa cakap sama lu.

Aku perhatikan kan, kalau kenduri kawen ni mesti ada salam keruk tu. Kau tau tak salam keruk tu apa? Ala… kau ni salam keruk pun tak tau. Salam sambil bagi duit tu lah. Biasanya kalau kita pergi kenduri kawen kita akan salam keluarga pengantin then sambil salam tu kita bagi duit kat dia. Paling sikit pun dalam 5 ringgit la kita bagi. Tu kira paling koman lah tu. aku pelik sebenarnya. Kita datang nak makan tapi bila dah masuk kena salam sambil bagi duit tu dah tak kira free dah tu. apa kes entah nak kena bagi-bagi duit pulak entah? Tu lah orang melayu. Adat entah apa-apa. Dah la makan tak tentu sedap pastu siap kena bagi duit segala bagai. Sangat hampeh disitu sebenarnya.

Oh ya. Aku jugak agak pelik sebenarnya, why mesti ada kugiran ek masa ada kenduri kahwen ek. Ada satu hari tu kan jiran aku buat kenduri, ciss, aku rasa macam nak pergi rumah jiran aku tu dan sound dekat telinga dia, “dey, kalau pasang lagu kahwen tu siang-siang aje tak boleh ke? Waktu orang nak tido jugak lah dia nak melalak segala bagai,”. Kacau orang nak tido je. So sapa sapa yang nak kawen tu aku nak ingatkan disini, jangan lah nak pasang lagu-lagu kawen tu malam-malam time orang nak tido. Tak pasal-pasal kena makan kenduri lauk penumbuk masak merah atau penampar masak kurma. Oh ya, juga kalau boleh tukar lah menu tu. dah bosan dengan menu kenduri yang sama.

selamat pengantin baru

p/s: sorry kepada Ezren Zakaria. Sesungguhnya tiada lah niat diri ini mahu menipu mu.
Nanti kita pergi jom heboh kat Kelantan tahun depan ek? *Eceh…

Sunday, December 5, 2010

Teman wanita


Assalamualaikum.
lonely

Sejak akhir-akhir ni aku selalu terfikir pasal teman hidup. Kenapa ek aku tak da awek? Hurm, aku tak da jawapan untuk itu. Betul kadang-kadang terbit rasa cemburu bila tengok semua kawan-kawan aku text diorang punya awek, call cakap manje-manje. Rasa macam cemburu sangat. aku ni bukanlah cerewet sangat. aku boleh terima sape-sape je nak jadi awek aku. Pergh… gila desperate ayat. HAHAHAHAHA. Mungkin aku tak berusaha kot. Aku ni bukan apa, malas lah nak lelepak tepi jalan main pewit-pewit perempuan ni. cam buang masa je. Lagi pun kalau difikir-fikir balik, malas lah nak berawek ni kan? Susah. Nak kena jaga kebajikan diorang lagi. Nak dating, nak kena belanja makan, nak beli hadiah, nak kena ingat tarik besdey lah, tarikh anniversary lah, tarikh hari kanser payudara sedunia lah, pastu pulak nak kena pujuk segala bagai lah, then nak kena mesej hari-hari lah. So that why aku cam malas nak berkapel. Ceh… baik punya ayat cover line. Padahal tade orang nak. KAHKAHKAHKAH.
kanser payudara

Ok lah. Aku nak jugak berawek ni. tapi sape nak jadi awek aku ni kena ikut rule aku lah kan? HAHAHAHAHA. Giler bajet aku. Gaya macam ada je orang nak berkapel dengan aku. Ada ke?
Ok, firstly awek aku tu mestilah tergolong dalam golongan orang yang menutup aurat. Mesti bertudung ok. No dedah sana, dedah sini, no ketat-ketat, no belah-belah, no nampak sanggul depan. Dan kalau boleh berjubah pun. Ha… amacam cerewet tak aku? Ada berani nak jadi awek aku? HAHAHAHA. Well, aku bukan ape. Nak jaga kebajikan korang jugak. So that, nanti takda la korang mengadu kat aku, “you tengok lah orang tu, usha I semacam je”… kan? So kalau korang menutup aurat dengan sempurnanya maka takda aku kena kejar mamat yang usha kau separuh nak mati tu kan? So, ini juga telah membawa kepada keharmonian alam. Ye lah, tak da maknanya aku nak pergi menumbuk orang yang mengusha kau tu. Tak da lah menyusahkan hidup aku kan? Dan ini secara tidak langsug membawa kepada kesenangan dan keharmonian manusia segajat. Lagipun cuba kau bayangkan, tak ke sejuk hati mak aku nanti kalau aku kenalkan kau kat mak aku, “cantiknya bakal menantu aku ni. berjubah siap. Belajar kat mesir ke dulu?”
dilarang jadi awek aku

Yang keduanya. Kalau boleh aku tak nak la asyik nak mesej-mesej ni. bukan apa, aku ni malas la nak menaip mesej. Ye lah, tiap-tiap hari nak kena mesej. Padahal mesej benda yang sama je. Tanya hari ni makan ape, dah mandi kebelum, tengok tv cerita apa, pakai baju kaler apa, dah korek idung ke belum, tido malam tadi mimpi apa, dan macam macam lagi lah yang tak penting langsung. Kalau boleh aku tak nak lah mesej yang macam ni tipa-tiap hari ek. Boleh tapi jangan lah tiap-tiap hari eh. Dan kalau nak mesej macam, “you hari ni I pegi rumah nizam sebab ada buat beday party. Boleh you?”, dan lagi “you, mak I tanya bila you nak datang meminang?”… ha, kalau mesej nak tanya soalan yang sedemikian rupa sangat dialu-alukan lah. Dan satu lagi kalau nak mesej tu jangan lah guna bahasa gedik gedik eh. Ala bahasa yang cam budak pelat baru nak belajar cakap tu lah. Aku tak suka lah. Menyampah. Ish, tak dapat bayangkan bila ada orang anta mesej macam ni, “dah mamam kew belum?”tak pun macam ni “cayunk, I cakit peot lah,”… oh, aku tak dapat bayangkan kalau kau hantar mesej macam ni. ada gaya aku tukar henfon baru sebab asyik hempas kat lantai punya pasal. 
hiasan semata

Apa lagi ek? Ha… pelis lah jangan mengarah aku. Aku ni jenis orang yang tak suka diarah. Well, rasa macam sikit punya sakit hati bila ada orang mengarah aku itu ini. Rasa macam, “what the hell? Kau sape nak arah-arah aku? We are not married yet ok”. So, siapa-siapa yang nak kapel dengan aku tu maka diingatkan tak payah lah nak arah aku macam ni, “by hook or by crook I nak jugak tengok wayang hari ni,” tak pun “I tak kira you kena dapatkan jugak tiket belakang pentas Paramore tu,” tak pun nak lagi dashat, “I don’t care, you kena belikan jugak tuala wanita tu untuk I, I malu nak beli sendiri”. Hey, kalau macam ni punya perempuan memang aku takkan pilih lah. Belum kawin dah nak arah macam-macam, kalau dah kawin alamat kau jadi janda lepas dua hari kawin lah.
Dan apa lagi ek? Oh ya, kalau nak jadi awek aku jugak aku taknak orang yang suka merajuk. Susah lah nak pujuk orang merajuk ni. itu pun kena berhabis duit beli teddy bear dan bunga ros segala bagai. Kalau tak takda makna nya kau nak hilang merajuk tu. Kalau setiap kali merajuk nak kena beli hadiah alamat kalau dah kawen nanti kau sembelih aje teddy bear tu buat lauk. Banyak pulak duit aku nak beli segala macam hadiah sebab nak pujuk kau punya pasal. Nampak sangat perempuan ni materialistic kan? oh ya, siapa nak jadi awek aku perlulah tidak materialistic orangnya ya. Maka senang lah aku tak payah hari-hari nak kena cucuk duit kat atm.
merajuk lah tu

Ha… aku rasa tu je lah syarat aku. Well, sebenarnya banyak lagi. Tapi aku malas lah nak letak semua tu takut nanti jadi anak teruna tua pulak sebab tak da orang nak. Hurm, memang dah ditakdirkan kot yang aku ni memang tak boleh buat serious relationship. Well, aku rasa aku akan ada aku punya my own crush, cuma aku tak pernah fikir yang benda ni serious pun. Lagipun aku rasa benda ni normal tu happen now and then. Dan bukan infinite. Aku ni just dont do relationship but I do value friendship.
Pada siapa-siapa yang terasa dengan apa yang aku tulis ni aku mintak maaf lah. I just want the best for me. Well, ada sape-sape nak jadi awek aku?
Sorry for caring :)